Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-01-2022  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Manusia lahir ke dunia disambut dgn azan, manusia meninggalkan dunia diiringi solat, Alangkah singkatnya hidup ini hanya diantara azan dan solat.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 12
Ahli: 0
Jumlah: 12




  Dari Galeri
Assalamualaikum.. salam ta'aruf:)

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 8 hari yang lalu
pankerz: 33 hari yang lalu


Review Buku
Topik: Kebangkitan Gerakan Islam...


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, istisafa
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Review Buku
    »» Kebangkitan Gerakan Islam...

Please Mendaftar To Post


Oleh Kebangkitan Gerakan Islam...

engku_salina
-WARGA SETIA-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 25
Posting: 592
Dari: Kuala Lumpur

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-06-03 16:43


Tajuk: Kebangkitan Gerakan Islam: Dari Masa Transisi Menuju Kematangan.
Tajuk asal: al-Shahwah al-Islamiyyah min al-Murahiqah
ila al-Rusyd.
Penulis: Syaikh Yusuf al-Qaradhawi.

Penerbit: Pustaka al-Kautsar, Jakarta 2003
Pengedar: Pustaka Indonesia (03-2692 3940, 03-2698
1742)
Harga: RM 43.80 (6.25 by 9.5 inci, 430 ms).

Setiap insan di dalam perjalanan mereka menuju
kedewasaan pasti akan melalui beberapa peringkat hidup
bermula daripada bayi kepada kanak-kanak, remaja
sehinggalah dewasa. Setiap peringkat ini memiliki
ciri-cirinya yang tersendiri. Bayi sentiasa perlukan
penjagaan, kanak-kanak asyik bermain, remaja sentiasa
bersemangat manakala dewasa bersifat matang lagi
cermat.

Demikianlah juga dengan gerakan kebangkitan Islam
mutakhir ini. Alhamdulillah, gerakan ini kini sudah
mula kelihatan dan dirasai di seluruh pelusuk dunia,
sama ada di negara yang majoritinya Islam atau bukan
Islam. Akan tetapi jika dianalisa dengan mendalam,
boleh dikatakan bahawa gerakan kebangkitan ini lebih
memiliki ciri-ciri bersemangat daripada berilmu,
bersifat terburu-buru daripada bertenang, bersifat
cuai daripada cermat dan bersifat baru daripada
matang. Dalam ertikata lain, gerakan kebangkitan Islam
mutakhir ini lebih mirip kepada ciri-ciri remaja yang
dalam perjalanan menuju kedewasaan.

Inilah analisa Syaikh Yusuf al-Qaradhawi dan di atas
analisa inilah beliau menulis buku yang khas bertujuan
membimbing gerakan kebangkitan yang bersifat remaja
ini ke arah kedewasaan yang sepenuhnya. Dalam
bimbingannya ini Syaikh al-Qaradhawi telah
menggariskan sepuluh poin utama, iaitu:

Pertama: Beralih daripada format dan simbol kepada
hakikat dan kandungan. Pada zahirnya kelihatan gerakan
kebangkitan Islam hanya menumpukan perhatian kepada
perkara-perkara yang mencorakkan simbol dan
meninggalkan isi kandungannya yang jauh lebih penting.
Umpama seseorang yang selalu membesar-besarkan
kedudukan jari telunjuk di dalam bacaan tasyahud solat
tetapi di waktu yang sama meninggalkan perbincangan
tentang sebab, tujuan dan kepentingan tuntutan solat
itu sendiri secara keseluruhannya.

Kedua: Beralih daripada perdebatan kepada perbuatan.
Sebahagian gerakan Islam gemar membakar tenaga
mengungkit kesalahan dan kelemahan gerakan yang lain.
Di waktu yang sama gerakan itu sendiri tidak berbuat
apa-apa yang bermanfaat secara menyeluruh kepada Islam
dan umatnya. Sikap sebegini perlu berubah. Tenaga dan
masa seharusnya dibakar demi manfaat Islam dan umatnya
manakala apa-apa kelemahan atau kesalahan gerakan lain
seharusnya dibetulkan secara positif.

Ketiga: Beralih daripada sikap emosional kepada sikap
ilmiah. Kerana semangat yang berlandaskan emosi tanpa
kematangan yang berlandaskan ilmu, didapati sebahagian
gerakan Islam cenderungkan mengkritik, melabel dan
menghukum sesama umat Islam tanpa berlandaskan ilmu
yang sebenar. Bahkan di dalam tindakan itu sendiri
jelas terserlah sifat-sifat kejahilan yang keamatan.
Sikap sebegini perlu berubah, seharusnya semangat itu
didirikan di atas ilmu atau sekurang-kurangnya selari
dengan tahap ilmu.

Keempat: Beralih daripada sikap menumpukan perhatian
dalam masalah cabang kepada masalah pokok. Seringkali
gerakan Islam menumpukan perhatian hanya kepada
masalah cabang, seperti membaca Basmalah dengan kuat
atau perlahan di dalam solat berjamaah tetapi diwaktu
yang sama meninggalkan masalah pokok, seperti orang
yang yang tidak bersolat jamaah langsung. Seharusnya
gerakan Islam memberi tumpuan yang mendalam kepada
masalah pokok dan bersikap toleran dalam masalah
cabang. Apa guna mengukuhkan cabang jika pokoknya
sendiri amat lemah ?

