Assalamu'alaikum wrt wbt
salam Allah buat semua warga Hanan,
jom tengok,sape yg kena!
ade rahsia baru dr ana
Yang mana menggambarkan diri anda atau saudara muslimah anda atau teman anda atau ibu anda atau isteri anda?…
WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan dibawah zodiak
Taurus (21 April-20 Mei)
Virgo (24 ogos-23 Sept.)
Capricon (22 Dis-20 Januari)
-seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal
-penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material
-semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
-kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
-sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan sederhana.
-tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.
WANITA API
Wanita api dilahirkan dibawah zodiak
Aries (21 Mac-20 April)
Leo (24 Julai-23 Ogos)
Sagitarius (23 Nov-21 Dis.)
-dilahirkan sbg pemimpin
-mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar
-seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu
-mempunyai personality suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya
-suka berterus-terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris
-jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas utk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.Tidak keberatan utk beralih arah jika berasa tertekan.
WANITA ANGIN
Wanita angin dilahirkan dibawah lambang
Gemini (22 Mei-21 Jun)
Libra (24 Sept.-23 Okt)
Aquarius (21 Jan-19 Feb)
-berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan
-berfikiran tebuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai
-bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan smulajadi utk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh
-sanggup mengorbankan kehendak dan idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan menelakkan perselisihan atau konflik
-sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,utk berkonfrantasi
-kurang cenderung utk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam didalam hati mereka
-dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja
WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada merka yang lahir dibawah zodiak
Cancer (22 Jun-23 Julai)
Scorpio (24 Okt-22 Nov)
Pisces (20 Feb-20 Mac)
-mempunyai sifat semulajadi utk berkembang maju
-mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,berdaya imaginatif,sentimental,mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati
-tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan situasi yang menyedihkan
-mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri
Ha,macam mana? Ade yg terkena tak?
Ni takleh percaya 100% tau,hanya cuba-cuba aje.
Ok! Ilalliqa’
hanya hambaNYa..
MUJAHADAH jalan yang terindah, Menuju Maghfirah Allah, Membuang mazmumah,Membina mahmudah, Alangkah indahnya hidup berkasih sayang....
[ Posting ini telah di edit oleh: alfaqierah pada 2003-05-18 15:55 ]