Oleh |
mimpi yang pelik dan takut... |
hanku
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 27.01.2009 Ahli No: 9740
Posting: 136
Dari: cheras
|
Posting pada: 22-05-09 13:00
assalamualaikum... apa khabar?sihat ?dah makan?hehhe sure kita memang wajib bermimpi Kalau tidur kan?saya selalu sangat mimpi seram2..Kalau mimpi seram..macam jumpa hantu saya mimpi saya laungkan azan,,xpn baca surah macam al ikhlas or al fatihah..saya pernah lawan hantu dengan 3 cara ni..seram juga tengok muka hantu tu..heheh..tapi lam mimpi saya selalu boleh handle hantu tu melalui azan dan dua surah tu ni mimpi last week..masa tidor kat hotel..saya nak di patuk ular tedung..tak kena lagi.nak kena patuk..tiba-tiba ular tedung tu muncul dan terbang ke arah saya dan nak patuk saya..tapi tak kena..saya tak elak..saya takut tengok ular tu,tapi yang sure..ular tu melekat kat badan saya...saya jaga betul-betul then lari kat mak saya..saya jerit mak..ular.saya terus rentap ular tu dr badan saya...eee,,,serammm,,takut tengok ular tu..besar lah jugak... lepas itu semlm mimpi makan kat satu tempat..macam bar..ada seorang lelaki muda jadi pelayan..saya makan lah kat situ..sambil tunggu kawan agaknya.ada 2 nasi bungkus yang saya nak makan...kedua-dua nasik tu saya gaul dengan lauk yang bermcm2..antaranya ikan bilis..tapi saya makan satu bungkus saja...yang lagi stu makan juga..tapi kedua-duanya tak habis..saya pun pergi buka peti ais nak ambik air..tapi banyak sangat arak...saya buka lagi satu peti pun ada arak..buka lagi satu pun ada lagi arak..saya cakap..saya kena cari minuman yang halal..lepas itu kunun2 ada perempuan cakap kat saya..dia membelakangi saya..dan cakap..tempat macam ni biasala..memang banyak minuman keras...takt lah..mimpi2 pelik macam ni..huhu tapi apa maknanya ye?
|
halesolurun_84
{ SRIKANDI } Menyertai: 13.10.2008 Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa
|
Posting pada: 22-05-09 13:21
.. sihat.. dah makan.. hehe.. saya rasa mimpi hanku ini mainan tidur saja..dulu pernah juga saya mimpi pelik-pelik,gajah masuk rumah lah..tikus terbang lah..tapi tak ada apa-apa pun..InsyaAllah.. -----------------
|
myway
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 19.06.2006 Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth
|
Posting pada: 22-05-09 13:22
halamak...bestnya kalau bercerita pasal mimpi ni.hihi. tambah pula Kalau mimpi ular.kehkehkeh. saya pun pernah mimpi ular. ada sekor ular masuk bilik tidur saya. saya pun cepat-cepat berdiri atas katil. saya halau2 ular tu. tapi dia tak nak pergi. saya pun jadi benganglah. nak tau apa yang saya buat kat ular tu. tadaaa...saya ambil shieldtox saya spray lama2 kat muka ular tu. lepas itu tak ingatlah apa jadi kat ular tu. [ Telah diedit oleh: myway pada 22-05-09 13:26 ]
|
hanku
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 27.01.2009 Ahli No: 9740
Posting: 136
Dari: cheras
|
Posting pada: 22-05-09 13:27
Pada 22-05-09 13:22 , myway posting:!!! QUOTE !!! halamak...bestnya kalau bercerita pasal mimpi ni.hihi. tambah pula mimpi ular.kehkehkeh.
saya pun pernah mimpi ular. ada sekor ular masuk bilik tidur saya. saya pun cepat-cepat berdiri atas katil. saya halau2 ular tu. tapi dia tak nak pergi. saya pun jadi benganglah. nak tau apa yang saya buat kat ular tu. tadaaa...saya ambil shieldtox saya spray lama2 kat muka ular tu. lepas itu tak ingatlah apa jadi kat ular tu. kelakarnya mimpi macam ni...saya pernah juga mimpi kelakar..ada perompak masuk rumah..lepas itu dia ikat saya..dia cakap..tunggu sini..lepas itu dia datang..dia bagi berus gigi..dia cakap nak berus gigi..guna berus gigi oral b..haha..ni Kalau syarikat oral b baca thread ni..boleh buat iklan ni..mimpi awak pun boleh wak iklan shieldtox..
|
myway
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 19.06.2006 Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth
|
Posting pada: 22-05-09 13:37
haha..mimpi kelakar rupanya.ingatkan seram. rupa-rupanya mimpi kita boleh jadi sumber ilham untuk buat iklan. baru perasan.
|
shahzulfairah
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 28.03.2009 Ahli No: 10258
Posting: 68
Dari: Selat Tebrau
|
Posting pada: 22-05-09 15:43
huhuhuhu...kelakar ar myway ini ow.. semalam saya mimpi pergi bercuti dengan keluarga... mimpinya saya dengan keluarga saya seberang 2 sungai yang amat lebar tapi masa tu air surut.. jadi kami jalan saja lah dalam sungai tu... lepas itu bgn2 tidur memang pnt lah.. apa maksudnya ek..
