Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
JANGAN kecilkan cita-citamu, kerana cita-cita yang kecil akan menyebabkan seseorang itu mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan

-- Saidina Umar Al-Khatab

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 16
Ahli: 0
Jumlah: 16




  Dari Galeri
inilah saya marlina_sakura..moga ukhuwah yang kita bina ini akan diberkati dan berpanjangan...insyaallah..

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Muslimah Surirumah
Topik: Pengalaman Cerita Seram


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, mazidah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Surirumah
    »» Pengalaman Cerita Seram

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 4

Go To Page: 1 · 2 · 3 · 4  
Jump To Page:

Oleh Pengalaman Cerita Seram

DHambaAllah
WARGA RASMI
Menyertai: 24.09.2009
Ahli No: 11391
Posting: 20
Dari: Fort Nelson, Kanada

canada   avatar


posticon Posting pada: 10-11-09 11:19


Salam semua,

Kawan-kawan, ada tak pengalaman cerita-cerita seram
yang boleh diceritakan pada semua di-sini. Ya lah, jadi kita tahu dan maalum bahwa makhluk-makhluk seram ni benar-benar wujud ke tidak?


Bookmark and Share




  Member Information For DHambaAllahProfil   Hantar PM kepada DHambaAllah   Quote dan BalasQuote

zeti
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 13.06.2009
Ahli No: 10753
Posting: 56

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-11-09 13:16


salam

emm..masa kat asrama dulu,f5..dalam pukul 5.45 pagi,saya p sidai bju kat ampaian.masa tu lampu kat ampaian rosak,jadi just harapkn lmpu kat blok yang berdekatan..masa dok sidai bju tu, ada dua org budak junior..seorang dok sebelah saya,seorang lagi dok depan membelakangkn saya....lepas junior yang sebelah saya beredar, tinggal saya dan seorang lagi tu...then,budak tu tunduk lah anak ambk bju dalam baldi dia..saya pun tak hairan lah...tapi dalam hati musykil, awat lama sangat dia tunduk ambk kain :berfikir: then saya yang tunduk juga nak ambk bju dalam baldi ambk kesempatan untuk usha dia dari bawah...

then.jeng......jeng.....jeng.......

tidak ada.....pelajar tu tidak ada.......memang tidak ada kat depan saya..................

saya pun cabut lari tinggalkan baju yang tak habis sidai lagi kat situ juga.........

ini kisah benar masa study kat sekolah teknik dulu....tak tahu lah ini benar atau hanya perasaan...tapi sampai lah ni, misteri tu tetap dalam ingatan :-(


Bookmark and Share




  Member Information For zetiProfil   Hantar PM kepada zeti   Quote dan BalasQuote

hanku
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 27.01.2009
Ahli No: 9740
Posting: 136
Dari: cheras

malaysia  


posticon Posting pada: 10-11-09 17:20


huhuh...banyak..yang tak boleh lupa...masa kat sek..hostel biasa lah..ni masa saya form 1..saya bersekolah agama berasrama..katil saya dekat dengan pintu masuk..kiranya katil saya katil first..tiap-tiap malam bila nak tdor. saya dengar org berlari naik anak tga..bila saya buka mata tak ada pun.terus senyap..nak jadikan cerita satu malam tu.saya tak ingat pukul brpa..saya tengah tidur..saya dengar ada org berlari dr tingkat bawah...dorm saya tingkat 1..saya macam terjaga..makin lama makin dekat..terus sampai ke pintu..then terus sampai kepasa saya..dia stop..saya bka mata slow saja..then saya nampak stau lembaga besar...hitam..berdiri dekat kpla saya..saya cepat-cepat mengiring..terus dia peluk saya..saya baca ayat alquran2..tapi lembaga tu berbisik kat telinga saya..masa saya sedang baca ayat tu.dia mengejek..macam ni lah dia cakap...blu bleb blu bleb blu bleb...entah lah..macam mana nak tulis..hhuhuhumacam tu lah...sampai kan bercampuk aduk bacaan saya..saya jadi sesak nafas.tak boleh gerak..jelas saya dengar kat telinga saya..saya tak tau lah brpa lama..pas tu saya rasa macam tersedar..macam tersentak..berpeluh2..berdebar2..tapi saya terus tdor..baca kursi banyak-banyak..saya xcite pada siapa pun..then akhirnya saya tukar sek..huhuh..tu lah paling xlleh lupa..masa study pun banyak..tu ringgan2 saja

