Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 22
Ahli: 0
Jumlah: 22




  Dari Galeri
Bersama facilitator KRIS.. Terima kasih atas jasa kalian..

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Forward Dari E-mel
Topik: AKALNYA SETIPIS RAMBUT


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Forward Dari E-mel
    »» AKALNYA SETIPIS RAMBUT

Please Mendaftar To Post


Oleh AKALNYA SETIPIS RAMBUT

nur_tinta
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 15
Posting: 396
Dari: Bumi Allah

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-05-03 10:07


difowardkan oleh seorang sahabat

Assalamualaikum wbt,

Buat sahabat-sahabat yang bernama 'wanita'...

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA...

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa
mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari
walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga,
namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki
memanggil ibu, isteri atau puteri.

Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh
lelaki, tetapi
kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan
mereka. Tak lojik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang
lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka
dicipta sebegitu
rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. N CUBA
JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka
kepada Allah, zat
yang kekal, disitulah suisnya.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan
keadilan Tuhan.
Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu
cantik dunia,
presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator.
Bisikkan ke telinga
mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan
diskriminasi Tuhan.
Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan. kerana Rahim wanita yang
lembut itulah yang
mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan '
wan-wan' lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita
yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak
menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak
boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan
kenal diri mereka
sendiri, Apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah
kehilangan
secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan
isteri dan bapa akan
kehilangan puteri. Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara.
Bila tulang rusuk
patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan
hanya mengharap
ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita
menuju Allah,
pimpinlah diri sendiri dahulu epadanya. Jinakkan diri dengan Allah,
nescaya akan
jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PERIBADI BELUM
LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI...

dipetik daripada:
Muslim Sister's Corner:Laman Web INSANIAH.

Wassalam


-----------------
--Sekadar bicara, sekadar pandangan--



nur_tinta


Bookmark and Share




  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.050338 saat. Lajunya....