Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Majlis Tertinggi Liputan Media Beritahu Teman Hubungi Kami Laman Peribadi  
Suka!
New Page 1

Mutiara Kata
"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

Menu Utama

Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 9
Ahli: 0
Jumlah: 9




Dari Galeri
Assalamualaikum...

salam kasih~sayang buat sahabat muslimah kita semua...

'moga ukhwah yg terjalin sesama kita ini kan mekar bagai kuntuman bunga yg mekar di pagi hari...'

Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 484 hari yang lalu


[ Ucapkanlah SELAWAT dan SALAM kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Hanan.com.my ini ]


Ahli dan Tetamu berkunjung semalam, sehingga saat ini, dan sekarang 9 Ahli dan Tetamu sedang online



Lihatlah Diriku
Topik: tudung labuh trend Wardina ??


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Lihatlah Diriku
    »» tudung labuh trend Wardina ??

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh tudung labuh trend Wardina ??

white_cotton
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 31.05.2003
Ahli No: 1550
Posting: 85
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-10-03 11:54


Betul arr Sumaiyyah..Ana pun setuju dengan anti..

Yang penting ikut syariat dan jangan pilih yang menyerlah sangat..

-----------------
Try To Give You Warning
But Everyone Ignores Me
[Told You Everything Loud & Clear]
But Nobody's Listening


Bookmark and Share




  Member Information For white_cottonProfil   Hantar PM kepada white_cotton   Quote dan BalasQuote

honnney_mk
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 10.12.2003
Ahli No: 2916
Posting: 23
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-06-04 01:24




wa... macam2 fesyen skrg...

tp.. kl nk memilih tudung tu... kena hati2 gak... biasanya tudung2 yg ala-ala wardina tu... byk gak yg jarang... lagipun... corak2nya pun agak menyerlah n menarik perhatian...

ana pernah try pakai tu yg lilit tu... tu pun x abis lilit kt blkg.. wa... mmg seksa... pastu pakai kejap de... dh x tahan...

apa2 pun... janji menutup aurat... bukan stkt nak tutup bhgn depan je.. blkg pun kena jaga gak... pastu.. kaler tudung tu.. jgn la yg striking sgt... nnti.. tak menepati syariat lak..

apa2 pun.. tudung skoolah la tudung yg paling best sekali yg ana pernah pakai .... rindunya.....

-----------------
"medan bercakap lebih besar daripada medan amal, medan amal pulak lebih besar daripada medan jihad"...


Bookmark and Share




  Member Information For honnney_mkProfil   Hantar PM kepada honnney_mk   Quote dan BalasQuote

nuarii
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 05.04.2004
Ahli No: 3525
Posting: 227
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 08-06-04 08:48




sebenarnya tudung ala wardina pakai tu adalah style arab punye pakaian. wardina kan keturunan arab skit. so dia tau dan dah lama sebenarnya style ni di gunakan di arab. saya pernah ke negara arab dan tgk tudung arab ni, berminat sangat dghn cara diorang pakai. tp terpk camne le caranye, masa tu kat mesia ni takkenal pun lg tudung wardina ni.

lepas2 tu baru le wardina menampilkan fesyen ala arab ni. baru le ada yg terikut2.. niat di hati tu wallahua'lam. semoga masing2 pakai tudung ni takmahu melanggar hukum allah. tak kira le tudung apa pun kita pakai. tudung labuh ke.. wardina ke.. sekarang ni waheeda lak. macam2.. tak salah rasanya nak ikut style tu. cuma dlm hati masing2 jgn le pk bile kita pakai tudung je, kita rasa kita le paling baik dimata org. tu pun riak gak namanye. sekurang2nya ada fesyen bertudung ni ramai yg nak pakai tudung, terlepas dah drpd dosa menayangkan rambut... yg lain tu hanya allah yg tahu kan.

walau camana pun, saya tak penah lg pakai tudung ala arab wardina tu,.sbb mmg tak reti.. ada masa nak learn jugak.


Bookmark and Share




  Member Information For nuariiProfil   Hantar PM kepada nuarii   Pergi ke nuarii's Website   Quote dan BalasQuote

cahaya06
WARGA RASMI
Menyertai: 28.07.2004
Ahli No: 4074
Posting: 1
Dari: singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 09-08-04 16:36


apa pula pandangan ahli sekalian mengenai wanita yg ber purdah plak??itu fesyen jgak ke??adakah ia wajib utk dipakai??


