Array
![]() |
![]() | Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 |
![]() | 28-01-2023 |
|
Ukhwah
|
Moderator: Pengurusan, halesolurun_84 |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | -usrah ONLine musLImah onLy- |
---|---|
simpLe_sHida ![]() ![]() |
![]()
salam alaik...
erm, ok rasanya buka di topik lintas langsung.. kerna usrah online ni melintas secara langsung..hihi.. hasil diskusi ana bersama sahabat ukhwah... kami mendecide untuk menganjurkan liqa'.. usrah Online untuk warga Ukhwah.com khususan.. dan amnya pada sahabat-sahabat antunna.. so, ana harap hanya muslimat sahaja yang posting dalam ni.. tiada muslimin yang menyempitkan rongga.ruang bagi topik ni.. kenyataan di atas JElas lagit Terang.. Kalau tak terang kena pakai spec.. pada antunna yang nak join.. just drop by your ym id..here.. nanti sama-sama kita add.. naqibah.. antara kalangan sahabat ana.. insyallah.. ummiq juga akan turut diskusi... tentang waktu.. ana usulkan wekdays.. eiter isnin.selasa o rabu mlm. ** Kenapa tak pilih hari lain.. sebab khmis..ramai yang ada usrah...lain-lain hal.. jumaat.sabtu.ahad.. ramai terlibat dengan program.. tapi..kalau yang free, antunna boleh saja go on... kita buat sebulan 2 kali.. o nak buat tiap minggu?? insyallah.. by next week boleh mula.. tarikh cadangan 1 / 2 julai.. masa 9.15mlm. lokasi terpilih.. sendiri punya pc.laptoplaa.. tajuk akan diwar-warkan sebelum usrah Online bermula.. ni ym id ana.. nanti add lah.. simple_shida segala tambahan cadangan... sila ajukan.. juga tajuk-tajuk boleh kita bincangkan di sini.. pada muslimin.. hanya TATAp.. baca pelan-pelan topik ni.. antum dilarang POSting.. hihii.. syukran.. ilalliqa'.. wallahu'alam.. http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?&forum=60&topic=38095 ----------------- ![]() ::prAy hArd+wOrk sMarT:: barakaLlahu.. ![]() |
mujahidahansorullah ![]() |
![]() |
IrisS ![]() ![]() |
![]() |
AuRuM ![]() ![]() |
![]() |
simpLe_sHida ![]() ![]() |
![]()
simple_shida
aliftayaha_1881 awan_biru85 senyumsokmo_86 selagiadacahaya mujahidah_aljadeed nur_petunjuk88 lp_gurlz2000 dimah_purple008 daquayza_de9th ayukhuwah shaikadir yati2302 nrhikmah83 izzahtulwidad wsyahida acudiah listerene lina_mursyidah wardatul_asywaq maton_88 syazni_syaz f_fa87 hanc1003_war redgirls_89 sutera_kasih85 aierah_me Qing_er ashila_waheeda niknasriah cahayahati_delima ainulhakimah5530 nys6235 missgenuine_ina melur_draja iriss_eureka kir_kus syukran pada yang nak join... tolong.. tolong update juga nama dalam www.hanan.com.my boleh ye.. taip kali new ym ID just copy.. add your ym ID.. syukran.. arigato http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=38095&forum=60&start=0 |
ismi_atikah ![]() ![]() |
![]() |
suterakasih85 ![]() ![]() |
![]()
simple_shida
aliftayaha_1881 awan_biru85 senyumsokmo_86 selagiadacahaya mujahidah_aljadeed nur_petunjuk88 lp_gurlz2000 dimah_purple008 daquayza_de9th ayukhuwah shaikadir yati2302 nrhikmah83 izzahtulwidad wsyahida acudiah listerene lina_mursyidah wardatul_asywaq maton_88 syazni_syaz f_fa87 hanc1003_war redgirls_89 sutera_kasih85-->nur_syakirah_omar aierah_me Qing_er ashila_waheeda niknasriah cahayahati_delima ainulhakimah5530 nys6235 missgenuine_ina melur_draja iriss_eureka kir_kus niza_ati mia_nerd143 myhoneymail nur_syatila tam_mirh bibi_raihana zulaika2410-->ika2410 ----------------- Success Through Endeavour ; ![]() |
simpLe_sHida ![]() ![]() |
![]()
Salam alaik..
