Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-11-2021  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 9
Ahli: 0
Jumlah: 9




  Dari Galeri
Sambutan hari lahir serentak -- Presiden dengan Maricella yang tarikh lahirnya sama (17 April)

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 11 hari yang lalu


Muslimah Remaja
Topik: Purdah...nak pakai ka tak pakai?


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, suterakasih85
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Remaja
    »» Purdah...nak pakai ka tak pakai?

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Purdah...nak pakai ka tak pakai?

white_cotton
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 31.05.2003
Ahli No: 1550
Posting: 85
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-06-03 01:56


Trimas buat sahabiyah sumer di atas pandangan dan nasihat yg diberikan..

Alhamdulillah, skang ni pun ana dah mula utk menetapkan kembali hati ana utk pakai tudung labuh. Berkat nasihat sahabiyah sumer dan sokongan dr ibu ana, insyaAllah ana boleh lakukannya..

Segala perkara lepas yg berlaku, ana dah tak nak ingat lg..Tp sekurang-kurangnya byk pengajaran yg ana dapat dr pengalaman lepas.

Tak dapat ana nafikan, bile kiter memakai pakaian yg menutup aurat,dgn sendirinya kiter akan rasa malu utk melakukan perkara2 yg xelok. Bukan saje dpt menjaga akhlak & tingkah laku kiter, tp dapat juge menghindarkan kiter dr pandangan mata2 lelaki yg suke ambil kesempatan mencuri pandang pada kiter. Sedangkan ana yg slalu berbaju kurung dan pakai tudung biler kemana-mana ni masih diganggu & diusik, inikan pula kalau tak tutup langsung..

Sbb tu lah bile pakai tudung labuh utk kemana-mana ana lebih rasa selamat. Org lain lebih menghormati kiter, dan dr pengalaman lepas, ana xpnah diganggu oleh sesape biler kuar kemana-mana. Betapa besarnya hikmah menutup aurat tu..

Dan ana juga nak buktikan pd semua, walaupun ana bertudung litup, tak semestinya ana ni terus kena jd pasif. Ana ttp akan teruskan usaha ana utk mendapatkn tali pinggang hitam dlm taekwondo..Skang ni pun ana dah sampai prkt tali pinggang biru... Biar sumer org tahu, tak sumer org yg ambil keputusan utk mengenakan tudung labuh ni tak bleh berjaya same mcm mereka yg lain..

Walau apapun, ana masih perlukan sokongan dr sahabiyah semua. Semoga sokongan & nasihat berterusan yg diberikan akan buatkan ana lebih kuat utk menghadapi rintangan pd masa mendatang..

Wassalam



-----------------
Try To Give You Warning
But Everyone Ignores Me
[Told You Everything Loud & Clear]
But Nobody's Listening


Bookmark and Share




  Member Information For white_cottonProfil   Hantar PM kepada white_cotton   Quote dan BalasQuote

fi_amaanillah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 627
Posting: 114
Dari: JB

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-06-03 10:57


assalamualaikum..

ana setuju ngan pendapat sahabat2 yg lain...

insyallah kl hati dh t'buka utk b'purdah,selalulah b'doa smg diberi istiqamah..dlm melakukan ape jugk pun..bende2 yg baik..kite mesti istiqamah..

-----------------
" berfikir berdasarkan wahyu,berakhlak dgn Al-Quran,bertindak berpandukan Sunnah"


Bookmark and Share




  Member Information For fi_amaanillahProfil   Hantar PM kepada fi_amaanillah   Quote dan BalasQuote

sufi_fatanah
WARGA RASMI
Menyertai: 22.04.2003
Ahli No: 372
Posting: 9
Dari: Selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 13-06-03 13:04