Bookmark and Share




  Member Information For cahaya06Profil   Hantar PM kepada cahaya06   Quote dan BalasQuote

raihanahdaniah
WARGA RASMI
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 4092
Posting: 14
Dari: kusza terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-08-04 10:13


assalamualikum..saya juga amat tertarik dgn isu bertudung ala wardina, saya juga pernah memakainya dan memang agak terer bab2 berfesyen ni dikalangan sahabat2.. tapi ini bukan bererti saya menganggap memakai tudung ini adalah yg terbaik, memanglah kalu nak kira pakai tudung lilit camtue lebih nampak kita ni mengikut perkembangan semasa namun kehidupan saya dari kecil sampai skrg sudah biasa diterapkan dgn pemakaian jilbab labuh dari situ saya dapat menilai sendiri mana yg terbaik utk seorang muslimah yg sejati, saya juga pernah memakai purdah sewaktu sekolah pondok dulu itupun tak dapat istiqomah betul2 sebab tukar sekolah lain...waluapapun pokok pangkalnya kita kembali pada ajaran islam itu sendiri dan hayati betul2 bukan sekadar cuba meringan2kan hukum yg Allah tetapkan itu.... memanglah al-quran menggariskan bahaw perlu melabuhkan jilbab shg paras dada tapi adakah kita hanya nak berpegang dgn pandangan yg singkat lantas kita melabuhkan jilbab kita separas dada sahaja? konon2nya mengikut al quran sedangkan bahagian2 tubuh yg lain yg sepatutnya menjadi aurat dan rahsia2 wanita dari pandangan lelaki ajnabi kita dedahkan? tepuk dada tanyalah iman masing2, sejauh manakah taqarrub dan cintanya kita kepada PENCIPTA kita ALLAH SWT? ingatlah sahabatku kaum muslimah sekalian!! islama itu adalah agama yang syumul yg lengkap dengan segala macam kemaslahatan hidup ummahnya..ia tidak perlu disolekkan dan dimekapkan dengan acuan duniawi dengan alasan untuk mengejar kemajuan umat dan agama islam itu sendiri....tak perlulah kita nak merperlabelkan islam maju kerana islamlah yang memajukan kita dan meninggikan taraf kita sampai ketahap skrg.tanpa islam kita takkan mampu berada ditahap sekarang...berkaitan dengan fesyen memang saya tak dapat nafikan bahawa islam tak mengharamkannya asalkan menepati batas2 syarak, kalaulah saya diberi kuasa untuk menetapkan hukum ingin sahaja saya katakan bahawa berfesyen itu haram....kerana kalau dilihat dari sudut negatifnya memang ada, alasannya asalkan menutup aurat tapi janganlah cuba menafikan bahawa tidak timbul perasaan riak dalam hati si pemakai, jangan tipulah bahawa anda benar2 tak merasa apa2 apabila anda begitu ghairah dengan fesyen, jangan nafikanlah wahai muslimah...kalau tak kerana untuk menarik perhatian kaum adampun pasti untuk kelihatan lebih menarik dan terkini dari kaum wanita lain batul tak? kalu saya kata camtue pasti ramai yg membantah mengatakan bhw"eh..aku pakai tudung fesyenpun bukan rasa aper2,aku ikhlas krn Allah...bukankah islam itu indah dan cantik dan Allah suka pada kecantikan " dan pelbagai seribu macam alasan yg akan diberikan...ingatlah sahabatku orang yg banyak memberi alasan itulah oarang yg bodoh sebenarnya, adakah bila memakai jilbab labuh itu tak cantik sebenarnya? cuba tanya iman kita..cantik kita tue sebenarnya untuk siapa? nak kelihatan elegan dan terkini tue untuk siapa sebenarnya? untuk suamikah tapi belum kahwin lagi...untuk suamikah sedang mata2 lelaki ajnabi juga sedang memerhati? untuk ALLAH? rasa taqarrub dengan ALLAH ke bila berfesyen melilit sana sini mengambil begitu banyak masa semata2 nak menyiapkan lilitan tue dan kadang2 time nak soalatpun akan rasa malas nak bukak tudung tue sebab takut berkedutlah,tak kemaslah...lantas ada yg rasa terpaksa jer time solat dan masa solat tue bukan main cepat2 sebab takut tak sempat nak lilit tudung yg canggih tue....dan dari situ kita nampak fesyen camtue ker yang dapat manambahkan keimanan kita pada Allah swt? percayalah sahabat2ku bukan mudah utk kita mencapai tahap mardhotillah itu kalau kita asyik dengan kelekaan duniawi sahaja, saya bukanlah berpandangan sempit derngan memberi pandangan begini...seperti yg saya katakan islam tidak menolak kemajuan dan tidak mengharamkan fesyen asalkan menurut bats2 syarak, tapi kita yang benar2 faham islam ni janganlah biarkan kemajuan dan fesyen itu menghanyutkan kita kerana dari kemajuan dan fesyen inilah merupakan salah satu agenda yahudi menghancurkan islam.. jangan biarkan mereka merosakkan agama kita yg diredhai ALLAH dan amat kita cintai ini...apa salahnya kita berpada2 dalam berpakaian bukankah bersederhana itu menjadikan kita berasa lebih rendah hati disamping lebih mentaqarrubkan diri kita kepada ALLAH AZZAWAJALLA... berjilbab labuh tue juga saya rasa kita akan rasa lebih selesa, mudah bergerak, menjadi muslimah yg lebih aktif dan yg paling penting anda akan rasa lebih selamat bila berjalan2 diluar...mata2 nakal lelaki kurang ditumpukan pada muslimah yg berjilbab labuh ni..betul tak?tak cayer? cuber lah dulu... kalu adapun usikan2 kecil jer...insyaallah TUHAN sentiasa bersama hamba2Nya yg benar2 ikhlas melakukan demi semata2 mencari redhaNYA