Ana dengan kerdil lagi kecilnye..hihi.. Ingin mengumumkn.. usrah al awal.. Pada isnin 30 JUN 2008 - ISNIN.. ini untuk usrah UMUM.. Maknanya.. semua sahabat ukhwah yang nak joinn usrah.. Kita sama-sama buat liqa’( perjumpaan.pertemuan) al awal..pertama dahulu.. Diikuti dengan usrah team wahid-1 pada 1 JULAI 2008 – selasa Usrah team isnani -2 pada 2 JULAI 2008 – rabu. Memandangkan bilangan muslimat yang nak join.. alhamdulillah.. subhanallah.. menggalakkan… ( antunna antara insan yang terpilih dan dipilih Ana divide bagi kumpulan kecil. Jadinya, terpulang pada antunna.. Andai antunna free SELASA free.. maka online lah Selasa.. kalau hari RABU free saja.. maka online lah RABU.. tapi Kalau hari-hari free.. alhamdulillah..ehehhe.. Insyaallah, 2 hari tersebut akan ada sahabat ana.. yakni naqibah ( ketua) yang lead.. Usrah Online akan bermula jam 9.15malam – lebih kurang jm10.45mlm tamat. Ana minta pendapat ramai.. either nak buat tiap minggu or 2 minggu sekali.. nanti, antunna diskusi di akhir usrah next week dengan sahabat lain. Jadi, mohon pada yang volunteer untuk LISt tarikh usrah untuk next..next punya.. Diposting by next week. Ini bagi memudahkan kita meReminder dalam hp. Mencatit dalam planner dan juga bulatkan dalam takwim.. Untuk liqa’ al awal.. ISNIN- untuk usrah UMUM. SELASA dan RABu next week.. Tajuk.. untuk diskusi USRAh minggu depan ialah MANISNYA UKHWAh … RefLeksi kemantapan Aqidah. Sub-sub soff yang ana buat di atas cuma cadangan.. antunna boleh saja ubah sendiri ikut kesesuaian masa… ana ikut turutan saja dalam topic.. jadi, jemputla masuk untuk liqa’ hari-hari yang antunna free.. sebelum kita mulakan majlis ilmu.. ana berpesan pada diri ana yang faqir… kita ambil wuduk.. ( bagus amalkan sokmo.. bukan sahaja p usrah saja. ) boleh terbitkan satu buku baru.. khususan USRAH ONLINE UKHWAH.com kalau tak pun.. save hiwar ( perbualan )-usrah nanti.. masuk dalam word.. create tajuk USRAH ONLINE UKHWAH.com Mohon kita sama-sama baca rukun dan info yang dalam link di bawah. moga kita dapat faham dengan fluent usrah ni guane… Ini cuma sebagai peringatan kita bersama.. kerna manusia ni kadangkala lupa.. terleka dengan banyak perkara.. especially pada yang menaip kata-kata ni..huhu.. usrah ONLINe ini, akan dikendalikan dengan menaip.. kalau soff naqibah ada speaker.. alhamdulillah.. boleh bersuara terus.. yang lain pasang speaker.. tapi, kalau tiada… kita akan menaip.. jadi, sama-sama kita khusyuk dan diskusi dengan aman.harmoni lagi ditambah dengan suasana mahabbah.. insyaalllah. moga liqa’ kita dirahmati.diberkati oleh Allah s.buat. Antara firman Allah dan hadis ialah: Orang-orang mukmin itu bersaudara-mara. (Al-Hujarat, 26:10) Berpeganglah dengan tali Allah semuanya dan janganlah kamu berpecah-belah. (Ali Imran, 3:103) Orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain. (Hadis riwayat ….) Orang muslim ialah saudara bagi muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak juga membiarkannya. (Hadis riwayat ….) Wallahu’alam.. segala kemuskilan.persoalan etc.. ym ana simple_shida http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=38095&forum=60f546874 ----------------- ![]() ::prAy hArd+wOrk sMarT:: barakaLlahu.. ![]() |
simpLe_sHida ![]() ![]() |
![]()
ok.. ini cuma soff cadangan ana..
