Oleh |
MINTA PENDAPAT |
limah
::PENGURUS AKTIVITI:: Menyertai: 20.08.2009 Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam
|
Posting pada: 13-11-09 10:54
assalamualaikum.....semua...kak limah nak minta pendapat kat semua rakan-rakan. kak limah ni dulu bekerja sebagai hod dalam hari dept. lepas 9 tahun bekerja rasanya dah give up sangat bekerja jadi hod ni sebab semua kena buat. nama saja HOD dan ada anak buat tapi surat, filling kena buat macam DBKL lah. semasa akak jadi HOD wah2 ramailah yang sanjung....dan minta tolong. tahun lepas akak dah tak sanggup sebab boleh kata saban hari balik lambat dan tension sangat pasal kerja. so akak jumpa GM untuk cari seorang ganti HOD hari atas alasan tak sanggup dah. so dapat lah seorang jejaka melayu. tapi silap akak lah pilih sebab dia ni lembut sangat. adalah satu anak buah akak ni. selama ni akak backup dari 0 pengalaman sehingga dah ada 50%lah pengalaman. dia jumpa manager ni cerita bukan2 hal akak. pas tak cukup itu saja dia bawa suami dia yang satu tempat kerja ni jumpa manager pergi tau nak bongkar semua hal akak sampai akak berhenti kerja. so akak pergi tau boss cerita lah. saya dah kerja 9 tahun kat sini saya sendiri tak tau apa kerja salah yang saya buat. kalau dia tau ok lah akak cakap. tak cukup lagi dia pergi tau dengan semua staff kat sykt ni. so ada yang percaya tapi 90% kebanyakan percaya kerana suami dia tu org bawahan dan dekat dengan mereka macam akak ni tak ada masa nak cerita2. so akak diam. akak serahkan pada ALLAH. kalau baik...baiklah jadinya kalau sebalik nya pun akak terima tapi sehingga hari ni tak pula apa cerita akak terbongkar. akak cuma rasa sedih sebab selama ni madu yang akak beri pada org bawahan tapi racun yang akak dapat. maaflah mereka ni semua graduate u. akak tak cuma kelulusan SPM saja. tapi pengalaman dan ketekunan bekerja yang membawa akak jadi HOD. akak dah fikir berbulan2 so akak ambil keputusan untuk berhenti kerja. kebanyakan tak boss akak semua melarang mereka kata jangan give up sebab itu menunjukan akak looser tapi akak rasa biarlah. sekarang ni dah berapa bulan bos akak tegur kerana kerja akak tak seperti dulu. akak sedar tapi entahlah..rasa malas nak pergi kerja dah naik menyampah tengok office. maaflah ya rakan semua bukan apa saja nak luahkan rasa sakit dihati. sejak beberapa bulan ni akak lebih banyak diam dari berkata2.
|
Hanan
..::PRESIDEN::.. Menyertai: 15.04.2003 Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City
|
Posting pada: 13-11-09 11:37
 kak limah. Alahai politik pejabat. kat mana-mana pun ada politik pejabat. Pendapat Hanan akak teruskan saja kerja kat situ, tapi dalam masa yang sama akak carilah kerja lain, akak dah banyak pengalaman tentu mudah dapat kerja yang lebih baik. Tapi kalau belum ada kerja lain, susah nak berhenti. Politik pejabat, dengki dengki ni memang sentiasa ada di mana saja terutama kalau akak memang berpotensi dan pandai buat kerja sentialah jadi mangsa mereka yang malas tetapi mahu cepat naik. Apapun akak cuba banyakkan doa istikharah minta petunjuk. Lupa pula akak dah berdepan ke dengan makhluk2 tu. -----------------
|
limah
::PENGURUS AKTIVITI:: Menyertai: 20.08.2009 Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam
|
Posting pada: 13-11-09 13:34
terima kasih hanan. baru-baru ni akak ada ambil 2 org staff baru. mula-mula mereka ok saja dengan akak tapi sejak akhir2 ni mereka jarang bercakap dengan akak. baru akak ingat sejak sebulan dua ni akak kerap bercuti pas tu baru-baru ni akak nampak budak tu keluar makan dengan budak-budak baru ni. tapi akak tak adalah ambil hati cuma akak taulah dia mungkin ada cakap sesuatu kat budak baru ni. apa akak buat akak diam saja. malas nak cakap banyak. dia cakap baru akak jawap tapi kalau tak cakap akak diam tu saja. ada juga yang ajar akak suruh jumpa budak tu pas tu cakap pasal budak yang bermasalah ni. akak malas sebab pada pikiran akak nanti akak ni jadi macam budak kecik pula. nak hasut menghasut. lantak saja lah. entah lah hanan. akak dah rasa malas nak kerja dah sebab fikir kan org macam ni. ini lah pertama kali akak berkerja dengan kaum melayu yang ramai. 15 tahun yang dulu akak banyak bekerja dengan kaum cina dan india saja. ingatkan bila kerja dengan kaum sendiri dan dari jadi kerani bagi naik sikit okl. rupanya silap main tikam belakang. so akak pun mlslah . rasa-rasanya memang nak berhenti saja. duduk rumah.  kawan-kawan ada sesiapa tak mempunyai masalah nak dapat org jaga anak. akak nak buka baby sitterlah.
