Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-10-2021  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Iman dan Islam tidak dapat dipisahkan dari diri seseorang sepertimana setianya warna merah pada darah dan rasa enak pada buah-buahan...
--
Jijah

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 15
Ahli: 0
Jumlah: 15




  Dari Galeri
Rakan2 seperjuangan..

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 5 hari yang lalu


Isu Semasa
Topik: Haruskah kita meneruskan PPSMI?


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» Haruskah kita meneruskan PPSMI?

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Haruskah kita meneruskan PPSMI?

asue
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 06.11.2003
Ahli No: 2777
Posting: 40
Dari: Tawau

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-03-09 19:30


Assalamualaikum .Terpanggil Asue untuk berkongsi pendapat tentang isu yang masih belum selesai lagi di negara kita. isu tentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Memandangkan ramai di antara sahabat-sahabat kita di portal ni yang bijak pandai, jom kita kongsi pengalaman sahabat-sahabat semua dengan PPSMI.
:sopan:


Bookmark and Share




  Member Information For asueProfil   Hantar PM kepada asue   Pergi ke asue's Website   Quote dan BalasQuote

e-zah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 14.10.2008
Ahli No: 9176
Posting: 137
Dari: alor setar

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-03-09 12:38


hanya 4m my opinion...e-zah setuju dengan PPSMI ini kerana ia sebenarnya memberi banyak manfaat kepada pelajar dan anak-anak melayu luar bandar pada jangka masa panjang. e-zah memberi pandangan berdasarkan pengalaman sendiri dan e-zah yakin PPSMI membantu adik-adik serta anak-anak bangsa kita dalam mempelajari bahasa inggeris. tidak ada sebarang kerugian pun di pihak kita terutamanya bangsa melayu dan agama islam. tapi e-zah tidak tahu bagaimana percaturan ibu dan ayah pelajar masa kini yang menghalang PPSMI...mungkin pada peringkat persekolahan PPSMI dianggap sukar dan membebankan namun percayalah apabila pelajar-pelajar ini ke universiti mereka akan berterima kasih dengan penyelarasan PPSMI...seandainya pada zaman e-zah masih bersekolah PPSMI diaksanakan pasti e-zah lebih bertuah ketika di uitm dulu...apa-apa pun kita fikir-fikirkanlah sendiri apa yang terbaik untuk anak bangsa kita pada masa akan datang...asue pun seorang guru lebih tau baik dan buruk sesuatu sistem yang dilaksanakan namun melayu selalu berfikiran negatif...


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For e-zahProfil   Hantar PM kepada e-zah   Quote dan BalasQuote

Alisha_Mardhiyah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 17.03.2009
Ahli No: 10083
Posting: 85
Dari: Terengganu-KL-Selangor

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-03-09 15:49


PPSMI ni lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan


Bookmark and Share




  Member Information For Alisha_MardhiyahProfil   Hantar PM kepada Alisha_Mardhiyah   Pergi ke Alisha_Mardhiyah's Website   Quote dan BalasQuote

Alisha_Mardhiyah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 17.03.2009
Ahli No: 10083
Posting: 85
Dari: Terengganu-KL-Selangor

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-03-09 15:55


dari blog pun ainon

Prof. Dr. Shaharir Md. Zain Jawab Datin Noor Azimah

Berikut ialah sangkalan GMP terhadap pandangan PAGE yang disiarkan di Berita Minggu 1 Mac 2009 masa 36-37

Aspirasi dan Sokongan PAGE

Pertamanya PAGE ingin menunjukkan kekuatannya dengan mengatakan selepas Persidangan Meja Bulat Ogos 2008, pihak PAGE berusaha mendapat “mandat dan jemput wakil PIBG, sekolah di Lembah Kelang”, dan “dalam masa sebulan dapat 2,000 individu dan 240 buah sekolah yang meminta PPSMI dikekalkan.”

Beliau tidak pula mendedahkan hasil Persidangan Meja Bulat itu (ada ahli GMP yang berjaya menyelinap masuk secara sah) penyokong PPSMI, termasuk ketua besar PAGE yang dibenarkan berucap itu, hanya sekitar 30% sahaja!

Agaknya PAGE kecewa dengan persidangan itulah yang sebenarnya menyebabkan PAGE berusaha selama dua bulan itu. PAGE harus insaf juga bilangan dua ribu dan 240 buah sekolah di Lembah Kelang yang diperolehnya itu langsung tidak boleh mewakili puluhan ribu sekolah seluruh Malaysia.

Bahkan tidak boleh mewakili Lembah Kelang pun, kalau kita andaikan hasil tinjauan TV7 selama setengah jam selang berita jam lapan malam suatu masa dahulu (sekitar beberapa bulan sebelum Meja Bulat itu, kalau tak salah) ternyata sekitar 70% penonton TV7 masa itu tidak menyokong PPSMI.

Bercakap tentang PIBG, kerana PAGE tak puas hati dengan pendirian wakil Presiden PIBG Malaysia di persidangan Meja Bulat itu, beberapa hari yang lepas sahaja Presiden PIBG Malaysia menyatakan (menerusi akhbar Malaysia kini; akhbar perdana memang tidak menyiarkannya, yang tetunya menggembirakan PAGE!) bahawa 8 ribu PIBG seluruh Malaysia menentang PPSMI.

Pembaca juga tidak tahu profil penyokong PAGE (yang seramai 2 ribu individu di Lembah Kelang itu, orang-orang besar PAGE dan jurucakap 240 buah sekolah itu).

Adakah mereka ini guru-guru pakar sains dan matematik dan sebagainya? Adakah mereka ini kebanyakannya memang tidak menggunakan bahasa Inggeris di rumahnya?

Cuba bandingkan profil 68 orang Profesor bidang “sains dan matematik” yang menyatakan secara bertulis (atas sebuah memorandum) yang menentang dasar PPSMI sejak awal pengenalan dasar ini; dan Badan Bukan Kerajan (BBK) yang menyatakan sokongan kepada GMP kini mencecah ratusan yang antaranya termasuklah beberapa buah persatuan yang khusus untuk ahli sains dan matematik, dan sebuah Majlis Profesor yang terdiri daripada semua profesor bidang “sains dan matematik” UKM.

Tidak menjejaskan martabat bahasa Melayu

PAGE membuat aritmetik yang tidak tepat tentang peratusan masa pendedahan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu di sekolah kerana pihak GMP juga membuat aritmetik sejak sejak mula dasar PPSMI ini dipaksakan dahulu dan diulang-ulang beberapa kali oleh pelbagai pihak (walaupun tidak pernah disiarkan dalam akhbar perdana).

