Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-07-2022  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Manusia lahir ke dunia disambut dgn azan, manusia meninggalkan dunia diiringi solat, Alangkah singkatnya hidup ini hanya diantara azan dan solat.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 7
Ahli: 0
Jumlah: 7




  Dari Galeri
assalamualaikum....salam ukhwah dari ana untuk sahabat2 semua....

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 8 hari yang lalu
azan84: 37 hari yang lalu


Kesihatan
Topik: Nak buat survey sikit.. pasal kitar haid =)


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Kesihatan
    »» Nak buat survey sikit.. pasal kitar haid =)

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Nak buat survey sikit.. pasal kitar haid =)

itayrah
WARGA RASMI
Menyertai: 20.01.2006
Ahli No: 6228
Posting: 18
Dari: United Kingdom

uk  


posticon Posting pada: 12-04-06 19:19


Assalamualaikum,

kawan-kawan,

Saya dah berumur 21 tahun tapi masih mempunyai kitar haid yang tak tetap. Wanita normal biasanya sebulan sekali kan? saya pulak biasanya kena 2 bulan sekali, atau lebih lambat dari tu. berdasarkan research kat internet, saya dapati perempuan yang kitar haid lambat ni sebenarnya ada masalah kesuburan (ovum tak banyak dihasilkan).. saya sangat runsing memikirkan masalah ni.. lebih2 lagi, keturunan saya memang adik beradik tak ramai. kawan-kawan saya satu kolej, pada usia macam ni, semua dah stabil (haid datang pada tarikh tetap setiap bulan). so, kawan-kawan pulak macam mana? cerita la sikit pasal kawan-kawan nya pulak.. adakah saya seorang saja yang ada problem macam ni, atau memang normal haid tak tetap pada usia semuda ini? (sempat lagi perasan muda) heheh.. thank you kawan-kawan..

ops lupa. saya juga mengalami masalah pms yang sangat teruk... kawan-kawan, macam mana?


Bookmark and Share




  Member Information For itayrahProfil   Hantar PM kepada itayrah   Quote dan BalasQuote

AZURA_ANAKMAMI
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 01.05.2003
Ahli No: 842
Posting: 186
Dari: kuala kurau,Perak

Perak  


posticon Posting pada: 13-04-06 15:19


kasihan nya pada itayrah...tapi kan itayrah kawan zura lagi teruk masalahnya..dia langsung tak datang haid dalam 2-3 tahun ini..yang peliknya dulu dia ada datang haid..so sekarang dia kena makan ubat..apa entah yang di beri oleh doktor..itayrah tak pergi jumpa doktor ke ?? untuk tanya masalah yang di hadapi??


Bookmark and Share




  Member Information For AZURA_ANAKMAMIProfil   Hantar PM kepada AZURA_ANAKMAMI   Pergi ke AZURA_ANAKMAMI's Website   Quote dan BalasQuote

itayrah
WARGA RASMI
Menyertai: 20.01.2006
Ahli No: 6228
Posting: 18
Dari: United Kingdom

uk  


posticon Posting pada: 13-04-06 18:12


tu la.. kasihan saya.. sob2. belum lagi jumpa doktor. saya ingat masalah biasa saja... tapi sejak akhir2 ni, kawan2 saya mula menyuarakan kerisauan mereka. sebab mereka kata, memang dah jarang jumpa orang yang ada problem macam tu pada usia macam ni.. dulu masa sekolah, biasalah... perlukah jumpa doktor ye? atau memang ramai lagi yang macam saya?


Bookmark and Share




  Member Information For itayrahProfil   Hantar PM kepada itayrah   Quote dan BalasQuote

huurun_in
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 20.03.2006
Ahli No: 6427
Posting: 30
Dari: alor gajah

Melaka  


posticon Posting pada: 15-04-06 01:06


assalamualaiki..pada saya lah kan..itayrah patut jumpa doktor lah..benda-benda macam ni kita tak boleh pandang enteng saja..takut2 efek di masa hadapan yang lebih teruk..rahim nak pakai lama kan..better jumpa doktor..my friends pun ada yang bermasalah period tak tentu macam ni..kasihan..efeknya kat muka dengan badan..jerawat tumbuh banyak sebab sistem perkumuhan kurang efektif..jumpa doktor, doktor kasik derang ubat-ubat..i think, doktor mesti ada solution yang baik untuk itayrah..yerlah, simptom-simptom yang itayrah beritahu tu..macam ada something yang tak kena..


