Oleh |
Bangganya.... |
inun
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 31.01.2008 Ahli No: 8250
Posting: 36
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 17-07-09 11:10
Kenapa kita cukup bangga dengan diri sendiri?? kenapa nak cakap begitu pula…mstilah kita bangga dengan diri kita.. tapi baca dulu… baru boleh faham… memang kita patut bangga dengan diri sendiri… walau apa pun yang kita ada, banggalah dengan diri kita…memang itu dah ditakdirkan untuk diri kita.. tapi, apa yang menjadi masalahnya… kebanggan kita telah di salah guna oleh diri sendiri…semakin pening???teruskan membaca… apa yang nak diceritakan di sini, bangga pun mesti biar pada tempatnya… Sini kita boleh tengok pada contoh yang paling dekat… mungkin juga berlaku kat diri sendiri… mungkin juga kat rakan- rakan terdekat… terutama perempuan… Kalau kita lihat zaman sekarang, terutama di tempat- tempat pengajian,,, mn2 perempuan yang tak ada BOYFRIEND,,, akan di anggap cukup ketinggalan zaman. Mestilah kita BANGGA kalau ada pakwe…apa tak bangganya..bila bangun pagi2, ada org ucap morning,,,love u…bila siang pula… ada org Tanya dah makan belum…makan apa?? buat apa?? Bila sampai mlm pula… ada org ucap night sayang… mimpi indah….tak ke BANGGA tu??? Tak cukup dengan tu lagi… bila boring,, boleh ajk byfren keluar jalan-jalan.. tengok wayang..makan-makan… paling penting boleh shopping…is it right?? Then, bila sampai birthday saja byfren ucap happy birthday.. jadi org pertama pula tu yang ucap…lagi lah BANGGA..dapat present yang besar, mahal lagi…boleh dikatakan, time susah dan senang, ada saja org tersayang disisi. tapi, kalau yang tak ada pakwe?? bagaimana pula?? Mstilah rasa sunyi. sebab tak ada org nak ucp mrning, night, happy birthday,, nak panggil sayang… siapa yang nak buat semua tu?? kadang-kadang fikir kenapa lah aku jadi begini. kenapa aku tak macam org lain.ada pakwe.nanti boleh cerita kat dia kalau ada ap2 maslh…boleh share dengan di ap2 saja… betul tak?? Lagi… setengah tu ad juga yang kata, kononnya dia bercinta ala- ala islamik begitu… apa taknyer, kalau keluar, tak boleh pegang- pegang tangan, sentuh pun tak boleh.tapi, sentuh baju saja tak mengapa… berlapik lah katakana… BANGGANYA dapat bercouple begitu.. masih boleh jaga apa yang halal, apa yang haram… tak ke pelik tu..pagi-pagi ada org kjut solat subuh… bagus… saling ingat mengingatkan… tak cukup dengan tu lagi,, bercouple ni kenalah ada tujuannya… bukan couple saja.yes… tu yang paling penting. iyalah.. mstilah kena niat nak kekal sampai ke jinjang pelamin… kekal hingga akhir hayat.so, masa couple ni lah kena belajar awal-awal.. kononnya kena patuh kat “suami”. Mana taknyr.. kalau nak keluar, knalah minta izin...kena cakap nak pergi mana.. dengan siapa, buat apa..kranya kena watt report dulu kat “suami” tu. iyalah, kan couple ala islamik… mstilah kena praktis semua tu… nanti senang.. mana dia belajar pun tak tahulah…lepas itu kalau org tengok ke ty ke,, mstilah BANGGA nak jawab… kita knala ty dia dulu boleh ke tak nak buat ap2… iyalah diakan nak jadi suami kita nanti… entah memang jodoh kita ke tak, tak tahulah…kadang-kadang semua dah jadi pelik… kalau dulu, nak keluar ke, buat apa ke, kena tya ayah ke mak dulu..tapi sekarang, dah tak payah,,, kan dah ada “ suami”. Cakap dengan dia sajalah…BANGGANYA… tapi ingat… betul ke apa yang kita buat semua tu..ada ke couple islamik gitu..entahlah.. ana pun tak faham.mungkin