Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-10-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
kita boleh menyimpan kenangan dlm kehidupan, tetapi tidak boleh jadikan kenangan sebagai kehidupan...
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 13
Ahli: 0
Jumlah: 13




  Dari Galeri
masa graduasi kat Sek Berasrama Penuh Integrasi Rawang

  Yang Masuk Ke Sini
cida1019: 154 hari yang lalu


Forward Dari E-mel
Topik: Kebahagiaan seorang suami.....


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Forward Dari E-mel
    »» Kebahagiaan seorang suami.....

Please Mendaftar To Post


Oleh Kebahagiaan seorang suami.....

drwauwa
WARGA RASMI
Menyertai: 10.02.2009
Ahli No: 9832
Posting: 14
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-02-09 14:37


Seoarang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta’ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: ” semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta’ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini.”

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: ” Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

    Maha Suci Allah Ta’ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi.

“Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga.”

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad. Aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: “Wahai Allah. Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia.” Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta’ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta’ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. ”

sumber: emel


________

Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.
Dari Wanita Untuk Wanita



Bookmark and Share




  Member Information For drwauwaProfil   Hantar PM kepada drwauwa   Pergi ke drwauwa's Website   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-02-09 21:52


saya masih teringat pesanan suami sewaktu kami menonton berita tentang kapal terbang tentera terhempas tahun lepas.

waktu tu di tunjukkan serorang isteri mengandung yang baru bernikah(3 bulan) menangis sambil mensedekahkan fatihah pada suaminya(di keranda)

saya waktu tu.. secara tak tertahan terus menangis pada suami. suami terus keras suara berpesan- bila saya mati, jangan nangis begitu. jangan bagi saya sedih bila jumpa ALLAH.

maksudnya amat mendalam.namun naluri seorang isteri, saya berdoa agar kami kan bersama 'pergi' bertemuNYA kelak(aminn~~)


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.048665 saat. Lajunya....