Oleh |
PEMBANTU DAN SUAMI |
limah
::PENGURUS AKTIVITI:: Menyertai: 20.08.2009 Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam
|
Posting pada: 05-09-09 10:19
javascript:%20x()terlebih dahulu akak nak minta maaf pada ujee, butterfly dan ain. kiranya adik-adik akak baca topik ni jangan salah anggap ok. kerana akak selalu beri nasihat pada u all. nanti u all kata akak pun sama bermasalah. tapi percayalah kita sebagai perempuan jangan tunduk bila apa yang suami buat pada kita. pagi ni adalah satu pagi yang amat trajes pada akak. akak bangun sahur seperti biasa. suami pulang dari kerja awal pagi tadi kata kurang sihat. so akak pun siapkan semua dan keluar nak pergi beli sarapan anak sebab pagi tadi malas nak mask untuk mereka. so keluar sampai kedai nak dijadikan cerita handbag tinggal kat rumah. so balik rumah.... tengok gate tak kunci pintu depan kunci. masuk dengan perlahan. dengar suami dalam bilik pembantu rumah..YA ALLAH berikan ku kekuatan untuk berdepan dengan masalah ini. mereka sedang bersembang. akak kantoi sebab lepas masuk tak tutup pintu depan rasanya suami terasa ada orang masuk dia keluar.... so apa lagi akak lupa diri kejap. akak berdiam diri berdoa pada ALLAH . allhamdullilah akak cool dan pergi tau dia minta lepas dengan baik.JAWAP DIA DEMI ALLAH DIA TAK AKAN lepas KAN AKAK. so akak tak cakap banyak bersiap semula untuk pergi kerja. dan pergi tau dia dan pembantu DEMI ALLAH APA YANG U ALL BUAT SAYA TAK AKAN MAAFKAN DAN SEKARANG SAYA SERAH ANAK SUAMI DAN AWAK SEMUA kepada ALLAH. NAK BUAT APA BUAT LAH TAPI AABG TAK AKAN JUMPA SENYUMAN DARI SEORANG ISTERI . TERIMA KASIH ATAS APA YANG U ALL DAH BUAT. SAYA DOAKAN ALLAH YANG BERI PEMBALASAN. SO AKAK TINGGALKAN RUMAH. kerana bagi akak kerja lagi baik dari duduk rumah menatap muka 2 ekor tu.eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.
|
myway
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 19.06.2006 Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth
|
Posting pada: 05-09-09 10:29
ala...kesiannya akak. bukan akak saja yang terkejut.saya pun terkejut sama. tapi kena check dulu betul-betul, siapa yang salah. jangan terus -ve k. sabar ye kak. Allah is the number 1. semoga Allah memudahkn sgalanya bagi akak.
|
limah
::PENGURUS AKTIVITI:: Menyertai: 20.08.2009 Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam
|
Posting pada: 05-09-09 10:51
sebenarnya sebelum ni akak ada syak tapi akak buang jauh2 kerana bagi akak selagi tak nampak depan mata tak nak buat sebarang keputusan. so minggu lepas akak pastikan bila mlm bilik pembantu ni berkunci dan bila bangun sahur dia bangun tidur macam biasa tapi minggu lepas bila akak check pintu tak kunci dia dia tidur .......berkemban. tapi akak buang perasaan negatif tu sebab anak. 2 kali akak jumpa. tapi pagi ni akak memang ada dalam rumah sewaktu mereka dalam bilik bedua2 an akak ingat nak selak langsir nak tengok tapi tangan gigil rasanya tak mampu nak tengok. insyaallah myway akak sabar dan kuat semangat tak nak nangis kerana tak ada apa yang boleh selesai dengan menangis. akak janji dengan diri sendiri yang akak tak akan jadi isteri yang sebagai mana dia nak.
|
ulfah67
WARGA RASMI Menyertai: 19.08.2009 Ahli No: 11203
Posting: 5
|
Posting pada: 05-09-09 10:54
Semoga Allah SWT memberi limah kekuatan dalam menghadapi ujian ini...insyaallah
|
limah
::PENGURUS AKTIVITI:: Menyertai: 20.08.2009 Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam
|
Posting pada: 05-09-09 11:01
insyallah terima kasih.. tujuan akak bukan nak malukan suami tapi dah tak tahu nak luahkan pada siapa. nak luah pada mak dan ayah....akak takut nanti memalukan suami. tak nak aibkan dia. entahlah akak terima dugaan ALLAH ni.
|
maisarahlisa
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 03.03.2004 Ahli No: 3361
Posting: 118
Dari: Pahang~Sel~Dubai
|
Posting pada: 06-09-09 17:14
adoi.. ngeri bab-bab macam ini... so apa solutionnya.. pecat saja pembantu tu... suami kena berterus terang..
