Oleh |
abah dan mama mengHALANG... |
UsTaZaH_CuTe
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 07.06.2003 Ahli No: 1646
Posting: 110
Dari: sg petani
|
Posting pada: 10-06-03 01:13
assalamualaiikum sumer...dalam bab luahan hati ni...ada sikit citer yg hendak saya kongsi bersama dan minta pendapat teman2 sekalian...sebenarnya..saya ada kenal dgn sorg budak sabah (islam)..budak ni baik sgt..dlm pemerhatian saya...dia ni slalu pegi surau...klu jln tu..menundukkan pandangan...jarang cakap dgn pompuan...slalu pegi kuliah agama...kira boleh jadi pakwe yg baik laa(dlm konteks islam laa)...saya dah mula suka kat dia sebab sikap dia yang suka bagi nasihat membimbing kepada saya...kiranya...dia ni islamic laa...walaupun dia ni orang susah...tp sikap dia tu menarik hati saya...tapi satu hari tu...abah sy dpt tau saya berkawan...dia marah dan suruh saya lupakan budak tu terus...what must i do??? adakah sebab budak tu org sabah?? sebab dia miskin?? sebab dia hanya taraf budak poli?? ntah laa...cuba para sahabatku bagi pendapat...leh x??? wassalam... ----------------- "NaFsU MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr rUpAnYa...AkaL MenGatAkaN WaNiTa CaNtIk aTaS DaSaR ILmUnYa...dAn HaTi MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr AKHLAKNYA..
|
afiza_ahmad
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 28.04.2003 Ahli No: 584
Posting: 199
Dari: ipoh
|
Posting pada: 10-06-03 10:13
Sekadar memberi pendapat..Susah jugak ye kalau mak n abah tak bg restu..Kalau ustazah cute rasa TEMAN ustazah tu benar-benar mempunyai pekerti mulia..dan yakin perhubungan kalian tidak mendatangkan sesuatu yg tidak baik, yakinkan kepada kedua ibubapa ustazah.Selalunya jika ibu ayah melarang tentu ada alasan mereka tersendiri. Jadi berfikiran terbuka dan tanya mereka atas alasan apa mereka melarang..Insyallah masalah akan selesai..Setiap ibu ayah mahukan sesuatu yg terbaik buat anak mereka! -----------------
|
nurkamar
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 25.04.2003 Ahli No: 479
Posting: 92
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 10-06-03 14:37
assalamua'laikum.. apa kata.. bincanglah ngan orang yg berpengalaman.. minta pendapat mak cik.. pakcik.. yg dihormati dalam keluarga.. insya ALLAH jika baik.. mak ayah akan terbuka hati juga.  jangan mudah putus yakin.. insya ALLAH perkara baik akan dipermudahkan juga, walau susah camna pun. tak ada mak ayah yang nak anaknya di persusah susahkan masa depannya  . ----------------- -cheras-
|
mardhiah12
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 28.04.2003 Ahli No: 568
Posting: 197
|
Posting pada: 10-06-03 15:20
assalamu`alaikum akak bersetuju dgn pendapat yang lain, tambahan lagi: keredhaan ibu bapa, yg utama dlm mengejar keredhaan Ilahi.. berbincanglah secara terbuka..
|
jijah
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 18.04.2003 Ahli No: 93
Posting: 136
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 12-06-03 17:13
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabiah.. mula-mula sekali jijah rasa lebih baik kita sama-sama fahami apakah makna sebenar erti "berkawan"? maksud jijah, walaupun lelaki yang dinyatakan tu mempunyai ciri-ciri lelaki soleh, seharusnya sebagai wanita..kita kiena sentiasa beringat bahawa jangan kita sekali-kali menjadi "penghalang" kepada keimanan dan ibadat yang dilakukan oleh lelaki itu. jika sahabiah sukakan dia..tanyalah petunjuk Allah...barangkali kita sukakan sesuatu tapi mungkinkah itu adalah sesuatu yamg jelek buat diri kita? atau mungkin juga kita membenci sesuatu..tapi mungkinkah itulah yang terbaik? jadi hanya allah sahaja yang tahu jawapannya..oleh itu..berserahlah kepadaNya. tentang halangan dari kedua ibubapa tu...jijah rasa..mungkin mereka khuathir tentang pelajaran adik. dengan kerjaya yang sesuai dan persiapan yang baik dalam bidang agama dan ilmu yang lain (dunia dan akhirat)...barangkali hati ibu dan bapa sahabiah akan terbuka untuk menerimanya suatu hari nanti. bersabarlah dan jangan terburu-buru mengambil sesuatu keputusan. tiada ibubapa yang mahukan sesuatu yang buruk kepada anak-anak mereka.percayalah... sekadar suatu pendapat dari hambaAllah yang lemah wassalam
|
prettybikrah
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 1310
Posting: 23
Dari: Singapore
|
Posting pada: 15-06-03 15:11
akum... pada keseluruhannya ialah ibu bapa inginkan yang terbaik utk anak2 mereka...mungkin halangan ibu bapa ustazah cute ada hikmah disebaliknya kita sbg manusia lebhi berserah kepada Allah ialah seperti yang dikatakan jijah Allah lebih tahu apa yang hambanya tak tahu tetapi ingat selain berserah dan berdoa kita pon kene berusaha...berdoa aje siang malam tanpa berusaha masalah pon tak akan selesai yakinkan kepada ibu bapa ustazah cute dan buktikan mereka terangkan pada mereka dan berbincang dengan cara yang baik dan kemudian yang lain kita berserah kepada DIA insya-Allah Allah akan membantu.....