Pengkaji kami itu ialah oleh Kamal Shukri (masih bekerja dengan kementerian Pelajaran dan juga sejak beberapa tahun ini memegang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia) yang dapat ditelaah dalam buku suntingan Abdul Rahim Bakar dan Awang Sariyan, “Suara Pejuang Bahasa” terbitan Persatuan Linguistik Malaysia 2005.

Peratusan dedahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang dipaparkan oleh PAGE itu bolehlah diterima sama dengan kajian Kamal Shukri (dengan memaafkan kesalahan PAGE dalam aritmetiknya di akhbar itu kerana jumlahnya tidak berjumlah 100%; mungkin kerana sebok dengan perjuangan bahasa Inggerisnya!) tetapi itu semua untuk di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Rendah (Tingkat 1-3) sahaja.

PAGE sengaja menyorok fakta di Sekolah Menengah Atas, Sekolah Matrikulasi dan universiti, yang peratusan dedahan bahasa Melayu menjadi sengkek atau melukut di tepi gantang sahaja.

Umpamanya di Tingkatan 6 Sains dan Matrikulsi dedahan bahasa Melayu hanya 20% sahaja dan di universiti sudah jadi bukan universiti di Malaysia lagi kerana segi subjek sahaja pun hanya sekitar 10% subjek tidak layak dikelaskan sebagai “sains dan matematik”!

Bagaimana lagi PAGE mahu menegakkan benang basahnya dengan mengatakan PPSMI tetap mempertahankan martabat bahasa Melayu!? Maasya Allah!

Bahasa Inggeris boleh!

PAGE masih berangan-angan dan memakai emosinya sahaja apabila menolak pandangan umum sekarang (bukan GMP sahaja) bahawa bahasa Inggeris (di mana pun) tidak boleh dan tidak sesuai dipelajari menerusi subjek sains dan matematik kerana PAGE tidak memaparkan apa-apa hasil kajian di dalam dan luar negara.

Sedangkan kajian di dalam negara kini pun sudah ada dan dahulunya sebelum PPSMI lagi kajian tidak berjayanya pelajar berbahasa ibunda A meningkatkan kepandaiannya dalam bahasa B menerusi PPSMB itu sudah pun ada.

Kajian gagalnya PPSMB dalam pencapaian sains dan matematik pelajar berbahasa ibunda A lagi banyak dan lebih ketara lagi! Kenapa tetap keras pedal!

Tak cukup istilah

PAGE hanya meracau tentang kononnya tidak cukupnya istilah sains dan matematik dalam bahasa Melayu.

Berilah satu istilah sains atau matematik yang tidak ada dalam bahasa Melayu sekarang!

Lagi pun berapa banyaklah istilah sains dan matematik dalam bahsa Inggeris itu yang bukan terjemahan dan pinjaman daripada bahasa lain?

Bilangan one sampai ten semuanya daripada bahasa lain sedangkan istilah “satu” sampai “sepuluh” semua asli Melayu keuali mungkin “satu” dan “dua” sahaja.

Sains dan matematik dalam bahasa Melayu ini sudah berkurun-kurun (sejak abad ke-5M lagi, iaitu zaman kerajaan Melayu Funan dan Campa!); dan kalau nak dikira selepas merdeka ini pun (anggap kita mengalami amnesia) sudah berumur setengah abad.

Tidakkah PAGE tahu tesis bidang sains dan matematik di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bahasa Melayu sudah berjumlah ribuan sehingga sudah ada istilah perkara dalam sains dan matematik yang asli dalam bahasa Melayu pun!

Tidak hairanlah, istilah ilmu ini dalam bahasa Inggeris juga sentiasa diterjemah daripada bahasa-bahasa lain sejak dahulu, kini dan selamanya kerana yang berkarya bukan dari kalangan orang Anglo-Saxon atau orang seperti ahli PAGE sahaja.

Universiti dan sarjana berbahasa Inggeris sahaja yang hebat

PAGE juga MERACUNI pembaca dengan menegaskan kononnya universiti dalam bahasa Inggeris sahajalah yang hebat-hebat di dunia ini. Di mana letaknya universiti di Perancis, Jerman dan Rusia (kalau pandang rendah pada Jepun dan Korea?).

Adakah semua negara di dunia sekarang mahu mematikan pendidikan sains dan matematik dalam bahasa bukan Inggeris seperti yang dilakukan oleh dasar PPSMI?

Adakah selama kita belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu ini, pelajar kita tidak dapat belajar di universiti-universti yang hebat itu semata-mata kerana rendah mutunya dan tak tahu Inggeris?

PAGE ini sungguh bebal dan menghina bukan sahaja bahasanya sendiri tetapi seluruh bahasa-bahasa bukan Inggeris di dunia ini.

Bukankah setiap tahun (sebelum kita gawat) kita menghantarkan (dan tidak kurang ramainya pergi sendiri sahaja) beribu-ribu pelajar kita (yang belajar dalam bahasa Melayu) ke seberang laut di negara pelbagai dengan jayanya?

Tahukah dan insafkah PAGE terhadap profil pemenang Hadiah Nobel setiap tahun dan Pingat Field setiap 4 tahun itu, dan pemenang dalam pertandingan Olimpiad Antarabangsa bidang sains dan matematik setiap tahun?

Mereka kebanyakannya bukan Anglo-Saxon pun (bangsa yang bahasa ibundanya bahasa Inggeris), atau bukan bangsa dari negara yang ada dasar seperti PPSMI!

Baru tahun 2008 pemenang Hadiah Nobel Fizik digondoli oleh 3 orang ahli fizik berbangsa Jepun dan dua daripadanya mengajar fizik dalam bahasa Jepun (seorang lagi dalam bahasa Inggeris agaknya kerana menetap di AS).

Tak ada buku

PAGE juga masih mendendangkan lagu tahun 1960-an (masa mula-mula bahasa Melayu mahu diangkat menjadi bahasa ilmu sekolah dan universiti) iaitu “lagu tak cukup buku”.

Berkenaan buku ini ada sekurang-kurangnya tiga tahap: buku tahap sekolah, tahap pelajar universiti dan tahap penyelidikan (di universiti dsbnya).

Buku sains dan matematik di peringkat sekolah sudah menjadi satu industri yang besar yang ramai guru terlibat dengannya dan sudah dianggap mencapai tahap yang sama dengan bahasa-bahasa maju di dunia, dalam erti kata kita sendiri sudah boleh berkarya sendiri dengan aslinya.