Assalamualaikum semua...
sungguh hangat topik yg dibincangkan....Saya terasa pulak nak pakai purdah.......Mmmg dari kecil, ituler cecita saye...Tapi masalahnya....saya ni agak agresif.....Takut org kata ...apalah budak ni ...agresif semacam, tapi pakai purdah.....pelik2...'
sebaba orang beranggapan hanya p'puan yg lemah lembut giler jer yg pakai purdah......Saya ni kasar skit...
lagi satu halangan, sebab takut tak boleh istiqamah dalam pemakaian purdah...
last sekali sebab saya nak kukuh dulu iman dihati...sebenarnya bila iman dah kukuh, mudahlah untuk istiqamah......
Actually banyak hikmahnya kalau kita berpakaian mengikut shariat seperti pakai tudung bulat dan berpurdah.....sebab dalam masa yg sama ia dapat menghalang kita dari buat even menghampiri perkara maksiat...takkan pakai tudung bulat pi tengok wayang kot.......

so....white cotton, kalau anda benar2 nak pakai tudung bulat, pakailah dengan niat untuk menyempurnakan perintah Allah yg menyuruh kita tutup sampai ke leher dan daada....dalam masa yg sama jadikan ia satu permulaan utk menjadi muslimah yg berkualiti zahir dan batin.....lepas pakai tudung bulat mestilah setiap pergerakan kita ada limit....so, tak derlah tindik sana sini/ warna rambut.....SEBAB...nama baik islam kat tangan kita....Jangan sampai perlakuan kita yg seorang buruk Islam sepenuhnya dan jangan juga kerana kita, mati niat seseorang yg nak jadi mukminah...

Saya pun pernah kecewa, gara2 seseorang yg pakai tudung bulat berpurdah tapi tak jaga batas dgn lelaki bukan muhrim menyebabkan kengkawan saya mengatakan 'TAK PAYAH LA NAK BERPURDAH...ORG BERPURDAH NI BUKANNYA BAIK SANGAT' tengok...orang kutuk semua org yg berpurdah kerana seorang tu.....saya pun terbakat...tapi nak jawab macammana...semua terbukti depan mata......
sebab itu penting istiqamah ni....

last...pesanan buat mereka yg berpurdah dan ingin berpurdah, pastikan niat asal anda kerana Allah!!kerana itulah InsyaAllah Allah akan membantu anda kerana setiap amal berdasarkan niat........
ok...MAY ALLAH BLESS US......

-----------------
Jadilah bunga nan harum mekar dijurang, dilihat mudah, disentuh sukar....


Bookmark and Share




  Member Information For sufi_fatanahProfil   Hantar PM kepada sufi_fatanah   Quote dan BalasQuote

fieza
WARGA RASMI
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 681
Posting: 3
Dari: ampang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-06-03 13:35


Assalammualaikum..

ana jugak setuju dgn pandangan ttg tudung tiga segi tu

kadang2 tudung yg dipakai jarang dan bleh mnampakkan leher pemakai.
dan mudah terselak bila ditiup angin.

tul tak???!


Bookmark and Share




  Member Information For fiezaProfil   Hantar PM kepada fieza   Quote dan BalasQuote

wardatulislamiyah
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 26.05.2003
Ahli No: 1456
Posting: 34
Dari: iium

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 17-06-03 13:16


Alhamdulillah..

prihatin gak sahabiyah sumer pasal penutupan aurat ni yer...
sejuk hati ana sebab isu ni dapat perhatian dan boleh dijadikan rujukan buat masa akan datang ataupun sekarang...
syukran jazilan alaikum..
boleh pakai tudung segitiga,tapi biarlah tebal dan besar,itu lebih molek..


Bookmark and Share




  Member Information For wardatulislamiyahProfil   Hantar PM kepada wardatulislamiyah   Pergi ke wardatulislamiyah's Website   Quote dan BalasQuote

tetamu_sementara
WARGA RASMI
Menyertai: 05.05.2003
Ahli No: 981
Posting: 14
Dari: atas bumi bawah langit

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-06-03 15:18


Assalamualaikum.....

ana rase...ana t'panggil untuk bagi tahu korang.

masa 1st time ana pakai purdah, mmg ramai yg kata ana berlagaklah, alim sangatlah, kaki politiklah.....tapi, ana buat dek jer. biarlah apa pun diorang nak cakap pasal ana, ana tak kisah. diorang nak kutuk ke...kutuklah. akhirat nanti Allah akan balas, ana sabarkan hati je...

