Ukhwah.com
ukhwah.com-lemon

Khasiat lemon dikaitkan dengan penyembuhan penyakit kritikal? Bagaimana?

Lemon berkhasiat?  Yang biasa kita baca atau dengar itu ada yang betul dan tentunya ada yang melebih-lebih. Cara melebih-lebih adalah dengan mengatakan, hampir keseluruhan penyakit boleh sembuh dengan menggunakan lemon atau limau. Mari kita buktikan sama ada ia benar atau melebih-lebih.

Sekarang bayangkan di tangan ada sebiji limau. Potong dua, cium baunya, kemudian jilat lemon itu. Apa yang dirasai sekarang? Rasa kecur lidah dan rongga mulut?

Sekarang lihat semula pada tangan. Adakah limau yang terbelah di situ? Tidak ada. Adakah tadi benar-benar menjilat lemon itu? Jadi, dengan hanya membayangkan, fikiran kita sudah boleh menghantar isyarat bahawa ia benar-benar berlaku.

KHASIAT SEBENAR
Inilah sebenarnya ‘khasiat’ lemon yang dimaksudkan. Bukan lemon itu sendiri tapi kekuatan fikiran sangat penting untuk membantu penyembuhan atau pemulihan. Terbuktikan dengan hanya membayangkan menjilat lemon, sudah terasa kesannya.

Bukti lagi. Setelah diterangkan kepada sekumpulan pesakit, satu kumpulan diberikan ubat yang betul dan satu kumpulan lagi diberikan placebo. Hasil penyembuhannya hampir kepada sama. Hanya berbeza beberapa peratus sahaja.

Sekali lagi ini membuktikan, kekuatan fikiran ada kalanya, bahkan selalu mengatasi kekuatan ubat. Atau bolehlah dikatakan – ubat yang paling kuat sekalipun tidak dapat memulihkan jikalau tidak disokong oleh kekuatan fikiran.

Dalam satu dokumentari berjudul ‘Heal’ menceritakan bagaimana seorang yang kemalangan, tulangnya dikatakan ’remuk’ dan disahkan mustahil untuk sembuh, bahkan akan lumpuh selamanya, akhirnya pulih seperti sediakala.

Apa yang dilakukan? Selama 3 bulan setiap pagi membayangkan tulang-tulangnya di dalam badan tersusun kembali seperti sediakala, di samping perubatan, fisioterapi yang biasa.

FOKUS, FOKUS, FOKUS
Pada permulaannya memang sukar untuk memberikan fokus membayangkan tulangnya kembali tersusun seperti sediakala. Tetapi beliau tidak berputus asa. Menggambarkan tulangnya tersusun kembali dibayangkan dengan penuh keyakinan dan fokus.

Akhirnya, pulihlah beliau, kembali berjalan seperti biasa dan bersukan.

Sekali lagi ia membuktikan kekuatan mental, fikiran, amat diperlukan bagi memastikan kemujaraban ubat dan perubatan.

  1. Percaya, keyakinan yang padu sangat membantu penyembuhan.
  2. Ke mana fikiran terhala dan fokus, itulah hasil yang bakal diperoleh.
  3. Setiap kali kurang berasa yakin, ingati hasil dari placebo.
  4. Fokus yang disertakan dengan optimis lebih cepat membantu berbanding ubat yang paling ‘kuat’.
  5. Jangan hanya salah satu. Kedua-duanya mesti digabungkan – kekuatan mental dan ubat-ubatan, fisioterapi.
  6. Ubat yang paling kuat, paling mujarab tidak akan berkesan atau kurang berkesan jikalau tidak disertakan dengan keyakinan, (yakin sembuh), optimis dan membayangkan TELAH sembuh.
Kang Razzi Armansur

Kang Razzi Armansur

Seorang penulis yang menjadikan penulisan sebagai kerjayanya. Telah menghasilkan lebih kurang 50 judul buku pelbagai genre. Menulis menggunakan formula Suami Beristeri 5, Patah Muntah, Makmum Mengikut Imam. Menghasilkan sebuah buku khusus untuk yang MAHU menulis, dengan judul, "Ini Buku Saya!"

SPONSOR

SPONSOR