Oleh |
Tun Mahathir kritik Pak Lah? |
istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN:: Menyertai: 01.10.2003 Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor
|
Posting pada: 08-06-06 11:08
PUTRAJAYA: Tun dari Mahathir Mohamad semalam melemparkan kritikan paling keras terhadap pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi termasuk menuduh penggantinya itu menikam beliau dari belakang. Bekas Perdana Menteri itu yang sebelum ini mempertikaikan beberapa keputusan kerajaan termasuk pembatalan projek jambatan menggantikan Tambak Johor, tanpa berselindung menyuarakan kekecewaannya terhadap pentadbiran Abdullah.
Bagaimanapun, kenyataannya mengundang reaksi ramai pemimpin kerajaan yang rata-rata menyifatkan serangan terbaru dari Mahathir itu sebagai keterlaluan, tidak wajar serta boleh memporakperandakan keadaan.
Sebilangan Menteri Kabinet dan pemimpin kanan Umno, dalam menolak kritikan bekas Perdana Menteri itu sebagai tidak berasas serta tidak adil, turut bimbang ia boleh menjejaskan kestabilan politik negara dan parti.
“Setiap Perdana Menteri akan melakukan apa yang terbaik mengikut keadaan pada sesuatu ketika. Pada zaman Tun (dari Mahathir Mohamad) jadi Perdana Menteri, saya percaya beliau juga sudah melakukan apa yang terbaik untuk negara.
“Seperti juga zaman ini, saya percaya Abdullah akan melakukan yang terbaik juga. Oleh itu, semua pihak perlu beri sokongan yang padu kepada Abdullah sebagai Perdana Menteri,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di New Delhi.
Ketua Pemuda Umno yang juga Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata dakwaan dari Mahathir tidak adil kerana Kabinet membuat keputusan secara bersama.
“Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sudah dibentangkan dan saya yakin ia akan berjaya. Jika gagal, orang ramai berhak menilainya apabila pilihan raya, bukan Tun dan bukan sekarang,” katanya.
Terdahulu, dalam sidang akhbar di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, dari Mahathir berkata, hatinya terguris apabila didakwa 'menghabiskan semua duit kerajaan dan kerajaan muflis' kerana pembinaan projek mega ketika beliau memimpin negara selama 22 tahun.
Ditanya sama ada Abdullah menikamnya dari belakang, dari Mahathir berkata: "Luka sedikit seperti mengatakan saya menghabiskan semua duit kerajaan. Setahu saya, kerajaan banyak duit.
"Memilihnya (Abdullah) sebagai pengganti, sebenarnya beliau bukan pilihan pertama kerana berada dalam kedudukan kedua (Naib Presiden Umno) kerana dia tidak memperoleh undi tertinggi, tetapi Najib (Datuk Seri Najib Razak) tertinggi.
“Saya pilih dia dan saya jangka ada sedikit (perasaan) penghargaan. Tetapi saya diberitahu saya terbabit dalam projek mega dan menghabiskan duit... tiada siapa ada duit sekarang," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri media asing.
Sidang akhbar itu diadakan bagi memberi taklimat mengenai satu forum keamanan anjuran yayasan berkenaan, tetapi wartawan asing seperti dari AP, AFP dan Reuters mengambil kesempatan mengemukakan pelbagai soalan mengenai hubungan beliau dengan kerajaan sekarang.Tun Mahathir masih lagi mahu berkuasa, sepatutnya dia menghormati Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Apa pendapat antunna?
|
cyxaula
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 05.04.2006 Ahli No: 6488
Posting: 28
Dari: Moscow, Russia
|
Posting pada: 11-06-06 17:36
pada mulanya saya terkejut bila membaca berita ni dalam akhbar utusan online & bhonline. mana taknya, kedua2 pemimpin ini sangat saya kagumi kebolehan mereka mentadbir negara dengan cara masing2. pada pendapat saya yang daif ini, mungkin tunM rasa apa yang dia buat selama ini tidak di hargai dengan sepatutnya, bayangkanlah, bila kita bersusah payah merancang sesuatu tiba2 di batalkan begitu saja oleh orang yang kita percaya boleh meneruskan perancangan kita tu tanpa sebarang alasan yang munasabah, malah orang itu juga telah berjanji akan meneruskannya, tapi hasilnya... sikap pak lah yang tidak mudah melatah bila di kritik oleh bekas PM Malaysia sangat bagus, bukan la kata pak lah tak tau nak jawab, tapi pak lah cuma tak nak perkara ni di besar2kan. saya yakin pak lah ada alasan dia yang sendiri. ahli kabinet pulak yang kecoh..sepatutnya mereka memberi reaksi yang positif, bukannya mendabik dada mengatakan tunM tak patut memberi kritikan yang sebegitu. tunM sebagai bekas pemimpin negara dan mempunyai banyak pengalaman sepatutnya di hargai. sekian pendapat saya. ~salam ukhwah~
|
farihinfauzi
