Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-07-2022  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Engkau tidak akan memperolehi apa yang engkau sukai melainkan kesabaranmu ke atas apa yang engkau tidak suka..
--
Nabi Isa a.s

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 16
Ahli: 0
Jumlah: 16




  Dari Galeri
Assalamualaikum....

ni la gambar majlis perkahwinan Lady_Iu dan suami.. Pada 30 March 2003..

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 8 hari yang lalu
azan84: 37 hari yang lalu


Bersama Ummi
Topik: UNTUK yang BERGELAR ISTERI...........


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Bersama Ummi
    »» UNTUK yang BERGELAR ISTERI...........

Please Mendaftar To Post


Oleh UNTUK yang BERGELAR ISTERI...........

mazidah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 27.11.2008
Ahli No: 9456
Posting: 148
Dari: Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-12-08 20:58


Copy paste from ukwah.com
Saya rasa elok kita para isteri baca...sekurang2nya boleh perbaiki yang mana tak kena..demi kerukunan rumahtangga..


25 Sebab Suami Naik Darah
1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. “hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla ”
2. Mengganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. “hello abang ada meeting ke tu, sorry lah cuma nak cakap..malam ini kita masak sardine saja ..ok tak ”
3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. “kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah lah kat atas shelf mana satu..”
4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. ie. “bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan..”
5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa- apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok ” ie. “eh.. kita suka lah news pasal new peti ais tu..kita dah potong simpan…”
6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. “bang.. semalam kita lupa beli garam,gula beras dan susu budak ….boleh singgah tak mana mana ..pleaze ”
7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian marahkan / menyalahkan suami. ie. “saya kata beli susu cair dan gula melaka, Kenapa awak beli susu pekat dan gula pasir …kan lain tu”
8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. “i dah confirm malam Jumaat ini nak dinner kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? ”
9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. “screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros…”
10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber…ber….ie. ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”
11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. “malam ini i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan ”
12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. “..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner saja, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang ..”
13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. ” sorry lah i tak tau baju kurung mana nak pakai lah so kena pilih betul betul ..”
14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. ” eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu..”
15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. “..eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”
16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. “…nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..”
17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. “..awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak ini..”
18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. “pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam ini..”
19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi
tak tak …then today.. then tadi..u tau tak…semalam u nak tau….bla bla bla bla.”
20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. ” i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah …bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla…ini semua salah you”
21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. ” eh cik abang,awak ini ada affair ke Kenapa sms beep beep beep tak henti henti ini…betina mana pulak awak nak ini…”
22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. “..eee u tau tak hubby i tu makan makanan negeri dia.. eeeii peliknyer!!”
23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. “..Kenapa u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor…i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore ..”
24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie. “..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak..”
DAN AKHIR SEKALI
25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. ie. “..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama ini dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali…..”

Sekadar untuk mendapat pandangan .......betul ke?
Ihsan dari lama web


Bookmark and Share




  Member Information For mazidahProfil   Hantar PM kepada mazidah   Pergi ke mazidah's Website   Quote dan BalasQuote

mazidah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 27.11.2008
Ahli No: 9456
Posting: 148
Dari: Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-12-08 01:09


Nak tambah..yang ke
26. Apabila suami call isteri..si isteri lambat jawab juga menyebabkan suami melenting.

lagi sapa nak tambah??


Suami kita ni unik..tak sama dengan suami org lain..pandai2lah jaga hati mereka..biarlah kita berkorban untuk kebahagiaan bersama....
[ Telah diedit oleh: mazidah pada 07-12-08 01:21 ]


Bookmark and Share




  Member Information For mazidahProfil   Hantar PM kepada mazidah   Pergi ke mazidah's Website   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 14.03.2009
Ahli No: 10025
Posting: 130
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 18-08-09 19:27


... yang penting, jaga hati suami sebaik yang mungkin... sentiasa minta maaf, kalau sedar yang kita melakukan kesalahan terhadap suami kita


-----------------
setiap yang hidup, pasti akan mati.. Rajin rajin lah bermuhasabah diri.. supaya dapat kita kuatkan iman kita


Bookmark and Share




  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-08-09 07:33


sokong kak mazidah...

betul suami kita masing-masing unik... adakala untuk suami org ni terlalu rigid hal yang ni.. tapi suami kita santai pula bab-bab yang ni.. begitulah sebaliknya.

**semoga kekal bersama dunia akhirat...


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-12-09 00:13


umi pernah ditanya ada tak lelaki yang tidak miang? umi jawab ada. siapa tanya mereka. umi katakan Rasulullah SAW. mereka senyum. umi teruskan kata yang lain semuanya ada perangai tersebut cuma bertahaplah. Ada yang jelas nampak dan ada yang sembunyi-sembunyi. InsyaAllah peranan wanita ialah berdoa dan usaha ke arah mengukuhkan kasih sayang menurut syara' bukan ke bomoh ya.

WA


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

hudaahmad
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 8882
Posting: 31
Dari: germany

germany   avatar


posticon Posting pada: 04-12-09 16:10


aduh...panjang bebenor list tu..selalunya kita sendiri akan tahu apa yang kita buat mengecilkan hati suami, lepas tu cuba2 untuk tak buat lagi....


-----------------
Nasyid&#<br /><div align=

Bookmark and Share




  Member Information For hudaahmadProfil   Hantar PM kepada hudaahmad   Pergi ke hudaahmad's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-12-09 23:30


betul tu huda. suami ni tak gemar dileteri dan tak gemar dengar pot pet memanjang. Jadi pandai-pandailah jaga hati suami agar suami dapat menghargai dan menjaga hati kita pula. amin.

WA


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.03.2004
Ahli No: 3361
Posting: 118
Dari: Pahang~Sel~Dubai

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-12-09 11:36


adehhhh... memang realiti dalam kehidupan suami isteri begitu. apapun cubalah belajar perbaiki hubungan antara satu sama lain dr masa ke semasa.. insyaAllah.. terima kasih ya atas artikel di atas..


Bookmark and Share




  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.055047 saat. Lajunya....