Bookmark and Share




  Member Information For huurun_inProfil   Hantar PM kepada huurun_in   Quote dan BalasQuote

finas
WARGA RASMI
Menyertai: 13.04.2006
Ahli No: 6535
Posting: 14
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-04-06 01:45


Pada 13-04-06 15:19 , AZURA_ANAKMAMI posting:

!!! QUOTE !!!

kasihan nya pada itayrah...tapi kan itayrah kawan zura lagi teruk masalahnya..dia langsung tak datang haid dalam 2-3 tahun ini..yang peliknya dulu dia ada datang haid..so sekarang dia kena makan ubat..apa entah yang di beri oleh doktor..itayrah tak pergi jumpa doktor ke ?? untuk tanya masalah yang di hadapi??


ha..kakak ana pun macam kawan anti jugak..
dia tak datang haid dah..
lebih kurang dah 4 taun dah..
sampai sekarang la..
dia mula jadi macam 2 masa dia form 4..
dulu dia normal..
doktor cakap dia tak cukup hormon/hormon tak stabil..
so dapat la ubat yang doktor kasi..
bila makan ubat 2 baru la haid dia datang..
pelik kan..
tapi dia malas dah..kata dia lagi senang tak datang haid..
tak la tinggal puasa ramadhan..
hehe..solat pun tak payah tinggal..


-----------------
muslimah sejati..
malunya mengatasi perawan..beraninya mengatasi pahlawan..cintanya bukan pada gambaran..rindunya bukan pada pertemuan..pabila hatinya tersirat kejujuran..


Bookmark and Share




  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

itayrah
WARGA RASMI
Menyertai: 20.01.2006
Ahli No: 6228
Posting: 18
Dari: United Kingdom

uk  


posticon Posting pada: 15-04-06 04:10


erm.. betul jugak cakap finas tu. tahun lepas saya miss puasa sehari saja. dari segi tu, ada jugak kelebihannya =) . tapi seperti kata huurun_in tu, saya tak tahan efek dia haid lambat ni. jerawat tu memang tak payah cerita la.. memang tension tak terkata. emosi tu, memang dah macam orang tak betul dah.. kadang-kadang menangis tak tentu pasal. lepas itu rasa nak marah sangat-sangat, tapi tak tau Kenapa dan siapa yang perlu dimarahi. huhu.. ditambah pulak sekarang ni saya tinggal seorang diri, tak ada teman berbual.. bertambah la menjadi-jadi kegilaannya. saya cuba2 lah bertenang, bersabar etc... tapi kemarahan yang ditahan efek dia kat hati la. nanti terasa macam sakit2 jantung sikit (heh, ssh nak describe. tapi macam tu lah lebh kurang) . bila period saja barulah depression tu kurang. kurang pun bukan sebab apa, sebab terpaksa tahan rasa sakit yang teramat sangat. erm, kalau sahabat2 semua dah kata macam tu (better pergi jumpa doktor), iAllah saya cari masa sesuai untuk berbuat demikian. terima kasih kawan-kawan..


Bookmark and Share




  Member Information For itayrahProfil   Hantar PM kepada itayrah   Quote dan BalasQuote

zahrah_asrar
WARGA RASMI
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 6399
Posting: 18
Dari: port dickson

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 15-04-06 04:54


macam saya pula...dlu2 haid saya ok.cun2 datang pada tarikh nya tapi sekarang sjk dok jaoh dengan mak dah jadi xteratur kengkdg cepat sangat kengkdg lambat sangat...bukan sebab saya rindu kat mak saya :-di tapi rsnye sebab pmakanan agaknya..yela asyk dok makan maggi saja..:-di


Bookmark and Share




  Member Information For zahrah_asrarProfil   Hantar PM kepada zahrah_asrar   Quote dan BalasQuote

kakngah78
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 22.03.2006
Ahli No: 6432
Posting: 37
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-04-06 10:57


Assalamualaikum itayrah...
mmm....actually ramai sebenarnya kawan2 kita yang mengalami masalah macam ini...malah ada yang lebih teruk lagi..macam itayrah,kakngah rasa tak perlulah risau sangat sampai menjejaskan yang lain2 pulak...walau apapun,kakngah rasa elok itayrah pergi jumpa doktor manalah tau kalau doktor boleh atasi masalah tu..
yelah....haid tu penting bagi seorang perempuan dan ia juga melambangkan sifat kewanitaan...justeru kakngah rasa elok itayrah jumpa doktor...kalau sudi,itayrah boleh pm kakngah..
insyaAllah..mana yang boleh bantu,kakngah akan bantu.. ;-)


Bookmark and Share




  Member Information For kakngah78Profil   Hantar PM kepada kakngah78   Quote dan BalasQuote

jiejot
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.01.2004
Ahli No: 3175
Posting: 110
Dari: malaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-04-06 11:38


jiejot nya peod pun tak teratur....
ni nak syor laa guna laa sendayu tinggi menstorm..
alhamdulillah sekarang memang tetap dia nya circle..penting ni kawan-kawan...kalau peod tak teratur tu, mebi sebab rahim kita tak cukup sihat....
kawan jiejot kat sekolah pun ada same kes macam jiejot. tapi sejak amalkan menstorm tuuu circle dia dah ok


