Ukhwah.com
ukhwah-com-orang-ugama-disyaki-merogol

Lagi ‘Orang Agama’ dicekup kerana disyaki merogol

Seorang penceramah bebas bergelar Ustaz dicekup selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sekitar negeri ini.

Lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, kira-kira pukul 4.50 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, penahanan itu dilakukan susulan laporan polis berkaitan kes rogol dibuat mangsa pada pukul 11.15 malam, Sabtu lalu.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai berkenalan dengan suspek sejak Mei tahun lalu dan kedua-dua mereka beberapa kali melakukan hubungan intim di lokasi yang berbeza,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, suspek kini direman selama lima hari sehingga 23 Julai ini daripada Mahkamah Majistret Sungai Besar dan siasatan lanjut ke atas penceramah itu masih sedang dijalankan.

Sasikala menjelaskan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan setakat ini empat kertas siasatan dibuka iaitu dua di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.

“Kesemua siasatan berkenaan melibatkan remaja perempuan yang sama,” katanya.

Sumber: KOSMO!ONLINE


Rogol remaja 14 tahun: Penceramah bebas diserah kepada polis KL

Diterbitkan:  Jul 23, 2022 5:36 PM
Dikemaskini: 5:36 PM

Seorang penceramah bebas yang disyaki merogol seorang remaja perempuan berumur 14 tahun akan diserahkan kepada Polis Kuala Lumpur hari ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi berkata ia bagi membuat siasatan lanjut berhubung kejadian rogol yang dilaporkan turut berlaku di negeri itu.

“Hari ini reman tamat di Kuala Selangor dan reman lima hari itu tidak dilanjutkan. Suspek akan diserah ke kontingen Kuala Lumpur untuk siasatan bagi kes di sana,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sebelum ini, beliau berkata berdasarkan siasatan awal, perkenalan di antara suspek dan remaja bawah umur itu dipercayai bermula apabila mangsa menghubungi lelaki terbabit di media sosial bagi bertanyakan masalah agama sebelum hubungan terjalin sejak Mei tahun lepas.

Menurutnya lagi, berdasarkan laporan polis yang diterima membabitkan kes itu masih kekal empat iaitu dua di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.

Pada 19 Julai lepas, penceramah bebas itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada 4.50 petang dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Syarifah Balqish

Syarifah Balqish

Penulis Residen Ukhwah.com. Mula menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Aktif menulis pelbagai artikel semasa di universiti. Kini sedang menghasilkan buku setelah selesai belajar (lanjutan) menulis melalui buku, "Ini Buku Saya!"

SPONSOR

SPONSOR