:)
[ Telah diedit oleh: hanku pada 10-11-09 18:42 ]


Bookmark and Share




  Member Information For hankuProfil   Hantar PM kepada hanku   Quote dan BalasQuote

impiana
WARGA RASMI
Menyertai: 24.10.2009
Ahli No: 11526
Posting: 15
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-11-09 22:36


salam hanku,

wah... mesti sampai sekarang masih dok ingat perkara tu ya...

takut juga ye... kalau dok hostel. macam-macam perkara yang berlaku...

ada juga cerita seram masa kat sekolah dulu.... tapi dah sekarang ni malam... malas nak memikirkan ayat untuk menulis.... bukan apa... bila time org tidur kita masih mengendap komputer ni... datanglah rasa seram sejuknya...

nanti kita sambung lain kali...


Bookmark and Share




  Member Information For impianaProfil   Hantar PM kepada impiana   Quote dan BalasQuote

suterakasih85
{ SRIKANDI }
Menyertai: 10.12.2004
Ahli No: 4684
Posting: 634
Dari: Ganu+Nilai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-11-09 10:11


Assalamualaikum

wahh...best juga cerita ukhti2 kita ini.. boleh buat cerita novel kisah seram Kalau kumpul banyak-banyak..hihi ;-)

nak kongsi juga lah sikit-sikit..hihi..
Alhamdulillah saya stay kat hostel tak ada cerita yang seram2..sebab dulu saya jenis 'blur' :lol:
nak kongsi masa sekolah rendah... masa itu sekolah rendah saya itu almaklumla orang kata 'keras'..(iyalah agaknya keras sebab buat dari simen hihi)..Kalau tak silap masa darjah empat,kelas(blok) pula duduk kawasan yang jauh dari blok yang lain... masa itu waktu siang lah.. tapi misteri..besela waktu rehat duduk main-main dalam kelas dengan kawan-kawan..(besela zaman kanak-kanak ribena) lepas itu saya dan seorang lagi kawan tiba-tiba lapar nak beli makanan dan nak pergi bilik guru...saya tanya lah kawan saya yang seorang ni duduk terpi tingkap(AIn)... saya tanya ada apa-apa nak pesan tak? dia tak jawap,dia senyum+sengih saja..mata dia pula lain macam saja bersinar2(alahai)..dalam hati saya kata "eh orang tanya duduk sengih pula,jawab tak pung"..Tak apalah.saya dan kawan sorng lagi itu pergi lah cari makanan.. borak2 sepajang nak cari makanan (koperasi) tiba-tiba tersempak kawan saya yang saya tanya tadik yang duduk sengih2 itu..(alamekk,siapa itu) saya dan kawan saya duduk pandang sesama sendiri.. :-? :-? .kami siap tegur lagi "dari mana ain?" ,dia jawap dari koperasi lah..(kami dah berdebar2 tapi buat rileks)..
lepas itu pas habis semua kelas ,kami tanya lah kawan-kawan yang lain..(yakni kawan yang tak kuor rehat itu) mereka pun 'terkena' juga.."orang yang duduk tepi tingkap tadi dah tak ada ,bila Ain sampai kat kelas" huhu....SIAPAKAH itu?? :berfikir: ...

