Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Majlis Tertinggi Liputan Media Beritahu Teman Hubungi Kami Laman Peribadi  
Suka!
New Page 1

Mutiara Kata
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya
-- suatumasa

Menu Utama

Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 11
Ahli: 0
Jumlah: 11




Dari Galeri
1.1.2004 tarikh keramat..
jejak kasih.. terjalin..

Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 477 hari yang lalu


[ Ucapkanlah SELAWAT dan SALAM kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Hanan.com.my ini ]


Ahli dan Tetamu berkunjung semalam, sehingga saat ini, dan sekarang 11 Ahli dan Tetamu sedang online



Luahan Hatiku
Topik: kahwin dengan pasangan yang dari keturunan sakit mental...


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» kahwin dengan pasangan yang dari keturunan sakit mental...

Please Mendaftar To Post


Oleh kahwin dengan pasangan yang dari keturunan sakit mental...

nurul_hana
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 03.05.2003
Ahli No: 930
Posting: 30
Dari: Gombak

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 24-06-09 23:22


Assalamualaikum
saya tak tahulah kalau-kalau topik tentang perkara ini pernah keluar ke tak..tapi saya mahu luahkan kepada antum semua tentang dilemma yang saya hadapi sekarang ini...

saya telah menjalani hubungan dengan kekasih saya selama hampir setahun...Alhamdulillah dia memang ada pasang niat mahu berkahwin dengan saya...

cuma masalahnya sekarang,dia risau tentang penerimaan keluarga saya mengenai keluarga dia...

dari kecil,hidupnya tak pernah senang...dia terlalu berdikari...ibu dan ayahnya sakit mental sejak dia kecik lagi...dia ada lagi 3 orang kakak dan seorang abang...Alhamdulillah semua adik-beradiknya telah pun berkahwin,tinggallah dia seorang sahaja yang belum berkahwin...

sejak dia kecil,masyarakat sekelilingnya seolah-olah menidakkan haknya untuk merasa bahagia dan senang dalam hidupnya...ketika kecil,kawan-kawannya selalu ejek dia sebagai anak orang gila...justeru,zaman kanak-kanaknya tidaklah indah sebagaimana kanak-kanak yang lain...dia ditindas oleh kawan-kawan dan masyarakatnya dan sehinggalah dia dewasa,masyarakat masih memperkatakan tentang dia yang tidak layak untuk mengahwini saya yang berasal dari keluarga yang baik latarbelakangnya,sedangkan dia dari keluarga yang ada sejarah penyakit sakit mental...pada mulanya,dia agak yakin,tidak pedulikan kata-kata masyarakat tentang hubungan kami,kerana dia masih kuat lagi untuk hadapi kata-kata masyarakat nanti...namun akhirnya,setelah kakak sulungnya pula ikut jejak langkah ibu dan ayahnya (maksudnya kakak dia pun sudah mula mengalami sakit mental juga) maka dia pun sudah putus harapan...kini,dia sudah putus semangat,kecewa dengan takdir dan mengalami kemurungan yang terlalu dalam...

saya mahu berkahwin dengan dia bukanlah kerana saya kasihankan dia,tidak sama sekali...juga bukan kerana hartanya...tapi kerana saya amat kagumi cara pemikirannya dan sikapnya yang matang dan tenang...bagi saya,bukan salah dia ibu bapa dia sakit begitu,cuma nasibnya kurang baik...yakah??

persoalannya sekarang saya mahu bertanyakan antum semua...
1) bagaimana saya mahu menyuntik semula semangat dalam dirinya??sudah jenuh saya pujuk-pujuk dia,tapi dia tetap tak mahu dengar kata-kata saya...
2) disebabkan saya juga risau tentang penerimaan keluarga saya tentang dia sekeluarga,adakah saya patut teruskan niat untuk berkahwin dengan dia,atau tidak??
3) tolong berikan kata-kata semangat kepada saya juga untuk hadapi kesedihan ini...

wallahu'alam...syukran jazilan...