Malah ada pihak yang boleh dipercayai menyebut bahawa buku-buku sains dan matematik sekolah sekarang ini adalah terjemahan buku-buku Melayu!

Buku teks di peringkat universiti, kedudukan kita tidaklah buruk sangat berbanding dengan buku-buku teks peringkat universiti di negara-negara maju di Eropah sekali pun kerana sarjana kita sudah melakukan terjemahan atau berkarya asli sepanjang masa tetapi tidak banyak yang dapat diterbitkan (dicetak) kerana dasar penerbitan buku pengajian tinggi kita tidak pernah diambil pusing oleh kerajaan sehingga tidak pernah menjadikannya satu daripada komponen “pembangunan negara” yang penting dengan peruntukan berjuta-juta (apatah lagi ratusan juta) ringgit setahun maka perkembangannya tidak sesihat di negara-negara maju itu.

Dengan teknologi maklumat sekarang terjemahan atau karya asli ini disiarkan oleh hamper setiap pensyarah menerusi lamannya masing-masing sehingga penerbitan buku secara tradisi itu pun sudah tidak begitu relevan.

Dalam keadaan sedemikianlah, maka sebelum berlakunya bahang dasar paksaan PPSMI 2003 di universiti, kewujudan buku-buku teks berbahasa Melayu di dalam kursus-kursus sains dan matematik adalah hanya sekitar 16% (bidang sains fizis dan sains matematik 30% tetapi bidang perubatan hanya 6%).

Selebihnya pelajar kita memang menggunakan “buku-buku” dari laman pensyarah (yang sebelum 2003 hampir semuanya dalam bahasa Melayu) dan buku dalam bahasa Inggeris sebagai rujukan tambahannya.

Pengetahuan bahasa Inggeris pelajar universiti kita yang selama ini diajar untuk tujuan ini tidaklah menimbulkan masalah yang besar, walaupun keperluan peningkatannya tetap diakui dan oleh itu usaha penatarannya terus menerus dilakukan menerusi pendidikan subjek bahasa Inggeris di sepanjang pengajian di universiti.

Keadaan ini serupa dengan yang berlaku di seluruh dunia termasuklah di Eropah, iaitu pelajar berbincang ilmu dalam bahasa sendiri tetapi buku teks di hadapannya dalam bahasa keduanya.

Ini terbukti tiada masalahnya walaupun pencapaian ilmu di kalangan pelajar kita memang berbeza dengan pelajar di Eropah kerana masalah budaya ilmu yang tidak mungkin diselesaikan menerusi PPSMI.

Ini tidak sepatutnya menjadi sebab kita lari daripada tugas memperkaya khazanah ilmu dalam bahasa kita sendiri sebagaimana tidak berlakunyajuga di Eropah. Kita harus belajar lagi dengan lebih bersungguh-sungguh akan cara-cara negara di Eropah melakukannya.

Dalam pada itu sarjana kita sudah mampu berkarya sendiri sehingga mampu melahirkan buku-buku teks yang setanding dengan buku-buku teks dalam bahasa Inggeris atau bahasa Negara Maju yang lain, malah sesengahnya ada yang dipakai (buku dalam bahasa Melayu itu, atau diterjemah dahulu) di Eropah.

Di peringkat penyelidikan, masalah bahasa (Inggeris dan bahasa-bahasa lain yang relevan) di kalangan penyelidik dan sarjana kita walaupun dahulunya (kira-kira 50% sarjana itu) belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu sehingga ijazah pertamanya, kerana mereka tidak mungkin menjadi sarjana tanpa pengetahuan yang cukup dalam sekurang-kurannya satu bahasa yang lain yang relevan dengan bidang ilmunya (Sarjana Eropah biasanya tahu tiga bahasa: bahasanya sendiri dua lagi bahsa ilmu yang lain seperti Inggeris, Jerman, Perancis, Rusia dll).

Malah sarjana kita yang berlatar belakang pengalaman berilmu menerusi bahasa sendiri itu (belajar dan mengajar), sudah ada menunjukkan tanda-tanda menjadi lebih kreatif atau menuju ke sekreatif sarjana-sarjana luar negara yang berlatar belakang bahasa ibunda masing-masing itu.

Ini sudah menjadi satu teori daya penciptaan yang tidak sesuai diperpanjang-panjangkan di sini, tetapi PAGE patut menyedari akan teori daya penciptaan ini.

Bukankah zalimnya jika budaya ini ingin dihapuskan?

Perkara terakhir tentang kononnya bahasa Melayu ini masih tidak layak menjadi bahasa sains dan matematik ialah betapa PAGE sepatutnya bertindak seperti orang-orang Inggeris dan orang-orang di Negara Maju itu, iaitu berjuang meningkatkan kelayakan bahasanya sendiri ini.

Bukankah begitu yang dilakukan oleh orang Inggeris dalam abad ke-19M dahulu kerana sebelum itu bahasa Inggeris masih belum dijadikan bahasa perantaraan pengajaran dan pembelajaran dan penyelidikan sains dan matematik.

(Inggeris bangsa terakhir di Eropah menggunakan bahasa sendiri dalam sains dan matematik kerana taasubnya kepada bahasa Latin).

Kita perlu terus membina bahasa kita (bersama rumpun kita, Indonesia) dengan tekad yang sama seperti bangsa-bangsa di Eropah itu dan mengisi bahasa kita itu dengan “sains dan matematik”.

Apa pun kekurangan yang masih ada pada bahasa kita, seperti yang dibangkitkan oleh PAGE tentang kurangnya ilmu dalam google berbahasa Melayu itu, dan lain-lain lagi itu, sepatutnyalah menjadi tanggunjawab kita bersama memperbaikinya, bukannya mengenyahkan bahasa kita sendiri.

Semua ini pastinya tercapai dengan memeriahkan lagi bilangan bangsa kita menguasai sains dan matematik dalam bahasa kita sendiri sambil menguasai bahasa ilmu semasa (Inggeris dan sebagainya) menerusi pelajaran bahasa-bahasa berkenaan itu.

Inilah caranya yang sudah terbukti Berjaya seluruh dunia!

Pelajar luar Bandar tak ada masalah?

PAGE juga tidak ikhlas apabila menjawab soalan bagaimana nasib pelajar luar bandar, atau sebenar pelajar dalam bandar juga, iaitu pelajar yang ibu-bapanya tidak menggunakan bahasa Inggeris di rumahnya (bahasa Inggeri bukan bahasa ibundanya).

