w'salam
tahniah kerana bakal menimang cahayamata... walaupun masih jauh perjalanannya tetapi persediaan mental & fizikal untuk menerima kehadiran orang baru harus bermula seawalnya (malah seawal memilih pasangan hidup...

) banyak soalan adik ni... biar akak jawab satu persatu...
1. apa yang perlu dimakan?
makan makanan yang berkhasiat, lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran hijau. sebaiknya masak sendiri, kurangkan makan di luar dan juga makanan yang kurang berkhasiat (seperti kudap-kudapan dan fast food) kerana banyak monosodium glutamate, garam, perisa, pewarna dll yang mungkin berlebihan.
makan sedikit tetapi kerap, maknanya jangan tunggu sehingga terlalu lapar baru nak makan. awasi kandungan gula & tekanan darah. berat ibu hamil akan bertambah 1/2 kg sebulan semasa trimester pertama dan 1-2 kg sebulan masa trimester ke2 dan ke3. purata pertambahan berat antara 10-15 kg selama 9 bulan.
2. ya banyakkan baca surah2 tersebut malah semua surah dalam Al Quran elok dibaca. Sementara masih belum sibuk dengan anak kecil ni, rajin2 lah khatam Al Quran. insya Allah akan dipermudahkan segalanya.
3. vitamin dan ubat dari klinik baik dimakan terutama asid folik, B complex, ferum, vitamin C dll sebagai supplement walaupun semua zat itu boleh diperoleh dpd makanan harian.
4. apa yang perlu dibeli? buat senarai keperluan bayi... baju, lampin kain, diapers, bedak, sabun, baby wipe dll. Baju baby jangan beli terlalu banyak sebab baby cepat membesar, sekejap saja dia dah tak boleh pakai baju newborn dia. belilah sedikit demi sedikit supaya last minute nanti tak beban sangat beli barang banyak sekaligus... lagipun takut nanti dah tak larat nak shopping sebab perut dah memboyot.

boleh mula beli barang bila dah masuk 5-6 bulan, waktu tu selalunya dah tak mabuk/pening dah... Beli ikut keperluan... ibu bapa selalunya excited beli macam-macam tetapi akhirnya tak diguna pun contoh macam katil bayi (beli mahal2 last2 baby tidur sama dengan mak bapak sampai besar...

saya lah tu...)
5. ubat untuk ibu bersalin? sekarang ada macam-macam produk di pasaran yang mudah dimakan contoh Nona Roguy, deWajah, Salindah, Mustika Ratu dll. Pilihlah mana yang berkenan... baca dan banyak bertanya kepada yang pernah guna. Akak makan produk deWajah masa anak pertama then anak ke2 makan Nona Roguy. kedua-duanya okay... tak beli set lengkap beli mana yang patut saja. Ini pun kena plan awal sebab kosnya juga agak tinggi (ratusan RM jugak).
Nasihat tambahan...
1. banyakkan membaca buku/artikel tentang kehamilan dan kelahiran.
2. jaga emosi, perilaku dan kata-kata kerana ia sedikit sebanyak ada memberi kesan kepada anak dalam kandungan.
3. bersedialah dengan ilmu berkaitan penyusuan ibu. akak amat menggalakkan penyusuan ibu sepenuhnya sehingga 2 tahun walaupun ibu bekerja.
good luck. semoga semuanya berjalan lancar. insya Allah.

-----------------
www.momschoice.com.my
"The Right Choice for Today's Moms"
[ Telah diedit oleh: niezahani pada 01-11-07 22:39 ]