Kelima: Beralih daripada sikap menyulitkan kepada
sikap memudahkan. Islam adalah agama yang sentiasa
berciri-cirikan kemudahan. Akan tetapi sayang sekali
sebahagian gerakan Islam memiliki ciri-ciri
menyulitkan sehingga menyebabkan banyak orang menjauhi
Islam, umpama mereka ada yang memaksa seseorang yang
baru hendak memeluk Islam dengan amalan bersunat
padahal amalan ini bukanlah sepatutnya menjadi agenda
pertama di dalam dakwah kepada kaum bukan Islam.

Keenam: Beralih daripada sikap jumud dan taklid kepada
sikap ijtihad dan pembaharuan. Di antara gerakan Islam
masih ada yang berpendapat bahawa pintu-pintu ijtihad
telah ditutup dan pembaharuan hukum Islam adalah tidak
perlu. Mereka memaksa umat Islam untuk bertaklid
kepada mazhab-mazhab tertentu sahaja dan apa-apa
perkembangan terbaru dalam tamadun manusia adalah
sesuatu yang harus ditinggalkan kerana ia, kononnya,
tidak dirangkumi oleh syari‘at Islam. Sikap negatif
seperti perlu diubah, pertama kerana para imam mazhab
sendiri tidak memaksa umat Islam untuk bertaklid
kepada mazhab mereka dan kedua, para imam mazhab
sendiri berubah-ubah fatwa mereka selari dengan
peredaran zaman dan tamadun semasa kehidupan mereka
sendiri.

Ketujuh: Beralih daripada sikap Eksklusif kepada sikap
Inklusif. Eksklusif ialah sikap mengunggulkan diri
sendiri dan menyisihkan orang lain manakala Inklusif
ialah sikap merendahkan diri sendiri agar sama rata
mencakupi semua orang. Malang sekali sikap eksklusif,
yang mirip kepada sifat Iblis yang enggan bersujud
kepada Adam alaihi salam, telah menjadi ciri-ciri
sebahagian gerakan Islam. Masing-masing mengunggulkan
gerakan sendiri sehingga akhirnya menjadilah gerakan
Islam sesuatu yang berpisah-pisah. Sehurusnya sifat
eksklusif ini dikikis dan diterapkan sikap inklusif
yang berciri-cirikan jamaah dan kerjasama.

Kelapan: Beralih daripada sikap berlebih-lebihan
kepada sikap bersederhana. Islam adalah agama
pertengahan, apa yang berpisah daripada pertengahan
ini disebut sebagai berlebih-lebihan (Ghuluw). Agama
pertengahan ini tidak condong ke sikap remeh dan tidak
juga condong kepada sikap fanatik. Sayang sekali ada
di antara gerakan Islam yang condong ke arah
meremehkan syari‘at Islam sepertimana aliran
liberalisme. Ada juga yang condong ke arah
berlebih-lebihan seperti aliran fanatisme. Yang benar
gerakan Islam harus berada di antara kedua-duannya
kerana ini jalan yang lurus yang akan menghasilkan
kejayaan sebenar.

Kesembilan: Beralih daripada sikap berkeras kepada
sikap berhikmah. Sebahagian gerakan Islam, kerana
sikap putus asa telah beralih daripada manhaj dakwah
dengan hikmah kepada manhaj kekerasan dengan senjata.
Mereka membunuh jiwa dan melakukan kerosakan harta
benda yang akhirnya hanya akan menggagalkan secara
keseluruhan usaha kebangkitan Islam. Seharusnya
gerakan Islam memiliki sifat sabar dan bertahap-tahap.
Tidak boleh menanam benih di pagi hari dan
mengharapkan buahnya di petang hari.

Kesepuluh: Beralih daripada pertelingkahan kepada
persatuan. Antara faktor utama yang menghalang
kejayaan gerakan Islam mutakhir ialah pertelingkahan
sesama gerakan atas hal-hal khilaf dan dzanni (hukum
yang samar-samar). Padahal syari‘at Islam mewajibkan
umatnya sesuatu yang disebaliknya, iaitu bersatu dan
jangan berpecah. Selagi gerakan Islam berpecah dan
bertelingkah, selagi itulah kejayaan menjauhi tangan
umat Islam.

Demikian sepuluh poin utama yang digariskan oleh
Syaikh al-Qaradhawi kepada gerakan Islam mutakhir
tanpa khusus kepada mana-mana aliran tertentu. Di
dalam memberi poin-poin di atas, Syaikh al-Qaradhawi
telah menegur secara positif beberapa aliran Islam
mutakhir yang masyhur seperti Jamaah Hizbut Tahrir,
Jamaah Tabligh, Jamaah Jihadi, Jamaah Wahabiyyah,
Jamaah al-Albaniyyun, Jamaah al-Jamiyyun (pengikut
Syaikh Rabi’ al-Madkhali), Jamaah Syururiyyun, Jamaah
Ikhwan al-Muslimun, Jamaah Sufisme dan tareqat-tereqat
mereka dan pelbagai lagi.

Buku ini sangat dianjurkan kerana gerakan kebangkitan
Islam di Malaysia juga tidak lagi daripada pelbagai
kelemahan dan kekurangan sepertimana yang digariskan
oleh Syaikh al-Qaradhawi. Gerakan kebangkitan Islam di
Malaysia masih berada di tahap remaja dan
sangat-sangat memerlukan bimbingan untuk mencapai
tahap dewasa secepat agar segala misi perjuangan
mereka dapat membuahkan hasil sebaik mungkin.



Bookmark and Share




  Member Information For engku_salinaProfil   Hantar PM kepada engku_salina   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.045182 saat. Lajunya....