WARGA RASMI Menyertai: 01.06.2005 Ahli No: 5354
Posting: 17
Dari: seremban
|
Posting pada: 12-06-06 15:36
Salam.. tertarik untuk memberi sedikit respon pada kenyataan di atas berkaitan kritikan yang diberi oleh Tun M. Sejujurnya, komen dan kritikan diberi oleh Tun M sebagai warganegara malaysia memang di alu2kan TETAPI apa yang tidak manis dipandang adalah kerana kritikan keterlaluan beliau terhadap kepimpinan negara yang pernah beliau pimpin dahulu. Sebagai satu pasukan, TUn M tidak seharusnya begitu lantang bersuara sehinggakan boleh mencabar dan menggugat kredibiliti pimpinan yang beliau sendiri pilih. Di sini kesilapan beliau sebagai seorang Bekas Pemimpin NEgara yang disanjung tinggi satu tika dulu dan hingga kini. tak dinafikan, apa yang telah beliau laksanakan dan rancangkan dulu banyak juga memberi kelebihan kepada rakyat TETAPI itu tak bermakna bahawa beliau boleh mengutarakan pendapatnya atau mengambil tindakan sesuka hati. tidakkah beliau sedari bahawa ianya boleh menjejaskan kredibiliti beliau sendiri? Seharusnya sebagai satu 'team' (UMNO), kritikan dibuat pada umum dan media harus 'berlapik'... di sini dikhuatiri kepercayaan dan keyakinan rakyat pada parti yang memerintah akan tercalar. Sebaliknya kalau memang tak puashati, cakap di belakang tabir (bersemuka dengan PAk LAh dan lain2 secara tertutup). bagi Pak lah jua ada silapnya tersendiri..mujur beliau tidak membalas kritikan yang pedas itu dengan komen yang setara hebatnya. Baguslah tindakan yang diambil sekadar satu respon yang boleh menampakkan kematangan Beliau sebagai orang politik dan pimpinan nombor satu negara masa kini. Pak lah kesilapan nya mungkin sebab dia pernah mengutarakan komen yang mengatakan pimpinan terdahulu menghabiskan duit rakyat. yelah, mana-mana pihak pun akan melenting. Cuma satu sikap Pak Lah yang saya puji sebab dia mengamalkan konsep musyawarah...perbincangan sesama kabinet untuk menentukan keputusan yang bakal dibuat. so, apa-apa hal tanggungjawab bersama untuk memikulnya. itu baru kepimpinan yang kita harap2kan. Memang xdisangkal sebagai seorang pemimpin atau leader dia sepatutnya menunjukkan ketegasan beliau. Itu kelemahan yang nampak pada dirinya. Hopefully Pak Lah dan dari Mahathir after this can settle down..berdamai dan buat perbincangan terbuka. Cukuplah bertelagah sesama sendiri kerana malu jika di tengok mata dunia. Tenaga kedua2 masih diperlukan dalam nak memacu negara dan tolong negara2 lain contoh macam Hamas, Isu2 dunia ketiga yang lain.. Actually banyak lagi nak respon, nantilah InsyaAllah ada masa saya respon lagi. "Apa yang baik sepatutnya diambil dan dihargai, Apa yang buruk jadikan sempadan.." Negara tangunggjawab kita bersama--Allah dan Rasul sebagai ikutan- memetik kata-kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee: - "BUang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi".. [ Telah diedit oleh: farihinfauzi pada 12-06-06 15:42 ]
|
huurun_in
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 20.03.2006 Ahli No: 6427
Posting: 30
Dari: alor gajah
|
Posting pada: 14-07-06 01:19
assalamualaikum..kelakar jugak bila jadik macam ni (no offense okay). bukan kah mereka berdua dari satu kapal dahulu. bergerak bersama, bekerja bersama(masa Pak Lah dengan Mahathir jadik orang besar dalam negara dulu). but then at last, bergaduh pulak. i'm not saying that there is something fishy behind that situation, but kalau kedua2 pemimpin besar ni bergaduh, tidakkah memberi peluang kepada pihak lain untuk ambil kesempatan. well, kejatuhan dan kemenangan adalah fitrah kan. as a leader, kritikan rakyat adalah perlu supaya kesilapan yang dibuat tidak berlanjutan. kritikan pula perlu dibuat secara behikmah, bukannya melulu saja kan..=) wallahua'lam /ps..sentiasa mengharapkan kemenangan Islam..=)
|
istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN:: Menyertai: 01.10.2003 Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor
|
Posting pada: 14-07-06 10:46
Betul tu, kalau dah pemimpin besar bertelagah, ia memberi peluang kepada pihak lain untuk masuk campur. Semoga Islam terus gemilang..
|
simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....
|
Posting pada: 02-01-07 11:29
salam alaik.. ups.. mencelah sekejap.. ntahlaaa.. nak komen banyak pun.. bukannnye pakar dalam politikuss ni..ehehe.. bila dah mula berada di puncak.. kita kena tengok juga orang bawah.. janganlah bila dah makan rambutan tu.. kulit dibuang merata-rata.. utamakan kebersihan.. kebersihan tu kan.. sebahagian dari iman...ehehhe..
|