satu lagi cerita kat hospital pula...
jupa "sesuatu" di sebelah katil mak,masa itu mak masuk hospital so teman mak tidur kat hospital...yang sebelah katil mak itu orang yang keguguran nak cuci agaknya..tapi dia dah balik dah..kami kat dalam bilik hospital (2person dalam sebilik kat hospital) ,malam pesakit sebelah katil mak dah balik itu.. ada "sesuatu" duduk kat situ..almaklumla makhlus2 yang selain manusia ni sukakan darah kotor...saya punya blur yang nagtuk and 'blur' buat tak tahu dan terus sambung tidur ...keesokkan harinya baru fikir balik bila mak tanya,malam tadi ada nampak apa-apa tak...bederau darah bila mak tanya macam itu...huhu...

saya ni berani tak lah sangat,tapi berani2 takut saja...
Kalau tempat baru lagi kena berhati-hati... ;-)


-----------------
Success Through Endeavour ;

[ Telah diedit oleh: suterakasih85 pada 11-11-09 10:12 ]


Bookmark and Share




  Member Information For suterakasih85Profil   Hantar PM kepada suterakasih85   Pergi ke suterakasih85's Website   Quote dan BalasQuote

hanku
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 27.01.2009
Ahli No: 9740
Posting: 136
Dari: cheras

malaysia  


posticon Posting pada: 11-11-09 16:00


ish..bahaya juga tu sutera kasih..Kalau duduk hostel memang banyak pengalaman..ni satu lagi pengalaman saya masa study kat sebuah kolej islam kat gombak...sekarang ni kolej tu pindah ke batu cave(mesti ada yang tau ni kolej apa..hehe) before ni bilik kami memang macam-macam jadi..ada kena rasuk..macam-macam lah..

ni kes satu malam tu..kami duduk hostel apartment..bilik saya pulak..master room duduk 6 org..kawan saya duduk katil sebelah saya ni..ni dia lah yang cerita ..masa tu lebih kurang dah pukul 12 ke atas..tengah-tengah tdor dia rasa macam da org lam bilik tu duduk heret kerusi..mundar mandir lam bilik..lepas itu tiba-tiba ada dengar bunyi bantal jatuh..dia pun terus buka mata..dia tengok seorang perempuan..yang tak berapa jelas..(sebab gelap)..sama tgi dengan double dacker tu.. peluk bantal tu dan nyanyi..hmmm.hmmm..dia terus paling ke tingkap..then tiba-tiba dia rasa ada org usap kepala dia then terus naik ke katil dan goyangkan kaki dia..ha..masa ni..baru lah masuk part saya hehe..dia kejutkan saya..dia cakap:wei bangun...bangun...dia suruh aku bangun wehh..saya terus terjaga dan tengok dia..dia duduk asyik goyangkan saya sambil toleh2 ke belakang..saya terus kejutkan kawan seorang lagi suruh buka lampu..apa lagi.menangis lah member tu...tengok jam dah pukul 230 lebih..lepas itu dia tanya..bantal sapa yang jatuh?aku nampak benda tu ambik bantal tu dia peluk lepas itu dia nyanyi..sambil kawan saya tu nyanyikan balik irama yang di nanyikan makhluk Allah tu...rupanya bantal roomate kami yang seorang lagi ni..yang lucu nya..besok jugak...roomate tu pindah duduk rumah sewa..:)..dia buang bantal tu..:)

mujurla seorang lagi roomate kami ni jenis berani...dia pujuk suruh tdor..tiba-tiba lampu pulak padam..kipas pun sekali..kejap padam kejap ok..tapi tu lah..makin sebab semua dah biasa..kami tdur saja sampai pagi..cma kawan saya tu agak lemah..saya ajak dia tidur sekali..

banyak lah peng macam ni..kat opis pun ada..tak apa lah..tu pun makhluk Allah..:)
[ Telah diedit oleh: hanku pada 11-11-09 18:40 ]