ana hanya letak nama antunna.. kerna ana tak ketahuan bila antunna free.. lagi percuma masa..hihii.. nama bold.. insyaallah.. naqibah.. ( maaf, ada yang tak mintk izin..hehe..nanti ana ym ye..) au nanti akan banyak lagi nama-nama yang bakal diBOLD. usrah team wahid-1 pada 1 JULAI 2008 – selasa selasa- simple_shida aliftayaha_1881 awan_biru85 senyumsokmo_86 selagiadacahaya mujahidah_aljadeed nur_petunjuk88 lp_gurlz2000 dimah_purple008 daquayza_de9th bibiraihana cute_felisdomesticus cahayahati_delima ainulhakimah5530 nys6235 missgenuine_ina mia_nerd143 myhoneymail nur_syatila tam_mirh zulaika2410 niknasriah syauqah_el_wardah ummi_mmas dimah_hr angah_irine Usrah team isnani -2 pada 2 JULAI 2008 – rabu. -rabu- ayukhuwah shaikadir yati2302 nrhikmah83 izzahtulwidad wsyahida acudiah listerene lina_mursyidah wardatul_asywaq melur_draja iriss_eureka kir_kus niza_ati maton_88 syazni_syaz f_fa87 hanc1003_war redgirls_89 sutera_kasih85 aierah_me Qing_er ashila_waheeda marjan_islam idayah_dd nhkamaruddin ana merasakan..pasti ada ym ID tambahan lagi.. nanti antunna masuk sahaja sama ada hari selasa au ( atau ) rabu. kita jumpa di usrah pembukaan.. yakni usrah UMUM.. ISNIN 30 jun 2008 jam 9.15pm. lokasi depan skrin pc.laptop masing-masing.. insyaallah.. wallahua'lam.. ----------------- ![]() ::prAy hArd+wOrk sMarT:: barakaLlahu.. |
simpLe_sHida ![]() ![]() |
![]()
usrah pembukaan.. yakni usrah UMUM..
ISNIN 30 jun 2008 jam 9.15pm. untuk usrah UMUM ni.. agenda taaruf.. kemudian briefing tentang apa itu USRAH rukun USRAH ADAB usrah pelaksanaan USRAH tugas NAQIBAh dll.. mohon sahabat baca sikit artikel dalam ukhwah.com dalam mana-mana sumber tentang USRAH. http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=37905&forum=22f543354 MAKSUD USRAH Islam memandang sangat mustahak pembentukan ikatan perpaduan untuk penganutnya. Ikatan itu dinamakan usrah. Melalui usrah kita dapat memimpin penganut Islam ke arah contoh-contoh pujian yang tinggi disamping memperkukuh ikatan yang sedia ada. Selain itu, mutu ukhwah antara sesama ahli boleh ditingkatkan, iaitu dengan merealisasikan teori dalam perbuatan dan amalan. Oleh itu, kita hendaklah memandang berat perkara ini dan bersedia untuk menjadi batu bata yang sihat lagi berguna kepada bangunan keluarga bentukan yang mulia ini, iaitu keluarga Islam. RUKUN USRAH Rukun ikatan usrah ini tiga perkara iaitu berkenalan, bersefahaman, dan berimbangan. Kita hendaklah mengambil berat perkara ini dan bersungguh-sungguh menjayakannya supaya ikatan itu tidaklah semata-mata menjadi beban yang tidak bererti. ana titipkan sedikit RUKUn USRAH. RUKUN USRAH 1. Taaruf Taaruf bermaksud berkenalan secara mendalam hingga menimbulkan kasih sayang dengan tujuan al-hubbufillah. Firman Allah: Maksudnya:Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara ....." Dan Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Orang yang beriman dengan orang yang beriman yang lain laksana satu binaan, saling kuat menguat antara satu dengan yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Kami mengasihi saudara kerana dia adalah saudara pada jalan Allah. Di samping itu sikap mahabbah mesti di buktikan dalam amalan dan penghayatan bukan sekadar teori semata-mata. At-Taaruf ialah kenal mengenal dari bab mufa'alah (daripada dua belah pihak) salbi dan i-jabi (memberi dan menerima)--kenal yang benar-benar, tahu selok-belok tentang saudara kita, supaya kita membuat dan bertindak untuk mengarah sesuatu yang sesuai dengannya. 2. Tafahum Tafahum maksudnya bersefahaman. At-tafahum daripada bab mufa'alah juga, bertujuan supaya usrah membuahkan suatu sikap, satu tindakan daripada sama-sama faham, sama-sama beramal iaitu sama-sama menjalankan perintah Allah, tunduk kepada kebenaran, muhasabah diri, muhasabah sama-sama jemaah dan disusuli dengan nasihat menasihati antara saudara (ad-Dinul nasihah). Awas jangan sama sekali nasihat menasihati ini menimbulkan apa-apa perasaan yang tidak senang kepada satu sama lain, baik yang memberi atau menerima, cuba renungkan hadith di atas. 3. Takaful Rukun ini merupakan dasar membela nasib sesama sendiri, supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar nasibnya tidak terbela. Maksud rukun ini ialah anggota usrah hendaklah mengambil berat masalah-masalah yang dihadapi oleh saudaranya. Takaful ini merupakan pancaran pekerti yang dilahirkan daripada keimanan, dan merupakan inti sari daripada ukhwah yang murni. Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Sesungguhnya seorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjid aku selama sebulan. (....) Dan sabdanya lagi, maksudnya: Sesiapa yang telah memasukkan kegembiraan iaitu menghilangkan kesusahan dan kesukaran kepada keluarga muslim, maka Tuhan tidak melihat balasan kepada selain syurga. (....) Inilah gambaran besar atau kecilnya at-takaful dalam Islam bagi rukun usrah ketiga. |
simpLe_sHida ![]() ![]() |
![]()
segala maklumat lanjut.. sila buka laman www.ukhwah.com
dalam topik lintas langsung.. USrah ONline.. http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=38095&forum=60&start=0 |
simpLe_sHida ![]() ![]() |
![]()
salam alaik..
ada sahatbat yang tak dapat join OU.. minta ana titipkan sedikit info.. ana titipkan sikit lah ye..hihi.. segala hiwar etc.. pada yang nak dapatkan.. boleh email ana..au pm ye.. [email protected] [email protected] Bismillahirrahmannirrahim… Mulakan majlis kita dengan bacaan UMUL KITAB.. Al FATIHAH… Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku .w.buat Selawat dan salam ke atas JUnjungan besar Nabi Muhammad s.a.w Alhamdulillah, dirafakkan ke hadrat Ilahi, yakni MAHA Pencipta kerna masih lagi memberi kita semua ruang, dalam kesempitan serta masa yang terbatas ni,, untuk sama-sama mengimarahkan USRAH Online awalan ( yang pertama bagi team 1) Mohon bagi kerjasama untuk kita sama-sama kongsi ilmu.. ana bukan gah mana.. cuma insan biasa.. yang masih lagi bertatih.. dahagakan ILmu.. Sedikit guideline ana titipkan.. harap kita sama-sama manfaatkan masa yang ada.. ana sedia maklum.. masing-masing ada komitmen.. yang status belajar dengan asgmts.exam.kelas.program etc. yang status kerja.status isteri dan sebagainya… ADAB USRAH 1. Ikhlas 2. Meminta Izin Masuk 3. Menepati Masa 4. Suci 5. Beritahu Naqibah Jika Tidak Hadir 6. Bersedia dari Segi Mental dan Perlakuan 7. Membawa Sumber dan Alat Tulis 8. Mengukuhkan ukhwah 9. Menuntut Ilmu 10. Duduk dengan Sopan 11. Fatihah dan Selawat 12. Menyampaikan kepada Orang Lain 13. Bertanya dengan Izin 14. Mencelah Apabila Sangat Perlu 15. Tenang dan Serius 16. Jangan Bergurau 17 Izin keluar Majlis 18 Jangan Bertengkar 19. Berusaha mengenali sahabat 20. Membaca Tasbih Kafarah 21. Menjaga Rahsia Jemaah Tajuk.. untuk diskusi USRAh mlm ni ialah MANISNYA UKHWAh … RefLeksi kemantapan Aqidah. 46 Kawan Baik Bukannya senang nak cari kawan yang baik . Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik . Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya. Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan. Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan. Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik . Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya. Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya. Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya. Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya. Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita. Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!! Amin Yarabbil Alamin. Ya Allah.. kurniakanlah kami sahabat2 yang baik.... aameen... http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=38095&forum=60&start=100#f550625 ----------------- ![]() ::prAy hArd+wOrk sMarT:: barakaLlahu.. ![]() |
simpLe_sHida ![]() ![]() |
![]()
Jalinkan, Pelihara, dan Suburkanlah SilaturRahim
