Oleh |
Daun & Benda Pelik Dibawah Tilam |
butterfly1105
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 02.09.2009 Ahli No: 11313
Posting: 27
|
Posting pada: 30-10-09 11:14
Salam Ummi.. semalam semasa mengalihkan tilam di dalam bilik tidur.. Saya terjmpa satu plastik..didalamnya terdapat sehelai daun dan benda pelik bewarna hitam yang saya tidak pasti apa bendanya.. yang membuatkan saya sedikit pelik..benda itu berada antara 2 tilam di dalam bilik tdur..macam seseorang yang meletakkannya..sejak berkahwin saya tidak pernah mengalihkan tilam tersebut..semalam saya alihkan kerana ingin meletakkan tilam yang berspring dibawah dan tilam nipis diatas..tetapi saya terjumpa benda itu ditengah2.. Saya ingin membuka plastik itu tapi dilarang suami..oleh itu saya hanya meneliti dari luar kerana plastik itu lutsinar.. Akhirnya suami terus membuang benda itu diluar rumah.. Pada pendapat Ummi..adakah benda itu berunsur sihir? Ataupun sesuatu yang diletakkan supaya rumah tgga kami tidak bahagia..saya pun tak pasti.. Sekarang firasat saya mengatakan ibu mertua yang meletakkan benda tersebut..tapi saya tidak berani bertanya.. Perlukah saya mengambil benda itu kembali dan membawanya berjumpa ustaz ataupun bomoh?
|
nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 26.11.2008 Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras
|
Posting pada: 30-10-09 12:53
Waa'laikumussalam wrt saya menjawab sebelum ummi ye pada pendapat saya... mungkin ada unsur lain.. sama ada niat nya baik mahupun buruk. apa yang pernah terjadi kepada keluarga saya, adik saya ambil, ibu baca ayat 'bismillahi lazi.......... ila akhir' dan buang terus. benda yang sama berulang beberapa kali dan dijumpai di tempat berbeza (gumpalan rambut + pinang + sebotol kecil air yang tak diketahui apa). lepas buang tu ibu terus bawa adik yang bersihkan tempat tu jumpa ustaz. alhamdulillah mula-mula ada juga 'side effect' tapi ok selepas itu apa pun saya nasihatkan hindar jauh2 sangkaan2 'tidak baik' kepada sesiapa pun. semoga tiada muncul sebarang perbalahan di kemudian hari. apa yang berlaku serahkan sahaja kepada ALLAH untuk menyedarkannya -----------------
|
butterfly1105
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 02.09.2009 Ahli No: 11313
Posting: 27
|
Posting pada: 02-11-09 09:44
Saya balik ke rumah dari pejabat minggu lepas..saya kutip balik benda tu..And setelah diamati betul-betul..benda tu sireh dan pinang..
|
Alisha_Mardhiyah
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 17.03.2009 Ahli No: 10083
Posting: 85
Dari: Terengganu-KL-Selangor
|
Posting pada: 02-11-09 13:06
Pada 02-11-09 09:44 , butterfly1105 posting:!!! QUOTE !!! Saya balik ke rumah dari pejabat minggu lepas..saya kutip balik benda tu..And setelah diamati betul-betul..benda tu sireh dan pinang.. Kenapa ambik balik benda tu??? buang kat mana??? perbanyakkanlan amalan... amalkan ayat dan zikir pelindung diri... -----------------
|
butterfly1105
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 02.09.2009 Ahli No: 11313
Posting: 27
|
Posting pada: 02-11-09 14:53
Suami saya buang diluar rumah..tepi tangkap bilik kami.. Tujuan saya ambil semula sebab saya nak bawa benda tu berjumpa ustaz.. Adakah betul tindakan saya?
|
ummimq
::KAUNSELOR:: Menyertai: 16.06.2003 Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor
|
Posting pada: 15-11-09 16:50
Wa'alaikumussalam wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah maafkan umi kerana sering terlepas pandang bawah thread ini. Boleh umi tanya? Adakah tanda-tanda berikut berlaku kepada anakanda? TANDA-TANDA TERKENA SIHIR Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:- 1. Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya. 2. Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup � meminum air yang mendidih. 3. Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang. 4. Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja. 5. Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doktor-doktor yang pakar. Sekiranya ada salah satu maka jelas ada unsur sihir. Seeloknya bacakan ayat kursi beberapa kali pada barang tersebut dan kemudian buang di air lalu - contohnya di sungai atau laut. CARA MENGHADAPI SIHIR Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah �Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, �Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa. Wallahuta'ala a'lam bissawab
|