Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Perkataan yang baik tidak akan tumbuh pada hati yang kotor, sepertimana biji benih tidak akan tumbuh di tanah yang gersang..
--
Jijah

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 22
Ahli: 0
Jumlah: 22




  Dari Galeri
Assalamualaikum...

salam kasih~sayang buat sahabat muslimah kita semua...

'moga ukhwah yg terjalin sesama kita ini kan mekar bagai kuntuman bunga yg mekar di pagi hari...'

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Luahan Hatiku
Topik: Kepulangan..


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» Kepulangan..

Please Mendaftar To Post


Oleh Kepulangan..

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-12-05 10:33


Tanggal 26 November 2005 bersamaan dengan 24 Syawal 1416H, pulangnya anak saudaraku, Mohd Ridhuan bin Mohd Shaifuddin ke rahmatullah.. Dengan tenang dia mengucapkan kalimah Allah dimulutnya, lalu dengan perlahan dia menghembuskan nafasnya..

Ramadhan datang lagi! Abang kali ini rajin berbuka dirumah neneknya yang dipanggil mak. Manakala saya sesekali berbuka puasa dirumah mak, kerana suamiku bekerja shif, sekiranya suamiku bekerja petang, maka peluang ini kuambil untuk berbuka puasa dengan mak dan abang..

Abang memang rajin ke pasar malam maupun pasar ramadhan.. setiap kali kupulang kerja, pasti dia akan bertanyakan diriku sama ada saya ingin mengirim lauk pauk dari pasar.. sekarang tiada lagi kedengaran suaranya..

Sebagai anak remaja yang sedang membesar, pastinya dia tidak terkecuali dari hiburan zaman sekarang.. selepas menunaikan fardu magrib, pastinya peti televisyen arah tujuannya.. kadang kala mak menggelengkan kepala mendengarkan lagu - lagu yang didengarnya.. hmm, katak sekarang pun dah boleh nyanyi.. abang hanya tergelak sahaja.. Sekarang rumah sepi selepas jam 7.. hanya dibuka pada waktu 8 untuk melihat Buletin Utama..

Ketika Ramadhan, mak tak penat - penat mengajak abang ke masjid untuk menunaikan tarawih.. abang pun rajin, melainkan kalau saya tidak berbuka dirumah mak.. dia akan ke masjid sekiranya saya dan mak pergi bersama..

Teringat abang sewaktu kecil, dialah anak saudara yang paling rapat dengan saya dan juga mak.. kerana dialah cucu pertama dari abangku yang kedua.. dibesarkan sejak umurnya beberapa hari sehinggalah umurnya mencecah 9 tahun. Selepas itu abang sekeluarga berpindah kerumah baru yang tidak jauh dari rumah mak.. namun begitu abang masih berulang ke rumah mak dan sanggup ditinggalkan oleh keluarganya kerana ingin menemani mak.. sekarang mak kesepian tanpa abang.. hanya doa dan bacaan yaasin sering dialunkan oleh mak untuk cucu kesayangannya itu..

Seminggu sebelum kepulangannya, abang demam. Tapi tidak menjejaskan aktiviti abang untuk ke rumah mak dan ke kedai.. selang beberapa hari abang dah sembuh. Lega rasanya. saya pun menumpang gembira kerana teringin untuk makan char kueh teow, pada abang saya memesan untuk membeli.. pada hari isnin, 21hb dia mengadu pada mak yang dia terasa lenguh - lenguh dikaki dan tangan, gusinya pun berdarah. Mak menyuruh abang rehat, petang nanti bila ayah dan ibu balik, kita ajak ayah pergi klinik.

Malam itu abang dan ayahnya ke klinik, doktor mengesyaki penyakit yang dihidapi abang ialah denggi, lalu doktor yang merawatnya menyuruh abangku membawa abang ke hospital..
Malam itu juga abang ditahan diwad.. itu semua diluar pengetahuan mak dan saya.. saya pun hanya mengetahuinya pada petang hari selasa.. sedangkan saya telahpun berada dirumah..

Pada hari Rabu saya baru berpeluang untuk melawat abang, tubuh abang yang sememangnya kurus semakin kurus kerana 3 hari abang kurang berselera.. kebetulan saya membeli nasi ayam ayamas perasa percik.. saya tahu itu makanan kegemaran abang.. dan hakikatnya memang betul, tatkala saya membawa nasi itu ke atas meja, dia segera membuka bungkusan plastik untuk makan..