Bookmark and Share




  Member Information For raihanahdaniahProfil   Hantar PM kepada raihanahdaniah   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 14.05.2004
Ahli No: 3733
Posting: 58
Dari: heilbronn

germany   avatar


posticon Posting pada: 10-08-04 13:01




ndak melilit cam ner sekali pon.. yg penting, luruskan niat menutup aurat tu lillahi ta'ala.. sbb setiap amalan yg kita lakukan akan dihitung berdasarkan niat.. ndak berfesyen & berhias sikit2 tak per, tp jgn berlebih-lebihan sampai tabarruj.. & pastikan cara bertudung tu menepati syariat yg tlh digariskan.. selebihnya terserahlah pd diri akhawat sendiri..


Bookmark and Share




  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-08-04 17:51



wah...wah.. mcm2 pndpt antum..
raihanahdaniah... pnjgnya anti punye posting..
melilau mata ana bacenye..
enterkan laa...bg ruang..do perenggan..
ana suke juge tgk muslimah yg bertudung ala-ala wardina & berlilit tu.. nampak cute..

apepun.. moge bhg depan tudung tu dilabuhkan.. baru nampak comel.. & cute..

* ana x tahu laa nak belit-belit tu.. kalau ada mak andam boleh juge..

-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

PutriKraton
WARGA RASMI
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 4359
Posting: 19
Dari: Putrajaya/Parit Buntar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-10-04 15:39


Senang je pemakaian tudung. tudung mesti bidang besar dan labuh. Cara ikatan tundung boleh ikut contoh yang terdpt dalam majalah Nona.Ana selalu buat walaupun fesyen tapi tutup bahagian dada.


Bookmark and Share




  Member Information For PutriKratonProfil   Hantar PM kepada PutriKraton   Quote dan BalasQuote

tudungcute
WARGA RASMI
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 6723
Posting: 5
Dari: iium

PulauPinang  


posticon Posting pada: 13-07-06 17:35


keingininan perempuan untuk kelihatan cantik tu memang tak dapat dipisahkan..jadi bagi saya tak salah pun nak bergaya..i think it is an appreciataion of Allah's creation to us..jadi bila bergaya ni..si tuan punya diri akan lebih confiden..berkarisma..and being able to express herself..wid personality..:)

dan saya berpendapat..fesyen tudung labuh macam yang kita tengok tu bukanlah fesyen yang Allah describe dalam Quran..manusia yang ciptakannya..ia dilihat sebagai sesuatu yang menepati syarak sebab fesyennya yang labuh dan bulat sehingga menutup dada tu yang sebenarnya menepati kriteria yang tlah dimaktubkan dalam Quran..kan?


