Sebuah peti besi berwarna hitam, peninggalan tentera Jepun terselit di antara dua batu besar di bawah pokok meranti, sejak dari zaman Jepun. Kedudukannya yang tepat tidak diketahui tetapi di atas Bukit Jugra, mungkin di puncak, mungkin di lereng atau mungkin hanya khabar angin sahaja.
Empat orang sahabat menjejaki harta tersebut selama dua hari dengan penuh keyakinan akan menjadi kaya jika menemui peti besi tersebut. Salah seorang dari mereka adalah cucu kepada Abdullah, orang yang terlibat secara langsung dengan peti besi itu semasa pendudukan tentera Jepun di Banting.
Di dalam satu lagi buku klasik karya Razzi Armansur ini, anda akan menemui panduan penting yang dikaitkan dengan pendakian Bukit Jugra, menjejaki peti besi berwarna hitam oleh empat sahabat itu. Panduan itu menyebut, “Mendaki puncak kejayaan adalah sama dengan mendaki Bukit Jugra.” Itulah hikmah, pengajaran, iktibar dari pendakian oleh empat sahabat.
Anda hanya memerlukan 3 langkah penting sahaja untuk mendaki puncak kejayaan dengan berasas mendaki Bukit Jugra.
[ PDF ]
There are no reviews yet.