Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Perkataan yang baik tidak akan tumbuh pada hati yang kotor, sepertimana biji benih tidak akan tumbuh di tanah yang gersang..
--
Jijah

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 30
Ahli: 0
Jumlah: 30




  Dari Galeri
                        w
Dengan Nama c(_l_) l Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang...salam ukhwah fillah daripada saya buat warga muslimah...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Forward Dari E-mel
Topik: adik n palestin


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Forward Dari E-mel
    »» adik n palestin

Please Mendaftar To Post


Oleh adik n palestin

syaboo
WARGA RASMI
Menyertai: 30.04.2003
Ahli No: 754
Posting: 17
Dari: bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-05-03 11:48


Adik dan Palestin

Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut
adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula.
Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik
tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik
mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata
hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju
baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk, walid
pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik
mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang
pakai baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki
melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar
takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha
illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla
hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat
tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil
menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat
gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak
Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid
ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar
walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan
lain-lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut,
Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,
tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik,
Masjidil Aqsa. Walid pernah beritahu adik, Masjidil
Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil
Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam.
Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj
di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut
masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam
saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid,
kemudian walid solat tahiyatul masjid. Adik ikut walid
solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan
walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat
tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat
kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun
adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk, adik
rukuk. Walid sujud, adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya
dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid
ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan
damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup
dalam-dalam udara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu
diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari.
Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang
senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar
bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat
sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut.
Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari
tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan
akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh
tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang.
Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala
walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik
jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari
tubir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid
cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng
kepala. Ad ik pegang tangan walid. Adik hendak duduk
di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid
lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh
walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku.
"Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari
tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik
terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut
nama walid berkali-kali.

Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu.
Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid.
Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan
ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga
menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas
tahun. Abang pergi dekat walid, abang peluk dan cium
walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat
walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak
ikut. Adik duduk rumah dengan ummi. Adik tanya ummi,
mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil
menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi.
Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu
tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan
kembali lagi. Adik cuma mengangguk.

"Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk
adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum,
ummi senyum.

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka
ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang
ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang
menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok.
Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik
menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa
melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik
dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang
mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik
pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan
belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas
'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat
belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat
tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi
montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom
tangan bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik
diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari
lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila
teringat walid, mata adik berkaca. Adik tidak mahu
menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh
menanggis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik
nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg
besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa.
Benda ulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan
abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang
cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk
abang, cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang
dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang
tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung
adik, usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan
abang. "Abang nak pergi mana" tanya adik seperti orang
bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir
senyuman mengakhiri bicara.

Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya
lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas
abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik.
Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak
lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra.. Israfil."
terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat
yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat.
Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi
membetulkan sebutan adik. "Is. ra. el" akhirnya adik
berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut
ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak.
Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam.
Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan
peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid.
Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi
musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar.
Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua
baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata
di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah
yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik
geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik
pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang
menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain;
membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila
tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik
kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju
mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di
sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik
lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia
juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu
tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi.
Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah.
Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi
pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari
roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam
almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi
minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi
adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang
roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di
rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi
tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan
roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti
dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah
dengan gelojoh. "Ummi, kenapa kita hidup susah?" adik
tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi
pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut
adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar
ummi perlahan. "Cantik macam syurga ker ummi?" adik
tanya lagi. Ummi senyum. "Nabi Muhammad pun hidup
susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan
dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin
bunuh nabi. Nabi sabar, nabi tak cepat putus asa"
sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik
nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun
Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak
adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.

Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan
memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik
lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit
ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu
tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas
ketika hendak membaca Al-Quran.
"Bismillahirrahmanirrahim.." Adik baca Al-Quran dengan
bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan
tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan
adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun
sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik
kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam
Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi.
Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling
berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik
tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti
apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan
dari luar. "Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati
syahid"muncul Mak Cik Fatima di depan rumah. "Anakmu,
anakmu a dalah salah seorang pengebom berani mati ya
Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel
laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi
pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti
mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang
ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.
Adik kaget. Nama Israfil. bukan.. Israel disebut lagi.
Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik
meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut
walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti
abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat
yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di
sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba
kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka
menghilang.

Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan
seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal
tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik
tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka
orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah
satu ciri org munafik ialah mungkir apabila berjanji.
Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan
adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid
dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik.
Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua
orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula
walid, kemudian abang dan akhirnya Jamal.

Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima
sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka
memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan
berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik
yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam
rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik
lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang
ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih
bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah
keramat.. Ahad.. Ahad. Mata adik merah. Adik menahan
marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang
ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel
mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang
menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar
terpancar di wajah ummi. Ketika peluru dilepaskan,
tiba-tiba.....

"Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh
adik. Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah.
Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang
mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan
tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu
merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk
adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum
pada ummi walaupun perit.

"Ummi. adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak
jadi mujahid, adik nak ikut walid dan abang"
terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga
ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan
air mata daripada jatuh bercucuran. Adik pejam mata.
Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke
arah adik.

HUDA SOID

[Ya Allah .. please forgive me .. please forgive me ..
forgive me ya Allah .. ] ... apa pengorbanan kita
pula?

~TAMAT~






Bookmark and Share




  Member Information For syabooProfil   Hantar PM kepada syaboo   Quote dan BalasQuote

minah_arab
WARGA RASMI
Menyertai: 24.04.2003
Ahli No: 457
Posting: 10
Dari: sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 12-05-03 12:32


assalamualikum syaboo...

mekasih ler sbb paparkan artikel ni.....sebelum ni saya pernah dengar artikel ni ka ikim.fm.....memang sedih......mekasih ler....sbb bagi kesedaran kepada pembaca....memang orang palestin ni...berjiwa besar.....dan semangat yg besar ada dalam diri mereka......andainya kita boleh jadi seperti merekakan baik......


Bookmark and Share




  Member Information For minah_arabProfil   Hantar PM kepada minah_arab   Quote dan BalasQuote

isya_skynet
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 20.04.2003
Ahli No: 250
Posting: 33
Dari: kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 12-05-03 15:47


sedihnya...masa ana dengar kat ikim pun sedih gek....


Bookmark and Share




  Member Information For isya_skynetProfil   Hantar PM kepada isya_skynet   Quote dan BalasQuote

syaboo
WARGA RASMI
Menyertai: 30.04.2003
Ahli No: 754
Posting: 17
Dari: bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-05-03 02:08


same2...boo dapat email ni pon dr kwn gakss...sedey kan....time boo bace email tu pon mmg dah nangis2 giler....sampai bertakung la air materrr kat komputer ni
ahakss...


Bookmark and Share




  Member Information For syabooProfil   Hantar PM kepada syaboo   Quote dan BalasQuote

istighfar
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 608
Posting: 38
Dari: kl

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-05-03 01:43


saya dah dgr dari IKIM.FM madah... ust irwan yang baca ... perhhh! memang best.........


Bookmark and Share




  Member Information For istighfarProfil   Hantar PM kepada istighfar   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.140665 saat. Lajunya....