Beliau hanya memaparkan teori pembelajaran bahasa dengan menyebut teori itu dan teori ini dan professor bahasa itu dan profesor ini.

Itu mungkin betul untuk belajar bahasa! Walaupun ada teori yang betentanga dengan ini, itu tak dipolemikkan di sini.

Yang menjadi isunya, “Bahasa apa yang terbaik untuk pelajar belajar sains dan matematik?”. Profesor sains atau matematik pendidikan mana yang berteori pelajar berbahass ibunda A lebih baik belajar sains dan matematik dalam bahasa B?

PAGE membicarakan rancangan kerajaan dalam peningkatan kefasihan guru sains dan matematik dengan pelbagai strategi yang sedang kerajaan ambil dengan belanja/peruntukan RM5.2 bilion dan kononnya kejayan progam di Negeri Sembilan dengan penuh kesombongan bunyinya.

Bagi mereka yang waras dan mengambil iktibar daripada Negara-Negara Maju dan perakuan PBB, bukannya mereka yang tidak terpasung jiwanya lalu tidak percaya hanya kebudayaan Inggeris sahaja yang layak memajukan sesuatu bangsa, tentunya akan mengiling-ngiling kepalanya dan cukup jengkel rasanya dengan peruntukan itu kerana peruntukan semega itu jika digunakan untuk peningkatan kemahiran guru sains dan matematik mengajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda dan peningkatan kemahiran guru subjek bahasa Inggeris, pastinya negara mendapat lonjakan baru dalam kemajuan sains matematik anak bangsanya.

Peruntukan untuk menjayakan PPSMI adalah peruntukan untuk bergaya sahaja! PAGE juga nampaknya “mengugut” supaya dasar PPSMI tidak dihapuskan semata-mata kerana sudah dibelanjakan sebanayak bilion-bilion RM itu.

Mereka yang dihantar ke seberang laut atau yang dilatih di dalam negara dalam bahasa Inggeris itu, masih boleh dipakai, dengan hanya sedikit orientasi ke arah bahasanya sendiri, tanpa belanja yang mega-mega lagi, apabila dasar PPSMI ini dimansuhkan.

Yang penting ikutlah pepatah Melayu, “Sesat di jalan, balik ke pangkal jalan”, janganlah bertindak “malu alah” yang nampak sedang condong kea rah itu sekarang.

Merosotnya keputusan peperiksaan di bawah PPSMI

PAGE nampaknya mengaku kemerosotan prestasi PPSMI tetapi kumpulan citawan kebudayaan Inggeris ini menegaskan masa 6 tahun tidak mencukupi untuk menilainya.

Sebenarnya, jika kajian-kajian di seberang laut dari univerisiti berbahasa Inggeris sekali pun (kerana itu sepatutnya lebih meyakinkan PAGE agaknya) dan setelah kita sendiri membuktikankany buat selama 6 tahun ini, maka keinsafanlah yang sepatutnya berlaku.

Bukannya mahu mencuba 8 tahun lagi, kerana katanya sampai 2016 baru boleh tahu siapa bijak?! Apa kaedah kajian sebegini?

Tak mahu mencontohi Jepun dan Korea

Hujah PAGE tentang sebab kita tidak mahu mencontohi Jepun dan Korea aneh, cukup haru-biru dan tidak rasional. Katanya kerana kita ketinggalan 40 tahun segi “revolusi industri” berbanding dengan Jepun dan Korea dan oleh itu kita ketinggalan selama itulah segi bahasa. Kemudian diberinya contoh tiadanya penggunaan bahasa Melayu di Proton sebagai bukti bahasa Melayu bukan bahasa industri.

Seterusnya PAGE berhujah, Jepun menggunakan bahasanya kerana dia bangsa pembuat atau “negara pembuat” dan kita tak terdaya kerana kita “negara pengguna”.

Ada makna apakah bercakap begini? Apa rasionalnya hujah bercelaru dan songsang begini?

Bukankah bahasa Melayu tak dipakai di Proton (dan banyak lagi di swasta kita) sebab pegawai-pegawai besar di Proton (atau di swasta itu) sengaja tak mahu pakai bahasa Melayu?

Banyak “negara pengguna” di dunia ini yang tidak menginjak bahasanya seperti bangsa kita! Yang sepatutnya, sejarah Jepun dan Korea itu yang perlu dipelajari bagaimana dia boleh jadi sekarang!

Dasar pendidikan sains dan matematik bagaimana yang mereka buat ? Bagaimana dia layan bahasa dia sendiri sebelum dia maju dahulu lagi?

Bukannya berhujah terbalik kuang, “Dia maju sebab itu dia boleh guna bahasa sendiri”, “kita mundur, jadi kita tak guna bahasa sendiri”. Siapalah yang tidak merasa amat jengkel dengan hujah dangkal dan pelek PAGE ini.

Kemudian PAGE cuba mengada-adakan sebab thingy Jiao Zong menentang PPSMI kerana kononnya persatuan itu mahu menompang dan mempertahan bahasa Mandarin yang telah maju, atau lebih maju daripada bahasa Melayu.

Pemimpin thingy Jiao Zhong tidak pernah berhujah begitu. Pemimpin Cina di Malaysia (apatah lagi di Tiongkok) jauh lebih waras daripada pemimpin Melayu kerana mereka mahu anak-anaknya lebih celik kebudayaannya sehingga pada satu tahap yang dikira cukup sebelum menguasai ilmu dalam bahasa-bahasa lain.

PAGE perlu sedar juga bahasa Mandarin pun masih belum mencapai bahasa sains dan matematik sekuat bahasa Inggeris tetapi Cina di Malaysia, apatah lagi di negara Tiongkok itu, tidak akan meninggalkan bahasanya mengikut tingkah PAGE itu.

Tiongkok akan terus membangunkan bahasanya, bahasa Mandarin, sehingga benar-benar dapat bersaing dengan bahasa-bahasa sains dan matematik lain itu. PAGE juga perlu sedar bahawa bahasa Melayu dalam abad ke-5M hingga ke-12M sudah menjadi bahasa ilmu antarabangsa (ketika Eropah agak Gelap) kerana ribuan buku dalam bahasa Melayu di bawa ke negeri Tiongkok (contohnya, bacalah kesah I-Ching pada Zaman Kerajaan Sriwijaya abad ke-7M) dan sebahagiannya diterjemah kepada bahasa Tionghua, sebahagiannya oleh sarjana Melayu sendiri yang diundang oleh raja-raja Tiongkok itu!

