INI buku saya! Hari ini ramai yang mahu menulis dan seterusnya menghasilkan buku sendiri, cuma malangnya tidak tahu caranya. Tentunya ramai yang mahu mencipta nama melalui penulisan, tapi tidak tahu cara memulakan dan meneruskan hingga selesai.
Langkah pertama dan langkah-langkah seterusnya yang menjadi kemestian untuk menghasilkan penulisan dan buku mesti diketahui dengan tepat.
INI BUKU SAYA! Mengandungi panduan lengkap bagaimana menghasilkan penulisan yang disukai ramai. Kemudian dijadikan buku, dicetak, barulah dengan gembiranya mengumumkan, âIni Buku Saya!â
Buku yang telah siap itu membawa nama sendiri dan itulah langkah permulaan mencipta nama dalam penulisan.
Bukan untuk itu saja, bahkan untuk apa saja jenis penulisan fiksyen dan non-fiksyen seperti artikel, status Facebook, ayat jualan dan pelbagai lagi.
- Bagaimana menghasilkan penulisan yang diminati dengan menggunakan kedua-dua teknikal dan psikologi.
- Bagaimana menggunakan formula utama âMakmum Mengikut Imamâ bagi memulakan dan akhirnya menyiapkan penulisan dan buku.
- Penggunaan NLP (Neuro Linguistic Programming) yang tepat dalam menghasilkan penulisan dan buku.
- Penggunaan yang tepat formula-formula utama, âSuami Beristeri Lima, Slogan Nike, Piramid Terbalik, Patah Muntah, Ikan Suka Cacingâ dan pelbagai lagi.
- Langkah-langkah dari kertas atau muka surat kosong hingga menjadi buku yang membawa nama sendiri sebagai penulisnya.
Padat dengan contoh-contoh penulisan yang sangat diperlukan.
[ PDF ]
There are no reviews yet.