Oleh |
Aurat wanita Islam ngan bukan Islam |
mawardah_ilmi
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 19.04.2003 Ahli No: 180
Posting: 28
Dari: bumi Tun Fatimah
|
Posting pada: 20-05-03 03:48
Assalamualaikum wbt.. Setahu teman aurat wanita muslim ngan wanita non muslim sama cam wanita muslim denga lelaki. teman nak tanyer nie...bolehker kita salam ngan wanita non-muslim dan batal ker air wudhu' kita nanti? Quote:
| =====Teman yang masih jahil nie==== |
| ----------------- YaNg IndaH hANya SemEntaRa [ Posting ini telah di edit oleh: mawardah_ilmi pada 2003-05-20 03:50 ]
|
uBaiDiLLaH
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 18.04.2003 Ahli No: 78
Posting: 35
|
Posting pada: 20-05-03 08:13
Mengenai aurat wanita di hadapan wanita non-Muslim, t'dpt dua p'dpt...p'dpt pertama, sama spt aurat wanita Muslim dgn lelaki ajnabi iaitu tutup semua kecuali muka dan tapak tgn (b'dasarkan p'dpt Fuqaha Syafi'iah) manakala p'dpt kedua pula adalah sama spt aurat wanita dgn wanita Islam yg lain KECUALI jika wanita non-Muslim tu mmg sah depa suka citer ttg aurat wanita Muslim dekat org yg tak b'hak utk dengar (Sheikh Atiyah Saqr) Tidak ada sebarang dalil dan hadith yang menegah orang Islam dan bersalaman dengan non-Muslim, samada bagi jantina lelaki mahupun perempuan. Begitu juga pandangan yang mengatakan batal wudhuk apabila bersalaman dengan non-Muslim... Allahu a'lam...
|
nur_islami
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 11.05.2003 Ahli No: 1146
Posting: 279
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 20-05-03 08:32
em......ana pon compius gak......mekasih coz bagi pandangan ubaidillah..... ----------------- tuhan dalam mjlni hadap ini banyaknya dugaan yang mdtg.ada yang dptku gagahi & ada yang gagal kuhindari,tuhan rahmatmu melgt luas.terlalu sdktku bsykr
|
nafisah
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 29.04.2003 Ahli No: 688
Posting: 66
Dari: seremban
|
Posting pada: 20-05-03 09:01
ha.. saya suke tajuk ni. sbb ape, sekarang ni byk ipt dah bercampur2 kan? muslim non muslim, duduk bawah satu bumbung. saya penah tanya soalan ni pd ustaz dulu. jawapannya sama mcm ubaidillah. so, tak yah risau ek.. just hati2 lah pd non muslim yg suker bercerita tu. bahayakan?? :p
|
hajidah_aiman
{ SRIKANDI } Menyertai: 02.05.2003 Ahli No: 875
Posting: 253
Dari: Perlis Indera Kayangan
|
Posting pada: 20-05-03 10:58
Ana pun tak berapa tau pasal ni...syukran atas info uBaiDiLLaH tu... ----------------- [b][i]Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah[/b][/i]
|
mardhiah12
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 28.04.2003 Ahli No: 568
Posting: 197
|
Posting pada: 20-05-03 12:18
assalamu`alaikum erm, bertahun duk kat hostel-campur non muslims dgn muslims, so, akak lebih suka memegang pendapat-aurat kita dibolehkan dari segi aurat kerja i.e kalau basuh baju, kita singsing lengan baju, bukak tudung..as long selagi takde perempuan jahat menfitnah kita.
|
mawardah_ilmi
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 19.04.2003 Ahli No: 180
Posting: 28
Dari: bumi Tun Fatimah
|
Posting pada: 20-05-03 16:02
Thanx ubaidillah atas huraian anda.. tapi tu lah..teman masih nak jawapan pasti... apapun nanti teman try tanyer member teman kat bicarasufi... nanti teman posting kat sini balik nyer ----------------- YaNg IndaH hANya SemEntaRa
|
pErMaIsUrI_hAtI_kU
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 23.04.2003 Ahli No: 391
Posting: 26
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 20-05-03 16:46
skrg nih kat ipt bilik asrama muslim ngan non muslim campur....keadaan mnjd susah especially masa kita nak tukar baju n nak tidur.... bolehkah kita anggap keadaan ini sbg darurat dan kita kira aurat kita dgn dia sama mcm aurat kita dgn muslimah....?? ----------------- Kematian hanya datang sekali...
Jadikanlah ia di jalan Allah....