|
nurzatul
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 03.03.2008 Ahli No: 8349
Posting: 126
Dari: bumi Allah-jogjakarta
|
Posting pada: 06-09-09 17:34
salamun alaik.. sabarla ye kak limah.. ana nak nshtkn pun ana belum kawin lagi..tak pernah lalui kehdpn berumahtgga.. tapi seriusly perkara2 cmnie watkn ana takut nak kawin.. sedangkan tengah bercinta pun macam-macam ana da rasa..apatah lagi nak kawin.. tak sanggup rasanya..tapi kalau da jodoh nak buat bagaimana kan.. mungkin 2 ujian untuk kak limah..dalam hdup ini kalau tak ada ujian dari Allah mesti kita akan lupa padaNya..da fitrah manusia memang macam 2.. semoga kak limah tabah ye.. Allah sentiasa bersama org yang tabah.. ana doakan semoga kak limah sentiasa di bawah redha Allah..
|
butterfly1105
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 02.09.2009 Ahli No: 11313
Posting: 27
|
Posting pada: 07-09-09 13:09
Salam akak.. Sedihnya saya baca luahan hati akak ni..rupanya dalam kekuatan akak menasihati saya..akak pun berhadapan dengan masalah rumah tgga..Sesungguhnya bla kita menghadapi dugaan macam ni membuatkan kita lebih kuat.. Apa yang boleh saya katakan kat sini..kalau akak masih sayangkan rumah tgga akak..akak bersabarlah..tapi kalau dah ada perasaan benci dalam diri akak..akak harus tekad.. org laki ni kita perlu ajar dia supaya dia tahu menghargai.. kalau setiap kali dia buat salah..kita maafkan dia..next time dia buat lagi.. So..berilah pengajran berguna pada suami akak..akak kena kuatkan semangat..
|
Hanan
..::PRESIDEN::.. Menyertai: 15.04.2003 Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City
|
Posting pada: 07-09-09 17:50
 kaklimah.. Moga akak dikuatkan semangat dan tabah dengan ujian ini.. Mungkin tak seperti yang akak fikirkan, cubalah bawa berbincang. sebaiknya berhentikan pembantu rumah itu. Ambil pembantu rumah yang lebih berumur kelak.. -----------------
|
ummimq
::KAUNSELOR:: Menyertai: 16.06.2003 Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor
|
Posting pada: 08-09-09 00:02
Astaghfirullah. Semoga anakanda limah diberikan ketabahan menghadapi ujian dari Allah SWT. Suami berlaku curang dengan pembantu rumah mungkin telah lama sebelum ini cuma dalam bulan Ramadhan yang mulia ini Allah SWT membuka keaiban mereka kepada anakanda. Maka mohonlah pada Nya dengan beristikhorah selain bertanya terus terang pada suami sama ada ingin bertaubat dengan bernikah untuk selamatkan suami dari terus bergelumang dalam dosa. Suami adalah ayah kepada anak-anak limah dan anak-anak perlukan bapa yang boleh menjadi tempat bernaung. Sekiranya bapa tidak diberi peluang kedua untuk perbetulkan dirinya sama ada menikah ataupun bertaubat dan seterusnya jadi seorang bapa dan suami yang baik kepada keluarga. Sememangnya mudah untuk beri nasihat tetapi berat bagi yang memikul beban cuma umi harap sangat limah fikirkan kebaikan suami selama ini. Sama ada selain curang tu adakah beliau pukul atau abaikan tanggungjawab lain? Memanglah perit tetapi itulah hakikatnya lelaki ni Allah izinkan boleh berpoligami. Cubalah bertenang dan teruskan kehidupan terutama 10 malam terakhir ajak suami untuk cuba jadi bapa dan suami yang bertanggung jawab dengan bertaubat dan ingatkan bahawa dunia ni sementara dan akhirat jua yang kekal. Wallahuta'aa a'lam bissawab
|
limah
::PENGURUS AKTIVITI:: Menyertai: 20.08.2009 Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam
|
Posting pada: 08-09-09 07:22
 dan selamat pagi pada semua. semoga semua sihat sejahtera. terimakasih ummi, hanas, butterfly dan yang lain. allhamdullillah sehingga hari ni akak dapat bertahan dan bersabar sebab kenangkan anak-anak. selepas balik dari kerja hari sabtu akak mogok masak dan segala-galanya. dan hari tu juga dia berterus-terang tapi entahlah dari penjelasan dia tak tau nak kata apa. mungkin apa yang belaku pagi tu adalah permulaan dan ALLAH telah mendorong akak agar memberhentikan permulaan itu dengan cepat. ikut kata suami dia tak ada apa-apa niat. juga pembantu rumah tapi entahlah. sekarang akak BERTAWAKAL pada ALLAH semoga ianya hanyalah kesilapan akak. walaupun akak akan lebih berhati-hati kali ni dan akak pun dah fikir masak2 mungkin ini pembantu rumah yang terakhir. lepas ni akak nak berhenti kerja dan jadi ibu sepenuh masa kepada anak-anak. anyway kepada semua rakan terima kasih atas segala nasihat andA,insyallah sehingga kehari ini akak tabah. ingat berhenti kerja dan buat perniagaan sendiri saja kat rumah.