Assalamualaikum


Bookmark and Share




  Member Information For nurul_hanaProfil   Hantar PM kepada nurul_hana   Quote dan BalasQuote

tokcik
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 09.06.2009
Ahli No: 10712
Posting: 129
Dari: perlis

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 25-06-09 15:52


Assalamualaikum
Minta maaf jika bicara tokcik boleh menyinggung hati nurul hana. Dari cerita ni, tokcik rasa, tahu puncanya dan bagaimana nak atasi masalah ni.
Sebenarnya tokcik ni bukanlah bomoh atau nujum tapi ada sikit pengetahuan dan pengalaman sebagai pembantu perawat dalam hal-hal berkaitan gangguan syaitan dan jin.
Masalah sakit mental bukanlah disebabkan faktor genetik tetapi masalah ini berpunca dari gangguan saka atau jin yang telah mengganggu keluarga itu turun temurun.
Penyelesaiannya, cubalah berawat dengan PERAWAT bukan BOMOH..insyaAllah akan jumpa jawapannya. Apa beza perawat dengan bomoh? Bomoh guna jin atau khadam pembantu manakala perawat hanyalah berdoa kepada Allah disamping membaca ayat-ayat suci Al Quran tertentu semasa rawatan. Contohnya Darul Shifa.
Ikhtiarlah sebelum terlambat. Mudah-mudahan di berikan Allah kesembuhan untuk keluarga tersebut dan semoga jodoh anda dengannya 'ada' serta mendapat keberkatanNya..insyaAllah.


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For tokcikProfil   Hantar PM kepada tokcik   Pergi ke tokcik's Website   Quote dan BalasQuote

mawarEmas
WARGA RASMI
Menyertai: 08.06.2009
Ahli No: 10700
Posting: 16
Dari: Negeri Sembilan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 25-06-09 18:25


Pada 25-06-09 15:52 , tokcik posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
Minta maaf jika bicara tokcik boleh menyinggung hati nurul hana. Dari cerita ni, tokcik rasa, tahu puncanya dan bagaimana nak atasi masalah ni.
Sebenarnya tokcik ni bukanlah bomoh atau nujum tapi ada sikit pengetahuan dan pengalaman sebagai pembantu perawat dalam hal-hal berkaitan gangguan syaitan dan jin.
Masalah sakit mental bukanlah disebabkan faktor genetik tetapi masalah ini berpunca dari gangguan saka atau jin yang telah mengganggu keluarga itu turun temurun.
Penyelesaiannya, cubalah berawat dengan PERAWAT bukan BOMOH..insyaAllah akan jumpa jawapannya. Apa beza perawat dengan bomoh? Bomoh guna jin atau khadam pembantu manakala perawat hanyalah berdoa kepada Allah disamping membaca ayat-ayat suci Al Quran tertentu semasa rawatan. Contohnya Darul Shifa.
Ikhtiarlah sebelum terlambat. Mudah-mudahan di berikan Allah kesembuhan untuk keluarga tersebut dan semoga jodoh anda dengannya 'ada' serta mendapat keberkatanNya..insyaAllah.




Pada pandangan mawar pula .. pendapat tokcik tu mungkin ada benarnya .. di sebabkan oleh gangguan saka or jin .. tapi sebenarnya penyakit ni juga boleh disebabkan oleh faktor genetik/ keturunan .. ini mawar refer dekat 1 laman web mengenai penyakit ni .. nurul_hana boleh lah dapatkan info yang lebih di www.infosihat.gov.my/penyakit/dewasa/penyakitmental.php .. penyakit ni boleh dirawat .. tapi kena banyak˛ bersabar dan berdoa .. dan tak salah kalau nak cuba cara yang tokcik cadangkan tu .. dan kalau kalian benar˛ ikhlas,berusaha dan berdoa,InsyaAllah Dia akan bukakan jalan bahagia untuk nurul berdua .. Allah dah berjanji yang Dia akan ubah nasib seseorang yang berusaha dan berdoa kepadaNya ..kecuali bagi orang˛ yang berputus asa .. semoga nurul_hana mendapat jalan yang terbaik .. Amin .. :-)


-----------------
"Mencari cinta sejati umpama mencari berlian di dlm timbunan kaca,dlm pencariannya kita pasti akan terluka"


Bookmark and Share




  Member Information For mawarEmasProfil   Hantar PM kepada mawarEmas   Quote dan BalasQuote

nurul_hana
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 03.05.2003
Ahli No: 930
Posting: 30
Dari: Gombak

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 30-06-09 14:19


Assalamualaikum

terima kasih banyak-banyak kepada tokcik dan mawaremas kerana sanggup jugalah untuk beri pendapat ^_^

pada mulanya,memang saya agak,mungkin ini akibat family dia kena buatan orang atau jin...saya mahu tanya,tapi tak berkesempatan lagi..lagipun,takut jugalah nanti hati dia tersinggung pulak...

dia ada cakap,yang time dia kecil dahulu baru ibu bapanya jadi begitu...maknanya,adakah penyakit tu memang buatan orang??sebab kalau penyakit genetik,maybe dari lahir lagi mereka sakit kan??ini pulak mereka boleh berkahwin,dapat 5 anak lagi...??

itu yang saya musykil....antum semua ada pendapat?? yang paling saya risaunya adalah penerimaan family saya...berdasarkan pengalaman atau pandangan antum semua lah kan...masyarakat sekarang masih lebih pentingkan darjat dan kedudukan tak berbanding dengan akhlak dan budi bahasa seseorang itu???


