Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-03-2023  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
WANITA DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UTK MEMERINTAH, BKN DARIPADA RUSUK BAWAH UTK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BHGN DADA & BERDEKATAN DGN TGN BERMAKNA TGN YG MEMBELAI & HATI YG MEMPUNYAI PERASAAN & KASIH SYG.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 11
Ahli: 0
Jumlah: 11




  Dari Galeri
Inilah Khairiah atau nur_indah yang juga Timbalan Presiden Portal Muslimah ini

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 86 hari yang lalu


Luahan Hatiku
Topik: masalah weekend-wife


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» masalah weekend-wife

Please Mendaftar To Post


Oleh masalah weekend-wife

ahlaa
WARGA RASMI
Menyertai: 29.12.2010
Ahli No: 12662
Posting: 1
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-12-10 17:38


Usia perkahwinan kami sudah 2 tahun dan Alhamdulillah saya sekarang hamil 6 bulan anak pertama. Kami tinggal berjauhan sejak awal perkahwinan atas tuntutan kerja. Kami masih belum mengenali antara satu sama lain memandangkan berkahwin atas pilihan keluarga dan tak banyak masa bersama. Berjumpa seminggu atau 2 minggu sekali, itu pun masih tinggal bersama orang tua, so tak banyak masa dihabiskan bersama. Kerap juga hadapi masalah komunikasi memandangkan sikap kami yang agak berlawanan. Tapi Alhamdulillah dapat diatasi kerana saya selalu mengenangkan sifat-sifat dia yang baik. Suami bukan seorang yang romantic, pandai berkata-kata dan susah menunjukkan penghargaan pada isteri, tapi Alhamdulillah dia penyabar, teliti, rajin dan sangat menghormati orang tua saya.

Cuma, sejak akhir-akhir ni tindakan dan perangainya membuat saya sangat-sangat curiga. Minggu lepas, saya balik ke rumah orang tua saya untuk berjumpa dengannya. Tapi layanan dan tindakannya membuatkan saya makan hati. Dia langsung tak menunjukkan muka yang manis atau excited bila saya balik untuk berjumpa dengannya. Tak ada kata-kata bertanya tentang perjalanan saya selama 4 jam memandu seorang diri untuk pulang berjumpa dengannya. Tak bertanya khabar baby dalam perut saya, kecuali bila saya ingatkan…abang belum tegur lagi baby ni…barulah dia datang dan gosok-gosok perut. Bila saya memulakan perbualan bertanya khabar tentang keluarga atau kerjanya dia macam tak nak layan. Baru-baru ni saya hilang sabar, menangis saja lah depan dia. Tapi dia buat tak tau saja. Lepas tu saya dah kurang bercakap dengannya. Kalau cakap pun, bila depan mak ayah itupun benda-benda penting saja. Bila dalam bilik, masing-masing membisu sampailah saya balik semula ke tempat kerja saya. Masuk hari ni dah 4 hari masing-masing mendiamkan diri tanpa panggilan ataupun sms.

Naluri saya kuat sangat mengatakan yang dia mempunyai sesuatu yang disorokkan (ada affair). ada beberapa sebab:

1. Sentiasa keluar rumah atas alasan kerja walaupun hari minggu. Keluar selepas subuh dan balik malam. Sedangkan ini saja waktu yang ada untuk kami bersama. Sedih saja rasa…kita balik jauh-jauh untuk bersama dia, tapi dia pulak buat-buat sibuk.

2. Kawan baik dia di pejabat memang kebanyakannya ada affair dengan rakan sepejabat. Selalu jugak dia bercerita dengan saya pasal ni. Ala, perempuan datang nak kawan dengan kita, kita layan saja lah…bukan kita yang cari dia. Lagipun, kita kawan bukan serius, saja-saja saja. Itulah ayat mereka. Saya takut suami pun terikut-ikut dengan perangai kawan-kawannya. Memangla cakap tak serius, tapi dah sms berabang-sayang tu apa?

3. Dia selalu tak dapat terima dan berulang-kali menyatakan rasa tak puas hati atas kekurangan fizikal saya (yang agak berisi) bila tengok perempuan-perempuan cantik. Saya dah berusaha, tapi dia sikit pun tak hargai saya. Padahal dia sendiri ada kekurangan, tapi saya tak pernah sekali pun highlight benda tu.

4. Duit selalu tak cukup. Dia tak pernah meminta duit saya, tapi nafkah asas untuk saya termasuk duit minyak kereta untuk saya berulang-alik banyak gunakan duit saya sendiri.

5. Message inbox dan sent item dalam hpnya selalu kosong ataupun jika ada, Cuma mesej-mesej penting berkaitan kerja. Banyak kali saya perasan, bila saya sambut dia di rumah, dia akan mengambil masa dalam kereta dengan hpnya sebelum turun.

