Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-03-2023  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Barangsiapa mengambil serakah sebagai kebiasaan, ia menurunkan harga dirinya sendiri, barangsiapa membeberkan kesukaran –kesukarannya, ia menyetujui penghinaan, dan barangsiapa memperkenankan lidahnya menguasai jiwa, ia akan mengaibkan jiwanya
--
Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 4
Ahli: 0
Jumlah: 4




  Dari Galeri
salam ukhwah dari ana...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 83 hari yang lalu


Bersama Ummi
Topik: dari mana harus ku dapatkan kekuatan...bantu lah aku walau hanya dengan seberapa nasihat...


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Bersama Ummi
    »» dari mana harus ku dapatkan kekuatan...bantu lah aku walau hanya dengan seberapa nasihat...

Please Mendaftar To Post


Oleh dari mana harus ku dapatkan kekuatan...bantu lah aku walau hanya dengan seberapa nasihat...

mawarbiru
WARGA RASMI
Menyertai: 24.12.2009
Ahli No: 11744
Posting: 6

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-12-09 09:13


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga hanan yang di muliakan.... :bunga:


Buat pertama kali,saya ingin sekali meluahkan apa yang terkandung di dalam hati ini sejak beberapa detik saya di lahirkan ke muka bumi ini....saya sering kali bertanya kepada diri sendiri,apakah saya di lahirkan hanya untuk di uji atau saya di lahir kan hanya untuk berbuat dosa...
apakah kepulangan saya nanti kepada yang maha esa hanya berbekalkan segulung dosa yang akhirnyer tidak tertanggung oleh diri saya sendiri...

Sejujurnya saya sangat-sangat keliru dengan kehidupan ini...adakah saya memerlukan sedikit bantuan ataupun sokongan untuk terus membantu saya menghadapi hari2 yang akan datang....tetapi,di mana dan bagaimana harus saya mendapatkan itu semua...

Sejak dari alam gadis remaja lagi,saya selalu berbuat dosa & noda..yang akhirnya terus menghantui saya sehingga sekarang...saya telah cuba bertaubat kepada yang maha kuasa dan memohon kepada yang maha esa semoga saya bertemu dengan seseorang yang boleh memimpin dan mendidik saya menjadi seorang insan yang berguna bukan hanya untuk di dunia tetapi juga untuk d akhirat kelak...

Sangkaan saya masa lalu saya akan terus berlalu dan tidak akan menghantui saya lagi mahupun mendorong saya untuk melakukan pekara2 yang sama...setelah saya mengahwini seorang insan yang mampu merubah seluruh kehidupan saya yang penuh noda & dosa kepada landasan yang betul...

Tetapi,sehingga ke hari ini saya tidak pernah menemui landasan yang betul itu kerana kehidupan rumah tangga saya hanya lah biasa-biasa....tidak terlalu mengikut ajaran islam yang benar...di mana harapan yang pernah saya letakkan kepda seorang lelaki yang bergelar suami...hampa sungguh hati saya.4 tahun berkahwin tidak pernah di ajarkan kepada saya walau sepotong ayat...sudah jenuh saya merintih kepada nya ajarkan saya ilmu agama yang benar sebelum saya patah sayap dan berpaling kepada kehidupan masa lampau saya..Tetapi,rintihan saya tidak pernah di ambil endah dan di ambil berat...semua masih tetap sama...lalu,saya berada di awan awangan dan terumbang ambing tanpa pedoman...apakah hidayah tidak pernah sampai kepada saya....sejujurnya saya juga tidak pernah menyalah kan sesiapa kerana begini jadinya kehidupan saya.Mungkin saya tersilap langkah dan sedang berusaha untuk berubah..

Tetapi,saya masih tetap memerlukan seseorang untuk membantu saya berubah...dan org yang paling hampir itu adalah suami saya sendiri...apakah dia tidak menyedari yang saya sedang berperang dengan diri saya sendiri...

tanggungjawab yang di letakkan si bahu saya kadang kala menjadikan saya seorang yang tidak berdaya untuk mengawal situasi2 tertentu...pekerjaan,rumah tangga,pelajaran dan keluarga membuat saya jadi tidak berdaya untuk menyelaraskan semua itu dalam satu masa.Tetapi,hidup ini perlu di teruskan kerana saya telah berjanji akan menunaikan nya...

Godaan datang silih berganti dari pihak ketiga yang cuba mengcungkil kelemahan saya...saya berusaha untuk menghindarkan nya kerana tidak mahu sejarah lama berulang lagi...status saya sebagai seorang isteri harus membataskan segala galanya...tetapi,saya telah pun tergoda oleh nya dan masih sedang berusaha menghindarnya...