http://an-nawawi.blogspot.com “Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silatur rahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (Surah an-Nisaa’, 4: 1) Berkenaan ayat ini, Sheikh Abdur Rahman Nashir as-Sa’di berkata, “Allah menggandingkan di antara saranan supaya bertaqwa kepada-Nya dengan perintah untuk berbuat kebaikan kepada kaum keluarga dan melarang dari memutuskan hubungan silatur rahim yang mana dengannya dapat menegaskan akan maksud tersebut, yang bahawa betapa wajibnya menunaikan hak-hak Allah, maka adalah juga wajib untuk menegakkan hak-hak makhluk, khususnya adalah yang termasuk persoalan hubungan kekeluargaan di antara mereka, bahkan menunaikan hak-hak mereka adalah di antara hak-hak Allah yang telah diperintahkan oleh-Nya.” (Tafsir as-Sa’di, 2/11) Dari itu, perlu difahami terlebih dahulu bahawa hubungan silatur rahim adalah suatu bentuk jalinan atau ikatan perhubungan yang dibina secara bersama di antara sesama ahli keluarga dan kaum kerabat yang terdekat. Perkara ini adalah sebagaimana yang disebutkan oleh al-Imam Ibnu Manzhur rahimahullah, “al-Imam Ibnul Atsir rahimahullah berkata, “Silatur rahim adalah suatu ungkapan yang berkaitan dengan menjalinkan perbuatan baik terhadap kaum kerabat yang memiliki hubungan senasab atau perkahwinan, berlemah lembut kepada mereka, menyayangi mereka, memperhatikan keadaan mereka, walaupun mereka jauh dan berbuat jahat. Manakala memutuskan silatur rahim adalah suatu perbuatan yang berlawanan dengannya.” (Lisaanul ‘Arab, 14/31 ![]() Kaum kerabat yang dimaksudkan dalam persoalan ini adalah seperti kedua ibu dan bapa, adik beradik, pak cik, mak cik, sepupu, nenek, datuk, anak-anak, dan selainnya yang memiliki hubungan kekeluargaan yang dekat. Adapun hubungan yang dinisbahkan kepada selain ahli keluarga, maka ia disebut sebagai ukhwah Islamiyah (persaudaraan sesama Islam). “... dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (di masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara.” (Surah Ali Imran, 3: 103) “Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara…” (Surah al-Hujuraat, 49: 10) Dalam perkara menjalinkan silatur rahim ini, suatu yang perlu ditekankan dan lebih diutamakan adalah dalam persoalan menyambungkan hubungan dua pihak yang telah terputus atau mengalami masalah (krisis). Ini adalah sebagaimana hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dari ‘Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhu, “Orang yang menjalinkan hubungan kekeluargaan bukanlah mereka yang membalas sesuatu kebaikan, tetapi adalah mereka yang menyambungkan (menjalinkan semula) suatu perhubungan yang telah terputus.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari) Jalinan silatur rahim yang paling utama dan dituntut adalah menjalinkan hubungan yang baik dengan kedua ibu dan bapa. Malah, ia adalah merupakan suatu yang wajib berdasarkan dalil-dalil yang jelas, yang antaranya, “Dan tidak ada yang disesatkan oleh Allah kecuali orang-orang yang fasiq, (iaitu) orang-orang yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Baqarah, 2: 27) Al-Imam ath-Thabari menyatakan berkaitan ayat tersebut sebagaimana berikut, “Pada ayat ini, Allah menganjurkan hamba-Nya agar menjalinkan hubungan kekeluargaan dan dengan orang yang memiliki hubungan rahim, serta tidak memutuskannya.” (Tafsir ath-Thabari, 1/221) “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa-mu dengan sebaik-baiknya.” (Surah al-Isra’, 17: 23) Menurut al-‘Allamah ar-Raghib al-Asfahani rahimahullah bahawa, “Kata rahim berasal dari kata rahmah yang membawa erti lembut, yang memberi petunjuk (gambaran/indikasi) supaya berbuat baik kepada orang yang disayangi.” (Mufraadaat al-Fazhil Qur’an, m/s. 347) Kedua ibu bapa adalah ahli keluarga yang mempunyai ikatan nasab (keluarga/darah) yang paling dekat, malah memiliki jasa yang sangat besar, yang mana mereka telah memberikan kasih dan sayangnya sepanjang hidup mereka. Malah mereka memiliki hak yang paling utama di dalam tingkatannya dan terletak setelah perbuatan mentauhidkan Allah. Contoh berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah dengan mengasihi mereka, memberi bantuan yang diperlukan, menyayangi mereka, memberi perhatian kepada mereka, menjaga nama baik mereka, dan juga termasuklah menghiburkan hati mereka. Ia bukan sahaja berlangsung setakat di masa hayat mereka, tetapi juga setelah mereka meninggal dunia iaitu dengan mendoakan kebaikan buat mereka. Diriwayatkan dari ‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhu, “Aku bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Amal apakah yang paling utama?” beliau menjawab, “Solat ketika tiba waktunya”. Aku bertanya lagi, “Kemudian apa?” beliau menjawab, “Berbaktilah kepada kedua orang tua.” Aku bertanya, “Kemudian apa?” beliau menjawab, “Jihad di jalan Allah”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, dan Ahmad) Allah Subhanahu wa Ta’ala juga melarang kita dari perbuatan derhaka kepada kedua ibu dan bapa. Di dalam hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyatakan bahawa menjalinkan hubungan silatur rahim memiliki hubung kait dengan keimanan terhadap Allah dan hari kemudian. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Baragsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silatur rahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) Malah, dengan menjalinkan hubungan silatur rahim, Allah akan melapangkan rezeki dan memanjangkan umur kita. Manakala sebaliknya, orang yang memutuskan silatur rahim, Allah akan mempersukarkan rezekinya atau tidak memberikan keberkahan kepada harta yang dimiliki. “Barangsiapa yang suka agar diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menjalinkan hubungan tali silatur rahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) Malah di sana terdapat pula hadis yang berbentuk ancaman kepada mereka yang memutuskan silatur rahim sebagaimana berikut, “Tidak masuk Syurga mereka yang memutuskan silatur rahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Menjalinkan hubungan silatur rahim terhadap ahli keluarga yang lain dapat dilaksanakan dengan pelbagai cara yang antaranya dengan mengunjungi ahli keluarga yang dimaksudkan, tidak lupa bertanyakan khabar, sentiasa berhubungan dengan mereka sama ada dengan menziarahi mereka atau dengan memanfaatkan peranan alat bantu teknologi masa kini (seperti internet, e-mail, sms, atau telefon), memberikan hadiah, sentiasa hormat-menghormati terutamanya kepada mereka yang lebih tua, segera membantu mereka yang memerlukan dan yang berada dalam kesusahan, menghulurkan sedekah kepada yang tidak mampu, saling sayang menyayangi, ingat mengingatkan, memuliakan mereka, mendampingi mereka jika mereka menghadapi kesedihan, meraikan kegembiraan mereka, sentiasa memenuhi undangan dari mereka, mendoakan kebaikan buat mereka, mendamaikan yang berselisih, dan juga mengajak mereka kepada jalan kebaikan yang diredhai iaitu kepada hidayah dan rahmat Allah Subahanahu wa Ta’ala. Perhubungan yang baik terhadap ahli keluarga ini perlulah sentiasa dilakukan bertepatan dengan petunjuk Allah dan sunnah Rasul-Nya. Kepada mereka yang memiliki ahli keluarga yang kafir, fasiq, atau seumpamanya, maka jalinan kekeluargaan bersama dengan mereka dapat juga dilakukan dengan melalui nasihat-nasihat tertentu yang baik-baik, memberi tunjuk ajar, peringatan, membantu mereka dalam kesusahan, menghiburkan mereka dengan memberi hadiah (dalam usaha melembutkan/melunakkan hati mereka), serta berusaha mengajak mereka ke jalan yang benar dengan hikmah. Menjalinkan silatur rahim memiliki begitu banyak manfaat yang di antaranya adalah sebagai suatu usaha (tanggungjawab) melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya, membina suasana kasih sayang yang harmoni dan saling bantu membantu, diberi (mendapat) keluasan rezeki oleh Allah, merapatkan hubungan yang dengannya mampu memberi peluang dakwah yang lebih baik dan berkongsi ilmu serta kebaikan, meraih kekuatan dengan kesatuan kekeluargaan yang terbina, menjauhi keburukan seperti fitnah dan buruk sangka, dan yang akhirnya diberi jaminan Syurga (dijauhkan dari Neraka) oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Daripada Abu Ayyub al-Anshari radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya seorang laki-laki datang bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepadaku suatu amal yang dapat memasukkanku ke dalam Syurga dan menjauhkanku dari Neraka”. Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Engkau beribadah kepada Allah dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, dan menjalinkan silatur rahim”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Nawawi Subandi, 23:27, 25 Jun 2008 Bandaraya Anggerik ----------------- ![]() ::prAy hArd+wOrk sMarT:: barakaLlahu.. ![]() |
simpLe_sHida ![]() ![]() |
![]()
salam alaik...