|
Hanan
..::PRESIDEN::.. Menyertai: 15.04.2003 Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City
|
Posting pada: 13-11-09 14:18
Itulah masalahnya, kalau kerja dengan cina of course lah dia akan lebihkan kaum dia tapi bila kerja dengan melayu banyak penyakit hati. Entahlah kak limah, kadang-kadang diam ni bagus tapi nanti diambil kesempatan pula. -----------------
|
ainzulaika
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 16.03.2009 Ahli No: 10054
Posting: 42
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 13-11-09 14:19
Salam, kak limah,akak jangan terburu2 nak notis berhenti,fikir balik masak2.sekarang susah nak dapat kerja.tapi mungkin kak limah nak serius bisnes akak tak apalah.tapi ain rasa anak buah akak tu yang tak bersyukur sebab selama ini akak dah curahkan banyak ilmu,tapi tak berterima kasih.akak buat macam biasa saja.akak jangan ajar lebih-lebih sangat kat anak buah akak.biar dia jumpa akak minta tolong ajar apa yang belum akak curahkan kat mereka.sabar ye kak. ----------------- assalamualaikum semua, apa khabar wangsa muslimah
|
halesolurun_84
{ SRIKANDI } Menyertai: 13.10.2008 Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa
|
Posting pada: 13-11-09 14:26
hehe.. macam-macam rupanya perancangan kak limah... patutlah rasa nak berhenti kerja.. saya rasa,kalau kak limah nak berhenti kerja pun,husband akak mesti tak kisah.. lagipun akak kan dah ada pendapatan sampingan.. pasal akak nak cari pembantu rumah dulu tu,rasanya pun boleh selesai kalau akak berhenti kerja..tak payah nak pening kepala mencari pembantu rumah lagi.. akak saja yang jaga anak-anak..nak buka baby sitter pun satu cadangan yang baik.. hmm selepas ini bolehlah buka gerai makan limah.. tu kan salah satu cita-cita akak..  -----------------
|
Alisha_Mardhiyah
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 17.03.2009 Ahli No: 10083
Posting: 85
Dari: Terengganu-KL-Selangor
|
Posting pada: 13-11-09 15:13
salam... kalau kak limah rasa mampu nak tanggung perbelanjaan keluarga, bolehlah berenti... tak pun, buat bisnes kecil2an... bergantung pada minatlah... -----------------
|
myway
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 19.06.2006 Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth
|
Posting pada: 13-11-09 22:51
kak.. kalau dah rasa betul-betul bersedia untuk berenti, jst go on. tapi kalau belum sure, try letak masalah tu ketepi. buat tak tahu saja. maybe mereka masih tak matang. akak buat saja hal sendiri, nanti akhirnya bila mereka sedar yang mereka salah, mesti mereka datang jumpa akak semula. yang penting jangan buat perkara yang sama mereka buat kat kita. dan yang penting juga kita kena jaga silaturrahim. slagimana mampu. malay environment memang macam ni. tapi nak cakap macam mana, kita pun malay jugak.  [ Telah diedit oleh: myway pada 13-11-09 22:54 ]
|
limah
::PENGURUS AKTIVITI:: Menyertai: 20.08.2009 Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam
|
Posting pada: 14-11-09 07:55
 , terima kasih atas nasihat semua. yang akak rasa tertekan tu yalah. kami duduk mengadap berdepan. akak memang buat macam biasa.banyak diam dari berkata2 sampai baru-baru ni ada yang tanya akak ni sakit ke. sebab diam saja tak macam dulu. akak tak tahan bila dia terima call dia akak cakap berbisik u all rasa apa kalau ada kawan yang buat macam tu. lepas tu akak pernah tegur dia sewaktu boss tak ada. dia dari jam 10.15 hingga 11.30 itu pun sebab akak tegur kalau tak tak tau mesti lama lagi nak sudah agaknya. u all tau tak dia tak ada kat tempat dia sebaliknya berada dalam bilik meeting suruh makcik cleaner itu urut dia. anda imagine tak