Oleh |
Cari rumah sewa di sekitar Wangsa Maju |
nafisatul
WARGA RASMI Menyertai: 28.03.2009 Ahli No: 10261
Posting: 2
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 02-04-09 15:26
Assalamu'alaikum sahabat-sahabat semua, saya agak sedih sekarang ni sebab saya & suami terpaksa keluar dr rumah yang kami tinggal sekarang ni. Kebetulan kami masih tak jumpa lagi rumah, kalau adapun semuanya mahal. Nak minta tolong sangat-sangat pada sahabat-sahabat semua kalau tahu ada rumah flat yang sewanya agak murah di sekitar Wangsa Maju. Suami ada juga cadang nak buka kelas Quran sekali, kiranya budak-budak boleh datang mengaji kat rumah yang akan kami tinggal tu nanti sebagai salah satu usaha da'wah di samping menambah pendapatan. saya & suami baru saja kahwin bulan 1 hari tu, jadi pendapatan kami agak sedikit buat masa sekarang ni. Hrpnya tak ada lah rumah yang minta 2+1 atau sebagainya. Tambahan pula, duit kereta tak dapat nak bayar lagi. Adakalanya, air mata menitis tanpa sebab bila memikirkan semua ni, tapi saya sedar ini semua adalah ujian dunia... ----------------- Aku mencintai DIA kerana telah menganugerahkan aku seorang lelaki bernama suami...
|
nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 26.11.2008 Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras
|
Posting pada: 02-04-09 19:25
salam... kalau tempat lain tapi berdekatan lrt ok ke... bagitahu lah berapa range harga yang dicari tu.. saya cuba usahakan bertanya kawan-kawan
|
sadiqah
{ SRIKANDI } Menyertai: 30.03.2005 Ahli No: 5121
Posting: 205
Dari: sabah
|
Posting pada: 03-04-09 07:27
dulu saya tinggal tinggal di wangsamaju seksyen 10 selama hampir 4 tahun. sewa rumah RM 420. Ofismate pun ada tinggal kat sana juga seksyen 1 (dekat Lrt putra). sewa dalam RM 500 - RM 550. Sewa kat seksyen 1 mahal sikit sebab alasannya dekat dengan lrt dan JUSCO. tapi rasanya harga boleh runding lagi. ----------------- Hidup mesti terus...
|