|
ujee
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 18.08.2009 Ahli No: 11199
Posting: 77
Dari: kuantan
|
Posting pada: 08-09-09 08:54
salam kak, bersabar ye kak, ujee pun setuju sangat, da jadi gini, berhentikan saja pemb. rumah tu, takut melarat, akak sibuk kerja kat luar tapi suami buat onar kat rumah, tapi dah berhentikan pembantu rumah pun, minta maaf ye kak, kena hati-hati, waspada dengan sikap suami, dah jenis cantu, macam tu saja lah dengan sesiapa pun WALAUPUN akak berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa pun, tak ada niat apa, berhati-hati saja..
|
ainzulaika
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 16.03.2009 Ahli No: 10054
Posting: 42
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 08-09-09 09:51
salam,kak limah,dalam akak memberi nasihat kat ain,rupanaya masalah akak lagi besar dari ain,kita hanya dapat bersabar saja kak..samapai bila kita boleh bertahan dengan kesabaran ini.suatu hari ia akan meletup juga....akak wanita yang kuat sebenarnya. ----------------- assalamualaikum semua, apa khabar wangsa muslimah
|
limah
::PENGURUS AKTIVITI:: Menyertai: 20.08.2009 Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam
|
Posting pada: 08-09-09 10:28
 entah lah ain dan ujee... sebenarnya akak tak tau nak terima atau tidak penjelasan dia. dia menafikan tuduhan akak. dia mohon maaf sangat-sangat. akak tau Kenapa dia tak nak lepaskan akak sebab akak banyak bantu dia dari segi finance. tapi dalam tahun ni bantuan tu dah akak hentikan sejak awal tahun lagi. walaupun akak dapat bonus ke atau wang lebih ke akak kata tak ada. buat bodoh saja. sekarang akak pun berazam bahawa apa yang dia buat ini adalah satu semangat untuk akak lebih berjaya. akak ada pergi tau dia semalam lah yang akak tak takut dia tinggalkan akak.so akak juga kata kalau suka sangat dengan pembantu tu ambiklah nak kawin ke atau apapun pergi lah. tapi INGAT bila susah jangan sesekali menangis depan akak. so akak juga kata kat dia pagi ni. entah lah ujee dan ain. dulu ingat memang tak nak kawin tapi mak bising. cakap dah tua bila nak kawin lah. naik bosan dengar. kalau ikut kan hati memang menyesal kawin tapi tengok muka anak-anak rasa seronok kawin. walaupun tahun depan tetap berhenti kerja. demi anak-anak.
|
ujee
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 18.08.2009 Ahli No: 11199
Posting: 77
Dari: kuantan
|
Posting pada: 08-09-09 15:45
dah berapa kali suami buat hal macam ni kak?kalau baru ni saja, akak bagi lah peluang kat suami untuk berubah, mana tau dia pun sebenarnya masih sangat-sangat sayangkan akak, ye lah, dah lama kawin, suami mana tak sayang tmbah2 dah ada anak-anak...akak minta izin suami nak pagi bercuti ke, biar dia rasa kehilangan akak, biar dia fikir betapa susahnya bila akak tiada dcc, dia akan carik akak
|
ujee
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 18.08.2009 Ahli No: 11199
Posting: 77
Dari: kuantan
|
Posting pada: 08-09-09 15:47
Pada 08-09-09 00:02 , ummimq posting:!!! QUOTE !!! Astaghfirullah. Semoga anakanda limah diberikan ketabahan menghadapi ujian dari Allah SWT. Suami berlaku curang dengan pembantu rumah mungkin telah lama sebelum ini cuma dalam bulan Ramadhan yang mulia ini Allah SWT membuka keaiban mereka kepada anakanda. Maka mohonlah pada Nya dengan beristikhorah selain bertanya terus terang pada suami sama ada ingin bertaubat dengan bernikah untuk selamatkan suami dari terus bergelumang dalam dosa. Suami adalah ayah kepada anak-anak limah dan anak-anak perlukan bapa yang boleh menjadi tempat bernaung. Sekiranya bapa tidak diberi peluang kedua untuk perbetulkan dirinya sama ada menikah ataupun bertaubat dan seterusnya jadi seorang bapa dan suami yang baik kepada keluarga.