|
nur_tinta
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 15
Posting: 396
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 16-06-03 11:07
assalamualaikum wb.. tersentuh hati kak tinta bile terdengar luahan hati istazah. anyway, akak nak pesan satu aja.... kite dah kenal ibu dan ayah lama.... jadik msti ada sebab knp ayah n ibu menghalang adik bersahabat dgn dia.. mungkin ayah n ibu nak adik tumpukan perhatian dahulu.... tapi kiranya adik boleeh meyakinkan ayah nn ibu yang adik HANYA KAWAN dgn dia.. dan persahabatan yang terjalin itu tidak akan meniggalkan kesan.. teruskan..... asalkan persahabatan itu ikhlas.! ----------------- --Sekadar bicara, sekadar pandangan-- nur_tinta
|
nurkamar
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 25.04.2003 Ahli No: 479
Posting: 92
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 16-06-03 16:53
assalamua'laikum.. yang disayangi...akak bersependapat dengan nur_tinta.. sebab apa yang akan berlaku pada masa akan datang... adik akan tau sendiri..kita tak kenal dia sepenuhnya.. terutama keluarga dia.. ----------------- -cheras-
|
aku
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 05.05.2003 Ahli No: 986
Posting: 110
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 16-06-03 17:14
Kalau dah jodoh tak kemana.. Wallau'alam.. ----------------- 
AKU makhluk ciptaan ALLAH S.W.T...
|
UsTaZaH_CuTe
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 07.06.2003 Ahli No: 1646
Posting: 110
Dari: sg petani
|
Posting pada: 16-06-03 18:48
tima kasih kpd sumer akak yg sudi bagi pndpt...biarlaa sy ngaku...skrg ni sy masih berkawan dgn dia cumer sy rahsiakan dr ibu bapa sy....sbb utama yg sy sure knaper abah sy halang sbb dia tu org sabah...(x kaya)....sbb slalu abah ckp dgn sy...klu nak kahwin...cari org yg berharta...sampai satu hari tu sy pernah berdebat dgn abah sy psl harta...sy ckp..."alah bah..harta byk2 pun bukannya boleh bwk masuk kubur!!" trus abah sy senyap...then sy trus jer tukar topik sbb malas nak ambik kisah sgt...bg saya..slagi sy x buat perkara yg menlanggar syariat Islam selama sy berkawan dgn dia...sy akan terus berdoa dan trus bkwn dgn dia...psl kuarga dia...sy dah kenal...cumer blum berkesempatan utk berjumpa...sy tahu latar blakng kuarga dia..lagipun...mak dia adalah mak angkat saya....  apa2 pun..trima kasih sumer sbb sudi bagi pndpt.... wassalam... ----------------- "NaFsU MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr rUpAnYa...AkaL MenGatAkaN WaNiTa CaNtIk aTaS DaSaR ILmUnYa...dAn HaTi MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr AKHLAKNYA..
|
Anaz-Imtiyaz
WARGA RASMI Menyertai: 12.06.2003 Ahli No: 1688
Posting: 7
|
Posting pada: 19-06-03 09:24
tak semua org Sabah tu jahat tau..  ramai org semenanjung bertemu jodoh dengan org sabah yang saya jumpa hidup bahagia rukun damai sehingga ke akhir hayat lagi.. for example my parent.. ok je.. tapi aku pula yang mendapat tentangan dari parent aku.. ----------------- [IMG]http://www.angelfire.com/oz/anaz_imtiyaz/new2.jpg[/IMG]
|
ida01
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 11
Posting: 330
Dari:
|
Posting pada: 23-06-03 16:43
hmm nih hanyer pendapat ana yerk.maybe ibu bapa ustazah buat cenggitu mesti ader kebaikan untuk ustazah kan?kalo tidak knp parents ustazah menghalang .cube tanyer aper kelemahan budak tuh kat parents? -----------------
|
UsTaZaH_CuTe
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 07.06.2003 Ahli No: 1646
Posting: 110
Dari: sg petani
|
Posting pada: 23-06-03 23:27
masalah nyer...ana tak tau camner nak tanya psl tu kat diorg...ana takut klu diorg protes trus kat ana... ----------------- "NaFsU MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr rUpAnYa...AkaL MenGatAkaN WaNiTa CaNtIk aTaS DaSaR ILmUnYa...dAn HaTi MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr AKHLAKNYA..
|
nurkamar
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 25.04.2003 Ahli No: 479
Posting: 92
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 26-06-03 16:54
assalamua'laikum. ok lah, camni.. klau tgh belajar time ni.. belajar betul betul dan set ur own target. keja.. atau sambung belajar ke.. pastu.. urusan jodoh ni... hmm.. betul dia tercipta untuk kita.. dia tetap untuk kita.. walau terpisah tak berjumpa sekalipun. susah sebenarnya nak kongsi pengalaman sendiri, tapinya, pada akak, sekiranya asalnya mudah, insya allah akan dipermudah mudahkan hingga akhirnya insya allah. walaupun banyak halangan  ----------------- -cheras-
|