Bookmark and Share




  Member Information For hankuProfil   Hantar PM kepada hanku   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-11-09 22:29


banyak-banyak yang berlaku... satu ni saja memang bermain di ingatan saya hingga hari ini

saya duduk berasingan dengan suami sejak minggu pertama bernikah.kiranya jumpa setiap hujung bulan atau hujung minggu semata.

kisah ni berlaku di rumah sewa saya sebelum pindah ke rumah sendiri sekarang.sebelum2 itu saya seringkali bermimpi suami dibawa lari seorang perempuan tetapi anak di dalam tangan. masuk yang terakhir ia bukan lagi mimpi tapi perkara betul depan mata.

waktu tu suami sedang tidur. saya genggam tangan suami sambil mengadap wajah dia.tiba tiba rasa pelik sebab saya boleh pegang kedua tangan suami dengan senang sedangkan dia tidur mengiring. sepatutnya sebelah tangan lagi berlipatkebawah.

rupanya waktu tu ada '2 suami' depan mata saya. satu lagi mengiring di belakang suami dan tangan 'dia' lah yang saya sedang pegang. ya allah.... getar rasa hati sebab kita jadi blur siapa perlu saya tentukan suami sebenar.

ringkas cerita, 'yang belakang' itu bangun selepas saya memilih suami yang betul(kebetulan bela kucing, jadi kucing ni yang 'bantu' saya pilih). dia berbogel menjadi seorang nenek tua, bangun dan terus hilang menembusi tingkap & dinding rumah.

ustaz kata hantu raya yang menetap dirumah itu. kebetulan pula penyewa sebelum saya rupanya meninggal dalam rumah secara mengejut. mungkin rumah tak disamah betul(sebab kebetulan semalam meninggal, hari ni tuan rumah kemas barang & iklankan rumah untuk disewa) dan kami pula masuk tanpa tahu menahu apa-apa.sejak itu saya pesan pada suami, nak pulang MESTI telefon dahulu & bagitahu dimana. dah sampai rumah di pagar pun MESTI call juga.

dah hampir 2 tahun lebih kisah tu berlalu & sekarang kucing dah serah pada pensyarah saya untuk dibela di kg. kami pun dah pindah rumah sendiri. tapi pengalaman AGAK ngeri tu memang takkan lupa sampai bila-bila


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-11-09 12:26


seramnya.. saya sekali pernah nampak tapi xseram mana pun.. itupun 'dia' tu tengah pakai telekung.. tumpang solat agaknya..


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

Alisha_Mardhiyah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 17.03.2009
Ahli No: 10083
Posting: 85
Dari: Terengganu-KL-Selangor

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-11-09 13:26


Pada 11-11-09 16:00 , hanku posting:

!!! QUOTE !!!

ish..bahaya juga tu sutera kasih..Kalau duduk hostel memang banyak pengalaman..ni satu lagi pengalaman saya masa study kat sebuah kolej islam kat gombak...sekarang ni kolej tu pindah ke batu cave(mesti ada yang tau ni kolej apa..hehe) before ni bilik kami memang macam-macam jadi..ada kena rasuk..macam-macam lah..

ni kes satu malam tu..kami duduk hostel apartment..bilik saya pulak..master room duduk 6 org..kawan saya duduk katil sebelah saya ni..ni dia lah yang cerita ..masa tu lebih kurang dah pukul 12 ke atas..tengah-tengah tdor dia rasa macam da org lam bilik tu duduk heret kerusi..mundar mandir lam bilik..lepas itu tiba-tiba ada dengar bunyi bantal jatuh..dia pun terus buka mata..dia tengok seorang perempuan..yang tak berapa jelas..(sebab gelap)..sama tgi dengan double dacker tu.. peluk bantal tu dan nyanyi..hmmm.hmmm..dia terus paling ke tingkap..then tiba-tiba dia rasa ada org usap kepala dia then terus naik ke katil dan goyangkan kaki dia..ha..masa ni..baru lah masuk part saya hehe..dia kejutkan saya..dia cakap:wei bangun...bangun...dia suruh aku bangun wehh..saya terus terjaga dan tengok dia..dia duduk asyik goyangkan saya sambil toleh2 ke belakang..saya terus kejutkan kawan seorang lagi suruh buka lampu..apa lagi.menangis lah member tu...tengok jam dah pukul 230 lebih..lepas itu dia tanya..bantal sapa yang jatuh?aku nampak benda tu ambik bantal tu dia peluk lepas itu dia nyanyi..sambil kawan saya tu nyanyikan balik irama yang di nanyikan makhluk Allah tu...rupanya bantal roomate kami yang seorang lagi ni..yang lucu nya..besok jugak...roomate tu pindah duduk rumah sewa..:)..dia buang bantal tu..:)

