Oleh |
bila suami dah tak sayang lagi |
nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 26.11.2008 Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras
|
Posting pada: 12-06-09 10:00
salam..... saya selaku isteri... ingin berkongsi pendapat di sini nani... apa dosanya, biarlah atr notam, suami & ALLAH sahaja yg mengetahui. cukup sehingga tak perlu sehingga segala keaiban diri & suami dibuka disini(jgn lupa, salah satu tgjwb kita adalah menutup keaiban sesama suami isteri & sesama manusia) permasalahan antara suami isteri boleh di bawa berbincang dnegan orang2 yg SESUAI dengan harapan agar dapat mengembalikan keharmonian antarakeduanya saya turut mendoakan agar kebahagiaan NOTAM & SUAMI kembali bertaut dan berkekalan hingga ke akhirat. AMINN.. ya ROBB~~ -----------------
|
naniluv
WARGA RASMI Menyertai: 12.06.2009 Ahli No: 10744
Posting: 6
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 12-06-09 15:03
salam, Kak Nur Kamar, ini bukannya membuka keaiban diri sendiri. Sememangnya kita perlu menjaga dan menutup keaiban sesama suami isteri & sesama manusia. Di ruangan ini adalah luahan rasa. Luahan rasa mana-mana insan yang ingin meluahkan masalah sesama insan. Tidak ada sesiapa membuka aib sesiapa di sini. Dan tidak sesiapa yang membuka aib sendiri di sini. Ini kerana kalau kita berselisih bahu dengan Kak Notam pun kita tak kenal. Kalau sekiranya apa yang kak notam atau sesiapa yang pernah meluahkan perasaan di sini, dianggap atau dikira sebagai membuka aib, maka ruangan forum ini sepatutnya ditutup dan diharamkan kerana sekadar mengatakan "Aku ada masalah dengan suami" sahaja pun dah dikira membuka aib. Ruangan ini untuk memberi nasihat dan pandangan serta pengalaman. Kalau tak tahu sesuatu punca, apa yang hendak dinasihatkan.
|
notam79
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 10.05.2009 Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi
|
Posting pada: 12-06-09 15:16
Salam.. Ye..dosa-dosa saya, pada suami.. kini, tiap kali melihat wajah suami yang muram, saya pasti mengalirkan air mata, bukan sedih melihat suami berkeadaan begitu, tapi air mata penyesalan atas apa yang saya buat ke atas suami saya sendiri dan rumahtangga saya. Saya mohon ALLAH terus beri saya kesabaran, kekuatan dan tabah. Saya benar-benar takut melakukan kesilapan yang mengguris perasaan hati dan suami saya. Dalam usaha saya membaiki diri sendiri, ada beberapa kali yang saya tersilap langkah juga. Mungkin kesilapan kecil pada pandangan umum tapi ianya kesilapan yang amat besar pada suami. kesilapan itu lambang bahawa saya masih belum berubah. Saya sunyi..benar saya sunyi..sunyi di hati. Saya mahu lakukan segalanya kerana ALLAH. Andai suami tidak pulang, andai suami dingin, saya pasti bahagia kerana saya lakukan segalanya demi ALLAH. Namun, bukan itu yang berlaku. Air mata pasti menemani saya bila suami bertindak disebaliknya. Air mata penyesalan. Saya diburu dosa-dosa saya sendiri. Doa saya pada ALLAH adalah atas kapasiti seorang isteri yang menyesali segala perbuatannya pada suaminya, doa seorang isteri yang bertaubat dan doa seorang isteri yang berjanji taat setia pada suaminya. Moga ALLAH lembutkan hati suami saya dan moga makbulkan doa saya..Amin..amin..amin
|
nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 26.11.2008 Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras
|
Posting pada: 13-06-09 01:00
Pada 12-06-09 15:03 , naniluv posting:wsalam saya ulangi apa sahaja DOSANYA spt yg disebut2, itu biar atr dia, suami & ALLAH. tak perlu meminta dia mewarwar di forum terbuka sebegini.jika anda rasa perlu PM, itu pilihan dia utk menceritakan secara tertutup biar siapa dia sekalipun disebalik IDnya itu. ye benar kita tak kenal, UTK KITA YG MMG TAK KENAL. jika ada yg kenal?bagaimana? jika ingin berkongsi pendapat, dipersilakan di ruangan terbuka ini. jika punya ide utk membantu, dipersilakan. tak salah menyatakan cth2 yg terasa mampu utk digunapakai utk menjernihkan keadaan saya tak pasti anda org baru atau mengadakan id baru di sini. ingin saya menyatakan,kita di sini bak keluarga. lama2 pasti kan berkenal2 juga. takkan sampai bilanya akan berselindung disebalik id.melainkan bagi yg punya banyak id samaran diluar sana. -----------------
|
notam79
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 10.05.2009 Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi
|
Posting pada: 13-06-09 07:07
Salam.. Mohon Nur kamar dan naniluv, jangan lah saling berdebat tentang dosa-dosa saya.. secara amnya.. saya isteri derhaka.. cukup la setakat itu.. jangan berdebat lagi.