jadi..saya rasa kita bebas nak buat tudung fesyen macam mana sekalipun asalkan tak terkeluar dari syarat2 yang telah kita ketahui dalam Quran..sebab bukan apa..kadang-kadang kita tersilap paham..sampaikan ada yang berpendapat inilah fesyen tudung (tudung labuh) yang Allah maksudkan dalam Quran..habis tu? yang macam lain?? ini yang patut kita ingat dengan jelas takut2 orang lain atau new generation nanti akan berfikir dua tiga kali semata2 nak pakai tudung..besalah remaja..kalau pakai tudung tak boleh nak bergaya sangat ..."emm tak mahu pakai tudunglah..boleh buat macam2 gaya dan style yang best2 pada rambut..." tu yang kita takut nak dengar...


apa yang membosankan bila ada segelintir muslimah yang suka berfikiran negatif lagi sempit bila tengok orang lain bertudung dengan gaya2 menarik...bukan apa..saya ni suka sangat berfesyen..tapi pada masa yang sama saya rasa boring dan terganggu bila ada orang kata pakai tudung ni tak boleh bergaya..ada orang rasa pakai tudung ni adalah satu beban pulak sebab tak boleh nak bergaya..come on people!! open up your eyes..we lah muslim and islam is a beautiful way of life..islam is a religion of LOVE, PEACEFULNESS AND TOLERATE..jadi pakai tudung ni ada hikmahnya cuma kita yang tak paham..dan pakai tudung juga tak menghalang kita untuk kelihatan cantik dan bergaya..

nasihat saya..jangan jadikan tudung ni sebagai alasan tak boleh bergaya..be creative..and we have to be able to look at things positively...and broadly..jangan sempitkan otak kita dengan benda2 yang remeh..dan jangan jadikan pemakaian tudung ni sebagai satu halangan untuk kita bergaya dan kelihatan cantik..kerana alasan seperti itu adalah alasan orang-orang yang berfikiran sempit saja...

islam itu agama yang mudah kerana Allah takkan buat undang2 yang menyusahkan manusia..

islam itu agama yang praktikal..sebab semua orang boleh buat apa yang Allah suruh buat...

islam itu agama yang universal sebab ia fleksibel dan tak lapuk dek zaman...

just think about it people....


Bookmark and Share




  Member Information For tudungcuteProfil   Hantar PM kepada tudungcute   Quote dan BalasQuote

fatinah_huda
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 16.02.2004
Ahli No: 3281
Posting: 30
Dari: Jepun

japan   avatar


posticon Posting pada: 17-07-06 01:46


hmmm, fesyen Wardina itu saya dah nampak banyak kali masa kecik. kalau zaman dulu-dulu (80an) selalu makcik2 yang pernah pergi Umrah/Haji pakai tudung style begitu. orang muda2 kat Malaysia jaranglah lihat tudung camnihkan. Susah senang memakai itu, xkirer apa jenis tudung sekali pun, adalah disebabkan kebiasaan. bila dah biasa dengan satu benda, tentu jadi senangkan, bila nak cuba benda baru akan rasa susah. Ingat tak first time pakai tudung dulu, tentu senget sana sini jugak kan. Nak sampai tahap jadi kemas dan xperlu masa lama untuk pakai tu perlu praktis beberapa lama.

Erm, saya rasa fesyen wardina tu boleh saja tutup dada. Dan banyak saja tudung jenis tu yang tak jarang. Cuma memang xsesuai untuk iklim di Malaysia sebab tebal, jadi panas sikit. kalau negara yang bermusim itu sedaplah kut bila pakai macam tu sebab memanaskan leher. Satu lagi, orang kat Malaysia salah gunakan gaya tudung wardina tu dengan baju ketat2 atau gunung selendang tipis(sebab panas) atau warna terlampau mengasyikkan. kat negara lain, mereka guna warna lebih gelap/pudar.