mujurla seorang lagi roomate kami ni jenis berani...dia pujuk suruh tdor..tiba-tiba lampu pulak padam..kipas pun sekali..kejap padam kejap ok..tapi tu lah..makin sebab semua dah biasa..kami tdur saja sampai pagi..cma kawan saya tu agak lemah..saya ajak dia tidur sekali..

banyak lah peng macam ni..kat opis pun ada..tak apa lah..tu pun makhluk Allah..:)

akak tau kolej apa... :D
adik akak pun belajar kat situ...
tapi, dia dah grad seblom kolej tu pindah...

saya pun banyak juga pengalaman cerita seram ni...
sampai tak tau nak cerita yang mana dulu... :)


-----------------
Lilypie First Birthday tickers


Bookmark and Share




  Member Information For Alisha_MardhiyahProfil   Hantar PM kepada Alisha_Mardhiyah   Pergi ke Alisha_Mardhiyah's Website   Quote dan BalasQuote

Alisha_Mardhiyah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 17.03.2009
Ahli No: 10083
Posting: 85
Dari: Terengganu-KL-Selangor

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-11-09 17:58


2 tahun lepas dalam bulan syawal, pergi bercuti dengan keluarga...
duta hacienda resort/palm spring resort, port dicksom...
tempat tu memang menyeramkan...
masuk jauh ke dalam & tersorok...
dalam superior room tu ada satu bilik berkunci...
tak tau bilik apa...
mlm pertama suami dan pakcik saya memang dah nampak...
ingat dia tak kaco...
mlm last stay situ, kami kena kacau...
mula-mula makcik kena angkat kakinya...
kemudian mak mertua kena tindih...
lepas tu, saya pula kena...
masa nak kena tindih tu, memang nampak benda alah tu...
gemuk dan berbogel...
lepas baca2 ayat quran, akhirnya bebas juga...
saya dah cuba genggam tangan suami minta tolong, tapi dia tak perasan...
tak pasal2 dia kena marah... hehe...
dia ingat saya mengigau...
mulut terkumat kamit...
mula-mula saya baca perlahan...
bila saya baca kuat, baru dia perasan...


-----------------
Lilypie First Birthday tickers
[ Telah diedit oleh: Alisha_Mardhiyah pada 12-11-09 17:58 ]


Bookmark and Share




  Member Information For Alisha_MardhiyahProfil   Hantar PM kepada Alisha_Mardhiyah   Pergi ke Alisha_Mardhiyah's Website   Quote dan BalasQuote

Alisha_Mardhiyah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 17.03.2009
Ahli No: 10083
Posting: 85
Dari: Terengganu-KL-Selangor

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-11-09 18:01


ni gambar tempat tu yang dapat dari website...

