JK Penutup - Sukan & Riadah Bowling Ukhwah.com
...... Sukan dan Riadah Pemangkin Ukhwah ......Lokasi :Ampang Superbowl di Kompleks Metro Point Kajang,
Kajang, Selangor.
(Nak pergi senang jeeq... cuma berkumpul di Stesen Komuter Kajang, kemudian
kita bertolak dari sana...)
Tarikh:Ahad, 28 Disember 2008.
Yuran:RM15.00
(Stoking ataupun kasut boleh bawa sendiri atau sewa di pusat bowling ini, tidak
termasuk dalam yuran)
Tentatif / Aturcara:Ahad, 28 Disember 2008.
9.30 pagi: Berkumpul di Stesen Komuter Kajang.
9.45 pagi: Bertolak ke Kompleks Metro Point Kajang sama ada dengan kereta (diuruskan oleh
Biro Pengangkutan) ataupun dengan menaiki teksi.
10.00 pagi: Tiba di Kompleks Metro Point Kajang dan terus menuju ke Ampang Superbowl.
10.10 pagi: Menguruskan penempahan �lane� dan penyewaan kasut ataupun stoking.
10.20 pagi: Pendaftaran dan pembahagian kumpulan.
10.30 pagi: Mula bermain. Setiap kumpulan akan mempunyai dua permainan. Satu permainan
dijangka mengambil masa antara 45 minit sehingga satu jam.
**** Muslimin dan muslimat asing yaaa... Suami dan isteri dikecualikan.
12.30 t/hari: Permainan dijangka tamat. Sesi taaruf dan makan tengah hari di kompleks makanan
terdekat. Bolehlah kalau nak mula kenal dan berbual di sini yaa...
1.30 t/hari: Solat Zohor dan bersurai.
p/s: Boleh ajak kawan... Abang... Kakak... Ibu bapa... dan lain-lain lagi... Tak kisah...
Lagi ramai lagi bagus... Dan sesiapa yang ada kereta tuue, boleh laah kalau nak tolong kami
skeet dalam hal-hal pengangkutan dari Stesen Komuter Kajang... Minta tolong banyak-banyak...
HUHUEE... Ada tiga hingga empat kereta pun dah cukup mudah...
Peneraju:
Pengarah Program: owl_UM
Penolong Pengarah: umar_khalil
Setiausaha: sadiqah
Bendahari: syahidatul
Biro Sumbangan: mujahid007
Biro Aktiviti: trouver_99
Biro Pengangkutan: mohamad & umar_khalil
Biro Protokol: ismi_atikahSebenarnya saya pun memang langsung tak reti main bowling... Memang tak pandai. So kalau
asyik termasuk longkang janganlah gelakkan nanti yaaa... Adeehh... HHEEE...
p/s: InsyaAllah Kalau ada kesempatan dan masa terluang insyaAllah saya juga akan turut serta...
takut jugak tak pandai main
Jom Beriadah ....
-----------------
Success Through Endeavour ;