BUKU mini 44 muka surat ini mengenai mengapa bertahun-tahun berdoa tetapi ‘tidak’ makbul, sedangkan setiap doa akan termakbul, sebagaimana yang dijanjikan Allah. Mesti ada kesilapan atau salah cara meminta selama ini.
Ada banyak keajaiban dalam doa. Namun ia bukan silap mata, doa pagi, tengah hari dah dapat. Ada cara dan rahsia bagaimana boleh mendapat keajaiban dalam berdoa?
1. Apa cara yang terbaik berdoa, adakah betul cara kita meminta selama ini?
2.Permintaan yang tidak betul caranya, tidak menghasilkan apa-apa. Bagaimana cara yang betul berdoa.
3. Mengapa orang yang ‘tidak pernah’ berdoa tetapi mendapat apa yang menjadi keinginan kita? Adakah dia hanya berdoa dalam hati, tanpa perlu, “Amin… Amin… Amin…” bersama imam di masjid atau surau?
4. Lebih 10 tempat, masa mustajab berdoa yang terlepas begitu sahaja. Apakah ia, bila dan di mana?
5. Bagaimana sentiasa bersiap sedia, apabila doa telah makbul. Ramai yang hanya berdoa tetapi langsung tidak bersiap sedia apabila apa yang dipinta telah sampai di depan mata.
Bertahun-tahun melakukan kesilapan dalam berdoa, kini semuanya dapat diatasi dengan mengamalkan kandungan buku kecil ini.
[ PDF ]
There are no reviews yet.