SAM vs DOL
SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa saya tengah minum, lembu tu terajang
saya. Nasib baik tak mati.
>===================================
SAM: kenapa kau marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. saya beli 3 barang dia minta 6 ringgit. Kata
kedai 2 ringgit.
===================================
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau
dia mati lemas?
DOL: Sebab saya bela ikan emas. saya jumpa ia mati dalam air!
===================================
SAM: Semalam saya nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok saya.
DOL: Mana kau tahu?
SAM. saya tengok muka dia pucat semacam saja....
===================================
SAM: kenapa kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam kenapa?
DOL: Kan saya kata, sebab gula dah habislah!
===================================
SAM. saya tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan
bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. saya lupa nak bayar bil elektrik, api rumah
saya dah kena potong!
===================================
SAM. saya ada AIDS? mana ada...
DOL. saya baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. saya dah
tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah
tanya. saya dah tahu...
=================================
SAM: Dol. saya dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni saya kena banyak berlatih agar dapat
batuk dengan lebih baik lagi.
===================================
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai
kita.
DOL: Tu lah saya dah cakap kat kau, jangan pasang signboard
"SILA DATANG LAGI"
============================================
-----------------
Sesungguhnya manusia itu diciptakan lemah. Maka bergantunglah kepada Allah kerana Dia sebaik-baik tempat bergantung.