/

/

/


-----------------
Lilypie First Birthday tickers
[ Telah diedit oleh: Alisha_Mardhiyah pada 12-11-09 18:05 ]


Bookmark and Share




  Member Information For Alisha_MardhiyahProfil   Hantar PM kepada Alisha_Mardhiyah   Pergi ke Alisha_Mardhiyah's Website   Quote dan BalasQuote

hanku
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 27.01.2009
Ahli No: 9740
Posting: 136
Dari: cheras

malaysia  


posticon Posting pada: 12-11-09 20:26


mak aih siap ada gambar..saya pun ada ambik gambar hostel tu huhu
tapi tak apa lah..tak nak taruk


Bookmark and Share




  Member Information For hankuProfil   Hantar PM kepada hanku   Quote dan BalasQuote

myway
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-11-09 02:33


tak nak baca malam-malam gini.hihi.(now is 3am)
bukan apa, nak baca cerita2 lain yang lebih seram.hihi.


Bookmark and Share




  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

hanie
WARGA RASMI
Menyertai: 02.05.2003
Ahli No: 894
Posting: 17
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-11-09 09:14


hati-hati kalau nak letak gambar, takut nanti di saman oleh pihak yang bkenaan kerana memburukkn tempat tu.....


Bookmark and Share




  Member Information For hanieProfil   Hantar PM kepada hanie   Quote dan BalasQuote

Alisha_Mardhiyah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 17.03.2009
Ahli No: 10083
Posting: 85
Dari: Terengganu-KL-Selangor

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-11-09 09:37


Pada 13-11-09 09:14 , hanie posting:

!!! QUOTE !!!

hati-hati kalau nak letak gambar, takut nanti di saman oleh pihak yang bkenaan kerana memburukkn tempat tu.....

tak ada apalah hanie...
cerita benar dan bukannya rekaan...
takkanlah mereka tiba-tiba nak saman...
macam tak ada kerja lain saja...
kalau nak cerita seram2 ni...
kat mana-mana saja ada sebenarnya...
takkanlah setiap hotel nak saman setiap pengunjungnya...


-----------------
Lilypie First Birthday tickers


Bookmark and Share




  Member Information For Alisha_MardhiyahProfil   Hantar PM kepada Alisha_Mardhiyah   Pergi ke Alisha_Mardhiyah's Website   Quote dan BalasQuote

DHambaAllah
WARGA RASMI
Menyertai: 24.09.2009
Ahli No: 11391
Posting: 20
Dari: Fort Nelson, Kanada

canada   avatar


posticon Posting pada: 13-11-09 11:45


Salam semua,

Dua tahun lepas kami sekeluarga pergi bercuti ke Port Dickson. Cari2 resort mana untuk kamimmenginap. Ada beberapa resort yang kami singgah, termasuk Duta Hacienda yang Alisya maksudkan. Oooohh...
masa tu tak tahula tempat tu "keras". Nasib baik kami tak jadi bermalam disitu ya! Akhirnya cari punya cari, kami pun bermalam di Avilion. Sungguh menarik percutian kami.....di Pantai port Dickson...


Bookmark and Share




  Member Information For DHambaAllahProfil   Hantar PM kepada DHambaAllah   Quote dan BalasQuote

sadiqah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 30.03.2005
Ahli No: 5121
Posting: 205
Dari: sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 13-11-09 12:57


nak kongsi pengalaman jugaklah.


masa tu saya terlibat dalam satu mesyuarat Bahagian dan pihak urusetia memilih Selesa Homes dekat Bentong..ruang kediaman memang selesa, sesuai dengan namanya.

malam pertama tu, tak ada apa-apa yang berlaku..cuma payah nak lelap. almaklum, saya ni kalau nak tidur tempat baru kena sesuaikan diri. tapi ofismate saya cepat lenanya. :sopan:

hari kedua, kawan lelaki mengadu yang dia berasa seram sejuk duduk dalam rumah tu. ala, biasalah tu..mana-mana tempat pun semua sama..kalau tak biasa mesti akan terasa macam-macam.