orang baca akan fikir dan ada setengah yang kata.. ala, biasanya orang yang tak ada pakwe.. mstilah cakap begitu… mereka tak rasa “nikmatnya” bercouple tu.. mstila jeles dengan orang yang ada boyfriend….jawapan inilah yang biasa kita dengar di mulut- mulut orang yang sememangya amat berBANGGA apabila mempunyai “pakwe”. Ingatlah teman- teman… sepatutnya kita lebih berbangga jika dapat elakkan diri dari sebarang maksiat. Bukannya kena cukup berbangga jika mempunyai insan yang bergelar “pakwe” yang boleh membawa kita ke lembah maksiat. Orang yang tak ada boyfriend bukanlah orang yang cukup ketinggalan zaman dan lapuk dek zaman. Sememanggnya perempuan yang baik di ciptakan untuk lelaki yang baik…dan sebaliknya…. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan… Allah masih sayangkan hambanya dan tidak mahu hambanya terus leka dengan dunia yang bersifat sementara…Allah sediakan lelaki soleh yang bersedia untuk menjadi pemimpin kepada seorang wanita yang solehah. “Pakwe” atau insan yang bergelar boyfriend itu sepatutnya wujud apabila kita melayari bahtera nanti dan bergelar sebagai isteri. Taatlah kepada ibu bapa selagi mana mereka masih hidup dan selagi mana kita masih lagi bergelar anak yang masih di bawah tanggungan keduanya . Bukannya perlu taat kepada insan yang bergelar boyfriend yang mungkin bukan insan yang diciptakan untuk kita sebagai teman hidup hingga ke akhir hayat nanti.. Curahkanlah cinta kita sepenuhnya kepada ibu bapa selagi mana kita masih mampu untuk berbuat sedemikian sebelum curahkan cinta, kasih dan sayang kepada insan yang akan bergelar suami. Tapi ingat… Cinta ILAHI adalah cinta yang kekal abadi… Cinta ILAHI adalah cinta sejati…
|
suterakasih85
{ SRIKANDI } Menyertai: 10.12.2004 Ahli No: 4684
Posting: 634
Dari: Ganu+Nilai
|
Posting pada: 08-08-09 11:25
apalah yang hendak dibanggakan sangat, jika ia belum dimiliki dan memiliki... banggalah dengan Cinta Illahi... ----------------- Success Through Endeavour ;
|
nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 26.11.2008 Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras
|
Posting pada: 08-08-09 14:18
nak tergelak pula pasal couple 'islamik' ni... saya & rakan pernah menegur pasangan sebegini berhampiran masjid jamek tahun lepas.. pelajar univ berpangkat ustazah... setelah yakin melihat mereka bukan suami isteri.. saya berdepan... saya tanya, Kenapa berpegang tangan. dia jawab dengan tegas;"KAK! saya pakai sarung tangan ok! mana ada tersentuh! kami yang dah berpangkat ISTERI & IBU ni terdiam.. sehinggala kawan saya menjawab: oh lupa... setan tu tak boleh 'tembak' disebalik kain rupanya..." dan kami berlalu meninggalkan dia termalu sendiri adik-adik yang dirahmati ALLAH sekalian.. bertqawa lah kamu dengan sebenar2 taqwa..usah dimalukan muslimah lain hanya kerana sikapmu itu wallahua'lam -----------------
|
inun
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 31.01.2008 Ahli No: 8250
Posting: 36
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 10-08-09 16:11
inun setuju dengan kak nur... nak tergelak pun ada dengan couple islamk ni
|
lily_mawar
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 14.11.2007 Ahli No: 8035
Posting: 44
Dari: Singapura
|
Posting pada: 12-08-09 23:29
Salam ... Kalau benda-benda maksiat, apalah nak dibanggakan ... Kalau dah keluar berdua2an tanpa mahram ... Islamik ke tu ...? Pelikkan org Islam sekarang ni ... yang haram dihalalkan ...