waktu kerja buat kerja lain. so bila akak panggil dan cakap dengan dia apa dia jawab. dengan gaya ego dia jawab " u nak buat apa buat lah i tak kisah" . sebelum ni ada org beritahu akak yang suami dia tu tidor dalam opis waktu kerja.eeee kedua-duanya tak boleh ditergur. sang suami pula sebelum ni bila anak buah dia buat hal sikit-sikit beritahu kat akak saya tak nak budak ni. selalu ponteng, mc dan sebagainya. tapi masa isteri dia bekerja dengan akak dulu macam tu juga tapi akak paham sebab ialah kan kita pun ibu dan ada anak. so kita juga kena tolak ansur. anyway myway dan soleha ,hanan dan alisyah serta ain terima kasih lah atas nasihat u all. tu sebab anda tengok akak selalu kat sini sebab akak dah mula rasa boring dengan kerja. badan saja kat sini tapi hati kat rumah ingat anak-anak. semlam akak kena panggil dengan boss juga sebab penilaian kerja. sekali lagi dia suruh akak pikirkan pasal berhenti tu. sebab dia kata dia pun nak berhenti kalau boleh sebelum akak pergi eee. insyallah akak tak aka buat macam mana mereka buat akak. bak kata myway mereka tak matang so akak tak nak nanti akak juga digelar tak matang.hehehehe sekarang ni dah ranum tau tak myway.
|
myway
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 19.06.2006 Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth
|
Posting pada: 14-11-09 10:59
hihi..dah ranum ye kak. bagus kak..macam tulah kak limah yang saya kenal kat sini. tak mudah putus asa. be a professional person.
|
limah
::PENGURUS AKTIVITI:: Menyertai: 20.08.2009 Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam
|
Posting pada: 14-11-09 12:10
thank you myway. pretend profeisonal  control ayu begitu. susah hati pun nak buat kelakar juga. dah terbiasa.
|
nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 26.11.2008 Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras
|
Posting pada: 15-11-09 11:08
salam kak... betul kata lelain.. mana-mana ada sahaja hal tikam belakang ni... Kalau tak KAMI yang muda2 ni buat.. yang senior2 pula yang buat... dengki pun hal bukan2. tapi mencanang kehulu ke hilir kata kerja dia lagi bagus dari kita yang memang masih cetek pengalaman ni. saya suka ambil jalan mudah, gaji kita bukan mereka yang bayar. yang utama kerja kita sendiri siap. kerja mereka, Kalau tak siap, biarkan sahaja. tapi lah kan,SELALUNYA lah tengok kerja kita siap, yang banyak songeh ni lah yang akan terhegeh2 cari kita minta bantu siapkan kerja mereka tu.konon org muda cepat buat kerja lah... pandai IT lah... lepas itu bila dah siap, mula lah dok perlekeh kata tak secantik orang2 berpengalaman punya kerja lah.. apa lah.. tapi depan kita puji menggila. tong kosong selalunya begitu... -----------------
|
lily_mawar
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 14.11.2007 Ahli No: 8035
Posting: 44
Dari: Singapura
|
Posting pada: 16-11-09 19:55
Salam ... Simpati akan masaalah yang menimpa Cik Limah kita ... Lily tak ada pengalaman bekerja dengan orang-orang melayu ... kalau ada pun hanya 2/3 org saja ... pengalaman lily bekerja walaupun 90% pekerja bangsa cina dan caucasian tapi mereka amat prihatin akan kebajikan kami org melayu lebih-lebih lagi dalam soal agama ... Alhamdulilah. Tapi lily pernah dengar rungutan seorang teman yang pernah bekerja dan tinggal di KL selama lebih 10thn ... katanya nak jaga perasaan org melayu susah ... hati org melayu susah nak diatur ... Kenapa ye ... hasad dengki, fitnah seolah-olah susah org melayu nak buang sifat atau perangai macam tu ... walhal sekarang ni ramai yang berpelajaran tinggi tapi fikiran mereka masih ditakok lama ... Sifat bersaing secara sihat masih belum wujud dalam masyarakat org melayu ... [ Telah diedit oleh: lily_mawar pada 16-11-09 19:57 ]
