Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Saya dengar, saya terlupa; saya lihat, saya ingat; saya melakukan, barulah saya faham

-- Confucius

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 34
Ahli: 0
Jumlah: 34




  Dari Galeri
sesiape kenal saya atau kawan lama saya hubungi saya 012-5705992-yusparina

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Forward Dari E-mel
Topik: kisah adik beradik


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Forward Dari E-mel
    »» kisah adik beradik

Please Mendaftar To Post


Oleh kisah adik beradik

aniisa_tasnim
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 64
Posting: 305
Dari: bumi mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 03-05-03 14:04


akum...

sekadar renungan... frwd email dr islah net...

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa,
sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini
merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak,
ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam-
macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya
elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka
dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah
sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-
adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup
berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu
semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.


Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan
mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini
berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik
itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau
kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang
dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan
keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan
khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki
mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada
mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang
oleh abang atas alasan, marilah bawak berbincang dahulu. Jangan
terburu-buru, bahaya.

Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan
penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki
pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk
berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang
lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara
menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang
kelemasan." Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh
dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa
menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik
lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si
abang-abang berkata,"Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan.
Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih
berdiplomasi."

Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang
haram tersebut.

"Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau
nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita
buat gencatan nafsu."


Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu,
pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil
ditonton oleh adik- beradik yang lain.


Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari
mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang
yang lain.

"Hoi monyet...senyaplah... pengkhianat!" Getus hati si
adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah
dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan.
Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja.
Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan
buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala,
adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang
kehormatannya.


Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan
mesyuarat kununnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang
haram mencabul adik perempuan kami."

"Selamatkan adik kami yang kelemasan."

Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang
pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka.
Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan
mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus
menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat
yang kununnya tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini
seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang
mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik
kami yang kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain
yang membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan
mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal.
Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di
tengah lautan... adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan
mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih
menarik....

Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang
dirahsiakan namanya.


catatan :

+ adik perempuan itu bernama Palestin.
+ adik lelaki itu bernama Iraq
+ abang-abang itu negara Arab yang kaya raya
+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang
membangun / mundur.
+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan
Islam
+ mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC
+ bapa yang mati adalah khalifah








-----------------
"Di sebalik segala duka
Tersimpan hikmah
Yang bisa kita petik pelajaran...
Di sebalik segala suka
Tersimpan hikmah
Yang kan mungki


Bookmark and Share




  Member Information For aniisa_tasnimProfil   Hantar PM kepada aniisa_tasnim   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.052917 saat. Lajunya....