Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 8
Ahli: 0
Jumlah: 8




  Dari Galeri
assalamualaikum..salam perkenalan..

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 14 hari yang lalu


Forward Dari E-mel
Topik: Adab bersahabat


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Forward Dari E-mel
    »» Adab bersahabat

Please Mendaftar To Post


Oleh Adab bersahabat

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 13:52


Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1 . Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum
ianya berlaku.    

2 . jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3 . jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dengan sahabat seperti tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4 . Perkara sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dengan insan lain.

10 . Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.jangan dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yang pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12 . Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t



Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

sadiqah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 30.03.2005
Ahli No: 5121
Posting: 205
Dari: sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 14:12


kadang-kadang pernah juga terover gurau, mengusik bila bersama dengan sahabat ni, yelah..bila dah syok sangat sampai tak sedar apa yang diungkapkan..cara yang saya buat sebelum bersurai tu mohon maaf di atas segala ketelanjuran kata..takpun mesej. alhamdulillah, amat bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat yang bebaik..mana yang dah kenal saya ni macam mana, agaknya dah faham..ngehngehngeh..


-----------------
Hidup mesti terus...

[ Telah diedit oleh: sadiqah pada 02-01-09 14:13 ]


Bookmark and Share




  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 21:54


Susahnya nak jadi seorang sahabat. Jadilah sahabat yang baik InsyaAllah akan dikurniakan sahabat yang baik juga. :bunga: :bunga: :bunga: :bunga:


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-03-09 09:47


Yelah..
Saya pun manusia biasa yang ada kelemahan dan kekurangan..
Bersahabat ni kalau tak ada gurau sendanya memang tak sah..
Pulak tu saya memang yang jenis suka bergurau..
kadang-kadang rasa juga diri ni macam terover.. hehe

macam kak sadiqah bagitau.. bila nak bersurai tu...salam dan minta maaf atas segala keterlanjuran kata dan bahasa yang kurang enak..huhu biasalah mulut yang tak pernah ada insurans ni..memang nak kena lepuk ini.. :sopan: :sopan:


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

sadiqah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 30.03.2005
Ahli No: 5121
Posting: 205
Dari: sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 13-03-09 11:07


Pada 10-03-09 09:47 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

Yelah..
Saya pun manusia biasa yang ada kelemahan dan kekurangan..
Bersahabat ni kalau tak ada gurau sendanya memang tak sah..
Pulak tu saya memang yang jenis suka bergurau..
kadang-kadang rasa juga diri ni macam terover.. hehe

macam kak sadiqah bagitau.. bila nak bersurai tu...salam dan minta maaf atas segala keterlanjuran kata dan bahasa yang kurang enak..huhu biasalah mulut yang tak pernah ada insurans ni..memang nak kena lepuk ini.. :sopan: :sopan:



opss.. nak kena lepuk?.. :lol: :lol: harap-harap tak adalah sahabat-sahabat yang terasa dengan gurauan saya ye. tapi setakat ini alhamdulillah, sahabat-sahabat semua tak ada yang jenis mudah mengambil hati. paling best part menyambung cerita karut...entah kemana-mana perginya. biasalah, kalau dah ada yang mulakan, ramai pula yang menyambung. hehe.
apapun sahabat yang baik akan sentiasa menegur sahabatnya jika melakukan kesalahan.
"Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatkuuntuk berkenalan kerana aku berasa senang. Semakin ramai sahabat. Aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka dan duka. Jika aku dapat. Aku akan setia padanya" (imam_syafie)


-----------------
Hidup mesti terus...

[ Telah diedit oleh: sadiqah pada 13-03-09 11:12 ]


Bookmark and Share




  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

AyaTuL_HusNa
WARGA RASMI
Menyertai: 01.02.2009
Ahli No: 9772
Posting: 5
Dari: KeDaH,SeRdanG,SeMenyiH

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-03-09 16:17


salam ukhwah semua..
syukran info adab sahabat..
hmm..alhamdulillah,kadang-kadang kita tahu semua 2 tapi xdiamalkan..macam ana,dah cuba berbuat baik dengan semua org..tapi kadang-kadang ada saja yang mmpertikaikan,dan lebih bruk lagi memburukkan lagi kita d belakang..nauzubillahi min zalik..
ana sendiri memang da banyak kl mnangis sendiri sebab kawan..smpikn terasa ht lama sampai nak wtpe pun tak boleh..ada sahabat ana bagitahu mengikut ckgu biologi dia bagitahu,perempuan ni memang ada sfat iri hati sebab 2 lagi senang kita seorang-seorang(tengok keadaan)..betul juga agaknya,bila dfikirkn balik..tapi kalau yang ok 2 ok lah..
mohon maaf kalau ana ada tslh kata tslp bcara..Sekadar berkongsi..=(


Bookmark and Share




  Member Information For AyaTuL_HusNaProfil   Hantar PM kepada AyaTuL_HusNa   Quote dan BalasQuote

dee_nadya
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 01.04.2009
Ahli No: 10306
Posting: 61
Dari: pantai dalam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 01-04-09 12:00


yup//nice article adb bersahabat ni..betul..kalau dah bersahabat
tak sah kalau tak bergurau..tu yang risau takut..terlebih-lebih pulak..tapi rasanya kalau bergurau tu kan...rasa hubungan semakin erat tak kira lelaki or perempuan..huhuu..kawan saja semua


-----------------
luaran tidak mencerminkan hati yang sebenar..


Bookmark and Share




  Member Information For dee_nadyaProfil   Hantar PM kepada dee_nadya   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.050586 saat. Lajunya....