Abang dan kakak iparku berterima kasih kerana membawakan nasi ayam itu, setelah makan abang nampak ceria sekali. Selepas itu abang teringin nak makan dunkin donut perisa coklat.. banyak juga abang makan, 3 ketul sekali... abang memang kuat makan.. semua yang ada disitu gembira dengan perubahan abang..

pada hari Khamis saya tidak berkesempatan untuk melawat abang.. kebetulan suamiku ada dirumah.. Tatkala pada pagi Jumaat saya dikejutkan dengan panggilan telefon, abang koma. Saya terus meninggalkan meja kerja lalu memberitahu pegawaiku untuk meminta izin.. Sepanjang perjalanan ke hospital, air mataku tumpah bagaikan tiada sekatan lagi.. Ketika dihospital. saya terharu dengan keadaan abang, darah mengalir terus dari hidung dan mulut abang.. suhu badan abang pun panas sekali, 37.5 c..

Saya setia menantikan abang sambil saya membacakan ayat2 suci al-quran, sesekali air mata abang meleleh.. kakak ipar segera memberitahu, abang, abang kena kuatkan semangat, abang tahun depan nak pmr.. abang kuatkan semangat ya..

Berulang ulang kakak iparku memberikan semangat kepadanya, ternyata keadaan abang semakin pulih dari tadi.. sehingga jam 9 malam. saya meminta izin pada kakak ipar untuk pulang..

Pada pagi sabtu, sedang saya bersiap siap untuk ke hospital. saya mendapa panggilan dari abang yang abang sedang nazak.. ya Allah, apa dah jadi.. mujur rumah mak ke hospital tidak berapa jauh.. sampai saya dikatil abang, keadaan abang semakin kritikal.. doktor menyatakan harapan abang untuk hidup terlalu tipis.. saya meraung kesedihan kerana saya bakal kehilangan anak saudaraku..

Darah pekat yang mengalir dimulut segera kulapkan.. sambil itu saya berkata pada abang.. abang, ikut ucu ya, Allah, Allah... air matanya meleleh.. jangan menangis abang.. ucu ada ini.. ketika air matanya jatuh, air mataku jua mengalir bersama.. ketika saya mengelap pipinya, terasa gegaran kecil.. saya cuba membuka kapas yang melekat dipipinya. Ternyata abang juga bagaikan ingin menyebut kalimah Allah.. lemah lututku tatkala melihatkan situasi ini.. nadi abang pun semakin lemah dan lemah.. akhirnya abang pulang ke Rahmatullah dengan tenang..

Tangisan memenuhi wad tersebut.. sukar sekali untuk mempercayai yang abang telahpun pergi.. dia sakit cuma demam sahaja, ingatkan denggi rupanya leukimia. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi abang.. kepada Dia kita datang, dan kepada Dia juga kita kembali..


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

AZURA_ANAKMAMI
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 01.05.2003
Ahli No: 842
Posting: 186
Dari: kuala kurau,Perak

Perak  


posticon Posting pada: 04-12-05 17:43


Al Fatihah buat abang, ...zura pun baru semalam telah kehilangan pak lang tersayang :(


Bookmark and Share




  Member Information For AZURA_ANAKMAMIProfil   Hantar PM kepada AZURA_ANAKMAMI   Pergi ke AZURA_ANAKMAMI's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 08-12-05 22:28


Semoga kaksu sekeluarga terus tabah menerima pemergian 'abang'. Moga beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan bertaqwa..


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

uqu
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 25.01.2004
Ahli No: 3162
Posting: 49
Dari: KUCHING,SARAWAK

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 08-12-05 23:31


Assalamualaikum...

Kepada Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali... Semoga Allah menempatkan Allahyarham bersama-sama orang beriman... Marilah kita sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarham.. Sabar ye Kak Su...

p/s: Teringat Allahyarham abang ana... ana tak sempat lihat wajah allahyarham, hanya dengar cerita dari adik-beradik ana..


Bookmark and Share




  Member Information For uquProfil   Hantar PM kepada uqu   Pergi ke uqu's Website   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-12-05 08:44


terima kasih zura, hanan dan uqu.. sedar tak sedar dah 2 minggu dia pergi meninggalkan dunia yang fana ini.. memang dia disayangi oleh keluarganya.. tapi ternyata Allah lebih menyayangi dirinya.. insya Allah hanan, kak su masih kuat lagi.. :)


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.167452 saat. Lajunya....