Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Engkau tidak akan memperolehi apa yang engkau sukai melainkan kesabaranmu ke atas apa yang engkau tidak suka..
--
Nabi Isa a.s

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 6
Ahli: 0
Jumlah: 6




  Dari Galeri
Assalamualaikum....
salam ukhwah buat semua warga komuniti muslimah....analah irdina (tembam gitu).... hikhikhuhu :)

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 14 hari yang lalu


Forward Dari E-mel
Topik: Seorang Polis Traffik, Kawan Baiknya & Sehelai Surat Saman


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Forward Dari E-mel
    »» Seorang Polis Traffik, Kawan Baiknya & Sehelai Surat Saman

Please Mendaftar To Post


Oleh Seorang Polis Traffik, Kawan Baiknya & Sehelai Surat Saman

husna02
WARGA RASMI
Menyertai: 18.06.2009
Ahli No: 10794
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-07-09 14:16


Subject: Seorang Polis Traffik, Kawan Baiknya & Sehelai Surat Saman



> Suatu Hari.......
>
>
>
> Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu
> masih
>
> menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak
> kenderaannya. Dia
>
> tak mahu terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup
> padat
>
> sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama..
> Kebetulan jalan
>
> di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun
> berdebar
>
> berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan
> segera.
>
>
>
> Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun
>
> bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja.
>
> 'Ah, takkan nak brake mendadak,' fikirnya sambil
> terus memandu laju.
>
>
>
> Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis
> melambaikan
>
> tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya
> agak jauh
>
> sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia
> melihat
>
> pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya.
>
>
>
> Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah
> dulu. Hati
>
> Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai
> mesra.
>
>
>
> 'Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku
> kahwin dulu'
>
>
>
> 'Aku baik saja.' Tanpa senyum.
>
>
>
> 'Alahai...aku ndak cepat ini. Bini aku dah lama
> menunggu di rumah.'
>
>
>
> 'Oh ye ke?' Nampaknya Jamal ragu.
>
>
>
> 'Ye lah Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan
> anak-anak
>
> sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh
> terlambat,
>
> kawan-kawannya pun sedang menunggu '
>
>
>
> 'Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan
> kau...selalu sangat
>
> kau langgar lampu merah di persimpangan ini.'
>
>
>
> Harun mesti ganti strategi.
>
>
>
> 'Jadi, kau nak menyaman aku ke? Tapi tadi aku tidak
> melanggar lampu
>
> merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala.'
> Berdusta
>
> sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.
>
>
>
> 'Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan
> lesen dan kad
>
> pengenalan.'
>
>
>
> Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan
> lalu masuk ke
>
> dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu
> Jamal
>
> menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian
> Jamal
>
> mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang wajah
> Jamal dengan
>
> penuh kecewa.
>
>
>
> Diturunkan tingkap sedikit saja.
>
>
>
> 'Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman.'
> Fikir Harun.
>
>
>
> Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia
> bertugas.
>
> Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal.
>
>
>
> Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic
> dikembalikan
>
> bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu
> nota ini
>
> apa? Semacam gurauan atau apa?
>
>
>
> Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi
> tulisan tangan
>
> Jamal.
>
>
>
> ------------ --------- --------- --------
>
> ------------ --------- --------- --------- ---------
> --------- ---------
> --------
>
> ------
>
>
>
> 'Harun...
>
>
>
> Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan
> seorang isteri yang
>
> cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia.
>
>
>
> Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di
>
> persimpangan ini.
>
>
>
> Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang
> pemandu itu
>
> bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi.
>
>
>
> Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku
> sendirian
>
> menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali
> lagi.
>
>
>
> Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat
> sukar.
>
>
>
> Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti
> pemandu itu.
>
> Aku kecewa teramat sangat.
>
>
>
> Berhati-hatilah ketika memandu Run' - Jamal
>
> ------------ --------- --------- --------
>
>
>
> Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari
> Jamal. Namun,
>
> Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas.
>
>
>
> Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak
> tentu
>
> sambil berharap kesalahannya dimaafkan.
>
>
>
> Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian
> orang
>
> lain.
>
>
>
> Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita.
>
>
>
> Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh
> hati-hati, mengerti
>
> perasaan orang lain dan bertimbangrasa.
>


Bookmark and Share




  Member Information For husna02Profil   Hantar PM kepada husna02   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.047435 saat. Lajunya....