|
nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 26.11.2008 Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras
|
Posting pada: 13-06-09 21:17
tak menjadi sebarang masalah, usah difikirkan hal ini -----------------
|
notam79
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 10.05.2009 Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi
|
Posting pada: 14-06-09 07:37
Salam, Masalah rumahtangga saya ni sudah sampai ke kemuncaknya. Suami nekad melepaskan saya. Saya masih tidak berputus asa. Saya masih mencuba. Selagi saya isterinya dan dia suami saya, saya akan terus berdoa dan berusaha. Adakah saya menolak takdir ALLAH? Saya mohon ampun andai itu yang saya lakukan, namun saya meyakini apa yang saya usahakan. Moga ALLAH bantu saya, dengar doa saya dan makbulkan doa saya..aminnn
|
syikin
WARGA RASMI Menyertai: 11.07.2004 Ahli No: 3987
Posting: 12
Dari: perak
|
Posting pada: 14-06-09 14:30
salam notam..sy selalu mengikuti perkembangan notam..makin hari makin risau kalu satu hari notam posted berita yg paling ditakuti..esh..minta dijauhkan...semoga dirahmati Allah dan diberikan kekuatan utk melalui sume ni..
|
notam79
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 10.05.2009 Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi
|
Posting pada: 17-06-09 15:45
Salam.. Apa beza Qada dan Qadar dengan nasib? apa yang sedang saya perjuangkan sekarang? Qada dan Qadar atau nasib..nasib boleh di ubah, Qada dan Qadar? ye keduanya boleh di ubah, dengan usaha dan DOA..percaya lah... selagi daya, saya tak kan putus asa..Insya ALLAH, panjang jodoh saya dengan suami. Moga suami kembali ke jalan ALLAH, rujuk kembali kepada ALLAH, moga suami takut dan takwa kepada ALLAH hingga memberi kemaafan kepada saya isterinya sepenuh jiwa yang terkesan di hati.. amin amin amin
|
myway
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 19.06.2006 Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth
|
Posting pada: 17-06-09 23:31
susah jugak tekateki kak maton ni..opsss silap kak notam.bukan tekatekilah kan. gurau2 saja ye kak notam. qada, qadar, nasib, takdir..apa bezanya? tolonglah bagitahu, saya pun tak tahu.  anyway, terdapat beberapa perkara yang tidak sewenang2nya boleh kita ubah, kerana ianya sudahpon ketentuan Allah. lihat sajalah tubuh badan kita ini, maha suci Allah, segala petunjuk telah diberi berpandukan diri kita saja. ada yang boleh diubah dan ada yang tidak. tu belum lagi mengambilkira special case. terlalu panjang untuk dihuraikan mengikut keadaan dan perkara2 berkaitan. hidayah juga merupakan ketentuanNya. diberi kepada yang dikehendaki olehNya. tak semua org dapat. anyway, Allah maha menerima taubat, maha memberi, maha memakbulkan doa, dan maha segala-galanya. jika tidak diberi didunia, insyaAllah akhirat nanti ganjarannya. pergantungan kita hanya pada Allah. mohonlah padaNya.
|
faizah_azlan
WARGA RASMI Menyertai: 18.06.2009 Ahli No: 10789
Posting: 8
Dari: Kulai
|
Posting pada: 18-06-09 15:28
salam, semoga warga hanan.com sentiasa berada dalam lindungan ALLAH S.W.T sentiasa. saya ada baca luahan hati kak notam sejak dr awal lagi, hope masih ada ruang kemaafan dr pihak suami kak notam. doa saya agar rumah tangga kak notam masih boleh diselamatkan.