|
guidance
WARGA RASMI Menyertai: 27.07.2009 Ahli No: 11027
Posting: 20
|
Posting pada: 13-08-09 09:41
Mesti ada yang terasa bila baca ni...huhu..
|
inun
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 31.01.2008 Ahli No: 8250
Posting: 36
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 15-08-09 08:46
Pada 13-08-09 09:41 , guidance posting:!!! QUOTE !!! Mesti ada yang terasa bila baca ni...huhu.. ana minta maaf kalau ada sesiapa yang terasa bila baca benda ni... tak ada niat pun nak sktkn hati sesiapa........ sekadar peringatan..........
|
shahzulfairah
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 28.03.2009 Ahli No: 10258
Posting: 68
Dari: Selat Tebrau
|
Posting pada: 15-08-09 10:08
salam~ saya teraser lah.. tapi tak apa.. memang kena dengan diri sendiri.. =)..tapi tak lah wujud rasa bangga apa pun.. saya mengaku diri saya ini memang masih banyak kekurangan dan khilaf.. saya sendiri masa kat U tak pernah becouple.. tapi tak lah rasa jeles ke, sunyi ke sebab masa tu kita tetapi ada kawan-kawan, sebab kawan-kawan lagi best... hehe.. saya rasa lebih bangga jadi perempuan yang tak ada bf tapi sentiasa jaga dirinya.. i really respect those girls.. tak tau lah orang lain macam mana...
|
shahzulfairah
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 28.03.2009 Ahli No: 10258
Posting: 68
Dari: Selat Tebrau
|
Posting pada: 15-08-09 10:13
terima kasih semua untuk peringatan ini.. saya sangat hargai... harap dapat berubah ke arah lebih baik... ----------------- jawabnya ada di Sana
|
nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 26.11.2008 Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras
|
Posting pada: 15-08-09 13:58
Pada 13-08-09 09:41 , guidance posting:!!! QUOTE !!! Mesti ada yang terasa bila baca ni...huhu.. syukurlah jika ada terasa dihati. menunjukkan IMAN itu masih boleh dibajai.sesama tegur menegur ke arah kebaikan tapi jika terasa sampai nak melawan tak pueh hati...bak kata IMAN: pahala & dosa dapat kat diri sendiri -----------------
|
inun
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 31.01.2008 Ahli No: 8250
Posting: 36
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 07-09-09 10:50
ana pun banyak kekurangan juga...........sama-samalah kita ubah diri............
|
limah
::PENGURUS AKTIVITI:: Menyertai: 20.08.2009 Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam
|
Posting pada: 08-09-09 08:09
 .... dan selamat pagi.... maaf ya inun tak dapat nak baca semua topik inun sebab panjang sangat. betul kita kena bangga pada diri kita. kalau tak kita sapa lagi cuma ingat bangga dan bongkak lain tau. Bila bangga jangan ada sifat bongkak ok. inun bagi akak dulu bangga sebab tak ada bf kerana tak banyak masalah dan tak banyak dosa. bila ada bf betul ada orag ucap selamat pagi dan kejut bangun subuh dan say I love u dan miss u. tapi bagi akak lepas kawin baru best kalau suami cakap macam tu. akak bangga pada diri akak buat masa ini kerana bersemangat cuma kadang-kadang geram kerana cepat marah dan mengamuk.
|
inun
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 31.01.2008 Ahli No: 8250
Posting: 36
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 08-09-09 10:38
thank you kak limah...saya pun macam kak limah jugak.lebih bangga kalau tak ada bf.buat masa sekarang,belajar lagi penting.nak ikut cakap mak ayah dulu...