ok... ana update lagi ym id.. mohon sama-sama add ye.. usrah team wahid 1- selasa simple_shida syukran_islam atiesha_binafsha aliftayaha_1881 awan_biru85 senyumsokmo_86 selagiadacahaya mujahidah_aljadeed nur_petunjuk88 lp_gurlz2000 dimah_purple008 daquayza_de9th zpyr_sky bibiraihana cute_felisdomesticus cahayahati_delima ainulhakimah5530 nys6235 missgenuine_ina mia_nerd143 myhoneymail nur_syatila tam_mirh zulaika2410 niknasriah syauqah_el_wardah ummi_mmas dimah_hr angah_irine nor_aini84 mujahidah89_uu atikah_naim ukwai_115 nur_princessmh srikandi_islam29 ct_hdyh ulfa_amin gadyz07 shyna_ross team isnani 2- rabu ayukhuwah shaikadir yati2302 nrhikmah83 izzahtulwidad wsyahida acudiah listerene lina_mursyidah ana_wafana wardatul_asywaq melur_draja iriss_eureka kir_kus niza_ati maton_88 nhkamaruddin mujahidah89_uu syazni_syaz f_fa87 hanc1003_war redgirls_89 sutera_kasih85 aierah_me Qing_er ashila_waheeda marjan_islam idayah_dd naluri_muslimah kusina_85 nur_princessmh bviolet84 me_nur02 wan_sol86 puterilindunganbulan2005 achik_adriana969 ahirazan cda_nmy aqila_638 lin_cikedot emerald_tigris nur_sofeya poli_gurlz kenal_tahu maaf, andai ada lagi yahoo id yang belum ditambah.. barangkali tercicir.. mohon tambah sahaja hari yang antunna free.. ok... sebarang kemmuskilan.. add ym id ana.. tanya deh..ok.. simple_shida Naqibah – Usrah Online Ukhwah.com simple_shida syukran_islam atiesha_binafsha senyumsokmo_86 cahayahati_delima zulaika2410 syauqah_el_wardah mujahidah89_uu atikah_naim kenal_tahu wsyahida acudiah listerene lina_mursyidah ana_wafana maton_88 nhkamaruddin USrah team 1 5.8 selasa ** tajuk bab 3 hadith 40 ( binaan ISLAM.rukun ISLAM.matlamat ibadat) & tanda-tanda kiamat kecil sambungan & tanda-tanda kiamat besar / fardhu ain... 19.8 ** tajuk bab 4 hadith 40 . fardhu ain.. * tajuk tmbahan akan diumumkn kelak. usrah team 2 6.8 rabu ** tajuk bab 3 hadith 40 ( binaan ISLAM.rukun ISLAM.matlamat ibadat) & tanda-tanda kiamat besar / fardhun ain... 20.8 ** tajuk bab 4 hadith 40 . fardhu ain.. * tajuk tmbahan akan diumumkn kelak. USRAH UMUM - untuk semua 17 Ogos 2008 Ahad MUKJIzat Al Quran & diskusi solat-solat sunat - sunat tahajud.taubat.hajat.istikharah.dhuha.isra'.witir 25 Ogos 2008 isnin ** sambungn..diskusi solat-solat sunat juga sempena ramadhan.. RAMADHAN yang kurindui... |
simpLe_sHida ![]() ![]() |
![]()
JOm...