Bahasa Melayu pada zaman Islamnya (abad ke-13 hinga abad ke-19) iaitu sebelum penjajah menjadi sebahagian daripada tuan kita hingga sekarang, pun amat antarabangsa sifatnya sehingga dikagumi oleh para sarjana di Eropah zaman itu.

Bahasa dan bangsa Melayu ini menjadi hamba sejak abad ke-19M ini sahaja, bersekali dengan kejatuhan Tamadun Islam di Eropah, Tamadun Empayar ‘Uthmaniyaht itu. Kita hanya ingin membangun semula tamadun bangsa yang besar ini.

Jadi hanya kejahilan PAGE terhadap sejarah kebudayaannya sendiri sahaja yang menyebabkan sanggup mereka seolah-olah mengatakan “bahasa Melayu ini bahasa bangsat” sahaja dan oleh itu tak payahlah digunakan untuk belajar apa-apa ilmu dengannya.

Imbauan GMP

Kita telah bercambah, tumbuh merata dan bercabang selama 30 tahun ini, dan menunggu gemburan dan baja buat beberapa ketika sahaja lagi untuk berbuah.

Jurnal sains dan matematik dwibahasa (bahasa Melayu dan Inggeris ) telah pun diiktiraf di dunia sama seperti jurnal dari beberapa buah Negara Membangun seperti Rusia, Tiongkok dan Ceska.

Malang sekali jika kita terus membiarkan diri kita berpemimpinkan orang yang tidak tahu kedudukan bangsanya sendiri dan malah terus menebas, dan menebang pokok yang sedang subur bercabang.

Kalau tidak dipupuk, dijirus dan digembur semula mulai sekarang maka pastinya pokok itu akan mati segera.

Nota pun. Ainon: Prof. Dr. Shaharir adalah Timbalan Pengerusi GMP. Keprofesoran beliau adalah dalam bidang matematik dan fizik. PhD beliau adalah dari Australia.


Bookmark and Share




  Member Information For Alisha_MardhiyahProfil   Hantar PM kepada Alisha_Mardhiyah   Pergi ke Alisha_Mardhiyah's Website   Quote dan BalasQuote

rifqah89
WARGA RASMI
Menyertai: 14.10.2008
Ahli No: 9179
Posting: 9
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-03-09 16:19


PPSMI ada pro dan kontra...kita lihat contoh seperti negara India di mana negara tersebut mempunyai ramai penduduk yang berkebolehan dalam menuturkan bahasa Inggeris.malah sistem pembelajarannya juga diajar dalam bahasa penjajah.tapi hasilnya India tetap mundur dan tidak berkembang maju.


Bookmark and Share




  Member Information For rifqah89Profil   Hantar PM kepada rifqah89   Quote dan BalasQuote

nuur_kasih511
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 03.03.2009
Ahli No: 9934
Posting: 32
Dari: maRang_TeReNGgANu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-03-09 17:14


salam..
ana rasa ada pro kontranya ppsmi ini..tapi daripada pemerhatian ana tentang pencapaian adik-adik ana, ternyata mereka dapat menguasai bahasa inggeris dengan mudah..ana hairan...setelah sekian lama ppsmi dipraktikkan, Kenapa baru sekarang nak mempertikaikannya??


Bookmark and Share




  Member Information For nuur_kasih511Profil   Hantar PM kepada nuur_kasih511   Quote dan BalasQuote

Alisha_Mardhiyah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 17.03.2009
Ahli No: 10083
Posting: 85
Dari: Terengganu-KL-Selangor

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-03-09 17:36


Pada 20-03-09 17:14 , nuur_kasih511 posting:

!!! QUOTE !!!

salam..
ana rasa ada pro kontranya ppsmi ini..tapi daripada pemerhatian ana tentang pencapaian adik-adik ana, ternyata mereka dapat menguasai bahasa inggeris dengan mudah..ana hairan...setelah sekian lama ppsmi dipraktikkan, Kenapa baru sekarang nak mempertikaikannya??

sebenarnya dah lama dipertikaikan
sejak mula-mula dulu dah dibantah
memang ada pro tapi lagi banyak kontranya
bukan semua murid mampu kuasai bahasa inggeris
contoh, murid di pedalaman
macam mana mereka nak faham?
guru2 pun bukan semua mahir mengajar dalam BI


Bookmark and Share




  Member Information For Alisha_MardhiyahProfil   Hantar PM kepada Alisha_Mardhiyah   Pergi ke Alisha_Mardhiyah's Website   Quote dan BalasQuote

Alisha_Mardhiyah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 17.03.2009
Ahli No: 10083
Posting: 85
Dari: Terengganu-KL-Selangor

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-03-09 17:39


cuba baca laman web ni...
dah lama mereka perjuangkan perkara ini...
http://universitipts.com/

