Oleh |
siapa ada tips cara diet yang sihat? |
haifa218
WARGA RASMI Menyertai: 12.04.2006 Ahli No: 6528
Posting: 14
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 27-02-07 09:55
 semua, saya dengan huby sekarang dalam proses berdiet, huh...terkejut betul bila timbang berat hari tu..rasa tak percaya pun ada, tapi kena percaya sebab memang badan terasa berat sangat˛. bayangkan 2 hari sebelum kahwin berat saya 53kg dan sekarang 71kg..macamana tu? kawan˛ ada tips untuk kurangkan berat badan, bolehlah kita kongsi di sini.
|
istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN:: Menyertai: 01.10.2003 Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor
|
Posting pada: 28-02-07 12:23
Biasa kalau nak kurus, ramai yang berjaya menurunkan berat badan tidak akan sentuh nasi. Maknanya kenalah cari alternatif lain selain dari nasi seperti roti serat, sayur-sayuran dan buah-buahan selain dari bersenam. Amalkan untuk makan malam sebelum jam 7 dan jauhkan dari makanan yang tinggi dengan lemak dan kolestrol seperti nasi, telur, roti canai, sambal, masak lemak dan daging.
|
haifa218
WARGA RASMI Menyertai: 12.04.2006 Ahli No: 6528
Posting: 14
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 28-02-07 15:26
sambal tak boleh? itulah makanan favourite kami berdua..sehari tak pedas rasa macam tak selera...tapi macam saya pernah terbaca artikel dalam majalah mingguan wanita, cili boleh memecahkan lemak. mmmm...susah jugak ek???
|
AZURA_ANAKMAMI
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 01.05.2003 Ahli No: 842
Posting: 186
Dari: kuala kurau,Perak
|
Posting pada: 05-03-07 00:15
zura pun punya masalah macam akak haifa..tapi suami still mantain...sebab dia jenis kecik.. ada tak info lagi??tolong kami hehehe
|
istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN:: Menyertai: 01.10.2003 Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor
|
Posting pada: 05-03-07 12:18
Sambal memang kesukaan kepada orang yang suka makan pedas, sebaik-baiknya jangan bubuh minyak banyak sangat, tapi memang tak sedap kalau kurang minyak. Selepas masak, tapis minyaknya terlebih dahulu sebelum dihidangkan.. jangan biarkan sambal anda dikelilingi minyak.. Sebaik-baiknya makan malam sebelum pukul 8 malam, bila waktu malam perut juga memerlukan rehat dan apabila perut terpaksa bekerja keras waktu malam, makanan sukar dihadamkan. Ini yang menjadikan makanan menjadi lemak..
|
srikandi86
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 03.02.2007 Ahli No: 7286
Posting: 21
Dari: uk
|
Posting pada: 05-03-07 17:48
hm..ssh juga nak diet ni..ana pun dah bertmbah berat agaknya..dah 6 bulan ana xtimbang berat badan..sebab ana tak nak berdepan dengan kenyataan..hehe..tunggu ana rasa berat ana dah kmbali seperti dulu..baru la ana berani nak tmbang balik..=p
|
sirin
WARGA RASMI Menyertai: 19.12.2006 Ahli No: 7148
Posting: 8
|
Posting pada: 06-03-07 21:56
ana pun dah masalah juga..ana mgamalkn teh diet..mula2 memang bksan..dalam 1 minggu brat bdan ana trun..tapi lpas tu,tak trun2 dah..macam mana tu??ana pun hairan...tolonglah daku..
