Oleh |
guna satu wudhuk untuk dua solat fardhu bagi wanita yang ada keputihan. |
wardahusrati
WARGA RASMI Menyertai: 13.08.2008 Ahli No: 8878
Posting: 7
|
Posting pada: 22-08-08 10:47
 semua... saya ingin bertanya tentang kemusykilan berkaitan perkara di atas. bolehkah bagi seorang wanita yang ada penyakit keputihan menggunakn satu wudhuk untuk menunaikan 2 fardhu solat kerana saya pernah terbaca kenyataan yang mengatakan boleh berbuat demikian.tapi saya juga ada mendengar pendapat yang mengatakan tidah boleh...jadi soalan saya sekarang pendaapat mana yang lebih afdhal untuk diikut? soalan ke-2...bolehkah perempuan yang ada keputihan tadi menggunakan satu wudhuk untuk menunaikan satu solat fardhu dan mengqadhakan lagi satu solat fardhu?bolehkah?apakah hukumnya? diminta pada mereka yang arif tolonglah menjawab soalan ini... please...help me...
|
ukhwadinna
WARGA RASMI Menyertai: 23.10.2008 Ahli No: 9237
Posting: 4
|
Posting pada: 23-10-08 23:33
memang ramai wanita disana mengalami masalah keputihan dan sangat merungsingkan kita sebagai muslimah dalam memastikan ibadah kita sempurna...akan terdetik dalam hati sempurnakah solatku ini....saya turut mengalami permasalhan sama suatu masa dahulu,tetapi bagi pandangan saya adalah lebih afdal sejurus berwudhu' kita dirikan solat. dan sebaiknya kita gunakan pad atau kain sebagai pelapik faraj...sebenarnya cara ini bagi saya sangat baik mengurangkan was2 kita dalam solat. jika tanpa pad kita rasa macam takut2 cairan dari faraj akan keluar dengan tiba-tiba ketika melakukan solat..apapun sebaiknya rujuk pada yang lebih arif...saya hanya mampu berkongsi pengalaman sendiri..wallahua'lam..
|
dream
WARGA RASMI Menyertai: 22.01.2010 Ahli No: 11844
Posting: 1
|
Posting pada: 22-01-10 21:52
Salam.. macam mana kalau kita tak pasti itu keputihan atau tidak, sebab bila kita pakai pantiliner, kita tengok macam tak ada, tapi rasa mustahil tak ada..... Kalau was-was, maknanya kita kena tukar 5 kali sehari ke setiap kali nak solat?
|