|
myway
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 19.06.2006 Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth
|
Posting pada: 22-05-09 17:42
sorylah, saya tak berniat nak buat lawak kat sini. saya ingat tu mimpi menakutkn. kelakar pula jadinya ye.hihi. [ Telah diedit oleh: myway pada 22-05-09 17:44 ]
|
myway
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 19.06.2006 Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth
|
Posting pada: 22-05-09 17:49
mimpi dipatuk ular is synonimous dengan 'pinangan' bagi masyarakat melayu.betul tak?. saya cerita kat kawan saya mimpi tu. then dia cakap, 'agaknya ada org nak masuk minang kau agaknya. sian ular tu, ish2..kau spray dia. mesti tak jadi nak masuk minang dah. lain kali bgla chance sikit'..hihi. jst joking. [ Telah diedit oleh: myway pada 22-05-09 17:51 ]
|
hanku
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 27.01.2009 Ahli No: 9740
Posting: 136
Dari: cheras
|
Posting pada: 22-05-09 20:17
hahah..selalu macam tu lah tapi mimpi ular ni takut lah....pulak tu ular tedung..dia berdiri tegak tiba-tiba nak patuk kita..tapi macam best pun ada mimpi nak kena patuk..sebab ni kan antara mimpi yang glamer..heheh
|
nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 26.11.2008 Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras
|
Posting pada: 22-05-09 21:12
salam.. pasal mimpi ular ni.... entah lah.. pada saya karut saja Kalau dianggap petanda kena pinang sebab... saya ni dah 3 tahun dah kawin... SELALU juga mimpi kena patuk ular.... errr.... adakah saya akan dipinang lagi. oh tidakkkkkkkk~~~~~ -----------------
|
suterakasih85
{ SRIKANDI } Menyertai: 10.12.2004 Ahli No: 4684
Posting: 634
Dari: Ganu+Nilai
|
Posting pada: 23-05-09 19:00
Pada 22-05-09 21:12 , nur_kamar posting:!!! QUOTE !!! salam..
pasal mimpi ular ni.... entah lah.. pada saya karut saja Kalau dianggap petanda kena pinang
sebab...
saya ni dah 3 tahun dah kawin... SELALU juga mimpi kena patuk ular.... errr.... adakah saya akan dipinang lagi.
oh tidakkkkkkkk~~~~~
hihi jangan kak nura..hihi apa lah kak nura ini.. tergelak baca posting akak ini.. .. selalu mimpi pelik bila badan letih dan demam.. macam cerita mimpi jadinya... ----------------- Success Through Endeavour ;
|
zuriani
WARGA RASMI Menyertai: 02.01.2004 Ahli No: 3018
Posting: 14
Dari: sabah
|
Posting pada: 24-05-09 01:46
kita dulu selalu mimpi kencing kat paip lah,kat bilik air lah..bangun saja memang betul-betul kncing daa..adushh..letih kena bsuh tilam..masa tu da sekolah menengah tau.malu betul beso panjang pun kencing tilam lagi. sekarang ni bmbang sangat kalau mimpi kencing,takut betul-betul..malu kat hubby.kuikuikui... bermimpi ni memang mistik..emm...
|
inah_Qamariah
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 29.04.2003 Ahli No: 710
Posting: 24
Dari: singapura
|
Posting pada: 24-05-09 03:02
Salam Hanku Satu pesanan dari saya, mimpi sebenarnya tidak boleh diceritakan pada sebarangan orang. Ini kerana bgainda Nabi s.a.w ada bersabda yang maksudnya: “Jangan kamu menceritakan mimpi kamu kecuali kepada orang yang kamu sayangi atau orang yang berakal (cerdik)” . (Hukum Hadith: Sahih) (Hadith ini juga diriwaytakan dari pelabagai jalur periwayatan) Mungkin di sini saya boleh letakkan panduan, ketika bermimpi perkara-perkara yang buruk: 1- Memohon perlindungan Allah daripada syaitan dan kejahatan mimpinya. Hal ini dinyatakan di dalam sebuah hadith yang mana Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Jika seseorang itu bermimpi apa yang tidak disukai maka hendaklah dia memohon perlindungan Allah s.w.t daripada kejahatannya (mimpi) dan daripada kejahatan syaitan dan hendaklah dia menghembus tiga kali”. . 2- Menghembus tiga kali ke kiri ketika tersedar daripada tidur. 3- Mengubah kedudukan tidur dari mengiring sebelah ke sebelah yang lain, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Jika seorang bermimpi suatu yang dibencinya….maka hendaklah dia mengubah posisi mengiringnya” 4- Bangun untuk bersolat. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Maka jika seorang daripada kamu bermimpi apa yang tidak disukainya maka bangun dan bersolat” Wallahu'alam ----------------- www.umairah-sh.blogspot.com
|
lily_mawar
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 14.11.2007 Ahli No: 8035
Posting: 44
Dari: Singapura
|
Posting pada: 15-07-09 02:38
Salam ... Adakah mimpi tu hanya permainan tidur semata-mata ...? macam mana nak kenal pasti sama ada mimpi kita tu, mimpi yang akan jadi kenyataan atau tidak ...
|