Bookmark and Share




  Member Information For nurul_hanaProfil   Hantar PM kepada nurul_hana   Quote dan BalasQuote

hurul_aini
WARGA RASMI
Menyertai: 06.01.2004
Ahli No: 3040
Posting: 16
Dari: Hulu Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-07-09 09:46


Assalamualaikum...kasihan anti..yang terbaik cuba maklumkan pada keluarga anti sendiri terlebih dahulu dan tengok pandangan mereka...kalau mak and ayah tak bagi tak perlu teruskan kerana mak dan ayah tau apa yang terbaik untuk anaknya sebab mak dan Ayah dah lalui dahulu kehidupan sebagai suami dan isteri..redha dengan keputusan mak dan ayah insyaAllah redha Allah akan sentiasa bersama mu.. kehidupan selepas berkahwin amat berbeza daripada apa yang kita bayangkan.jadi dahulukan kemahuan mak dan ayah daripada kemahuan kita kita. InsyaAllah anti akan nampak sinar bahagia dihujungnya...wallahhualam..


Bookmark and Share




  Member Information For hurul_ainiProfil   Hantar PM kepada hurul_aini   Quote dan BalasQuote

adieq85
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 05.01.2009
Ahli No: 9660
Posting: 21
Dari: Kuantan, Bangi, Kajang

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-07-09 07:42


salam..

susah juga ni hana..macam ni lah..hana still berikan dia semangat..dalam masa yang sama cuba berbincang dengan family hana..tanya pendapat mereka..setiap ibu bapa mesti nak yang terbaik untuk anak-anaknya..andai kata ibu bapa hana tak terima, hana cuba pujuk lagi..andai tak terima juga, hana fikir lah mana yang baik & buruknya..mesti mereka dah tengok baik & buruknya yang akan hana tempuh nanti..yang penting solat istikharah tu..minta petunjuk sama ada patut diteruskan @ tak..


Bookmark and Share




  Member Information For adieq85Profil   Hantar PM kepada adieq85   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 13.03.2006
Ahli No: 6411
Posting: 31
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-07-09 13:20


assalamualaikum...

pertama, hana bagitau dulu keluarga hana berkenaan dengan masalah ini.

lepas tu barulah hana pujuk kawan hana tu dan beri semangat kepada dia. bawalah dia jumpa ustaz, kaunselor atau sesiapa sahaja yang boleh memberi motivasi kepada dia. bina balik semangat hidup dia.

"sesungguhnya orang yang berputus asa itu jauh dari rahmat Allah"


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share




  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

nurul_hana
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 03.05.2003
Ahli No: 930
Posting: 30
Dari: Gombak

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 18-07-09 22:42


alhamdulillah terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi memberi nasihat dan pandangan...ana betul-betul hargainya ^_^

setakat ini,ana masih berikan kata-kata semangat kepadanya...ada masanya,dia yakin juga..tapi ada masanya juga dia berasa lemah semangat pulak...kerana masa silamnya amat mempengaruhi diri dan kehidupannya...ana nasihatkn agar dia kembali merujuk petunjuk Allah dan mohon prtolonganNya...dengan keadaan keluarganya yang tak begitu tenteram,tambah pula dengan zaman kanak-kanak dia yang ngeri...kadang-kadang ana menangis kerna betapa beratnya ujian Allah padanya..tapi dia tetap boleh berdiri di muka Bumi ini...

bagi ana,andai kata tak ada jodoh dengan dia,tak mengapalah..kerna pasti ada hikmahnya...cuma ana tak mahu hentikan prsaudaraan dan ingin terus berikan dorongan kepada dia untuk teruskan kahidupannya...kadang-kadang,ana pulak yang rasa buntu...bagaimana ana mahu tolong dia...kerna ana tahu,apalah yang ana boleh bantu sangat,jika nak dibandingkn dengan apa yang dia telah lalui...

bagi sahabat-sahabat sekalian,ana mahu tanyakan pendapat atau pengalaman antum sendiri lah kan...kawan ana ni pun ada bertanyakan ana...setelah dilanda ujian seberat begini,apakah akan ada sinar kebahagiaan untuknya??bak hujan lebat yang akhirnya Allah akan berikan pelangi...

salam 'alaik ;))


Bookmark and Share




  Member Information For nurul_hanaProfil   Hantar PM kepada nurul_hana   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.067133 saat. Lajunya....