Hidup Mulia @ Mati Syahid..!
|
hub_addin
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1
|
Posting pada: 22-05-03 23:50
assalamualaikum sahabat2 semua. sebelum ni ada juga perkara seperti ni yang dibincangkan tetapi dalam skop ynag berlainan. jadi di sini ana sekadar nak berkongsi deng meng'quote'kan apa yang telah dibincangkan. ini adalah jawapan daripada akak shazz77 Quote:
| Assalamualaikum wbt.. Untuk pengetahuan shbt2 sekalian, saya juga telah mengalami masalah yg sama berhubung dgn masalah aurat.. Alhamdulillah, dgn rahmatNya masalah saya akhirnya terjawab juga. Dgn bantuan pensyarah (TITAS) di fakulti saya, saya telah mendapat beberapa dalil / hujjah berkenaan dgn Masalah Aurat Wanita Islam (WI) dgn Wanita Bukan Islam / dhimmi (WBI).. Ana setuju dgn huraian / hujjah drpd hurulain dan Aisyatul_auni sebab ini merupakan pendapat yg asah di kalangan jumhur.. Ana rasa, adalah lebih baik kalau kita melihat pendapat yg asah di kalangan ulama' Hanbali .. Antara hujjahnya : 1. Mengikut pendapat yg asah di kalangan ulama’ Hanbali, tidak ada bezanya antara hukum yg berkaitan dgn pemandangan di antara kedua-dua org WI atau pun WI dgn WBI. 2. Ini diqiyaskan dgn persamaan hukum di antara dua org lelaki dan lelaki Islam dgn lelaki dhimmi dlm masalah berpandangan ini. 3. Sedangkan terdapat WBI sama ada Yahudi dan lain-lainnya yg telah menemui para isteri Rasullullah s.a.w. tetapi mereka tidak pun berselindung dan berhijab. 4. Mereka juga tidak diarahkan supaya berhijab. 5. Berdasarkan dalam Surah An-Nurr (24:31), perempuan kafir adalah sama dgn kedudukannya dgn lelaki tetapi ia boleh diandai dgn maksud secara menyeluruh meliputi semua wanita, sama ada WI @WBI. Kesimpulannya : 1. Oleh kerana maksud yg ada dlm arahan supaya ada hijab di antara lelaki dan wanita, tidak wujud langsung di antara WI dgn WBI, maka wajiblah tidak perlu ada hijab di antara mereka berdua. 2. Jika WBI harus memandang WI, maka tidaklah lagi perlu disebut wanita secara khusus dlm Surah An-Nurr, kerana ia tidak memberikan apa2 makna. 3. WI harus untuk mendedahkan perhiasannya kpd WBI sekadar yg harus didedahkan kpd seorang WI yg lain. 4. Pendapat ini adalah dikira lebih sesuai dan lebih ringan mengikut keadaan yg wujud pd masa kini.. ***Ana berharap marilah kita bersama-sama memikirkannya...Apa kesimpulan bg shbt yg lain?..
|
|
-----------------
|
hub_addin
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1
|
Posting pada: 22-05-03 23:59
ana sependapat dengan shaz77 dalam permasalahan aurat WI dengan WBI. bukan disebabkan ana berfikiran begitu tapi itulah jugak hujah yang ana dapat daripada perbincangan dengan seorang ustaz. ini kerana di kampus ana, WI dengan WBI memang duduk satu asrama yang sama walaupun tak satu bilik, tapi satu aras9 sama aras). jadi ada keringanannya di situ. kerana kami terpaksa berkongsi tandas yang sama. penjelasan daripada ustaz tu memadai kami membuka aurat seperti rambut sahaja di hadapan WBI. tambahan pula, berdasarkan dalil kedua daripada ubaidillah ________________________________________________ Mengenai aurat wanita di hadapan wanita non-Muslim, t'dpt dua p'dpt...p'dpt pertama, sama spt aurat wanita Muslim dgn lelaki ajnabi iaitu tutup semua kecuali muka dan tapak tgn (b'dasarkan p'dpt Fuqaha Syafi'iah) manakala p'dpt kedua pula adalah sama spt aurat wanita dgn wanita Islam yg lain KECUALI jika wanita non-Muslim tu mmg sah depa suka citer ttg aurat wanita Muslim dekat org yg tak b'hak utk dengar (Sheikh Atiyah Saqr) Tidak ada sebarang dalil dan hadith yang menegah orang Islam dan bersalaman dengan non-Muslim, samada bagi jantina lelaki mahupun perempuan. Begitu juga pandangan yang mengatakan batal wudhuk apabila bersalaman dengan non-Muslim... Allahu a'lam... ________________________________________________ memang dalam perkara2 camni banyak khilaf. tapi semua tu tak menghalang kita untuk beramal. ambiklah apa yang mampu kita buat berdasarkan keadaan. Islam itu ringan tapi jangan la diringan-ringankan sesuka hati! sekurang2nya dengan perbincangan camni, kita akan lebih banyak belajar, bertanya dan membaca. mungkin akan ada lebih banyak pendapat lain, tapi kita perlu bijak menilai kembali. wallahua'lam... -----------------
|