Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-06-2022  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Perkataan yang baik tidak akan tumbuh pada hati yang kotor, sepertimana biji benih tidak akan tumbuh di tanah yang gersang..
--
Jijah

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 11
Ahli: 0
Jumlah: 11




  Dari Galeri
bersama suami...

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 3 hari yang lalu
azan84: 32 hari yang lalu


Tokoh Islam
Topik: AiNul MarDhIaH


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Tokoh Islam
    »»  AiNul MarDhIaH

Please Mendaftar To Post


Oleh AiNul MarDhIaH

alfaqierah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 21.04.2003
Ahli No: 278
Posting: 278
Dari: bumi ALLAH- the garden of knowledge & virtue

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 28-05-03 12:32


Assalamu'alaikum wrt wbt

alhamdulillah,bertemu lg kita
ape khabar hari ni sahabat sahabiah semua? moga bikhair hendaknya..insyaALLAH..

topik yg ana bawakan kali ni AiNul MarDhIaH..siapa gerangannya? mungkin ade antara kita yg dah tahu kan,dan utk yg belum,sama-sama kita baca kisah ni utk menambah lg ilmu yg kita kutip dr lautan luas khazah ilmuNYA..insyaALLAH

pasti sahabat sahabiah pernah dgr lagu dr UNIC ttg ainul mardhiah kan? lebih kurang camnie la liriknya..

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

( korus )
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhanku
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih

( ulang korus )

Di hati lelaki bernama kekasih ( 3X )

a'ha...sekarang ni kita baca pulak kisah bidadari syurga ni..

Untuk bingkisan buat muslimah kali ini, ingin ana bawakan sebuah kisah sahabat yang insyaAllah dapat kita ambil iktibar atau paling kurang dijadikan sebagai bahan bacaan masa lapang. Selamat membaca!

Bidadari syurga
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. [Al - Baqarah : 25] Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......
'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain.
Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama.... ) ---> tidur sebelum zuhur :: ana kurang pasti, sila rujuk hadith kembali

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya di manakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii...... ('Ainul Mardhiah pun tahu menjaga pergaulannya dengan kaum Adam, apatah lagi kita manusia biasa kan?) tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
subhanallah...

bagaimana? mahu bidadari secantik syurga? mahu menjadi ketua segala bidadari? Tidak ada yang mustahil sahabat-sahabat sekalian, yang penting keyakinan dan keimanan kita terhdapa kekuasaan Allah swt dan sunnah Rasulullah saw. Sekian.

wallahu'alam..

-----------------
hanya hambaNYa..

"ALLAH swt is known by the heart and not the mind,and whose hearts know ALLAH are surely strong in their religion..insyaALLAH.."


Bookmark and Share




  Member Information For alfaqierahProfil   Hantar PM kepada alfaqierah   Quote dan BalasQuote

engku_salina
-WARGA SETIA-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 25
Posting: 592
Dari: Kuala Lumpur

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-05-03 12:40


sungguh indah nama tu...
seindah bidadari...



Bookmark and Share




  Member Information For engku_salinaProfil   Hantar PM kepada engku_salina   Quote dan BalasQuote

wana
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 11.05.2003
Ahli No: 1159
Posting: 21
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-05-03 14:57


sememangnya sungguh mulia ainul mardhiah...
mungkinkah kita sepertinya????

-----------------
ukhwah itu sesuatu jalinan kasih sayang yang indah


Bookmark and Share




  Member Information For wanaProfil   Hantar PM kepada wana   Quote dan BalasQuote

nilamSarah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 27.04.2003
Ahli No: 556
Posting: 273
Dari: presint 9,putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-05-03 03:19


ooo..cam tu ke citer nyer....thakx for da' story!


Bookmark and Share




  Member Information For nilamSarahProfil   Hantar PM kepada nilamSarah   Quote dan BalasQuote

aku
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 05.05.2003
Ahli No: 986
Posting: 110
Dari: bumi ALLAH

iraq   avatar


posticon Posting pada: 30-05-03 12:00


suker ngan lagu ainul mardhiah..

-----------------

AKU makhluk ciptaan ALLAH S.W.T...


Bookmark and Share




  Member Information For akuProfil   Hantar PM kepada aku   Quote dan BalasQuote

alluring_lady
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 01.05.2003
Ahli No: 807
Posting: 75

singapore   avatar


posticon Posting pada: 14-06-03 22:01


sama la...ana pun suka mendengar lagunye... tnx 4 the story!


Bookmark and Share




  Member Information For alluring_ladyProfil   Hantar PM kepada alluring_lady   Quote dan BalasQuote

mawarputih
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 21.04.2003
Ahli No: 308
Posting: 152
Dari: Bangsar,KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-06-03 10:45


Jujur ana katakan yang sebelum UNIC membawakan lagu tersebut, ana sebenarnya tak tahu siapa dia Ainul Mardhiah tue. Tapi Alhamdulillah... selepas dengar lagu tue, barulah ana kenal dan tahu kisahnya.

Apapun, syabas buat Unic serta komposer yang bertanggungjawab mencipta lagu tersebut sebab lagu tue memang best...!!!

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For mawarputihProfil   Hantar PM kepada mawarputih   Quote dan BalasQuote

nur_malam
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.06.2003
Ahli No: 1816
Posting: 71
Dari: Kulim

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-06-03 10:42


Assalamualaikum..

Saya pun sama. Sebelum ni saya tak tau siapa Ainul Mardhiah tu. Syukran jazilan atas cerita tu.


Bookmark and Share




  Member Information For nur_malamProfil   Hantar PM kepada nur_malam   Quote dan BalasQuote

alfaqierah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 21.04.2003
Ahli No: 278
Posting: 278
Dari: bumi ALLAH- the garden of knowledge & virtue

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 29-06-03 12:14


Assalamu'alaikum wrt wbt

sama-sama buat sesape yg ucap thans tu
sekadar berkongsi pengetahuan sesama sahabat sahabiah semua

ilalliqa'

-----------------
hanya hambaNYa..

"ALLAH swt is known by the heart and not the mind,and whose hearts know ALLAH are surely strong in their religion..insyaALLAH.."


Bookmark and Share




  Member Information For alfaqierahProfil   Hantar PM kepada alfaqierah   Quote dan BalasQuote

seharumkasturi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 21.04.2003
Ahli No: 301
Posting: 149
Dari: Selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 21-08-03 14:14


Assalamualaikum warahmatullah..

Sahabat dan sahabiah yang dirahmati Allah..
Kalau nak dibayangi akan kecantikan dan kejelitaan 'Ainul Mardhiyyah..pada ana..ana tak dapat nak bayangkan akan keindahan beliau..persoalannye sekarang..mampukah kita mencapai tahap tersebut...bidadari sahabat-sahabat..bukan orang biasa...subhanallah...
jauhnya ana...


Bookmark and Share




  Member Information For seharumkasturiProfil   Hantar PM kepada seharumkasturi   Quote dan BalasQuote

Hajar
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 06.05.2003
Ahli No: 1024
Posting: 479
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 21-08-03 15:39


Masya-Allah..Subhanallah...
Terima kasih ukhti alfaqierah...

-----------------
"All Allah's Testing Has A Purpose..
Someday U Will See The Light..
All He Asks Is That U Trust in HIM..
Walk By


Bookmark and Share




  Member Information For HajarProfil   Hantar PM kepada Hajar   Pergi ke Hajar's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.055141 saat. Lajunya....