Oleh |
MAK MERTUA OH MAK MERTUA |
limah
::PENGURUS AKTIVITI:: Menyertai: 20.08.2009 Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam
|
Posting pada: 05-03-10 08:15
 semua.....dan selamat pagi. Nak tanyalah sesiapa yang ada mak mertua atau baru dapat mak mertua. bagaimana rasanya ada mak mertua dan bagaiamana layanan dia kepada anda dan bagaiamana layanan anda kepada dia. sedih sekali akak tak ada mak mertua....tak dapat rasa??? seronok tak rasanya...kongsi-kongsilah cerita.
|
ummimq
::KAUNSELOR:: Menyertai: 16.06.2003 Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor
|
Posting pada: 06-03-10 16:01
Wa'alaikumussalam wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah kan limah ada mak mertua walau sudah bercerai dengan suami. mak mertua tetap mak mertua sampai mati. Sebab dengan bapa mertua pun masih tidak batal wudhu' kalau bersalaman walau sudah bercerai dengan suami. InsyaAllah limah kena bawa anak-anak jumpa nenek mereka kan. Maaf sekiranya umi tersilap. WA
|
limah
::PENGURUS AKTIVITI:: Menyertai: 20.08.2009 Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam
|
Posting pada: 08-03-10 07:45
 dan  ummi saya belum bercerai tapi mak mertua dan ayah mertua dah lama tak ada (meninggal ) semasa suami kecik lagi. heheh ummis salah faham tak apa kak limah tak kecik hati. ummi jangan risau ya.
|
syahirahsoid
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 09.06.2009 Ahli No: 10716
Posting: 55
|
Posting pada: 12-03-10 14:36
nak tanya..sesiapa boleh jawab..apa hukum... kalau mak mentua control suami?? sampai kan kita rasa..alasan yang diberi..xlogik langsung.. bagaimana nak buat..
|
limah
::PENGURUS AKTIVITI:: Menyertai: 20.08.2009 Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam
|
Posting pada: 13-03-10 08:26
alamak syahira takut akak dengar betulkah. adakah ianya berlaku pada syahira. tak tau nak kata sebab akak tak punya mak mertua. adakah itu anak lelaki dia seorang saja. kalau betul. nampak gayanya syahira kenalah tackle mak mertua tu.
|
ummimq
::KAUNSELOR:: Menyertai: 16.06.2003 Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor
|
Posting pada: 14-03-10 17:56
astaghfirullah. asif. alkisah. InsyaAllah sekiranya ada mertua yang kongkong suami maka bersabarlah dan banyak doa. Cubalah tenangkan hati dengan solat dan mengaji al Quran kerana anak lelaki memang wajib taat pada ibu bapanya. Dan suami yang bertanggungjawab akan dapat mengadilkan tahap mana untuk ibu bapa dan juga keluarga. Keperluan isteri dan anak-anak hendaklah dibereskan dulu dan selebihnya untuk ibu bapa. Ni adalah kewajipan. WA -----------------
|
nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 26.11.2008 Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras
|
Posting pada: 29-03-10 18:51
salam kak limah dan rakan-rakan... ibu mertua saya sudah amat berumur..... waktu kawin dulu umurnya 70 dan suami saya 30. kini dah masuk 74... sementelah suami anak bongsu... jadi saya pun dikira menantu bongsu juga (walaupun dalam keluarga saya suami menantu sulung) perbezaan amat ketara sebab saya dibesarkan dengan cara hidup bandar.. manakala ibu pula di hulu. adalah juga sedikit perselisihan sebab cara hidup berbeza.. cuma kena lah pandai2 bawa diri. saya pun ada juga terasa hati sebab ibu tak dapat nak ikut cara saya. jadi sejak berkahwin hingga kini, ibu memang cukup mengelak untuk tidur di rumah kami. rela ke rumah ipar yang lain. tapi saya banyak dinasihati mama saya supaya ikutkan sahaja dan tidak mereletkan perselisihan tu. apa pun agak seronok sebab dah namanya bongsu... ibu melayan saya cara anak bongsu juga  kadang saya ni terlelap waktu siang.. sedar2 ibu tengah selimutkan dan usap kepala. hmm.... sekurang2nya saya dapat rasa manja bila bersama ibu.. banding bila pulang ke rumah saya.. suami dilayan seperti anak sulung pula...  -----------------
|
limah
::PENGURUS AKTIVITI:: Menyertai: 20.08.2009 Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam
|
Posting pada: 30-03-10 12:49
 semua. kalau macam tu ibu melayan awak maknanya dia oklah. cuma nur kamar kena pandai lah ambil hati dia ya.janganlah ambil hati sangat nur sebab orang tua memang macam-macam ragam. macam kita juga org muda bermcm2 ragam cuma kita tak sedar. anyway seronoklah ya. akak doakan u all bertambah akrab.
|
nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 26.11.2008 Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras
|
Posting pada: 30-03-10 17:11
so far tak ada lah terasa apa pun sebab kami memang tak berapa berjumpa sejak kawin. cuma bila dia datang kl... tapi tak jejak rumah(kadang baru nak naik rumah dah kalut suruh abang ipar angkat dia) tu yang rasa macam hangin... ye lah nak juga merasa mertua duduk sama. tapi mungkin dia gayat agaknya sebab rumah kami rumah atas  -----------------
|