Oleh |
Bagaimana nak memujuk suami berpindah dari rumah mertua? |
Alisha_Mardhiyah
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 17.03.2009 Ahli No: 10083
Posting: 85
Dari: Terengganu-KL-Selangor
|
Posting pada: 21-10-09 18:50
butterfly kena banyak bersabar dan berdoa ya... memanglah mertua ni cerewet... sebab dia tak kenal kita betul-betul... kadang-kadang mereka anggap seolah-olah kita merampas anaknya... sebab tu kena pandai ambil hati mertua... kalau butterfly menjauhkan diri, hubungan ni mungkin akan lebih renggang lagi... anggaplah ibu mertua seperti ibu kita sendiri... saya pernah melaluinya... 2 tahun tinggal bersama mertua... memang banyak suka dukanya... tahun ke-3 baru pindah keluar... pindah pun dekat-dekat situ saja... -----------------
|
ummimq
::KAUNSELOR:: Menyertai: 16.06.2003 Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor
|
Posting pada: 22-10-09 10:37
Anak lelaki sememangnya wajib menjaga ibunya. Jadi sekiranya ingin menjadi isteri yang solehah maka bersabarlah ya anakanda. Anggaplah ibu mertua seperti ibu sendiri dan terimalah apa saja yang diluahkan dengan tabah dan redha. InsyaAllah kesabaran dan ketabahan seseorang insan dalam syarak ada ganjarannya dari Allah SWT. Wallahuta'ala a'lam bissawab
|
butterfly1105
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 02.09.2009 Ahli No: 11313
Posting: 27
|
Posting pada: 22-10-09 10:46
Terima kasih atas nasihat ummi.. Sekarang baru saya sedar..saya tak sepatutnya mendesak suami berpindah..mungkin dalam hatinya ada perasaan berbelah bagi antara ibu dan isteri.. Tak mengapalah..selagi saya diberi kekuatan oleh Allah untuk bersabar..saya akan sedaya upaya bersabar.. Buat Alisha, Terima kasih juga atas nasihat anda.. Insyaallah, saya akan jadi sekuat anda..
|
Alisha_Mardhiyah
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 17.03.2009 Ahli No: 10083
Posting: 85
Dari: Terengganu-KL-Selangor
|
Posting pada: 22-10-09 17:09
duduk dengan mertua ni banyak pro & cons... tapi, kita fikir yang baik sajalah ya... sekarang saya semakin rapat dengan mertua... sebab masa mula-mula kahwin dulu, memang mertua tak suka... saya lebih banyak mendiamkan diri bila mertua marah... saya juga merupakan menantu pertama... bila dapat menantu kedua, barulah mertua buka mata sikit... sebab menantu kedua ni tak nak duduk sekali dengan mertua... -----------------
|
Alisha_Mardhiyah
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 17.03.2009 Ahli No: 10083
Posting: 85
Dari: Terengganu-KL-Selangor
|
Posting pada: 22-10-09 17:11
kita kena fikirkan suami kita juga... tentu dia serba salah untuk memilih... samaada nak juga hati mak dia atau isteri... kedua-duanya dia sayang... sebab tu saya tak nak bagi tekanan pada suami... tapi suami juga perlu pandai mainkan peranan... untuk merapatkan antara menantu dan mertua... -----------------
|
I_Luv_mySelf
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 09.10.2009 Ahli No: 11463
Posting: 23
|
Posting pada: 22-10-09 21:48
salam.... nak tanya lah...walaupun saya belum kahwin lagi.... mertua antum ni bekerja ke atau surirumah?
|
butterfly1105
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 02.09.2009 Ahli No: 11313
Posting: 27
|
Posting pada: 23-10-09 08:33
Mertua saya dulu bekerja sebagai tukang masak di kantin..tapi sejak dia sakit..(serangan strok), dia tidak lagi bekerja dan hanya tinggal dirumah.. Selama dia sakit, sayalah yang menjaganya..anak-anak perempuan yang lain tinggal jauh..boleh dikatakan selama dia sakit..saya yang mmbasuh berak kencingnya..dia tidak dapat bergerak.. tapi alhamdulillah..selepas 1 bulan dia pulih.. Dan sekarang ni..setelah dia sihat kembali..dia dah lupa siapa yang menjaganya.. Xapalah..biarlah dia..saya tak nak menuduh dia xmengenag budi saya.. Biarlah Allah menilainya.. yang pasti..saya akan terus tinggal disana sebab suami saya..tempat isteri kan disisi suami..
|
wafahafiz
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 29.06.2009 Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara
|
Posting pada: 23-10-09 08:54
saya rasa saya tahu Kenapa.... suami akak mungkin dah tahu perangai mak dia..maklumlah org tua...banyak songeh... tapi songeh yang dibuat-buat...org tua pun macam kita juga... bezanya cuma... kita lupa..itu cara dia nak tunjuk perasaan.. suami akak ni berharap sangat akak dapat ubah sikap mak dia tu...dia nak tengok juga akak berjaya berbaik dengan mak dia.. kasihan dekat dia juga kak.berbelah bagi.. 2 org tarik dia..akak mengalah lah..kalau akak pun sayang suami akak. akak...akak kena kuat tau..lawan juga perasaan akak... lagi dia berkasar...lagi akak berlembut dengan dia... org tua ni kadang-kadang lebih dr budak kecil yang nak susu... insyaAllah kak...lagi akak belai dia ...lama-lama lagi manja lah dia dengan akak... akak cuba lah dulu...bila dia menarik,akak menolak.. jadi tak ada lah tegang...org tua ni kalau kita lagi buat perangai...dia lagi lagi lagi lah buat perangai... kita ni nanti dah tua,tak tahu lah bagaimana? perangai kita...  [ Telah diedit oleh: wafahafiz pada 23-10-09 08:58 ]
|
impiana
WARGA RASMI Menyertai: 24.10.2009 Ahli No: 11526
Posting: 15
Dari: terengganu
|
Posting pada: 24-10-09 11:09
Salam, Saya rasa dalam hal ini memang kena banyak bersabar.. maklumlah sekarang mentua tu hanya tinggal seorang.. lagilah anaknya tak nak pindah.. kena berbaik-baik dengan mentua lah... saya ni macam tu juga. jadi saya faham perasaan ini... kalau kita sabar, lama-lama mentua akan serasi dan faham dengan kita. yang penting sekarang kita fokuskan kepada keutamaan suami dan anak-anak disamping itu jangan abaikan mentua langsung. cuba ambik hati dengan perkara apa yang dia suka... memang akan memakan masa yang agak lama untuk serasi.. [ Telah diedit oleh: impiana pada 24-10-09 11:11 ]
|
ummimq
::KAUNSELOR:: Menyertai: 16.06.2003 Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor
|
Posting pada: 25-10-09 20:24
Sebuah rumah yang ada orang tua dan bayi dipenuhi dengan para malaikat - rujuk hadis ya. Bersyukurlah kerana rahmat Allah amatlah dekat sekali. Wallahuta'ala a'lam bissawab
|