Profesor-profesor Melayu dalam Bidang Sains yang Menentang PPSMI

Prof. A. Rahman A. Jamal (Perubatan). KP: 601211-01-6269
Prof. Abd Rahim Shamsudin (Geologi). KP: 500812-04-5273
Prof. Abdul Jalil Abdu Kader (Mikrobiologi) KP: 500922-07-5107
Prof. Dato’ Abdul Latif Mohamad (Botani). KP: 480630-03-5183
Prof. Abdul Razak Hamdan (Teknologi Maklumat): KP: 540205-01-5853
Prof. Dato’ Abdul Razak Salleh (Matematik). KP: 480602-10-5965
Prof. Abdul Salam Babji (Sains Makanan). KP: 481203-07-5177
Prof. Abu Osman Md Tap (Matematik). KP: 500415-01-5433
Prof. Ainoon Othman (Perubatan). KP: 520923-03-5236
Prof. Alias Kamis (Biosains). KP: 4200992
Prof. Aminah Abdullah (Sains Makanan). KP: 501010-03-5094
Prof. Azimahtol Hawariyah Lope Pihie (Biosains). KP: 4272780
Prof. Aziz Bidin (Sains Sekitaran). KP: 490411-04-5057
Prof. Aziz Deraman (Teknologi Maklumat): KP.591108-11-5043
Prof. Baharudin Yatim (Fizik Tenaga). KP: 460811-05-5193
Prof. Basir Jasin (Geologi). KP: 3430834
Prof. Bohari Mohd Yamin (Kimia). KP: 3405038
Prof. Che Husna Azhari (Kejuruteraan). KP: 551108-03-5020
Prof. Faridah Habib Shah (Genetik).
Prof. Halimah Bdioze Zaman (Teknologi Maklumat). KP: 4673083
Prof. Hamid Lazan (Botani). KP: 2287477
Prof. Hamzah Mohamed (Geologi). KP: 510503-08-560
Prof. Hassan Basri (Kejuruteraan). KP: 600702-01-5733
Prof. Hatta Shaharom (Perubatan). KP: 520709-01-5373
Prof. Ibrahim Abdullah (Kimia). KP: 490511-02-5491
Prof. Ibrahim Abu Talib (Fizik). KP: 521127-04-5147
Prof. Ibarahim Komoo (Geologi). KP: 520912-01-5483
Prof. Ikram Mohd Said (Kimia). KP: 480819-05-5073
Prof. Ismail Sahid (Sains Sekitaran). KP: 511005-07-5269
Prof. Jaafar Sahari (Kejuteraan). KP: 550916-10-6179
Prof. Jamaludin Mohame (Bioperubatan). K.P: 570324-06-5543
Prof. Kamarudin Mohd Yusof (Kejuruteraan). KP: 510927-06-5097
Prof. Kamaruzzaman Sopian (Kejuruteraan). KP: 620404085491
Prof. Karis Misiran (Perubatan). KP: 4493167
Prof. Kasmiran Jumari (Kejuruteraan). KP: 520522-01-5541
Prof. Dato’ Khalid Yusof (Perubatan).
Prof. Khalijah Mohd Salleh (Pendidikan Fizik).
Prof. Lim Swee Cheng (Fizik Teori). KP: 470826-01-5273
Prof. Mahani Mansor Clyde (Sains Sekitaran). KP: 510211-06-5032
Prof. Masbah Omar (Perubatan). KP: 4078415
Prof. Md. Pauzi Abdullah (Kimia). KP: 510208-03-5203
Prof. Mohammmed Yusoff (Teknologi Maklumat): KP. 3821920
Prof. Mohd. Azman Abu Bakar (Bioperubatan). KP: 520222-10-5035
Prof. Mohd Ismail Noor (Pemakanan). KP: 491015-10-5419
Prof. Mohd Nordin Hassan (Sains Sekitaran). KP: 470210-10-5377
Prof. Mohd Salleh Mohd Said (Entoologi). KP: 470204715283
Prof. Mohd Yusof Othman (Fizik Tenaga). KP: 520812-02-5131
Prof. Mokhtar Abdullah (Statistik). KP: 560223-03-5119
Prof. Muhamad Yahya (Fizik Pepjal). KP: 470901075111
Prof. Muhammad Mat Salleh (Fizik Pepejal). KP: 490111-03-5009
Prof. Nik Aziz Sulaiman (Perubatan). KP: 451022-03-5187
Prof. Noraini Tamin (Sains Sekitaran). KP: 490620-10-5976
Prof. Normah Mohd Noor (Bioteknologi). KP: 540618-07-5272
Prof. Othman Ross (Sains Laut). KP: 480218-11-5173
Prof. Othman Omar (Biosains Molekul). KP: 1513291
Prof. Paden Morat (Bioperubatan). KP. 4380233
Prof. Rohani Ahmad (Botani). KP: 4380233
Prof. Roslan Abd. Shukor (Fizik Semikonduktor). KP: 610927055049
Prof. Sallehuddin Sulaiman (Bioperubatan). KP: 470721-10-5141
Prof. Shahabuddin Shaari (Kejuruteraan). KP. 560313-02-5459
Prof. Shaharir Mohamad Zain (Matematik). KP: 1969665
Prof. Shahrim Ahmad (Fizik). KP: 600215025627
Prof. Syed Muhamed Aljunid Syed Junid (Perubatan). KP: 590820025573
Prof. Tg Mohd. Tg Sembok (Teknologi aklumat): KP 4478636
Prof. Wan Ramli Wan Daud (Kejuruteraan). KP: 551227-07-5447
Prof. Zainal Abidin Abu Hassan (Zoologi). KP: 500325-04-5575
Prof. Zainon Mohd Ali (Botani). KP: 4430101
Prof. Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad (Sains Sekitaran). KP: 571109-10-5623

Senarai ini disalin dari blog Prof. Dr. Shaharir Mohd. Zain.


Bookmark and Share




  Member Information For Alisha_MardhiyahProfil   Hantar PM kepada Alisha_Mardhiyah   Pergi ke Alisha_Mardhiyah's Website   Quote dan BalasQuote

hanie
WARGA RASMI
Menyertai: 02.05.2003
Ahli No: 894
Posting: 17
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-03-09 19:45


bagi hanie PPSMI akan menyebabkan pelajar2 kita ketinggalan lagi. mana-mana tempat kita pergi ,mereka lagi suka diajar dalam bahasa ibunda mereka sendiri. senang nak faham konsep. setakat tau mana tak guna juga kalau tak faham konsep. macam mana kita nak kata berjaya kalau english sendiri ramai pelajar2 kita masih lemah. sepatutnya, pertingkat dulu bahasa Inggrs tu. Hanie pun tak pandai sangat bi tapi bila dah masuk ipta , dah boleh improve sendiri. kasihan kepada pelajar yang tak pandai dalam pelajaran, dah lah bi pun tak pandai, mata pun tak pandai sebab diajar dalam bi. kalau ajar dalam bm sekurangnya dia akan paham juga.


Bookmark and Share




  Member Information For hanieProfil   Hantar PM kepada hanie   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-03-09 21:44


salam...

pada saya, baik bahasa melayu mahupun bahasa inggeris, jika SIKAP & PEMIKIRAN masih ditakuk LAMA, tiada membawa makna apa-apa


zaman BAHASA pun anak-anak KITA juga yang memajoritikan keputusan GB & 3rd class bidang 'pure sc & technical' di ipt.