|
ryuki
WARGA RASMI Menyertai: 01.07.2007 Ahli No: 7714
Posting: 18
Dari: Johor
|
Posting pada: 01-07-07 20:17
 wbt...herm, topik ini paling hangat sekarang..ana dapat kongsi setakat yang ana taulah..ada bermcm2 diet..ada orang yang inginkan result dalam masa yang singkat tapi mengamalkan diet yang tak sihat..contohnya dengan mengambil makanan tak berkhasiat seperti maggi, tidak makan langsung, dan bermcm2 lagi. Sebenarnya diet yang paling baik yang telah digariskan dalam Islam ialah MAKAN HANYA SELEPAS LAPAR, DAN BERHENTI SEBELUM KENYANG..insyaAllah, kalau kita mengamalkan diet ini ia dapat mengawal kenaikan berat badan, sihat, dan mengamalkan sunnah. Di samping itu terdapat cara- cara lain seperti.. 1. Jangan tinggalkan breakfast. Ambil breakfast yang ringan seperti susu. Saya pernah terbaca dalam majalah yang sebenarnya susu mampu menurunkan kolestrol tapi ambil dalam kuantiti yang betul dan minum SUSU RENDAH LEMAK. 2. Banyakkan mengambil buahan2, dan dinasihatkan makan buah sebelum mengambil makanan berat. ia dapat mengawal rasa lapar seterusnya mengurangkan pengambilan makanan yang berat dalam kuantiti yang banyak. 3. Banyakkan minum air masak kerana air masak juga mampu mengurangkan rasa lapar. Selain itu, ia adalah untuk mengelakkan penghidratan yang boleh membawa mudharat an boleh mencerahkan kulit. 4. Ambil nasi dalam kuantiti yang sedikit. Banyakkan makan sayur dan ikan. 5. Jangan tinggalkan makan malam kerana ia hanya akan menambah kolestrol dalam badan bukan membantu menguruskan badan. Tapi pastikan makanan yang diambil bukan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, jangan mengisi makanan berat dalam perut anda selepas pukul 9 malam. 6. Anda dinasihatkan makan dalam kuantiti yang sedikit setiap kali dan boleh makan dengan kerap. Ini lebih berkesan daripada makan banyak dalam waktu yang sedikit. 7. Jangan terus minum air selepas makan kerana ia tidak elok. Minum air hanya selepas sekurang2nya 15 minit selepas mengambil makanan berat. dan jangan bersulam air ketika makan. 8. Jangan makan makanan dalam badan haiwan seperti hati, paru, limpa. Ia tidak elok untuk kesihatan. 9. Jangan lupa bersenam selalu. Muslimah yang segan atau tidak mempunyai masa sekurang2 nya bolehlah berjalan kaki..Sekurang2nya ia suatu senaman. Ini sahaja yang saya ingat setakat ini..kalau ada tersilap tegurlah saya..Sama2lah kita mengamalkan diet yang sihat. Kalau ada muslimah lain yang ada ilmu silalah tambah, bolehla kita berkongsi ilmu sama-sama..saya juga suka makan sambal..satu hari tak makan sambal tak sah. Jadi boleh makan sambal tapi makanlah dengan nasi. Ingat, ambil nasi dalam kuantiti yang sedikit..  Wallahua'lam.
|
honey_nurhaliza
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 29.04.2003 Ahli No: 643
Posting: 146
Dari: Malacca Historical Place
|
Posting pada: 17-02-08 08:27
ana pun tak terlepas dr masalah kegemukan ni tapi berat badan ana naik masa mengandung...sampai mencecah 90kg...makk aii berat dan gemuk sungguh time itu...tapi sekarang tidak lagi...ana dah berjaya trunkan berat badan dan dapat kembalikan semula berat badan ana yang dulu...alhamdulillah...sebab time berpantang dulu,mak ana memang jaga bab2 pemakanan ni...ana hanya mengambil makanan yang rebus2 dan bakar...makanan bergoreng dan minuman berais ana memang tak sentuh langsung...ana juga amalkan oat sebagai ganti nasik...ana juga mengikut dan mengamalkan seperti wanita-wanita lain pas bersalin seperti bertungku...berurut dan juga senaman yang ringan2....dalam pantang juga ana memang tak jemu2 pakai bngkung untuk kembalikan semula perut dan pinggang yang ramping....memang sakit tapi nak cantik punya pasal...ana amalkan jugak...dan sekarang walaupun tak memakai pemakaian bgkung tapi ana tetap crk altenatif lain sebagai pengganti kepada bengkung iaitu "bodysuit"...memang ana pakai dr pagi sampailah ke malam...alhamdulillah berkat usaha ana...memang ana berjaya kuruskan badan...suka sangat-sangat....kepada wanita-wanita di luar sana,tiada apa yang mustahil untuk kita kuruskan badan selepas bersalin...yang penting usaha yang keras dan pemakaian yang seimbang...selamat mencuba.. 
|