Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-10-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Zuhud yang terbaik ialah zuhud yang disembunyikan
--
Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 8
Ahli: 0
Jumlah: 8




  Dari Galeri
Salam perkenalan dari saya...

  Yang Masuk Ke Sini
cida1019: 154 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: CUKUPLAH KEMULIAAN ANDA DENGAN MENJADI SEORANG MUSLIMAH


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» CUKUPLAH KEMULIAAN ANDA DENGAN MENJADI SEORANG MUSLIMAH

Please Mendaftar To Post


Oleh CUKUPLAH KEMULIAAN ANDA DENGAN MENJADI SEORANG MUSLIMAH

drwauwa
WARGA RASMI
Menyertai: 10.02.2009
Ahli No: 9832
Posting: 14
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-02-09 14:15


Jangan kau putus asa
kerana tidak melihat jalan keluar
Kalau begitu, di manakah Allah dan taqdirNya?

    Segala sesuatu yang menimpa anda saat berjuang di jalan Allah, merupakan penebus dosa anda atas izinNya. Bergembiralah dengan khabar yang terdapat dalam hadith ini.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat lima waktunya dan memelihara kehormatannya, nescaya ia akan memasuki syurga Tuhannya. (Hadith riwayat Ahmad)

     Semua itu adalah perkara yang mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah. Oleh kerana itu saudariku, laksanakanlah amalan-amalan yang agung tersebut, agar engkau dapat menemui Tuhan Yang Maha Pengasih; berjalanlah sesuai dengan al Quran dan sunnah nabiNya, nescaya engkau akan menjadi muslimah sejati.

     Semua perkara ini merupakan kemuliaan yang agung dan kebanggaan yang besar bagi anda. Kerana selain anda, ada wanita yang dilahirkan dinegeri-negeri kafir, iaitu negeri Nasrani, Yahudi, Komunis ataupun agama dan ideologi lain yang bertentangan dengan Islam. Sedangkan anda, dipilih oleh ALlah untuk menjadi muslimah sejati, dan Dia akan memasukkan anda ke dalam golongan umat Muhammad s.a.w. Anda juga termasuk orang-orang yang mengikuti jejak Aisyah, Khadijah dan Fatimah - semoga ALlah meredhai mereka semua.

     Kami sampaikan ucapan selamat buat anda, kerana anda adalah wanita yang solat lima waktu, puasa dibulan ramadhan, menunaikan haji di Baitullah dan memakai hijab yang diperintahkan oleh agama. Ucapan selamat buat anda, kerana anda redha ALlah sebagai Tuhan yang disembah, Islam sebagai agama yang dianuti, dan Muhammad s.a.w. sebagai rasul yang diikuti.

petikan dari buku JANGAN BERSEDIH: JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA oleh Dr 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni

Bunyinya memang senang untuk menjadi wanita soleha....pada hakikatnya ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan penyerahan yang total kepada Allah S.W.T., untuk menjadi wanita solehah kerana jalan kearahnya dihiasi oleh banyak onak dan duri. Wallahua'lam.


_______



DARI WANITA UNTUK WANITA



Bookmark and Share




  Member Information For drwauwaProfil   Hantar PM kepada drwauwa   Pergi ke drwauwa's Website   Quote dan BalasQuote

abadaa
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 02.06.2006
Ahli No: 6619
Posting: 42
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 13-02-09 16:59


alhamdulillah..buku tu saya sedang baca sekarang ni...

ada kale tu kan, menangis saya bila baca bait2 kata dalam buku tu.. :cry:
sungguh betapa Allah sayangkan kita...berbahagia lah!

:welcome:


-----------------
[email protected]


Bookmark and Share




  Member Information For abadaaProfil   Hantar PM kepada abadaa   Quote dan BalasQuote

drwauwa
WARGA RASMI
Menyertai: 10.02.2009
Ahli No: 9832
Posting: 14
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-02-09 14:59


Alhamdulillah buku ni banyak mengajar akak untuk bergantung harap hanya padaNYA seratus peratus....tidak lagi pada manusia....dan ia menjadikan akak lebih kuat untuk menghadapi dugaan dan cubaan dari ALlah SWT. InsyaAllah. Dan yang paling penting....HATI rasa LEBIH BAHAGIA DAN LAPANG.

_____

Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah
Dari Wanita Untuk Wanita



Bookmark and Share




  Member Information For drwauwaProfil   Hantar PM kepada drwauwa   Pergi ke drwauwa's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.082278 saat. Lajunya....