|
notam79
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 10.05.2009 Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi
|
Posting pada: 18-06-09 19:10
Salam, Saya sering mohon tuhan tunjukkan jalan bagaimana harus saya tarik hati suami kembali dalam rumah tangga kami bila saya hampir-hampir putus asa. Sesungguhnya DIA maha mendengar, sering saya mendapat pertolonganNYA walau suami masih belum berlembut hati. Saya mahu terus kuat, tabah dan sabar dalam ujian ini. Hati suami benar-benar tidak dapat diramal. Tindak tanduknya sekarang seakan-akan cuba menguji kesabaran saya walau atas hal yang kecil. Sejurus itu, saya akan bagi tahu diri sendiri, saya sedang di uji. Ujian-ujian kecil itu adalah liku-liku yang saya perlu tempuhi bila saya bulatkan tekad untuk terus berusaha kekalkan rumah tangga ini. Moga rakan-rakan terus doakan yang terbaik untuk rumahtangga saya dan suami...amin amin amin
|
camar_ungu
WARGA RASMI Menyertai: 16.05.2009 Ahli No: 10558
Posting: 2
|
Posting pada: 20-06-09 09:30
Nabi saw pernah berkata, kita tidak akan dapat menolak takdir kecuali dengan doa. Hebat doa ni kak. Jangan pernah berputus asa untuk minta kepada Tuhan. Kakak pernah dengar selawat tafrijiyyah? Baca selawat itu 41 kali setiap hari. Mudah-mudahan segala hajat akak Allah tunaikan.  Semoga kebahagiaan terus bersama akak & suami
|
notam79
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 10.05.2009 Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi
|
Posting pada: 22-06-09 10:36
Salam, Saya masih bernafas sebagai seorang isteri. Alhamdulillah. saya masih berjuang dan berdoa. Selama ini saya banar-benar mahu berserah dan lakukan semua ini kerana ALLAH. namun saya tak sedar, saya belum bertawakkal dan tidak lakukan kerana ALLAH. Namun, hari jumaat lepas, hari penuh keberkatan, saya menemui apa yang dikatakan lakukan kerana allah dan berserah pada ALLAH. ya Allah..andai dia yang terbaik untukku, jodoh ku dunia akhirat, maka kembalikan dia ke dalam rumah tangga kami. andai dia bukan terbaik buatku, maka kau tunjukkan jalan dan beri aku kekuatan dan moga aku redha... Ini lah sebaik-baik doa, tanda berserah padaNYA dan tanda kembali pada ALLAH.. namum ya ALLAH, moga aku jadi terbaik buat suamiku dan suamiku terbaik buatku, moga jodoh aku dan dia adalah jodoh dunia dan akhirat. Aku mohon yang terbaik atas usaha dan doaku, doa abah, mak dan kedua ibu bapaku. Andai menyelamatkan rumahtangga ini adalah jalan menuju keredhaanmu, jalan menuju kebaikan dan tidak memutuskan silaturrahim, maka kau permudahkan jalan yang ku lalui ini. kembalikan suami ku dengan rasa insaf dan penyesalan... Saya begitu sengsara menanggung dosa dan penyesalan atas apa yang saya lakukan pada suami sendiri. Moga ALLAH beri saya peluang untuk tebus silap saya dan beri peluang untuk saya bahagiakan suami saya hingga akhir hayat saya..
|
syahirahsoid
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 09.06.2009 Ahli No: 10716
Posting: 55
|
Posting pada: 22-06-09 16:02
InsyaAllah kak...banyak-banyak kan doa.. saya pun selalu ambil perkembangan akak.. semoga kekal sehingga akhir hayat ye.. banyak-banyak kan sabar ye...