masuk dalam ni.. www.ukhwah.com jangan malu-malu ye.. semua muslimat saja... topik UO.. http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=38095&forum=60&start=100#f553971 |
simpLe_sHida ![]() ![]() |
![]() ![]() Kaifa halukum adik2 usrah. ![]() moga sihat dalam limpahan rahmatNya.. Ok.. nak reminder next UO. USRAH UMUM - untuk semua ( still MUSLIMAt only.. combine team 1 & 2) 17 Ogos 2008 Ahad Jam 9.15pm-10.45pm MUKJIzat Al Quran & diskusi solat-solat sunat - sunat tahajud.taubat.hajat.istikharah.dhuha.isra'.witir Mohon add nick naqibah atiesha_binafsha ( kak aisya ) mohon maaf..kak shida tak dapat online mlm UO. Kak ada meting.. meting quite penting untuk program 23 ogos..MHD. sama-sama kongsi ilmu ye.. best tajuk ni.. huhu.. tak dapat nak share.. insyaallah..nanti kak post dalam topic UO in ukhwah.com selamat berusrah.. ![]() ** pada bukan members ukhwah.com pun xmengapa.. asalkan MUSLImat.. jadi, pakat ajak kawan.adik.kak dll..ok… =D |
simpLe_sHida ![]() ![]() |
![]()
Salam alaik..
ok... ana update lagi ym id.. mohon sama-sama add ye.. usrah team wahid 1- selasa simple_shida syukran_islam atiesha_binafsha aliftayaha_1881 awan_biru85 senyumsokmo_86 selagiadacahaya mujahidah_aljadeed nur_petunjuk88 lp_gurlz2000 dimah_purple008 daquayza_de9th zpyr_sky bibiraihana cute_felisdomesticus cahayahati_delima ainulhakimah5530 nys6235 missgenuine_ina mia_nerd143 myhoneymail nur_syatila tam_mirh zulaika2410 niknasriah syauqah_el_wardah ummi_mmas dimah_hr angah_irine nor_aini84 mujahidah89_uu atikah_naim ukwai_115 nur_princessmh srikandi_islam29 ct_hdyh ulfa_amin gadyz07 shyna_ross syaa_princess_85 nur_zaza team isnani 2- rabu ayukhuwah shaikadir yati2302 nrhikmah83 izzahtulwidad wsyahida acudiah listerene lina_mursyidah ana_wafana wardatul_asywaq melur_draja iriss_eureka kir_kus niza_ati maton_88 nhkamaruddin mujahidah89_uu syazni_syaz f_fa87 hanc1003_war redgirls_89 sutera_kasih85 aierah_me Qing_er ashila_waheeda marjan_islam idayah_dd naluri_muslimah kusina_85 nur_princessmh bviolet84 me_nur02 wan_sol86 puterilindunganbulan2005 achik_adriana969 ahirazan cda_nmy aqila_638 lin_cikedot emerald_tigris nur_sofeya poli_gurlz kenal_tahu tulipjingga1707 sahara_skies wsfairuz hid_uniten *** pada yang posting new ym id.. enti masuk saja mana-mana team.. pesanan.. mohon add sama-sama ye.. bilamana ana add.. nampknye yang list dalam ni.. banyak yang belum add sesama ym.. so.. pakat ramai-ramai lebarkan network.. gabunng jalinkan ukhwah antunna.. ![]() so.. gerakkan mouse.. tetikus.. add lah ye.. list YM antunna.. ![]() |
puteri_JIHAD ![]() ![]() |
![]()
Ana nak sampaikan pesanan k shida, usrah umum 25 ogos 2008 akan di tunda pada 27 ogos 2008(rabu). masa macam biasa. tajuk pun sama macam diberitahu sebelum ni. harap bagitau semua team UO. harap maklum
----------------- salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah [ Telah diedit oleh: simpLe_sHida pada 18-11-08 19:16 ]
|
zinnera ![]() ![]() |
![]() |
simpLe_sHida ![]() ![]() |
![]()
Bismillahirrahmannirrahim..
Assalamulaikum..w.b..t Salam Ramadhan al Mubarok.. ok, untuk Usrah Online –UO bulan rmdhn.. Berikut tarikh UO 10 sept. rabu 10.15-11.45pm. tajuk ‘ amalan sunat.,makruh.. di bulan rmdhn..& tergugatnye RAmadhanku.. (“-) 17 sept. rabu 1015-11.45pm tajuk ‘ Lailatul Qadar kujejaki.. (^-~) Info dalam www.ukhwah.com www.hanan.com.my |
Moderator: Pengurusan, halesolurun_84 |
Please Mendaftar To Post |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |