Oleh |
PERNAH PUTUS CINTA?? |
mas_ayu
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 22.01.2007 Ahli No: 7247
Posting: 54
Dari: PaHAnG dArUL MakMuR
|
Posting pada: 26-01-07 14:18
pernah putus cinta tak? berapa kali? mm.. ana npun pernah putus cinta, pedih, kecewa, sakit hati, semua ana dah rasa. tapi ana nak tanya la,patut ke kita memaafkan orang yang pernah melukakan hati kita?? sehingga sekarang ana masih tak mampu nak maafkan dia. kadang-kadang ana nak maafkan dia,tapi macam-macam halangan, jadi ana nak minta pandang antum semua macam mana ana nak buat?? ana dengan dia dah lama knl, dah 6 tahun..dia pun kadang-kadang ada sms lagi ana, nak mntak maaf dengan ana, tapi ana tak pasti la,nak maafkn dia atau tak.. tlong ana ye wahai sahabat...
|
najah85
WARGA RASMI Menyertai: 25.01.2007 Ahli No: 7257
Posting: 2
Dari: kuantan
|
Posting pada: 26-01-07 16:15
..pernah bercinta..tak pernah putus cinta..tapi pernah memutuskan cinta..hehehe..tak ada maknanya bercinta..dulu pernah bercinta,tapi bila dah bercinta ni..rasa xseronok..xbest..rasa xtenang..macam ada something wrong dngn cinta itu..lagi pun hukumnya memang tak boleh..cari jalan keluar..bincang elok2 nga pihak sebelah..dia tak nak putus..ambil keputusan memutuskan cinta..alhamdulillah ketenangan tu datang balik...maybe dia tak sesuai agaknya dngn saya..dan saya pun belum bersedia untuk bercinta...
|
futurama
WARGA RASMI Menyertai: 07.09.2003 Ahli No: 2372
Posting: 5
Dari: muar,johor
|
Posting pada: 26-01-07 16:34
pernah putus cinta dan saya dah maafkan dia sebaiknya, maafkan sajalah.. lupakan yang dah lepas dan teruskan hidup redhaNYA lebih penting
|
futurama
WARGA RASMI Menyertai: 07.09.2003 Ahli No: 2372
Posting: 5
Dari: muar,johor
|
Posting pada: 26-01-07 16:34
pernah putus cinta dan saya dah maafkan dia sebaiknya, maafkan sajalah.. lupakan yang dah lepas dan teruskan hidup redhaNYA lebih penting
|
acik
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 29.05.2003 Ahli No: 1532
Posting: 91
Dari: BUMI TUHAN YANG AGUNG
|
Posting pada: 26-01-07 18:52
kita ambil iktibar dari peristiwa yang lepas... mungkin ada hikmah disebalik setiap kejadian.. acik pun tengah kecewa.. tapi harap kita dapat terus bersabar...
|
akhras
WARGA RASMI Menyertai: 05.02.2007 Ahli No: 7292
Posting: 6
Dari: indonesia
|
Posting pada: 05-02-07 14:23
putus cinta... it's good history for u.. kerana boleh jadi kita akan berhati-hati untuk tidak mengecewakan orang jua..
|
srikandi86
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 03.02.2007 Ahli No: 7286
Posting: 21
Dari: uk
|
Posting pada: 09-02-07 05:22
salam 'alaik.. putus cinta? hmm..topik yang menarik esp di kalangan muda-mudi zaman sekarang ni..ana xpenah la bercinta..tapi pernah la rasa dikecewakan oleh seseorang..bertepuk sblh tangan takkan berbunyi..macam xsesuai pulak nak kongsi pengalaman ana ni kat sini..memang la kita rasa sedih, pilu..tapi ana cuma merasai perasaan tu xlma..sekejap saja..sebab ana tau..kita merancang, Allah jua turut merancang..tetapi sedarlah bahawa perancangan-Nya adalah yang terbaik..Dia tau apa yang terbaik untuk kita..Alhamdulillah, sejak ana ditakdirkan untuk membetulkan kesilapan ana, ana rasa lebih dekat dengan pencipta..frankly speaking..it takes time to forget someone..tapi berusahalah..lepas solat, dalam doa kita..doa kat Allah.. "Ya Allah, sekiranya dia bukan ditakdirkan untukku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkan dia dari ingatanku..dan peliharalah saya dari kekecewaan".. buat, masa ni..ana tak nak fikir pasal ni lagi..masa ana masih pjg..banyak tanggungjawab dan amanah yang ana pikul..ana tak nak kecewakan family..dah berjaya nanti..baru la ana akan pandang serius bab2 cinta ni..baitul muslim ni benda baik..untuk melahirkan para mujahid dan mujahidah Islam..insya-Allah..sekarang ni..semaikan cinta pada yang berhak..yakni Allah s.w.t..dalam msa yang sama..cuba perbaiki dan lengkapkan diri dengan ciri2 muslimah sejati..doakan ana ye~ wallahu'alam..