mula2 pakai purdah, mmg rase tak selesa, tapi lama2 dah biasa. sebenarnya cube korang perhatikan org yg berpurdah ni. kalau diorang bukak purdah, muka diorang licin dan berseri je....
nak tahu kenape? cahaya matahari time tengahhari tidak mencecah kulit diorang, itulah sebabnye, kite lihat org berpurdah ni semuanye putih2 belaka. tapi saya rasa saya tak berapa putih sangat...saya ni hitam2 manis gitu...

kalau nak berpurdah, azamkan dalam hati, kita nak pakai purdah bukannyer nak menunjuk atau riak, kita pakai purdah untuk menyembunyikan wajah kita drpd 'ajnabi'. dan lagi satu, x semestinya org berpurdah ni beragama tinggi. jgnlah kornag salah sangka. Ana sendiri mengaku, di dekolah ana, yg berpurdah, hanya segelintir sahaja yg cekap, bagus apa org kata? yg betui2 fasih ttg bab agama ni...

seelok-eloknya mulakanlah berpurdah dari kecil...
nanti bila besar...senang...melentur buluh biarlah dari rebungnya. umur ana pun 14 tahun baru....
percayalah.....


-----------------
tetamu-yang-diundang2003


Bookmark and Share




  Member Information For tetamu_sementaraProfil   Hantar PM kepada tetamu_sementara   Quote dan BalasQuote

wardatulislamiyah
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 26.05.2003
Ahli No: 1456
Posting: 34
Dari: iium

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 25-06-03 10:03


Subhanallah...
adik ni dah start pakai purdah ke? baru 14 tahun?
subhanallah...sesungguhnya Allah beri hidayah pada siapa yang disukaiNya..
boleh citer sket pengalaman adik sepanjang adik pakai purdah ni?apa reaksi keluarga,saudara, sahabat,masyarakat?
bagaimana adik handle dan bila masa yang perlu atau dibolehkan membuka purdah ni?citer sket..


Bookmark and Share




  Member Information For wardatulislamiyahProfil   Hantar PM kepada wardatulislamiyah   Pergi ke wardatulislamiyah's Website   Quote dan BalasQuote

fatunah
WARGA RASMI
Menyertai: 29.12.2010
Ahli No: 12664
Posting: 8

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-12-10 20:57


Assalamua3laykum,

Saya membuat dan menjual niqob, tudung bulat, Abaya dan telekong.

Sila lawat laman web saya di

http://righthijaab.blogspot.com/

JZK


Bookmark and Share




  Member Information For fatunahProfil   Hantar PM kepada fatunah   Pergi ke fatunah's Website   Quote dan BalasQuote

ummumuqri
WARGA RASMI
Menyertai: 06.12.2010
Ahli No: 12605
Posting: 3
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 30-12-10 14:48


Assalamualaikum wbt.....

Tahniah buat semua sahabat yang telah mula berhijrah kepada yang lebih baik dr dulu.....moga-moga mendapat keberkatan di dunia & akhirat, ameen..insyaAllah....

hanya ingin berkongsi pengalaman...saya mula bertudung labuh sejak di thing 1....namun mungkin pada masa itu pakaian itu wajib dipakai kerana peraturan sekolah...rasa macam tak selesa...but still deep inside me....ada cite2 nak pakai sungguh-sungguh nanti.....

bila sambung diploma....saya pernah mengalami mimpi aneh...yang mana mimpi2 saya itu adalah tentang saya membaca Al-Quran....dr mula hingga akhir surah...mlm pertama Surah Yasin...mlm kedua Surah Kahfi.....mlm ketiga Surah Ar-Rahman.....untuk org yang cetek agame macam saya...sudah pastinye mimpi2 itu menggerunkan saya....namun bila di fikir-fikir semula...agaknya it's time to change....then saya mula berubah....pakai tudung segi tiga yang besar....sarung kaki....tak ramai yang menyokong perubahan saya.....lebih-lebih lagi keluarga......bila tak ada sokongan, saya kembali ke asal...pakai tudung bawal biasa....