Kawan kawan,sahabat atau mungkin teman yang membaca kisah saya ini,maaf lah andai saya banyak menggunakkan bahasa kiasan kerana saya tidak sanggup mengenang apa yang telah berlaku sepnjang kehidupan ini...saya amat2 berharap ada yang sudi membantu saya keluar dari kemelut ini dan mungkin dapat memberi saya bantuan,sokongan,nasihat atau apa sahaja yang dapat membantu saya membina jati diri yang kuat dan menghindar kan diri dari segala godaan atas dunia yang bersifat sementara ini...

Dan mungkin juga ada yang mahu menyalahkan saya kerna saya sendiri seolah olah merelakan ini semua terjadi di dalam kehidupan saya...saya mengaku saya mempunyai sekeping hati yang lemah...

Akhir kata dari saya,mungkin saya sudah tidak mampu menangis lagi..tetapi di dalam hati ini hanya yang maha esa sahaja yang tahu...apakah saya ini masih boleh memohon taubat darinya....


Saya yang keliru.....


Bookmark and Share




  Member Information For mawarbiruProfil   Hantar PM kepada mawarbiru   Quote dan BalasQuote

hanku
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 27.01.2009
Ahli No: 9740
Posting: 136
Dari: cheras

malaysia  


posticon Posting pada: 27-12-09 08:00


ada org kata...rasa sebegitu mungkin di sebabkan kita jarang meluangkan masa untuk beribadat.

pada pendapat saya...ilmu agama masih boleh di pelajari melalui ceramah2 agama dan kelas2 agama,seperti di surau,masjid,kat tv pun ada..dan kita bioleh berkwan di kalangan2 org yang tgi ilmu agamanya untuk mendapatkan ilmu darinya..

bagi saya...mawarbiru beruntung kerana mempunyai kecenderungan untuk mencari redha tuhan, itu menunjukkan Allah dah bagi hidayah. Cuma mungkin perlu berusaha lebih lagi..setiap org pasti ada merasa begitu...hal akhirat sikit sangat...tapi hal dunia banyak...


Bookmark and Share




  Member Information For hankuProfil   Hantar PM kepada hanku   Quote dan BalasQuote

myway
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-12-09 09:54


hidup ni memang terlalu banyak dugaan, ujian & dosa.
tak terkecuali diri yang menulis ni.
kadang-kadang rasa dah tak mampu untuk terus hidup.
yang ada..give up..surrender..regret..& etc..
tak tahu bila akan berakhir..

but..life must go on..


Bookmark and Share




  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-12-09 21:14


Puan sedang dalam dilema. Mengharap suami mendidik tetapi tidak tercapai. Suami belikan TV tak? Jadi wajibkan diri untuk dengar rancangan agama terutama Hal Ehwal Islam, al Kuliyyah, Usrah (Dr Fatma di TV 9 setiap tengahari Jumaat), dan kalau ada astro selalulah buka channel astro oasis.

Selain itu jangan tinggal solat dan zikir bila cuti period. Dan carilah kitab-kitab untuk dibaca selain baca al Quran dan terjemahannya. Didik anak-anak untuk rajin solat dan membaca al Quran ya. Kalau tak pandai belajar dengan ustazah bab tajwid.

InsyaAllah dalam solat doa agar dibuka pintu hati suami untuk mendalami Islam juga.

WA


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

mawarbiru
WARGA RASMI
Menyertai: 24.12.2009
Ahli No: 11744
Posting: 6

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-12-09 07:38


terima kasih sangat-sangat pada hanku,myway & ummimq yang sudi memberi pandangan pada mawar....jika ada pandangan daripada yang lain-lain lagi,mawar sudi sangat-sangat membaca....


Bookmark and Share




  Member Information For mawarbiruProfil   Hantar PM kepada mawarbiru   Quote dan BalasQuote

limah
::PENGURUS AKTIVITI::
Menyertai: 20.08.2009
Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-12-09 10:16


assalamualaikum mawar biru.