|
myway
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 19.06.2006 Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth
|
Posting pada: 16-11-09 22:43
Pada 16-11-09 19:55 , lily_mawar posting:!!! QUOTE !!! ... hati org melayu susah nak diatur ... Kenapa ye ... hasad dengki, fitnah seolah-olah susah org melayu nak buang sifat atau perangai macam tu ... walhal sekarang ni ramai yang berpelajaran tinggi tapi fikiran mereka masih ditakok lama ... Sifat bersaing secara sihat masih belum wujud dalam masyarakat org melayu ... yerp. ini betul. environmentnya memang begitu.tak tahulah bila nak berubah. sebab tu lah kita kena contohi sifat nabi saw. tak apa...slowly develop.. anyway..im a malay.  [ Telah diedit oleh: myway pada 17-11-09 06:30 ]
|
limah
::PENGURUS AKTIVITI:: Menyertai: 20.08.2009 Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam
|
Posting pada: 17-11-09 08:04
selamat pagi semua. terima kasih atas pandangan dan prihatin rakan dengan masalah akak. akak dah bekerja selama 25 tahun dan bekerja kat syk ni hampir 10 tahun dah. memang sukar sangat-sangat nak didik dan tukar sikap org melayu. akak pun rasa sedih kerana org melayu bersikap demikian. kita nasihat dia salah ertikan. kita bagi motivasi langsung tak juga maju2. maaflah ya kebyk kan anak buah akak ni semuanya memegang ijazah. akak ni saja pemegang spm gred 3. ALLHAMDULLILAH kerana kerajinan dan ketekunan bekerja dan selalu akak sedarkan diri iaitu akak selalu pergi tau diri akak ni berpelajaran rendah so kita kena bersaing tapi saingan yang positif inilah yang membuat kan akak boleh berada ditempat sekarang. bukanlah nak bangga diri tapi saja nak pergi tau munkin sebab tu agaknya mereka jelek nak pandang akak. tapi anyway tak apa. ALLAH tu ada kan dia tau apa akak buat. biarkan sajalah. tapi akak cuma sedih kerana masih ada melayu yang lupa diri. kepada adik-adik akak diluar sana akak nasihatkan jangan jadi melayu lupa diri. bila anda memegang sesuatu jawatan mesti jalan kan dengan amanah sebab kerja adalah amanah org kepada kita. so jlnkan dengan adil . lepas tu bila ada diatas jangan sesekali lupa org yang berada dibawah kita. bila kita ada sikap begitu insyallah kemana kita pergi kita akan berjaya. dengan bangsa asing bersainglah secara positif. kalau mereka boleh buat kita hendaklah buat lebih dari itu.ini demi masa depan agama dan bangsa kita. ok.
|
nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 26.11.2008 Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras
|
Posting pada: 23-11-09 12:55
IQ dan EQ perlu juga seiring....lebih-lebih bila dah bekerja ni. ada orang tinggi IQ, tapi pengurusan EQ tiada. ada pula kedua-duanya hancus. tu yang asyik melenting yang bukan2 padahal hal kecik sahaja yang digembar gemburkan -----------------
|
sayang_semuanya
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 14.03.2009 Ahli No: 10025
Posting: 130
Dari: Pasir Ris
|
Posting pada: 23-11-09 19:36
sabar ye kak limah... adat bekerja... pergi 2 lah.... mana mana semua sama... akak buat lah kerja macam biasa... takut makan gaji pulak kan... 2 paling di takuti.. akak just buat bodoh dengan yang lain. dan akak buat kerja macam biasa saja ----------------- setiap yang hidup, pasti akan mati.. Rajin rajin lah bermuhasabah diri.. supaya dapat kita kuatkan iman kita
|
hanku
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 27.01.2009 Ahli No: 9740
Posting: 136
Dari: cheras
|
Posting pada: 23-11-09 22:53
tu yang di katakan kita bagi org tu makan..lepas itu org tu gigit tangan kita...hurmm..
|