KulopAtoi K. Pengendali
Sertai: 24 Feb 2001
Mesej: 751
Dari: Ujung Sana
wa alaikum salam...
ahlan sakura...
sorri ler... pakngah ter bz sikit... ... baru laa ni perasan ada sesuatu yang perlu dilakuan...
berbalik kepada persoalan bolehkah kita punya pak we or mak we...
jawapan nya Tak Boleh
sebab nya apa...
Katakanlah:
Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya)
Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) yang terang daripadanya dan yang tersembunyi dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak).
Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.
Al An Aam : 151
sebabnya islam telah meletakkan satu garis panduan yang cukup jelas didalam perhubungan diantara lelaki dan wanita...
Islam mengharamkan percampuran lelaki dan wanita yang memungkinkan berlakunya sesuatu yang bakal menjadi fitnah akan harga diri, emosi, tubuh badan dan kesejhateraan wanita dan lelaki tersebut...
dengan itu bila kita kata tak boleh... kita melihat konsep pak we mak we dari sudut perilaku hubungan sedemikian di hari ini...
dari sudut semasa.. konsep pak we mak we ni yang pakngah paham dan lihat... cam ada satu hubungan rapat ... hubungan rapat yang di terbina diatas perasaan suka atau sayang... atau pun mungkin cinta...
bila dah ada hubungan perasaan ni... maka dari sudut kebiasaan nya... sering mereka tadi mahu bersama.. sama ada secara surat menyurat, email, chat, tepon atau pun perjumpaan fizikal... yang kesemuanya berlandaskan kepada fitrah diri manusia tadi yang mahukan belaian...
pokoknya rasa sayang atau kasih atau cinta tadi tidak salah dan dibenarkan... dibenarkan selagi ianya dilaksanakan menikut jalan jalan yang di benarkan oleh islam..
tetapi apa yang berlaku dalam suasana semasa... dalam kes pak we dan mak we ni.. bila kasih sayang dan rindu ni tadi berlaku dalam hubungan mereka... maka kemungkinan berlaku perkara perkara selainnya... seperti mendedahkan aurat... berduaan didalam susana yang mengelirukan... berpegangan tangan... dan selanjutnya
Rasullullah telaah bersabda
Hadis Uqbah bin Amir r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Hindarkanlah diri kamu dari masuk menemui wanita iaitu wanita yang bukan mahramnya.
Seorang sahabat Ansar bertanya:
Wahai Rasulullah! Bagaimana kalau ipar? Rasulullah s.a.w bersabda: Ipar itu ialah mati (lebih merisaukan
hadith diatas memperingatkan kita untuk tidak bersama dengan wanita yang bukan mahram kita... dimana kesimpulannya ia mengajar kita bersamaan dengan wanita dalam keadaan yang syak adalah diharamkan... walau pung kita tak buat apa... tetap haram...
itu kalau berduaan dengan wanita dalam keadaan yang syak.. tapi kalo gi shopping beli barang kat sales girls.. kat tempat awam di khalayak ramai... tu kes lain... .. yang disebut tadi berduaan dengan wanita dalam keadaan yang syak...
seterusnya
Hadis Sofiah binti Huyai r.a katanya:
Pada suatu malam ketika Nabi s.a.w sedang beriktikaf aku datang menziarahi baginda. Setelah puas berbual-bual dengan baginda, akupun berdiri untuk pulang.
Rasulullah s.a.w ikut berdiri untuk menghantarku. Manakala tempat tinggal Sofiah adalah di rumah Usamah bin Zaid.
Tiba-tiba datang dua orang Ansar. Apabila mereka melihat Nabi s.a.w mereka mempercepat langkah mereka. Lalu Nabi s.a.w bersabda: Perlahankanlah langkah kamu. Sesungguhnya ini adalah Sofiah binti Huyai Maha suci Allah, wahai
Rasulullah. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda
Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia.Sebenarnya aku risau ada tuduhan buruk atau yang tidak baik dalam hati kamu berdua
hadith diatas pula mengajar kita untuk berhati hati... terlalu berhati hati... sehinggakan ianya memperingatkan rasulullah risau dan bimbang tentang apa yang ada dalam hati... ... toksah sebut lagi pasal berduaan... pastu asyik menukar ikrar kasih dan sayang... atau berpegangan tangan... dan selanjutnya...
seterusnya...
Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Aku pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda:
Jangan sekali-kali seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita melainkan bersama mahramnya dan janganlah seorang wanita musafir melainkan bersama mahramnya.
Seorang lelaki berdiri lalu berkata:
Wahai Rasulullah! Isteriku telah keluar untuk mengerjakan ibadat Haji sedangkan aku wajib mengikuti beberapa peperangan.
Baginda bersabda: Berangkatlah kamu untuk mengerjakan Haji bersama isterimu
dalam hadith diatas... dengan tegas rasulullah mengatakan haram seorang lelaki dan wanita berduaan... dan dalam konteks tajuk yang kita bincangkan... maka secara kebiasaan nya hubungan pak we dan makwe.. akan membawa ke situ... pak we nak jumpa mak we... nak gi makan bersama... gi nengok wayang bersama... shopping bersama... gi jalan jalan bersama...
maka kesimpulan nya.... segala hadith hadith diatas... mengajar kita untuk berhati hati hati dalam melaksanakan perhubungan diantara lelaki dan wanita... ianya mesti dilakukan didalam keadaan dan suasana yang dibenarkan dan segala pesan nabi tadi adalah untuk mengajak kita kembali kepada matalamat utama pesanan Al Quraan diatas iaitu...
dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) yang terang daripadanya dan yang tersembunyi
zina yang tersembunyi... mengikut setengah pihak ialah zina mata dan hati...
so kalo camtu... dalam senario perhubungan pak we dan makwe... dalam kontek semasa... yang nak gi jupa... nak gi makan bersama.. nak gi jenjalan bersama... nak gi dating bersama.. nak gi nengok wayang bersama... mak ianya tidak dibenarkan...
dan sehubungan dengan tu... konsep pakwe makwe yang beremail, tepon, atau chat... atau antor surat cinta ker... juga terlarang kerana Islam begitu mengambil berat terhadap ummah ni... Allah begitu kasih kepada kita... sehingga apa jua yang memungkinkan kepada zina... ianya adalah dilarang dan haram...
memula memang ler baik kot... berbual bual ajer... takder ler nak buat camtu... tapi naluri manusia... fitrah manusia... bila dah mula sayang... nanti rindu pulak.. maka seterusnya nak jumpa.. pastu dah biasa... pastu macam macam hal...
wokey ler penerangan pakngah ni kot... semuga sakura faham dan semuga Allah memberikan kekuatan untuk kita tabah dan istiqamah mengikuti perintah Nya... dan semuga Allah sentiasa mengampunkan kita... amiiin...
wassalam