|
limah
::PENGURUS AKTIVITI:: Menyertai: 20.08.2009 Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam
|
Posting pada: 08-09-09 11:08
Betul tu ainun. dulu semasa sepupu kakak kecil2 masih sekolah akak selalu ingatkan mereka. bila sekolah ingat belajar jangan ingat nak ada bf. bila dah belajar dan dapat kerja bagus bf tu akan datang sendiri. ALHAMDULLILLAH mana yang ikut cakap akak tu sekarang dah berjaya. bukan apa akak cakap dari pengalaman. ainun pun kena ingat bukan tak boleh berkawan tapi bukan special kawan sebab itu akak memberatkan fikiran awak mana nak ingat study lagi mana nak maslaah bf lagi. kalau rasa nak ada bf. berhenti belajar dan terus kawin ok dek. kalau sayang pada diri sendiri dan tak nak orang kotak-katik atau bodoh2kan kita.dan sayang agama serta bangsa maka belajar sehingga pandai dan pegang jawatan yang bagus. ha masa tu tak ada sapa yang akan perbodohkan kita. muka hitam macam dayang senandung tu pun orang tetap suka.
|
imni_1612
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 19.03.2009 Ahli No: 10129
Posting: 31
Dari: sabak bernam
|
Posting pada: 08-09-09 12:53
salam..sekadar nak berkongsi pengalaman, saya terasa jugak bila terbaca topik ini..sebab pernah berlaku pada diri ini..tapi dah lama tinggalkan perkara macam ni, sebab saya tak rasa bangga bila bf yang first wish and anything is bf..saya rasa rimas sangat..sampailah satu masa tu saya rasa marah sangat dekat dia ini, sebab saya rasa rimas sangat,menyampah dan entahlah..macam-macam lagi.. pada mulanya dia tak boleh terima, tapi akhirnya kami boleh juga lakukannya...sekarang ini bila ad perkara yang penting saja kami akan contact..contohnya baru-baru ni,dia dapat kerja,so dia mesej saya..bagitau.. erm berbalik kepada bangga sebab everything first comes from bf..saya tak rasa macam tu..kalau bukan family yang jadi orang first wish birthday terutama mak saya jauh disudut hati saya akan rasa mak dah tak ingat kakyong dah ke (bukan apa sampai saya dah belajar di peringkat ipt mak yang kejutkan bangun subuh,sahur, dan ingatkan suruh mengaji)..or boleh kawan-kawan tak wish..saya akan rasa macam kawan-kawan tak menghargai persahabatn ini.. erm lagi satu mak dah ingatkan,,kalau beria sangat bercinta sekarang bukannya menjanjikan kebahagian masa hadapan... wallahu'alam ----------------- man jadda wa jada
|
limah
::PENGURUS AKTIVITI:: Menyertai: 20.08.2009 Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam
|
Posting pada: 10-09-09 10:37
 semua. bila dengar cerita nur kamar akak limah ada cerita. hehehe geli pun ada takut pun ada tapi geram punya pasal ah tak kira juga. satu mlm akak dan anak-anak serta suami pergi lah di sebuah taman yang ada tasik dan ada tempat permainan serta bangku untuk beristirehat. so dengan tak disengaja terpandang satu couple ni. lampu terang benderang. mula-mula ok tapi makin lama makin rapat dari 2 badan jadi satu badan. disebelah bangku tu adalah satu famili sedang berehat2. famili tu tak tahan gulung tikar bangun dan balik. mata akak makin lama makin tak tahan pas tu suami ajak balik. akak pun pergi dekat budak tu terus cakap.yang perempuan tu tunduk dan nyorok muka. the moral of story in lah dia anak melayu kita disuruh belajar buat kerja lain. macamanalah nak bantu melayu atau orang islam .macam mana nak lulus periksa macam ni. hai golongan pelajar buka mata dan buka hati insaflah dan sedarlah pelajaran tu amat penting dari BERCINTA. dah pandai dan ada kerja bagus "bak kata cikgu kak limah dulu petik jari selori datang'
|
al_hidayah17
WARGA RASMI Menyertai: 04.09.2009 Ahli No: 11328
Posting: 6
Dari: tpg
|
Posting pada: 15-09-09 14:03
saya bangga sebab tak ada bf sekarang.. (da nak hampir 2 years)..huhuhu.. BANGGANYE.. hehe
|