Sememangnya mudah untuk beri nasihat tetapi berat bagi yang memikul beban cuma umi harap sangat limah fikirkan kebaikan suami selama ini. Sama ada selain curang tu adakah beliau pukul atau abaikan tanggungjawab lain? Memanglah perit tetapi itulah hakikatnya lelaki ni Allah izinkan boleh berpoligami.
Cubalah bertenang dan teruskan kehidupan terutama 10 malam terakhir ajak suami untuk cuba jadi bapa dan suami yang bertanggung jawab dengan bertaubat dan ingatkan bahawa dunia ni sementara dan akhirat jua yang kekal.
Wallahuta'aa a'lam bissawab then jangan lupa nasihat ummi..
|
ummimq
::KAUNSELOR:: Menyertai: 16.06.2003 Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor
|
Posting pada: 08-09-09 19:54
Pada 08-09-09 07:22 , limah posting:!!! QUOTE !!! dan selamat pagi pada semua. semoga semua sihat sejahtera. terimakasih ummi, hanas, butterfly dan yang lain. allhamdullillah sehingga hari ni akak dapat bertahan dan bersabar sebab kenangkan anak-anak. selepas balik dari kerja hari sabtu akak mogok masak dan segala-galanya. dan hari tu juga dia berterus-terang tapi entahlah dari penjelasan dia tak tau nak kata apa. mungkin apa yang belaku pagi tu adalah permulaan dan ALLAH telah mendorong akak agar memberhentikan permulaan itu dengan cepat. ikut kata suami dia tak ada apa-apa niat. juga pembantu rumah tapi entahlah. sekarang akak BERTAWAKAL pada ALLAH semoga ianya hanyalah kesilapan akak. walaupun akak akan lebih berhati-hati kali ni dan akak pun dah fikir masak2 mungkin ini pembantu rumah yang terakhir. lepas ni akak nak berhenti kerja dan jadi ibu sepenuh masa kepada anak-anak. anyway kepada semua rakan terima kasih atas segala nasihat andA,insyallah sehingga kehari ini akak tabah. ingat berhenti kerja dan buat perniagaan sendiri saja kat rumah.
Semoga anakanda limah terus bersabar dan bertenang dan jalankan kewajipan sebagai seorang isteri yang solehah. Berhenti kerja bukan jawapan tetapi berhentikan pembantu rumah itu adalah tindakan yang tepat. Ambillah cuti tanpa gaji dulu untuk sebulan tetapi jangan beritahu masalah kepada majikan cuma berikan jawapan yang hikmah seperti anak nak periksa atau ada masalah kesihatan ke. Bukan berbohong tetapi sekedar menutup keaiban keluarga terutama suami. Di 10 malam terakhir ni ajaklah suami bersolat jemaah ataupun mengaji bersama dan juga berbincang apa saja dalam keadaan yang tenang dan penoh dengan kemaafan. Maaf sekiranya tidak dapat membantu tetapi ingatlah dunia ni sementara saja tetapi yang kekal di akhirat kelak. Cubalah kita usaha ke arah mencari kebaikan bukannya meluahkan kemarahan yang sebentar tetapi melibatkan satu keluarga punah. Selamatkan masjid yang sudah dibina dan elak dari runtuhkan sekiranya mampu bertahan. Wallahuta'ala a'lam bissawab -----------------
|
limah
::PENGURUS AKTIVITI:: Menyertai: 20.08.2009 Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam
|
Posting pada: 09-09-09 07:35
 sekali lagi kak limah ucapkan ribuan terima kasih pada semua rakan muslimah. alhamdullilah semenjak kejadian tu akak banyak berdiam membuatkan suami agar rasa bersalah yang amat. mlm kelmarin beliau sekali lagi selepas solat maghrib bersama dia memohon maaf tapi tak tau kali yang keberapa dah. sebelum ni ada juga pembantu rumah tapi saya percaya pada mereka. tapi pembantu yang ini saja ada masalah. tapi dah tekad dah beliau akan balik lepas raya. selepas raya ada pembantu lain tapi dah pilih dah nak yang berusia sikit. minta2 pada ALLLAH semoga yang baru ni ok lah dari segala-galanya. sekali lagi akak limah ucapkan ribuan terima kasih pada semua.
|
ainzulaika
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 16.03.2009 Ahli No: 10054
Posting: 42
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 09-09-09 08:50
salam kak limah, semoga doa akak di bulan mulia ini di makbulkan Allah, banyak-banyak bersabar ye kak..... ----------------- assalamualaikum semua, apa khabar wangsa muslimah
|
Alisha_Mardhiyah
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 17.03.2009 Ahli No: 10083
Posting: 85
Dari: Terengganu-KL-Selangor
|
Posting pada: 20-10-09 14:11
macam mana dengan masalah kak limah ya??? dah okay ke??? -----------------
|