selepas berkahwin dan mempunyai 2 anak....saya diuji dengan ujian yang sangat besar dan berat...tambah pula terpaksa pula ke sana sini atas tuntutan kerja dan belajar.....ada juga yang mengusik2 dan paling teruk ikut sampai ke bilik hotel bila berkursus di luar....perkara2 ini buatkan saya berfikir...agaknya, inilah masa untuk saya betul-betul berubah.....moga-moga dengan perubahan ini org akan hormat pada kita, insyaAllah...asal saja niatnya baik dan mahu berubah......moga-moga juga akan istiqamah dengan perubahan ini....saya selesa dan alhamdulillah..kali ini, keluarga tidak bertanya sepatah pun pada saya Kenapa saya berubah...mungkin juga ujian yang melanda saya dan anak-anak buat mereka menerima saya seadanye..insyaAllah......

Buat sahabat-sahabat yang lain.....yang ada cite2 untuk bertudung labuh....mulakan lah dr hati....jangan ada paksaan atau masih berbelah bagi....bimbang tidak bersedia...apapun keputusan yang dibuat,moga-moga ianya akan tetap dan ikhlas di hati.....saya doakan kalian semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang dr Allah SWT.....ameen


Bookmark and Share




  Member Information For ummumuqriProfil   Hantar PM kepada ummumuqri   Quote dan BalasQuote

gerhana
WARGA RASMI
Menyertai: 26.01.2011
Ahli No: 12738
Posting: 3
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 26-01-11 14:51


muslimah yang bertudung labuh pun still boleh continue kerjaya mereka seperti biasa... hidup tambah berkat jika kita menjaga aurat kita sebagai mulimah


-----------------
Beribadah lah seolah olah kita meninggal esok hari


Bookmark and Share




  Member Information For gerhanaProfil   Hantar PM kepada gerhana   Quote dan BalasQuote

nayya
WARGA RASMI
Menyertai: 19.10.2008
Ahli No: 9213
Posting: 4
Dari: di sini

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-02-11 23:52


hmmm,,,
tapi dalam bab purdah, hijab wa niqab ini...
ad 1prkara yang buat ana tfkir2
tentang kata-kata seorang ustz yang ana segani dengan ktinggian ilmunya...
katanya ringkas saja:
hijab tu adab dan purdah tu adat
boleh ana tye tentang seorang syeik yang mengeluarkan sikit berpurdah haram
(harap tak ada yang salah faham sebab syeik 2 mrjuk kepada 1situasi)

adab maksudnya kwajipan seseorang tu krne ia melbatkan akhlak islamiyah..dan dah nyata tanpe kias2 lagi yang wajib berhijab sehingga menutupi dada...
manakala
adat tu 1 yang mencntikan lagi akhlak... dan ia adalah adat org arab...

jadi boleh ana fkir2 balik keteguhan ana makin teguh yang islam xlgsung mnyusahkan...
tiap indvidu berhak nak masuk kan diri nya dalam golongan yang mana..


Bookmark and Share




  Member Information For nayyaProfil   Hantar PM kepada nayya   Quote dan BalasQuote

princessmuslimah
WARGA RASMI
Menyertai: 05.10.2011
Ahli No: 13171
Posting: 1
Dari: Setiu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-10-11 18:45


Assalamualaikum sahabat-sahabat Seakidah…

Di sini ana hanya nak kongsi pengalaman memakai niqab/purdah..

ana dulu bersekolah harian biasa dan sekarang bekerja di sebuah kolej. hati ini mula terdetik untuk memakai niqab sejak berukhuwah dengan sahabat-sahabat yang memaikai niqab di alam maya ni. frst pakai ptghn tahun lepas tapi beberapa kali sahaja sebab pakai bila keluar ke bandar seorang diri. ana pakai pakai tanpa beritahu kepada ibu bapa kerana segan dan ana jenis yang xbnyk bercakap. ana mengambil keputusan untuk pakai setelah banyak bertanya kepada sahabat-sahabat niqabis dan melalui bacaan2. ana mengambil masa dekat setahun untuk mencari kekuatan dan bfikir macam-macam apa tanggapan org lain nanti serta banyakkan berdoa sebelum mengambil keputusan untuk memakai niqab.