malam kedua, kitaorang habis meting dalam pukul 10. lepas minum malam, terus masuk bilik sebab mengantuk sangat. tak sampai 5 minit tutup mata, terasa ada benda yang duduk di tepi katil, dekat dengan bantal saya..terasa sangat bantal yang saya guna tu bergerak kebawah..tapi masa tu tak berani nak buka mata sebab kalau boleh tak nak nampak lembaga tu. agaknya "lembaga" tu nak dodoikan saya..mungkin kerana keletihan, saya tak peduli sangat, terus buat tak tahu dan tak sedar pukul berapa terlena.

kawan yang baring sebelah memang tak sedar langsung.
esok pagi bila saya cerita kat kawan ni, dia jadi pucat semacam..dia kata.."kompom, selepas ini aku tak nak duduk sini lagi".. :lol:


-----------------
Hidup mesti terus...

[ Telah diedit oleh: sadiqah pada 13-11-09 13:00 ]


Bookmark and Share




  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

hanku
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 27.01.2009
Ahli No: 9740
Posting: 136
Dari: cheras

malaysia  


posticon Posting pada: 13-11-09 21:40


saya banyak cerita macam ni..ni satu lagi cerita (best pula bercerita..ni kalau kita duduk ramai-ramai bercerita peg masing-masing mahu berbulan2 baru khatam ..hehe)

ni terjadi masa duduk hostel juga..huhu..malam tu kami decide nak berjaga sampai subuh,pas solat baru tdor..saja nak buat kerja gila..pulak keesokan hari tu hari sabtu..banyak lah story mory..sampailah masuk cerita kawan saya duduk cerita pasal kawan dia pergi bercinta dengan makhluk ghaib ni..kawan saya tu tak nak bagi tau nama makhluk tu sebab dia cakap kawan dia pesan jangan bagitahu sesiapa nama benda tu..dah alang2 bercerita tak syok lah Kalau sekerat jalan.kami pun paksa lah kawan kami tu bagitahu..dan then dia pun bagitahu lah

dia sebut saja nama benda tu,terus kami dengar bunyi gendang cina(macam tahun baru cina tu...gendang naga eak?) depan pintu bilik.kami terdiam,saya dengar betul-betul...memang bunyi gendang cina..eh kitorng fikir..takkan lah ada cina main gendang pukul 3,4 pagi..habis saja bunyi gendang tu..angin tiup kencang gila sekali dengan hujan,,lepas itu dengar suara macam org menjerit..lepas itu kami peluk sama ramai-ramai..ada yang berzikir..ada yang takbir..ada yang baca macam-macam lah..tak silap saya 6 org agaknya masa tu...ada juga part kelakar..kawan saya ni seorang org sabah..dia ni dusun..dia tanya saya...aku mahu baca apa?saya jawab..baca lah apa-apa pun..hahaha

tapi tak lama 5 min saja agaknya.then bila dah reda semua lari masuk tdor..esok tu kami tanya member seorang lagi yang tak join kami malam tu..dia tdor..dia jawab..memang semalam hujan,tapi tak ada angin..anda menjerit kenapa?huhu...kami cerita lah..lepas itu dia cakap..tu lah..anda berjaga lagi malam2..kih2

habis lah..ad banyak lag..tapi bagi peluang kat org lain pula


Bookmark and Share




  Member Information For hankuProfil   Hantar PM kepada hanku   Quote dan BalasQuote

zeti
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 13.06.2009
Ahli No: 10753
Posting: 56

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-11-09 22:37


salam

wah....seram cerita awak tu,hanku

:-(


Bookmark and Share




  Member Information For zetiProfil   Hantar PM kepada zeti   Quote dan BalasQuote

hanku
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 27.01.2009
Ahli No: 9740
Posting: 136
Dari: cheras