***yang dok melaung2 bantah tu pun bukannya semua guna BM sepenuhnya kalau bercakap & menulis ;)


-----------------

[ Telah diedit oleh: nur_kamar pada 20-03-09 21:45 ]


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

asue
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 06.11.2003
Ahli No: 2777
Posting: 40
Dari: Tawau

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-03-09 13:00


assalamualaikum. suka asue baca apa yang sahabat bincangkan. bagi asue yang telah lama mengajar subjek Sains ni, (Kimia dan Sains Teras,) Penukaran dari BI ke BM telah membawa satu impak yang begitu besar kepada pelajar-pelajar asue. Bagi asue, dua - dua baik. kalau asue sanggah PPSMI ni sebabnya adalah kemerosotan Peratusan Bahasa Melayu dalam peperiksaan. Berapa ramai pelajar telah merojakkan bahasa melayu dengan bahasa inggeris? Ramai. Bila asue periksa kertas peperiksaan pelajar , timbul rasa kasihan. Pelajar ini pandai.. boleh mengeluarkan fakta yang tepat, boleh memberi penilaian. tapi disebabkan masalah bahasa ini, jawapan telah dirojakkan dengan BI dan BM. Pening jugak duduk menanda ni. tapi, nasib baiklah semasa peperiksaan sebenar (upsr, pmr dan spm), pelajar boleh menjawab dalam bahasa melayu 100%. yang mana pandai BI tu, jawab lah dalam BI. Ini yang masih membolehkan peratusan peperiksaan meningkat setiap tahun. Cuba peperiksaan tu 100% dalam BI, tentu terdapat percaturan politik untuk meningkatkan gred lulus. Haha. Nak kata asue membantah PPSMI, tak jugk, sebab "SAYA YANG MENURUT PERINTAH- BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Hehe. Semestinya Asue juga mencintai bahasa ibunda kita. BAHASA MELAYU. Jika kita rasa kita lemah bahasa ingeris, apa salahnya kita belajar. BI adalah global. Dalam masa yang sama, kita martabatkan bahasa melayu dengan tidak mencampur adukkan dengan BI. Ini tidak, nak bantah PPSMI, TAPI.. I, YOU, YOU, I. cubak kita seratus % kan bahasa melayu.. Boleh??? Hehe... mesti ada jugak yang tersasul kan??


Bookmark and Share




  Member Information For asueProfil   Hantar PM kepada asue   Pergi ke asue's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 01.09.2007
Ahli No: 7840
Posting: 22

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-03-09 09:50


Assalamualaikum..

Pendapat saya PPSMI harus diteruskan tapi cikgu mestilah memainkan peranan utama untuk menyampaikan PPSMI kepada pelajar2 yang mempunyai tahap akademik berbeza
Persekitaran penggunaan bahasa inggeris suatu desakan kepada semua pelajar untuk berusaha menguasai bahasa ini
situasinya samalah macam suatu kerja yang diberi tempoh pendek pasti lebih cepat siap berbanding dengan kerja yang diberi tempoh panjang sebab asyik nak tangguh (tak semua orang)



tapi bergantunglah seperti pendapat kak nur_kamar
"kalau sikap dan pemikiran....."


-----------------
jagalah hati


Bookmark and Share




  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-03-09 10:25


Assalamualaikum

saya kurang bersetuju dengan PPSMI ni..
Kalau pelajar di bandar,saya rasa benda ni tak menjadi masalah..
tapi kalau pelajar luar bandar,saya rasakan ppsmi ni membebankan pelajar..bahkan guru-guru pun ada yang turut mengadu susah nak terjemahkan pada pelajarnya mengenai sebarang istilah2..

bukti kadar peratusan setiap kali spm,pmr naik menunjukkan bahawa ppsmi tidak memdatangkan masalah buat pelajar tu saya rasa tidak tepat..
sebab apa yang kita tahu,jawapan peperiksaan ni di boleh dijawab dalam bahasa melayu ataupun bahasa inggeris..


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

Hudna
WARGA RASMI
Menyertai: 14.03.2009
Ahli No: 10011
Posting: 8
Dari: Di Malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-03-09 12:24


Assalamualaikum


Bagi pendapat Kak Hudna, memang tidak setuju untuk meneruskan PPSMI nii...Walaupun ada sesetengah orang yang melaungkan PPSMI tu ada yang bercakap Inggeris tapi bagi pendapat Kak Hudna lebih baik dimansuhkan pembelajaran Bahasa Inggeris ni..

Bahasa Melayu adalah bahasa yang indah seperti bahasa Arab..Seharusnya kita patut bangga dengan bahasa kita...Yalah, tak dinafikan bahasa Inggeris itu penting tapi Kenapa kitaada rasa segan untuk memartabatkan bahasa kita?

Kenapa kita seharusnya berfikir untuk maju mesti diukur melalui kualiti bahasa.. Mungkin suatu hari nanti Bahasa Inggeris akan jatuh seperti jatuhnya bahasa Latin dahulu pada abad ke-18 &19 lalu apa yang terjadi dengan bahasa kita pada masa itu..

Lalu generasi pada masa itu akan tercari-cari identiti bahasa Melayu yang mungkin pada masa itu sudah pun pupus...

Di Indonesia, mereka bangga dengan bahasa mereka sehingga di Belanda sendiri, bahasa Indonesia menjadi bahasa kedua selepas bahasa Belanda...Kebanyakan rakyat di sana boleh berbahasa Indonesia..Malah kebanyakan di Eropah dan Amerika Syarikat banyak mempelajari bahasa Indonesia sendiri untuk berinteraksi dengan penduduk di Indonesia...
[ Telah diedit oleh: Hudna pada 23-03-09 12:26 ]


Bookmark and Share




  Member Information For HudnaProfil   Hantar PM kepada Hudna   Quote dan BalasQuote

e-zah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 14.10.2008
Ahli No: 9176
Posting: 137
Dari: alor setar

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-03-09 12:44


Pada 22-03-09 09:50 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum..

Pendapat saya PPSMI harus diteruskan tapi cikgu mestilah memainkan peranan utama untuk menyampaikan PPSMI kepada pelajar2 yang mempunyai tahap akademik berbeza
Persekitaran penggunaan bahasa inggeris suatu desakan kepada semua pelajar untuk berusaha menguasai bahasa ini
situasinya samalah macam suatu kerja yang diberi tempoh pendek pasti lebih cepat siap berbanding dengan kerja yang diberi tempoh panjang sebab asyik nak tangguh (tak semua orang)



tapi bergantunglah seperti pendapat kak nur_kamar
"kalau sikap dan pemikiran....."




pada e-zah PPSMI memberi manfaat kepada adik-adik e-zah dan sejak science dan math diajar dalam english ada peningkatan dr segi pemahaman dan gred dulu adk2 e-zah susah nak faham ayat yang berbelit-belit walaupun dalam bahasa melayu malah masa yang diambil untuk menjwb juga lama kadang-kadang xsempt...tapi tak tahu lah lain org lain penerimaan...e-zah pun terasa mudah untuk mengajar adk2 bila mereka minta tolong...bahasa melayu tetapi di hati..now ngh mik krsus bahasa arb pula..


