Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-01-2022  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
ilmu tanpa amal itu gila, amal tanpa ilmu itu sia-sia. usah bimbang jika diri sudah tidak dihargai, tapi perlu bimbang jika diri sudah tidak lagi berharga.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 7
Ahli: 0
Jumlah: 7




  Dari Galeri
Inilah saya dan beberapa akhwat ukhwah.com...

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 8 hari yang lalu
pankerz: 33 hari yang lalu


Review Buku
Topik: EMPAYAR MINDA MUSLIM


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, istisafa
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Review Buku
    »» EMPAYAR MINDA MUSLIM

Please Mendaftar To Post


Oleh EMPAYAR MINDA MUSLIM

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-05-03 21:22


KEPENTINGAN AKAL UNTUK MENGENALI ALLAH
DARI BUKU "EMPAYAR MINDA MUSLIM" OLEH DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN

Akal adalah alat penting untuk mengenali Allah. Pengamatan yang mendalam tentang diri dan alam boleh mendekatkan seseorang kepada Allah. Allah berfirman:

Dan Dialah yang telah menciptakan bagi mu pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah yang bersyukur. Dan Dialah yang menciptakan serta meramaikan kamu di bumi ini dan kepada-Nyalah kamu akan dihimpunkan. Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang (mengatur) pertukaran malam dan siang. Apakah kamu tidak berfikir tentangnya? (Surah Al-Mukminun ayat 78-80)

Imam Ar-Razi meriwayatkan, Imam Malik pernah ditanya oleh khalifah Harun Ar-Rasyid tentang bukti kewujudan Allah, dan beliau menjawab: Buktinya ialah, setiap manusia telah dikurniakan mulut dan lidah yang lebih kurang sama kejadiannya, tetapi bahasa, suara dan intonasi setiap seorang daripada mereka adalah berbeza.

Imam Abu Hanifah pernah ditanya oleh sekumpulan manusia tentang bukti kewujudan Tuhan Yang Maha Pencipta, dan beliau menjawab: Aku sedang berfikir tentang sebuah kapal di laut yang sarat dengan muatan dan barang dagangan tetapi yang peliknya kapal ini tidak ada nakhoda dan anak-anak kapal. Ia belayar ke sana ke mari dan menyelesaikan masalah dengan sendirinya. Mereka yang mendengar perkataan Imam Abu Hanifah ini terus berkata: Ini adalah satu kisah gila yang tidak masuk akal. Imam Abu Hanifah terus menjawab: Kamu menganggap orang yang mengatakan kapal boleh belayar dengan sendirinya adalah seorang yang gila. Bagaimana pula dengan golongan yang mengatakan, alam ini yang begitu halus dan tersusun kejadiannya, terjadi dengan sendirinya tanpa Pencipta dan Pengurus? Golongan yang menemui Imam Abu Hanifah itu terus tergamam dan akhirnya mengucap dua kalimah syahadah.

Imam Syafie pula ketika ditanya tentang dalil kewujudan Allah telah berkata: Lihatlah daun Tut ini (mulberry leaves). Apabila dimakan oleh ulat, ia mengeluarkan sutera. Apabila dimakan oleh lebah, ia mengeluarkan madu. Apabila dimakan oleh binatang ternakan, ia mengeluarkan najis. Apabila dimakan oleh rusa, ia mengeluarkan kasturi. Bagaimana semua ini boleh berlaku sedangkan daun yang dimakan adalah sama jenisnya?

Di dalam kitab Tafsir Al-Quran Al-Azim, Imam Ibn Kathir berkata: Sebahagian ulama berpendapat, sesiapa yang mengamati langit yang luas dengan bintang-bintang, bulan dan matahari yang beredar di atas paksinya tanpa henti, kemudian memerhatikan laut yang mengelilingi tanah daratan, kemudian memerhatikan bumi serta gunung ganang yang terpancang di atasnya, kemudian memerhatikan sungai yang mengalir....... di samping pelbagai jenis haiwan serta tumbuh-tumbuhan, akan memperolehi bukti tentang kewujudan Tuhan Yang Maha Pencipta lagi Maha Agung dan Maha Bijaksana

Begitulah kepentingan akal sebagai alat untuk mengenali Allah. Walau bagaimanapun, di samping akal, dalil-dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah adalah penting untuk mengenali Allah secara sahih.


*(Untuk lebih terperinci sila dapatkan buku "Empayar Minda Muslim - Modul Tarbiah Asas Alaf Ketiga" oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin. Ia diterbitkan oleh PTS Publication. ISBN 983-192-744-3. 294 halaman. Harga RM28.50. Berada di dalam pasaran sekarang. Nombor telefon PTS Publication: 09-2330485. Nombor telefon pejabat Dr. Danial: 04-659020

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

syaiz
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 02.05.2003
Ahli No: 873
Posting: 51
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-05-03 04:12


akal manusia.....semuanya sama...cuma macam mana akal diterokai dan diperhebat dr segi pemikiran dan keluasan dlm kematangan idea dan ilmu...terlalu besar dan mendalam utk diterjemahkan dlm btk perkataan mahupun perbuatan.So..akal sebenarnya..kita tak nampak! maka..percayailah pada perkara2 ghaib..


Bookmark and Share




  Member Information For syaizProfil   Hantar PM kepada syaiz   Pergi ke syaiz's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.049976 saat. Lajunya....