|
naniluv
WARGA RASMI Menyertai: 12.06.2009 Ahli No: 10744
Posting: 6
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 22-06-09 17:07
Salam, Saya semakin cemas membaca perkembangan Kak Notam, tapi saya lega dan bersyukur dengan kata-kata kak notam "ya Allah..andai dia yang terbaik untukku, jodoh ku dunia akhirat, maka kembalikan dia ke dalam rumah tangga kami. andai dia bukan terbaik buatku, maka kau tunjukkan jalan dan beri aku kekuatan dan moga aku redha...". Kepada Allah hanya tempat dikembalikan segala kekusutan kerana kehidupan kita di dunia yang fana ini hanyalah mengikut apa yang telah diaturkan oleh-Nya. Gula yang manis tak semesti baik untuk kita, tetapi peria yang pahit menjadi penawar untuk penyakit. Allah maha mengetahui yang mana baik untuk hambanya dunia akhirat.
|
notam79
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 10.05.2009 Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi
|
Posting pada: 23-06-09 12:52
Salam.. Saya mahu berserah pada ALLAH..walau hakikatnya saya takut berdepan dengan perkara yang mungkin tidak menyenangkan hati saya kelak. kadang kala saya akan berdebar tanpa sebab tanda ketenangan diri terganggu. Saya nampak tuhan masih bukakan jalan untuk saya. Suami bersetuju untuk kembali dan rujuk kepada ALLAH. Istikharah semula. Alhamdulillah.. moga saya yang terbaik untuk suami dan suami adalah yang terbaik untuk saya. Moga jodoh kami adalah jodoh dunia dan akhirat. Moga kalian doa sepeti mana doa saya.. saya sengsara menanggung dosa dan penyesalan ini setiap hari. Moga ALLAH berikan saya ruang untuk saya tebus silap saya dan bahagiakan suami saya dalam rumahtangga kami hingga akhir hayat saya.. amin amin amin
|
notam79
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 10.05.2009 Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi
|
Posting pada: 25-06-09 10:08
Salam, Hari ini saya cukup tenang. Saya mohon semoga ketenangan ini berpanjangan sampai bila-bila. Hakikatnya, bukan hari-hari saya tenang. Ada harinya, saya seperti orang hilang arah, hilang panduan. Saya akan menangis sepuas hati. Moga Allah ringankan ujiannya ini, bukan kerana tidak mahukan kasih sayang yang ALLAH berikan ini tapi saya seperti gagal hadapi ujian ini dengan rasa bahagia. Sudah seminggu suami tidak pulang ke rumah. Tanpa alasan. Apa pilihan saya ada? Saya harus sabar..sabar..sabar.. bukan mudah menjadi sabar kerana sabar itu sebahagian dari IMAN. Saya masih mengharap..masih berdoa..masih berusaha..masih teguh pendirian..masih bernafas sebagai seorang isteri. Moga suami yang saya kasihi, sayangi dan cintai kerana ALLAH.. kembali kepangkuan rumahtangga kami dengan rasa kesal dan insaf sebagaimana kesal dan insafnya saya...Amin amin amin
|
naniluv
WARGA RASMI Menyertai: 12.06.2009 Ahli No: 10744
Posting: 6
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 25-06-09 15:46
Salam, Syukurlah kakak dapat merasai 'ketenangan' walaupun berada di lautan yang bergelora. Bukan semua orang yang memperolehi nikmat ketenangan ini dalam keadaan begini. Cuma orang-orang yang terpilih. Nabi Ibrahim a.s. sewaktu dihumbankan ke dalam api oleh Raja Namrud, baginda begitu tenang. Kakak ada mengatakan "Ada harinya, saya seperti orang hilang arah, hilang panduan". Nasihat saya, setiap kali kakak AKAN alami keadaan begitu, segeralah berpesan pada diri akak dan memohon "Ya,Allah, di waktu ini engkau sedang memerhatikan daku ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha melihat ya Allah".
|
notam79
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 10.05.2009 Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi
|
Posting pada: 05-07-09 18:15
Salam.. Hati saya sangat sunyi hari ini..walau ditemani ibu yang disayangi.. Sudah 2 minggu saya tidak berjumpa suami dan hampir 3 minggu suami tidak pulang... saya masih bersabar... Allah maha melihat..melihat semua usaha saya selama ini..Allah maha mendengar..mendengar semua doa dan rintihan hati saya..Allah maha mengetahui..mengetahui kesedihan, kesengsaraan yang saya tanggung.. RINDU..saya sangat rindukan suami..Ya ALLAH..kembalikan suamiku ke pangkuanku..Amin
|