Dah lama saya memendam perasaan, tapi saya tak pernah luahkan. Selalu pujuk hati untuk bersabar dan buang perasaan curiga. Tapi entahlah, di mulut memang boleh kata tak kisah, tapi hati ni Tuhan saja yang tahu…
Harap akhawat dapat bantu bagi pendapat apa yang perlu saya buat, tak tahu nak mengadu dengan siapa….


Bookmark and Share




  Member Information For ahlaaProfil   Hantar PM kepada ahlaa   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.03.2004
Ahli No: 3361
Posting: 118
Dari: Pahang~Sel~Dubai

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-01-11 10:18


assalamualaikum wbt

bukan nak prasangka.. kalau suami asyik berkepit dengan hp.. memang sah ada sesuatu yang disorokkan.. cubalah bawa berbincang.. dan kalau boleh usahakan duduk bersama..


Bookmark and Share




  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-01-11 22:51


sebagai isteri yang berkahwin diatur & yang pernah duduk berjauhan dengan suami sejak hari ketiga perkahwinan hingga tahun ke 3, pada pandangan saya sebaiknya segala perkara yang tak sesuai di hati di bincangkan secara serius bersama. kalau tak mampu, bincang bersama ahli keluarga sebelah dia.

secara peribadi saya tak gemar nak meletak syak wasangka pada suami meski hal tu betul berlaku. kita dah terikat secara sah, hak kita atas segala yang tak terikat dengan dia.


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

zahrahpermata
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 10.09.2009
Ahli No: 11347
Posting: 39
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-01-11 08:15


salam..saudari ahla`.diharapkan saudari bersabar dengan segala ujian yang diuji oleh allah...tambahan pula saudari tengah mengandung sekarang..kita sebagai manusia memang tak dapat nak elak daripada sifat buruk sangka..terutamanya kepada orang yang kita sayang..

masalah kurang komunikasi ni memang susah nak diatasi...kalau kita cakap suami pulak buat tak respon saja...kita cuba nak ambik perhatian dia...tapi dia buat tak tahu saja....kerenah orang lelaki ni kadang-kadang memeningkan kepala....masalah utamnyanye tak nak berterus terang...ada masalah pendam dan diam..yang makan hati si isteri...

akak harap ahlaa sabar dan berdoa kepada allah supaya tabah mengharungi cabaran dalam berumahtangga.....semoga bila ada anak nanti dia akan berubah.....


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For zahrahpermataProfil   Hantar PM kepada zahrahpermata   Quote dan BalasQuote

Irdina1979
WARGA RASMI
Menyertai: 07.01.2011
Ahli No: 12690
Posting: 1

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-01-11 23:45


Assalamualaikum.....
Pertama kali saya baca post ini, hati saya jadi sebak. Peristiwa seumpama itu sebenarnya pernah saya alami....
Terimbau peristiwa tersebut dalam kotak fikiran saya.... Hati kembali hancur... Walaupun tidaklah sama 100%, tetapi 75% adalah sama. Sekarang ni pun, saya masih mengalaminya...
Suami curang lagi untuk kali kedua... Jangan terlalu sedih sampai menjejaskan kandungan. Anak yang dikandung itu adalah harta yang tak ternilai untuk kita. Kerana dia sumber kekuatan kita ke;ak. Dia akan mampu membuatkan kita tersenyum walaupun hati kita sedang hancur lebur.


Bookmark and Share




  Member Information For Irdina1979Profil   Hantar PM kepada Irdina1979   Quote dan BalasQuote

iedah
WARGA RASMI
Menyertai: 07.01.2011
Ahli No: 12688
Posting: 2

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-01-11 13:33


sabar ye kak...takut pula nak brumah tangga sb dengar macam-macam sangat..


Bookmark and Share




  Member Information For iedahProfil   Hantar PM kepada iedah   Quote dan BalasQuote

umihusna
WARGA RASMI
Menyertai: 01.02.2011
Ahli No: 12750
Posting: 5
Dari: Sarawak

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 04-02-11 18:33


Pada 09-01-11 13:33 , iedah posting:

!!! QUOTE !!!

sabar ye kak...takut pula nak brumah tangga sb dengar macam-macam sangat..


salam ukhwah..
perkahwinan tu satu sunnah iedah, kalau kawin separuh daripada iman dah kita penuhi. masalah rumahtangga itu asam garam biasa, setiap masalah ada jalan penyelesaian.

saudari ahlaa memang dah banyak bersabar, insyaallah Allah ada hadiah istimewa untuk setiap kesabaran saudari itu.


-----------------
sklin-kristalmutiara.blogspot.com


Bookmark and Share




  Member Information For umihusnaProfil   Hantar PM kepada umihusna   Pergi ke umihusna's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.311717 saat. Lajunya....