Selamat maal hijrah semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas. mawar....kita kena berdikari sendiri kalau kita tau apa yang kita buat itu salah. walaupun dalam agama mengatakan suami harus membimbing isteri janganlah merasa kesal yang dia tak dapat berbuat demikian kemungkinan dia juga memerlukan bimbingan dari kita. tetapi lelaki ni penuh dengan rasa ego ygn amat tinggi dia tidak akan mengaku kekurangan dia so dari apa yang mawar cerita mungkin dia juga ada kekurangan oleh itu mawar kena didik diri sendiri serta bimbing dia.

mawar....untuk permulaan mawar kena tengok dia sembahyang tak kalau dia sembahayang mawar kena sering berjemaah dengan dia. lepas tu sesekali ajak dia ke surau. dan sering2 lah pergi melawat sekiranya ada kematian kerana sikit sebanyak itu akan menyedarkan kita. insyallah kalau ada kemahuan disitu ada jalannya. selamat mencuba ya mawar.


Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..


Bookmark and Share




  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

mawarbiru
WARGA RASMI
Menyertai: 24.12.2009
Ahli No: 11744
Posting: 6

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-12-09 15:26


tema kasih pada limah yang sudi memberi pandangan pada mawar..mawar masih mengalu alukan pandangan dr yang lain-lain...


Bookmark and Share




  Member Information For mawarbiruProfil   Hantar PM kepada mawarbiru   Quote dan BalasQuote

shahzulfairah
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 28.03.2009
Ahli No: 10258
Posting: 68
Dari: Selat Tebrau

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-12-09 18:04


Assalamualaikum Mawar Biru....

harap-harap mawar biru bahagia hari ini... mawar, saya faham berat beban dalam hati mawar.. tapi.. faham lah.. mawar kena kuat~ apa yang telah berlaku dalam hidup mawar sebelum ini... tinggalkan lah.. walaupun sukar.. mawar kena ingat, Allah amat menyayangi Mawar.. sebab tu Mawar masih mempunyai deria untuk kembali kepda Nya.. bayangkan lah kalau Mawar terus hanyut...

Tentang bimbingan daripada suami Mawar.. jangan lah terlalu berharap lagi.. kalau salam 4 tahun ini dia masih gagal juga, Mawar cari lah alternatif lain.. Mawar kena banyak bergaul dengan orang yang tinggi agamanya, lunak dan boleh memberikn nasiht yang baik pada Mawar..... Cubalah cari... saya rasa dekat Hanan ini pun ada... buku! banyak sangat buku2 motivasi, keagamaan yang dijual.. jadi.. bacalah buku.. sebab buku yang mempunyai nasihat yang baik ibarat pengubat untuk hati kita....

Mawar.. jangan terlalu sedih dalam hidup ini... semua manusia mempunyai peluang untuk hidup bahagia.. jangan harapkan orang lain memberikn kbhagiaan, kejayaan, tapi bahagiakn diri Mawar sendiri...
dekatkn diri Mawar pada yang Maha Esa~ Mengadulah pada Dia.. Kan Allah yang paling dekat dengan hamba Nya.. sentiasa ingat.. Allah kan ada..

Mawar.. Akhir hidup ini adalah pertemuan dengan Nya... ingat tu Mawar.. ingat selalu.. tujuan kita Dia... jangan rasa rendah diri dengan kesilapn Mawar sebelum ini.. Taubat.. itulah ubat yang paling mujarab untuk mawar... Taubat seorang hamba nilainya sangat tinggi di sisi Dia...

Akhir sekali.. jangan keliru lagi... arah hidup kita ialah untuk Dia.. lakukan sgala2 nya kerana Dia... Allah sentiasa ada... Dia lah pembantu kita yang utama...

harap Mawar kuat.. saya percaya Mawar boleh~


Bookmark and Share




  Member Information For shahzulfairahProfil   Hantar PM kepada shahzulfairah   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 31-12-09 09:30


jangan menghukum diri tidak diberi ruang untuk bertaubat.. selagi nafas masih ada, selagi itu kita masih ada ruang untuk bertaubat.. maka ambillah kesempatan ni .. lakukan kebaikkan sebaik mungkin...

anggaplah semua tu dugaan untuk menguji kita.. hambaNya mana ada tidak buat silap, dan sebaik-baik nya adalah mengakui dan berazam untuk tidak ulang kesilapan lagi..

puan mawar ada kesedaran untuk berubah.. ALhamdulillah, itu tandanya Allah sayang kita.. masih diberi kesempatan untuk terus bertaubat..

saya mengingatkan puan mawar dan saya juga mengingatkan diri saya.. perjalanan kita mudah jika semakin dekat diri dengan tuhan..Buat apa yang Allah suruh, Tinggal apa yang Allah larang..