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For e-zahProfil   Hantar PM kepada e-zah   Quote dan BalasQuote

myway
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-03-09 12:50


saya cadangkan agar math dan science diajar dalam bahasa arab..hihi.

saya tidak menolak ppsmi tetapi saya juga tidaklah bersetuju 100%.
kalau nak stick pada ppsmi, jenteranya perlu kuat. baru boleh dibuat.
kalau tak nak buat ppsmi, back up nya pula mesti kuat. baru boleh dilaksanakan.

masalahnya kita hanya buat separuh2.dahlah separuh, perancangan pulak hancur.

cuba laksanakan satu-satu dan tengok hasilnya. 100% application.

saya lebih bersetuju dengan kak nurkamar. sikap & pemikiranlah paling penting. tambah lagi satu akhlak orang-orang melayu. termasuk saya.


Bookmark and Share




  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

silverwings
WARGA RASMI
Menyertai: 01.03.2009
Ahli No: 9918
Posting: 16
Dari: Tumpat

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-03-09 00:20


salam..
saya adalah hasil 'eksperimen' ppsmi.daripada form 1 saya belajar maths dan science dalam bahasa Inggeris. Dan bila dah naik form 5, saya belajar maths, add maths, biology, physics, chemist and est dalam Bahasa Inggeris juga. Alhamdulillah, SPM baru ni saya dapat straight a1s.

Sebagai seorang pelajar, jujur saya katakan SAYA MENYOKONG PPSMI. Saya bukanlah berasal dari keluarga yang kaya mahupun berada. Ibu bapa saya sendiri pun tidak berpendidikan tinggi. Saya langsung tidak berpeluang mempelajari Bahasa Inggeris di rumah. Saya juga tinggal di kawasan luar bandar, di mana penggunaan BAhasa Inggeris sangatlah janggal. TAPI SAYA MEMBUKTIKAN SAYA BOLEH MENGUASAI BAHASA INGGERIS. DAN , APA YANG PENTING IALAH KEAZAMAN DAN KETEKUNAN. Kalau dah tak pandai, tapi bekerja keras pasti akan berjaya. Dan kawan - kawan saya yang lain juga telah membuktikan perkara yang sama. MALAH, BAHASA INGGERIS INILAH YANG KAMI GUNAKAN KETIKA BERKOMUNIKASI DENGAN PELAJAR INTERNATIONAL. MEMBUATKAN PEMBELAJRAN KAMI LEBIH EFISIEN TERUTAMANYA APABILA GROUP DISCUSSION.

Anda semua juga pernah bergelar pelajar. Pastinya anda tahu, usha tangga kejayaan. Orang yang mahu berjaya pasti mencari 1000 daya untuk menggapai impian mereka..I speaks for myself..


-----------------
...silverwings...


Bookmark and Share




  Member Information For silverwingsProfil   Hantar PM kepada silverwings   Quote dan BalasQuote

e-zah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 14.10.2008
Ahli No: 9176
Posting: 137
Dari: alor setar

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-03-09 08:05


Pada 24-03-09 00:20 , silverwings posting:

!!! QUOTE !!!

salam..
saya adalah hasil 'eksperimen' ppsmi.daripada form 1 saya belajar maths dan science dalam bahasa Inggeris. Dan bila dah naik form 5, saya belajar maths, add maths, biology, physics, chemist and est dalam Bahasa Inggeris juga. Alhamdulillah, SPM baru ni saya dapat straight a1s.

Sebagai seorang pelajar, jujur saya katakan SAYA MENYOKONG PPSMI. Saya bukanlah berasal dari keluarga yang kaya mahupun berada. Ibu bapa saya sendiri pun tidak berpendidikan tinggi. Saya langsung tidak berpeluang mempelajari Bahasa Inggeris di rumah. Saya juga tinggal di kawasan luar bandar, di mana penggunaan BAhasa Inggeris sangatlah janggal. TAPI SAYA MEMBUKTIKAN SAYA BOLEH MENGUASAI BAHASA INGGERIS. DAN , APA YANG PENTING IALAH KEAZAMAN DAN KETEKUNAN. Kalau dah tak pandai, tapi bekerja keras pasti akan berjaya. Dan kawan - kawan saya yang lain juga telah membuktikan perkara yang sama. MALAH, BAHASA INGGERIS INILAH YANG KAMI GUNAKAN KETIKA BERKOMUNIKASI DENGAN PELAJAR INTERNATIONAL. MEMBUATKAN PEMBELAJRAN KAMI LEBIH EFISIEN TERUTAMANYA APABILA GROUP DISCUSSION.

Anda semua juga pernah bergelar pelajar. Pastinya anda tahu, usha tangga kejayaan. Orang yang mahu berjaya pasti mencari 1000 daya untuk menggapai impian mereka..I speaks for myself..





berilmu dan beramal

kalau kita berilmu tetapi tidak beramal atau tidak dipraktik kan bagaimana kita nak berjaya...PPSMI tidak memusnahkan bahasa ibunda kita.


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For e-zahProfil   Hantar PM kepada e-zah   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 13.03.2006
Ahli No: 6411
Posting: 31
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-03-09 12:16


Assalamualaikum :bunga: :bunga:

Terpanggil untuk memberi pendapat berhubung dengan isu PPSMI ni.

Saya tidak bersetuju dengan PPSMI kerana Kenapa hendak pandai bahasa inggeris tapi kena belajar matematik dan sains?

kalau nak pandai bahasa inggeris, belajar lah bahasa inggeris.

ramai orang berhujah jika PPSMI ini tidak dilaksanakan dari peringkat rendah, nanti kat universiti pelajar tidak mampu untuk belajar dalam bahasa inggeris.

Mentality pelajar universiti tak sama dengan pelajar berumur 7 tahun. budak-budak ni, bila mereka tak faham, mereka mula lah malas nak belajar.

Dr. Sheikh Muzaphar, angkasawan negara pun belajar matematik dan sains dalam bahasa melayu tapi boleh jugak pergi ke angkasa.

Siapa boleh buktikan kat sini, sesiapa yang belajar matematik dan sains dalam bahasa melayu, bila masuk universiti, dia jadi ORANG BODOH!

Saya hairan, Kenapa jika seseorang itu tidak tahu berbahasa inggeris dianggap bodoh dan hina tetapi bila tidak tahu berbahasa melayu itu tidak mengapa sedangkan dia dilahirkan ditanah melayu? :berfikir: :berfikir: :berfikir:


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share




  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 13.03.2006
Ahli No: 6411
Posting: 31
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-03-09 13:47


TEKS LENGKAP MEMORANDUM ANTI PPSMI


Sila klik di sini Bloh Prof. Abdullah Hassan


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share




  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» Haruskah kita meneruskan PPSMI?

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.067729 saat. Lajunya....