|
sirin
WARGA RASMI Menyertai: 19.12.2006 Ahli No: 7148
Posting: 8
|
Posting pada: 09-02-07 11:04
salam semua...ptus cinta??tak pernah lagi sebab tak pernah bcinta...ana memang xmnat nak bcinta dengan orang...tmbh2 orang yang ana tak kenal..tapi insyaALLAH suatu hri nanti ana tetapi akan bcinta juga..tapi hanya dengan kekesihku yang bglar ZAUJi..(suami)
|
idahbudakecik
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 16.07.2007 Ahli No: 7727
Posting: 30
Dari: Limbang
|
Posting pada: 16-07-07 16:49
dah 5 kali putus cinta..semua entah ke mana...sekarang ni dah terlalu serik....
|
acik
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 29.05.2003 Ahli No: 1532
Posting: 91
Dari: BUMI TUHAN YANG AGUNG
|
Posting pada: 16-07-07 21:05
memang pedih..sakit..kecewa..macam-macam lagi..tapi acik tetap mengharapkannya..kerana perasaan sayang tu dah tertanam untuknya.acik xsanggup terima orang lain..bagi acik cinta biar lah pada seorang sahaja..acik tetap kan tunggu dia.tetap memaafkan dia...betul ke apa yang acik lakukan ni..kawan-kawan tolong acik..
|
idahbudakecik
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 16.07.2007 Ahli No: 7727
Posting: 30
Dari: Limbang
|
Posting pada: 17-07-07 08:27
ada jodoh tak ke mana...jangan terlalu mengharap..kesudahannya kita tak tahu...cuba bawa solat istikharah
|
sufeyna
WARGA RASMI Menyertai: 22.02.2007 Ahli No: 7357
Posting: 19
Dari: aLam FaNa
|
Posting pada: 17-07-07 10:48
saya 2x putus cinta tapi tak pernah menyesal kerana berpisah..malah bersyukur dapat lari dari terus buat dosa dan maksiat..tu bukan bahagia yang sebenar2nya kita cari....walau sealim mana pun,kalau couple takkan terlepas dari tersimpang d batasan syariat
|
acik
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 29.05.2003 Ahli No: 1532
Posting: 91
Dari: BUMI TUHAN YANG AGUNG
|
Posting pada: 18-07-07 09:35
terima kasih ida, acik ada juga nak buat solat istikharah tapi masih tettangguh..acik sekarang ini lebih mendekatkan diri dengannya..2 saja yang dapat tenangkan acik sekarang ni..terimah kasih
|
nur_shahid
WARGA RASMI Menyertai: 19.06.2007 Ahli No: 7684
Posting: 6
|
Posting pada: 18-07-07 17:12
kerjalah cinta allah kerana itu cinta hakiki..... entahlah kadang kadang ana konfius wahai sahabat semua ........ ada pendapat mengatakan yang tak ada cinta yang berlandaskan islam dan mengkelaskan orang yang bercinta ini adalah najis dalam jemaah ..... tapi ada pula mengatakan ada cinta ikut syariat ...... entahlah ..... mana satu .
|
nuri_za
WARGA RASMI Menyertai: 15.07.2007 Ahli No: 7725
Posting: 1
Dari: muar
|
Posting pada: 19-07-07 01:03
sekadar pendapat: kasih sayang itu rahmat... oleh itu pada pendapat saya bercinta tidak salah seandainya kita menjaga semua batasNya. tetapi yang menjadi masalah ialah apabila kita bercinta kita seolah-olah lupa dan sudah tidak dapat menggunakan kewarasan akal untuk berfikir syariat dan maksiat. disebab oleh itu lah kita digalakkan menjauhkannya. Cari lah cinta Ilahi nescaya cinta manusia akan hadir buat mu. jangan rendahkan maruahmu kerana cinta.. Selamat mencari CINTA NYA
|
isna85
WARGA RASMI Menyertai: 29.06.2007 Ahli No: 7703
Posting: 3
|
Posting pada: 24-07-07 01:17
Bercinta???setiap manusia tak kan lari dari perasaan ni ...bagi pengalaman ana, ana pernah bercinta..tapi tak kesampaian..memang lah pada awal nya kita akan rasa manis tapi semua 2 hanya sementara..tak ada cinta yang sejati melainkan cinta kepada ALLAH..ana setuju dengan pendapat sahabat yang myatakn biar sealim mana org 2,tapi bila dia bercinta pst akan myimpang..ini berdsrkn pgalaman ana melihat kawan-kawan & pengalaman ana sendiri..ana terus terang sampai sekarang ana tak mampu memaafkan insan 2,,tapi ana sntsa bdoa agar pintu ht ini dibuka agar memaafkan nya.. tapi...ana tak mampu paksa ht ni untuk maafkan nya..bagi ana biarlah kemaafan 2 datang dr ht ni dengan ikhlas memaafkan nya pada suatu hari nanti... tapi ana tak pst sampai bla...wahai sahabat2 semua..ada nasihat buat ana ke???
|
isna85
WARGA RASMI Menyertai: 29.06.2007 Ahli No: 7703
Posting: 3
|
Posting pada: 24-07-07 01:33
Mengapa ku bercinta dengan kehidupan yang sebentar Mengapa ht in terpaut pada insan yang diciptakan Sedangkan pjuangan merebut cinta ALLAH Lebih suci dan utama terkorban diabaikan Mengapa ku bercanda dengan badai perasaan Sehingga bercemamai keimanan kugadaikan Sedangkan nun di sana pjuangan memerlukan Pengorbanan pewira & srikandi yang setia Itulah bahana nya cinta pada dunia Memunahkan cinta hakiki ILLAHI Memberi kekecewaan di ht sanubari Berapa ramai insan mendamba pada dunia Keremajaannya dipandu angan-angan palsu Terpesona jiwanya & terpudarlah imannya Perjudian angkara perasaan yang inginkan perhatian Oh TUHANKU kudratkan ke hadratMU pengharapan Pimpinlah hambaMU ini Agar tidak terpedaya lagi.....
|
nur_syaiezzaty86
WARGA RASMI Menyertai: 30.06.2007 Ahli No: 7708
Posting: 6
Dari: tawau,sabah
|
Posting pada: 24-07-07 04:29
 .... "Cinta...kalau bahasanya HATI... Itulah cinta HAKIKI... Kasih...jika dasarnya RABBI.... Itulah kasih SEJATI...." PUTUS CINTA...?rasanya semua remaja pastinya pernah mengalami putus cinta kan2...sapa yang tak pernah 2..,lah tolong bagi petua ke....hehe... ana pun pernah putus cinta juga...tapi,alhamdulillah ana tak pernah membenci dia...ana tau apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.. nasihat ana,jika kita ingin melupakan si dia yang pernah melukakan hati kita..cuba jangan "MEMBENCI DIA.."walaupun benda ni susah untuk dilakukan,tapi insya'allah muslimah pasti dapat melakukannya...bukan semua kisah cinta kita dan dia serupa kan..ana tahu pasti ada sebab yang menyukarkan kita untuk melupakannya,untuk tidak membencinya...tapi, kita semua tau,pasti ALLAH telah mengaturkan kehidupan kita sebaiknya.. pasti ada jodoh yang lebih baik dari si dia yang pernah melukakan hati kita...... "...Ya Allah,aku mohon cinta-MU dan cinta orang-orang yang mencintai-MU, serta amalan yang mendekatkanku kepada cinta-MU... AMIN. -----------------  muslimah_sejati86 [ Telah diedit oleh: nur_syaiezzaty86 pada 08-12-07 09:55 ]
|
idahbudakecik
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 16.07.2007 Ahli No: 7727
Posting: 30
Dari: Limbang
|
Posting pada: 24-07-07 13:20
cinta...cinta...dah jemu pasal cinta ni..boring sangat...masalah cinta saja timbul...alahai..
|
aziezu
WARGA RASMI Menyertai: 24.07.2007 Ahli No: 7744
Posting: 3
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 25-07-07 00:39
salam ukhwah... putus cinta... sebenarnya saya baru putus cinta, lebih kurang 5 bulan lepas. waktu tu, Hanya Tuhan saja Yang Maha Mengetahui... first week selalu nangis, sampai seminggu tak makan. lebih2 lagi kami sentiasa bertemu kerana sekelas & satu course. tak boleh nak tengok muka dia tapi dalam masa yang sama kasihan. walaupun dah memaafkan dia tapi masih ingat apa yang dia telah buat kat kita. tapi saya tak boleh nak marah dia malah makin simpati kerana saya tahu sebenarnya dia seorang yang baik. mungkin apa yang berlaku adalah satu ujian yang diberikan Allah atas hamba2Nya & disebalik itu ada hikmahNya. selepas itu saya berfikir & bermuhasabah. sentiasa mendekatkan diri padaNya & berdoa agar dikuatkan semangat. saya redha atas apa yang berlaku... saya doakan agar dia & pasangannya bahagia...
|