alhamdulillah bersyukur sangat kerana Allah bagi petunjuk untuk ana pakai niqab. ana suka join komuniti2 islamic secara online dan bla blog walking selalu saja jumpa artikel2 yang berkaitan niqab. mungkin ini salah satu hint yang Allah bagi tak tmbhkn ilmu pasal niqab. sejak dari itu semanggat untuk istiqamah memakai niqab semakin berkobar-kobar walaupun dalam famly dan saudara-mara dan area tempat ana tinggal tak ada yang pakai niqab.

alhmdllh lebih anda 2 bulan lepas seorang mak saudara ana telah memakai niqab dan sekurang-kurangnya ada juga geng.. huhu.. pada bulan 3 baru ini ana telah buat keputusan untuk memakai niqab pada hari walimah ana dan juga di depan family, saudara-mara, dan orang-orang kg. sebelum mengambil keputusan yang agak besar ini ana banyakkan berdoa kepada Allah minta diberikan kekuatan dan alhamdulillah bakal zauj ana pada masa itu membenarkan ana untuk memakainya. salah 1 sebab untuk ana mahu memakai niqab semasa hari walimah ana adalah kerana tidak mahu make up sebagai pegantin dilihat oleh ajnabi dan juga sebagai permulaan untuk memaklumkan ana mahu memakai niqab. boleh dikatakan semua terkejut melihat ana memakai niqab pada waktu itu dan hanya nenek ana seorang yang bertanya Kenapa pakai dan ana hanya menjawab secara ringkas dengan mengatakan pakai untuk suami. boleh dikatakan ramai yang bbnyi dibelakang bila melihat ana memakai niqab dan adik ana memberitahu ada yang tidak mahu bergambar kerana ana menutup muka. ana juga bsyukur sangat kerana ada juga seorang mak saudara yang menyokong ana kerana pakai. ana kuatkan diri untuk terus pakai dan hanya buka didepan saudara mara sahaja pada waktu itu. alhamdllh sejak hari walimah sehingga sekarang ana istiqamah memakainya apabila keluar ke mana-mana sama ada bersendirian, bersama family atau zauj kecuali dalam kawasam kolej tempat ana bekerja kerana anda kekuatan untuk memakainya disebabkn situasi dan juga politik. ana buka niqab sebelum masuk kawasam kolej dan memakainya semula selepas keluar dr kawasam kolej sehingga balik ke rumah.

jika ada urusan kerja diluar ana juga turut memakainya dan rasanya sudah separuh rakan kerja telah tahu ana memakainya sejak bertembung dengan ana diluar dan juga semasa family day tempat kerja. alhmdulillah mungkin salah 1 nikmat yang Allah bagi adalah tiada org yang berani untuk bertanya ana sendiri Kenapa ana pakai jadi tidaklah susah2 untuk menjawabnya dan rasa bebas untuk pakai.. huhu… ana bersyukur sangat-sangat kerana zauj menyokong ana memakainya dan bersabar dalam menjawab pertanyaan saudara-mara tentang pemakaian niqab ana. sekarang dalam usaha untuk terus istiqamah dan berusaha untuk menyesuaikn dr dengan persekitaran dan juga dalam keadaan tertentu. ana berdoa semoga Allah tidak menarik balik nikmat yang istimewa ini serta sentiasa menetapkan niat pemakaian ana pada jalan yang betul yang diberikan ini kerana bukan mudah untuk mendapatkannya dan memberi kekuatan kepada ana untuk terus istiqamah pada jalan yang diredaiNya. ameen ya Rabb..


Bookmark and Share




  Member Information For princessmuslimahProfil   Hantar PM kepada princessmuslimah   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, suterakasih85
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Remaja
    »» Purdah...nak pakai ka tak pakai?

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.057135 saat. Lajunya....