!!! QUOTE !!!

tudungcute said:
jadi bila bergaya ni..si tuan punya diri akan lebih confiden..berkarisma..and being able to express herself..wid personality..:)


untuk berasa yakin dan karisma, Bergaya bukan penentunya. kalau bergantung semata2 dari penggayaan, keyakinan tu takkan tahan lama.

bagi saya lah kan, keyakinan tu hanya datang dari dalaman. Apabila hubungan kita dengan manusia baik, insyaAllah kita automatik berkarisma.

tapi kalau nak bergaya sebab kita suka kecantikan, rasanya tak salah asalkan sesuai dengan tempat/keadaan dan juga menepati syarak kan.


Bookmark and Share




  Member Information For fatinah_hudaProfil   Hantar PM kepada fatinah_huda   Quote dan BalasQuote

fatinah_huda
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 16.02.2004
Ahli No: 3281
Posting: 30
Dari: Jepun

japan   avatar


posticon Posting pada: 25-09-06 06:59


Pada 11-09-03 11:59 , qatrunnada posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum...
saya ada beli sehelai haritu..besar tudung tu macam tudung labuh tapi tak tahu nak pakai bagaimana..sebab dah biasa pakai tudung labuh..ada sesiapa yang boleh ajar?....


adik akak dan makcik akak hebat pakai tudung selendang itu sebab pernah pergi mekah so derang ada ajar akak sikit-sikit.

kalau tak nak lembik kat atas, atau tak nak guna yang serkup berkilat2 itu (saya tak suka serkup tu) lipat segi tiga kecik kat hujung selendang macam tudung biasa. make sure selendang tu jenis panjang dan lebar besar.

taknak bagi dia longgar atau mudah tercabut, masa mula2 pakai, letak atas kepala, bila tarik ke bawah dagu, guna dua2 tangan untuk tarik dua2 belah selendang ke arah berlainan dengan serentak (penting serentak!) then bila kemas baru tarik selendang yang panjang ke atas kepala lebih kurang betul-betul kat atas ubun, sambil menahan yang belah pendek. jangan tarik kuat sangat, just supaya tak ada kedut. bila dah kemas atas ubun kepala, dah boleh lepaskan bahagian pendek dengan sendirinyer tudung itu takkan bergerak.

Ok, kat sini ada beberapa cara. 1) Satu pin kat atas ubun atau tepi atas telinga dan biarkan(bagi yang nak bergaya) 2) lilit sampai ke bawah dagu atau tepi bawah telinga satu lagi dan selit dalam tudung(yang ni orang yang dah biasa/pro dan xmahu guna pin langsung). adjust cover dada (tapi boleh cover seperti tudung labuh sangat) 3) lilit sampai ke bahu, biar labuh menutupi bahu then pinkan tepi bahu (untuk cover dada)

Susah nak explain kat sini, so saya bagi satu video cara pakai hijab. tapi video ni asal2 untuk orang yang baru masuk islam.

http://www.thecanadianmuslim.ca/wear_hijab_video.html

selendang antara tudung yang xperlu pin selain tudung labuh (tapi tak cukup labuh seperti tudung labuh). apa-apa pun saya xgalakkan pakai selendang nipis atau menyerlah sangat. kalau yang nipis, make sure ada satu lagi hijab bawah itu tapi memang agak panas kalau kat Malaysia dan tak sesuai untuk kegunaan harian. hitam is the best bet kalau nak guna harian.


Bookmark and Share




  Member Information For fatinah_hudaProfil   Hantar PM kepada fatinah_huda   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga89
WARGA RASMI
Menyertai: 10.01.2007
Ahli No: 7215
Posting: 19
Dari: malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-05-07 09:44


macam-macam fesyen zaman sekarang ni eh
apa-apa pun kita nak wt mstilah berlndaskn quran dan sunnah
that's all


Bookmark and Share




  Member Information For setanggi_syurga89Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga89   Quote dan BalasQuote

azuahamid
WARGA RASMI
Menyertai: 09.09.2005
Ahli No: 5671
Posting: 20
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-05-07 12:55


salam..

masing2 ada ulasan dan pandangan sendiri2.. ana pernah juga pakai tudung ala2 yang disebutkan ni.. tapi masa ada special function kat ofis dulu.. sebenarnya boleh dilonggarkan pada bahagian leher.. tapi memang leceh nak pakai lebih2 lagi kalau untuk jgkmsa pjg... lepas solat tu mula la terkial2 nak melilit lagi.. tapi sekarang dah tak berapa minat nak pakai begitu la.. mudah pakai tudung yang dah siap berjahit.. sarung dan adjust sikit2 saja.. hehe.. yang penting, jangan lari dari niat asal untuk menutup aurat ;)