Bookmark and Share




  Member Information For jiejotProfil   Hantar PM kepada jiejot   Quote dan BalasQuote

jiejot
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.01.2004
Ahli No: 3175
Posting: 110
Dari: malaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-08-06 18:26


ermmm, pernah baca artikel, Kalau sesiapa yang ada masalah peod tak teratur, petua untuk melancarkan kitaran haid ialah dengan "cium ketiak suami"
betul ke aaa?
:)


Bookmark and Share




  Member Information For jiejotProfil   Hantar PM kepada jiejot   Quote dan BalasQuote

riyasofea
WARGA RASMI
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 6786
Posting: 4

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-08-06 23:10


Guna la evening primrose....bagus untuk regulate hormon keperempuanan kita...


Bookmark and Share




  Member Information For riyasofeaProfil   Hantar PM kepada riyasofea   Quote dan BalasQuote

eye
WARGA RASMI
Menyertai: 10.08.2006
Ahli No: 6787
Posting: 7
Dari: republic Jay

macedonia  


posticon Posting pada: 10-08-06 23:47


risaunyer..saya pun ada masalah macam tu juga..tak pernah tetap..tapi saya baru 18thn


Bookmark and Share




  Member Information For eyeProfil   Hantar PM kepada eye   Quote dan BalasQuote

jiejot
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.01.2004
Ahli No: 3175
Posting: 110
Dari: malaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-08-06 13:35


biasernye orang yang tak tetap peod ni... disebabkan berat yang berlebihan.. so kena kawal berat badan , ambik supplemen Kalau boleh, evening prim rose tu pun ok, tapi saya lagi syorkan menstorm dari senday tinggi.. memang namapak keberkesanannya dari botol yang pertama.saya dah lama ambil evening primrose tu... tapi pas tu peod tak teratur balik. tapi, menstorm tu saya ambil sekali saja.. alhamdulillah, dengan izin ALLAH, peod tetap tiap2 bulan...
cuba laaa


Bookmark and Share




  Member Information For jiejotProfil   Hantar PM kepada jiejot   Quote dan BalasQuote

naj_jieha
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 23.12.2005
Ahli No: 6124
Posting: 88
Dari: di hadapan komputer

japan  


posticon Posting pada: 11-08-06 21:03


saya baru 14 tahun, tapi alhamdulillah saya sentiasa kena sekali sebulan. tapi, tarikh tu taklah sama saja...kekadang tu mestila lambat atau cepat...
alaah, jangan risau sangat, sebab ustazah saya kata biasalah tu 2 kali sebulan...


Bookmark and Share




  Member Information For naj_jiehaProfil   Hantar PM kepada naj_jieha   Quote dan BalasQuote

eye
WARGA RASMI
Menyertai: 10.08.2006
Ahli No: 6787
Posting: 7
Dari: republic Jay

macedonia  


posticon Posting pada: 11-08-06 22:02


Pada 11-08-06 13:35 , jiejot posting:

!!! QUOTE !!!

biasernye orang yang tak tetap peod ni... disebabkan berat yang berlebihan.. so kena kawal berat badan , ambik supplemen Kalau boleh, evening prim rose tu pun ok, tapi saya lagi syorkan menstorm dari senday tinggi.. memang namapak keberkesanannya dari botol yang pertama.saya dah lama ambil evening primrose tu... tapi pas tu peod tak teratur balik. tapi, menstorm tu saya ambil sekali saja.. alhamdulillah, dengan izin ALLAH, peod tetap tiap2 bulan...
cuba laaa


ish..yeke??berat badan saya kurang saja..


Bookmark and Share




  Member Information For eyeProfil   Hantar PM kepada eye   Quote dan BalasQuote

fatinah_huda
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 16.02.2004
Ahli No: 3281
Posting: 30
Dari: Jepun

japan   avatar


posticon Posting pada: 16-08-06 01:35


keturunan tu mungkin satu sebab tapi satu lagi faktor ialah kesihatan tak dijaga. apa kata pergi jumpa doktor sebab berpuluh penyebab haid tak teratur ini.

biasanya kitar haid saya teratur; cycle 29 32hari, datang 7 8hari dan jarang segugut. tapi ada waktu tertentu itu, kadang-kadang sampai xdtg 3 bulan atau bila datang, cuma 3 hari saja atau sikit sangat atau sakit sangat. sekali tu sampai termuntah2 time period sebab hormon tak balance.

pernah jumpa doktor, dia kata xperlu risau benda biasa saja. selalu nya berlaku kalau saya terlebih kerja kat university, stress banyak sangat, makan tak teratur. atau terlebih exercise atau berat badan turun mendadak ke. ni berlaku masa tgh2 umur 20an masa kurus gile2. sejak berat badan jadi berat ideal, alhamdulillah, jarang berlaku.

cuba jaga kesihatan saudari dulu, jika serious elok pergi jumpa doktor.

orang-orang tua selalu kata, bila dah kawin, selalu nya kitar haid akan jadi teratur, PMS pun kurang... :P wallahualam.