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

srikandijilbab
WARGA RASMI
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 1341
Posting: 19
Dari: Kelantan+Kuala Lumpur

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-04-10 09:21


Assalamualaikum,

Saya mendoakan Mawar dan keluarga sentiasa di bawah rahmat Allah, amin.

Pertama-tama sekali, Mawar sangat bertuah kerana diberi hidayah dan keinginan untuk bertaubat oleh Allah. Berapa ramai manusia yang hanyut hari ini Allah biarkan sahaja kerana mereka sudah terlalu menderhaka, tetapi Allah pilih mawar untuk menerima hidayahnya. Saya pasti Mawar sedar akan hal ini dan pasti Mawar sudah menterjemahkan syukur Mawar kerana dipilih Allah, dengan melakukan tindakan yang sepatutnya seperti solat syukur, solat hajat agar Allah kekalkan dan tambahkan rasa mahu bertaubat, dan sebagainya.

Keduanya, Mawar kena sentiasa sematkan dalam hati, apabila hidayah datang, bukan sesenang kacang sahaja jalan untuk kita bertaubat dan mendapat syurga. Allah beritahu dalam al quran, "adakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga sebelum kamu diuji?"...Jika kita mengaku beriman, maka ketika itu juga kita harus bersedia dan redha menerima ujian Allah, sebab nilai syurga itu sangat mahal, Mawar. Namun, Allah tidak biarkan kita seorang diri. Dalam Al quran juga Allah pujuk kita ;

"Mintalah padaKu, pasti Aku kabulkan,"

dan

"Mintalah pertolongan kepadaku dengan Sabar dan Sembahyang,"
dan

"
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya....]".

Bacalah dan renungi terjemahan ayat Allah dalam alquran, sebab banyak ayat-ayat motivasi dan insiprasi dari Allah yang akan menyegarkan jiwa Mawar, dan membuatkan Mawar akan yakin menghadapi ujian tersebut.

Ketiga, mawar cubalah ambil inisiatif sendiri. Hendak merubah diri sendiri pun kita rasa sangat sukar lantaran nafsu dan syaitan sentiasa ada di sisi kita, apatah lagi kita hendak merubah orang lain. Jadi, cara terbaik ialah dengan cuba bentuk diri kita dahulu, dan kemudian perlahan-lahan ajak suami dan anak-anak pula. Banyak inisiatif yang boleh digunakan, contoh terbaik adalah yang disebut oleh pakar kaunseling kita, Ummimq di atas. Kalau boleh akses internet, pun boleh masuk ke web2 yang membantu, seperti di www.saifulislam.com. Teruskan tahajjud Mawar dengan penuh ikhlas dan istiqamah, sebab tahajjud adalah senjata orang islam yang sangat tajam, tetapi tidak ramai orang yang tahu menggunakannya.

Keempat, banyakkan usaha menambah ilmu melalui pembacaan buku-buku tentang 3 jenis perkara utama, iaitu cara-cara meningkatkan hubungan dengan Allah, pengajaran dari alquran, dan cara-cara Rasulullah menghadapi masalah-masalah kehidupan harian. Bila menghadapi masalah, Mawar kembali kepada asas ini :

Bergantung hanya kepada Allah, selesaikan masalah mengikut ajaran Alquran, dan ikut apa yang Nabi Muhammad buat bagi menyelesaikan masasalah itu. Tiga asas itulah yang menjadi pegangan kukuh saya hingga ke hari ini dan selama-lamanya, insya-Allah. Bila saya takut dan menghadapi masalah, saya akan balik kepada asas ini dan beransur-ansur tiga asas ini berjaya meningkatkan keyakinan saya untuk meneruskan kehidupan dunia yang mencabar.

Kelima, bertawakkal, dan berdoa tanpa putus adalah usaha yang melengkapkan usaha-usaha kita. Firman Allah, 'Aku adalah mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu." jadi, bersangka baiklah selalu dengan Allah, jangan sekali-kali bersangka buruk kepadaNya.

Kami tahu, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, tetapi kita semua di komuniti ini seboleh mampu mahu berkongsi kedukaan sahabat-sahabat bersama, sebab itulah makna sebenar ukhwah dan kasih sayang. Ingatlah, Mawar tidak keseorangan. Bukankah perkataan 'ukhwah' sentiasa menjadi trademark kita:) Kami semua mendoakan kebahagiaan Mawar:)


-----------------
Mari Susuri Jalan Ke Syurga


Bookmark and Share




  Member Information For srikandijilbabProfil   Hantar PM kepada srikandijilbab   Pergi ke srikandijilbab's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.062817 saat. Lajunya....