malaysia  


posticon Posting pada: 14-11-09 09:41


ni lagi story masa saya form 2... mak saya dulu selalu mandikan jenazah kalau ada kes kematian kat kampung. pada satu hari tu,hari rabu,,,ada lah seorang makcik ni datang ke rumah,cakap ada kematian budak perempuan umur 15 tahun. mati bunuh diri. kes kematian dia ni pernah masuk berita pada tahun tu.. so mak saya pun pergi lah mandikan jenazah tu. balik saja dari rumah arwah tu mak terus pergi rumah nenek sebab adik lelaki saya nak berkatham ke esokkan hari tu. saya pun pergi sekali lah...pagi esok tu...mak sibuk2 bersihkan laman rumah nenek..(atuk dan ayah saya dah tak ada).petang saja mak terus jatuh sakit,demam lepas itu tercirit..saya lah yang bersihkan semua tu..lepas itu mak cakap..mak suruh saya balik rumah sebab kakak saya dan adik perempuan saya saja kat rumah dan pula tu kakak saya tengah ambik spm.

saya pun balik lah.naik basikal saja..huhu....sebab tak ada lah jauh sangat. saya pula jenis tak boleh berenggang dengan anak sepupu saya..dia dan saya beza cuma 2 tahun. so nak tidor malam tu,saya ajak dia tdor kat rumah sekali. rumah saya rumah kampung..so ada kelambu lah..(ni yang best)

dipendekan cerita ,mlm tu nak tidor kami pakat nak pasang kelambu..lebih kurang pukul 2 ke aats macam tu..tiba-tiba anak sepupu saya kejutkan saya..sebab kelambu tiba-tiba runtuh...lepas itu dia tunjuk keluar..sebab pintu bilik malam tu saya lupa nak tutup. so saya toleh lah..dia cakap"ada org kat luar,siapa tu?" saya tengok betul-betul..saya nampak ada seorang perempuan duduk bersandar pada kerusi,dia pakai selendang,muka tak ada..ada wajah tapi tak ada muka..tak ada mulut...tak ada hidung,tak ada mta..kosong..warna coklat gelap..macam warna kertas yang kena bakar..gelap macam tu lah..apa lpagi sepupu saya terus nangis..cakap..hantuuuuuu....saya pun bingkas bangun dan tutup pintu. bsok tu saya p cerita kat mak saya..mak saya suruh p masjid baca yassin..kbetulan malam tu malam nisfu..so saya dan kakak saya p lah masjid baca yassin semua...dengan perasaan penuh takut,saya dan kakak dengan berpelukan kami ambil air yassin tu siram keliling rumah..pas tu cabut masuk lam bilik heheeh...so terjdilah satu lagi peristiawa..tiba-tiba bila pintu bilik di tolak sesorg..kuat sangat..sampaikan bergegar..nasib baik berkunci kami diam saja..tak tau bagaimana? boleh tertidur..subuh tu nak keluar bilik p ambik air sembahyang..berpeluk2 kami dua org ni macam kembar siam hehe.start pada malam tu tak ada lagi dah..tapi kan ada org kampung bgtahu...abang budak perempuan tu selalu nampak adik dia balik rumah..pakai selendang macam tu lah..3 mlm berturut2..saya pun tak tahu lah Kenapa dia mngganggu org lain
WA..

p/s: pas peristiwa tu anak sepupu saya terus tak nak tidur lagi dah rumah saya,then punca dr situ lah saya mulai renggang dengan dia..sampai sekarang dah macam org asing..:(...tak suka lah hantu tu!!!

ada lagi cerita pasal anak derhaka dan murtad yang kecoh kat sini satu masa dulu,sampai masuk mastika...saya akan cerita Kalau ad permintaan..Kalau ada org nak saya ceritakan saya boleh taip kat sini...ni lagi seram kaw2..huhuh
[ Telah diedit oleh: hanku pada 14-11-09 09:51 ]


Bookmark and Share




  Member Information For hankuProfil   Hantar PM kepada hanku   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, mazidah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Surirumah
    »» Pengalaman Cerita Seram

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 4

Go To Page: 1 · 2 · 3 · 4  
Jump To Page:


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.074447 saat. Lajunya....