Bookmark and Share




  Member Information For azuahamidProfil   Hantar PM kepada azuahamid   Quote dan BalasQuote

maratussolehah
WARGA RASMI
Menyertai: 12.06.2008
Ahli No: 8594
Posting: 11
Dari: JB

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 30-06-08 05:54


macam nana bentuknya...tak ada pic ke?


Bookmark and Share




  Member Information For maratussolehahProfil   Hantar PM kepada maratussolehah   Pergi ke maratussolehah's Website   Quote dan BalasQuote

Ashkaf
WARGA RASMI
Menyertai: 20.03.2009
Ahli No: 10163
Posting: 1
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-03-09 16:28


salam...

btw, ana suka tudung labuh yang konvensional tu :D

tapi memandangkan ana kerja bidang korporat ni, agak janggal lah sikit. so, ana pakai tudung dari kain serban..huhu...nak buat macam mana, sedari anak dara sampai dah kahwin ni masih selesa dengan kain serban..

apapun, ana pakai juga tudung fesyen sekarang (Ratu, Ariani dan sewaktu dengannya). Tapi yang didalam lah. Labuh menutup dada juga rekaannya. Kain pun tak jarang. Senang ana nak pakai/buka niqab..:D


Bookmark and Share




  Member Information For AshkafProfil   Hantar PM kepada Ashkaf   Pergi ke Ashkaf's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 27-03-09 10:49


Assalamualaikum

saya tengok orang lain pakai tudung cantik-cantik.. macam-macam fesyen pun kena pada muka dia..
tapi kan bila saya try nak pakai yang fesyen2 ni.. memula sekali saya dah tergelak dulu.. rasa macam entah apa-apa..hikk :-D sudahnya saya pakai saja tudung biasa yang keronsang di atas dan bawah..dari zaman sekolah sampai lah zaman dah kerja..


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-03-09 21:40


Bab tudung ni ikut si pemakainya. Sekiranya si pemakai tu berbadan ramping maka pakai tudung labuh ala wardina tak menjadi masalah. Tetapi bagi yang size XXXL macam umi kenalah guna tudung labuh yang original tu barulah tutup aurat sempurna sikit. Lagipun mudah untuk dijadikan lapik tangan sekiranya ada insan bukan mahram menghulur tangan nak bersalam.

Wallahuta'ala a'lam bissawab


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Suzanna_mal
WARGA RASMI
Menyertai: 28.03.2009
Ahli No: 10256
Posting: 18

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-03-09 10:52


Alhamdulillah ana baru saja mendaftar disini....seronok tengok topik-topik yang dibincangkan


Bookmark and Share




  Member Information For Suzanna_malProfil   Hantar PM kepada Suzanna_mal   Quote dan BalasQuote

Sejadah_Usang
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 01.09.2009
Ahli No: 11304
Posting: 54
Dari: Subang Jaya

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-03-12 21:32


assalamualaikum

dari zaman belajar hinggalah dah kerja dan berkeluarga ni saya maintain dengan tudung labuh konvesional tu... Alhamdulillah kerja bidang pendidikan jadi tiada masalah untuk pakai tudung ini... Simple dan sederhana


Bookmark and Share




  Member Information For Sejadah_UsangProfil   Hantar PM kepada Sejadah_Usang   Quote dan BalasQuote

Sejadah_Usang
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 01.09.2009
Ahli No: 11304
Posting: 54
Dari: Subang Jaya

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-03-12 21:32


assalamualaikum

dari zaman belajar hinggalah dah kerja dan berkeluarga ni saya maintain dengan tudung labuh konvesional tu... Alhamdulillah kerja bidang pendidikan jadi tiada masalah untuk pakai tudung ini... Simple dan sederhana


Bookmark and Share




  Member Information For Sejadah_UsangProfil   Hantar PM kepada Sejadah_Usang   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Lihatlah Diriku
    »» tudung labuh trend Wardina ??

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 1.644052 saat. Lajunya....