Bookmark and Share




  Member Information For fatinah_hudaProfil   Hantar PM kepada fatinah_huda   Quote dan BalasQuote

masliya
WARGA RASMI
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 6976
Posting: 15
Dari: shah alam

Selangor  


posticon Posting pada: 30-10-06 11:57


ANA DULU ambil EPO(EVENING PRIM ROSE OIL)tapi...SENGGUGUT MAKIN TERUK PULA..SO ANA STOP..


Bookmark and Share




  Member Information For masliyaProfil   Hantar PM kepada masliya   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-10-06 16:28


..

Jawapan:

Bagi kebanyakan wanita, bilangan hari haidnya sekitar 6 dan 7 hari. Mereka kebiasaannya akan keluar tuhr (suci atau cecair putih) bagi menandakan haidnya tamat. Selepas mengalami keadaan ini dia hendaklah mandi wajib, solat puasa dan sebagainya.

Wanita tidak perlu tergesa-gesa mandi (jika dia dari jenis di atas) sehinggalah keluar cecair putih. Diriwayatkan bahawa wanita-wanita di zaman Aisyah menghantar bekas-bekas kepada beliau yang di dalamnya berisi gumpalan kapas yang melekat kesan kekuningan. Lalu Aisyah lah.ha berkata:

"Janganlah kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat al-Qassatul Baidhak (cecair keputihan)." Hadis Sahih riwayat Imam Malik dalam Muwattak dan diriwayatkan secara muallaq oleh al-Bukhari.

Wanita yang tersilap dalam mengira haidnya tidak berdosa selagi dia benar-benar berusaha mengambil apa yang diyakininya.

Kalau menurut Ibn Uthaimin, puasa yang ditinggalkan dalam beberapa hari itu perlu diganti.

Namun, Ibn Abbas menyebut:

"Adapun apabila dia (perempuan) ternampak darah yang banyak, maka dia tidak perlu solat. Jika dia melihat suci (cecair putih) sedetik, dia hendaklah mandi." Majallah al-Buhuth al-'Ilmiyyah, jil. 12, masa. 102.



Lihat beberapa masalah haid sini supaya lebih jelas. (terdapat versi arab dan inggeris juga indon).


















http://www.qassimy.com/vb/printthread.php?t=34309


















mengenai 15 hari, itu berdasarkan mazhab. Kesimpulannya rujuk kembali sifat darah yang keluar. Jika sama dengan haid, maka ia haid dan perlu berenti puasa dan solat.



Wallahua'lam



http://us.f369.mail.yahoo.com/ym/ShowLetter?MsgId=6799_9879679_636047_3628_2074_0_202134_5044_1330703871&Idx=19&YY=87004&y5beta=yes&y5beta=yes&inc=25&order=down&sort=date&pos=0&view=a&head=b&box=Inbox


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA RASMI
Menyertai: 02.10.2005
Ahli No: 5769
Posting: 8

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-11-06 00:35


Assalamualaikum..
Hari tu dalam kuliah ana, ustaz ana ada mengatakan bagi perempuan kalau dia dah biasa datang bulan selama 7 hari ke 8 hari ke....contohnya ana selalu datang bulan seminggu paling lama, ustaz ana bagitahu kalau tiba-tiba period tu datang lebih pendek dari biasa misalnya 4 hari, jadi kita tunggu 3 hari lagi baru boleh mandi wajib. ana keliru dengan penerangan ustaz ana ni. bukankah kalau period dah habis kita boleh mandi wajib.


Bookmark and Share




  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

amnamadina
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 07.10.2006
Ahli No: 6958
Posting: 26
Dari: pasir gudang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-11-06 16:42


salam..ana ada masalah lain pula..tapi masih berkaitan dengan haid...ana sering mengalami satu keadaan dimana keluar cecair keputihan yang kadang kala sangat teruk dan disertai dengan sakit perut..keadaan ni biasanya terjadi bila haid ana xdtg atau lambat datang..ana jadi sangat tak selesa..kadang-kadang nak solat pun musykil sebab adakalanya bila dah ambil wuduk ana dapat rasa cecair tersebut keluar..ana harap ummimq atau sesiapa sahaja dapat membantu atau memberi penerangan kepada ana..


Bookmark and Share




  Member Information For amnamadinaProfil   Hantar PM kepada amnamadina   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Kesihatan
    »» Nak buat survey sikit.. pasal kitar haid =)

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.079588 saat. Lajunya....