Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Membantu orang yang terlanda kesukaran dan menghiburkan orang di dalam kesusahan bererti menebus dosa-dosa besar
--
Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 20
Ahli: 0
Jumlah: 20




  Dari Galeri
Dari alam siber ke alam nyata. Ukhwah yang indah dan unik!

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Fadilat2 sembahyang terawih dari malam 1 hingga 30


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Fadilat2 sembahyang terawih dari malam 1 hingga 30

Please Mendaftar To Post


Oleh Fadilat2 sembahyang terawih dari malam 1 hingga 30

si_comel
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 4727
Posting: 185
Dari: putrajaya

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 06-10-05 10:12


Malam ni dah solat terawikh, so rajin2 lah ye..
Moga diberkati ALLAH s.w.t..


Sempena Ramadan yang akan menjelang ini.....mai kita sama sama tengok
apa kelebihan terawih sepanjang bulan ramadan ini.

Malam 1 : keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana
ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih
serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 : berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan
sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 : memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang
membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di
Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang
tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap
batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa
orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong
Nabi 'Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana
yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya
seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 : Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di
dunia dan di akhirat.

Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti
ia baharu dilahirkan.

Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya
ibadatnya).


Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada
tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 : datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta
Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan
mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 : Allah subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada
neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam
ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah
redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 : Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga
Firdaus.

Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati
syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita
dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 : Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di
dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih
malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 : Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini
seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan
melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat
di akhirat.

Malam 29 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali
haji yang mabrur.

Malam 30 : Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang
berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini
hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga
yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang
dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'."

Alhamdulillah,...
Mudah2an kita semua yang beragama Islam dapat menunaikan solat terawih
ini dan mendapat fadilat2 yang dah disenaraikan diatas,....

Insyallah,... Jom reramai memenuhkan masjid dan surau2 ramadhan ini,......


Bookmark and Share




  Member Information For si_comelProfil   Hantar PM kepada si_comel   Quote dan BalasQuote

syahadah_muslimah
WARGA RASMI
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 5318
Posting: 16
Dari: kuala kangsar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-10-05 00:41


erm...kalau tak silap ana fadilat solat terawih ni adalah hadith maudu' (hadith yang tidak boleh terima pakai)


Bookmark and Share




  Member Information For syahadah_muslimahProfil   Hantar PM kepada syahadah_muslimah   Quote dan BalasQuote

sumaiyyah2
WARGA RASMI
Menyertai: 10.04.2005
Ahli No: 5148
Posting: 7
Dari: Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-10-05 01:05


Pada 15-10-05 00:41 , syahadah_muslimah posting:

!!! QUOTE !!!

erm...kalau tak silap ana fadilat solat terawih ni adalah hadith maudu' (hadith yang tidak boleh terima pakai)


saya pun pernah dengar jugak begitu tapi... bila dengar fadilat2 besar macam ni baru la datang semangat nak buat sampai habis terawih tu....insyaAllah :lol:


Bookmark and Share




  Member Information For sumaiyyah2Profil   Hantar PM kepada sumaiyyah2   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-10-05 16:30


Hadis maudu’ mengenai fadilat solat tarawih!!

Solat sunat tarawih adalah hadiah yang dikurniakan Allah kepada umatnya yang
hanya ada pada Ramadan. Sebagaimana ibadah lain solat sunat tarawih juga
perlu dilakukan dengan tekun dengan harapan untuk mendapat keredaan dan
keampunan-Nya seperti firman Allah menerusi surah Faathir, ayat ke 29:
“Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah, mendirikan solat dan
membelanjakan rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka secara rahsia dan terang-terangan,
mereka itulah yang mengharapkan perniagaan yang tidak boleh rugi.

"Fadilat sunat tarawih seperti yang difahami Hasnawi sebenarnya
bersumberkan kepada hadis palsu atau hadis maudu’ rekaan golongan
Syiah dan apa yang lebih membimbangkan ia dikhuatiri boleh
mendatangkan dosa.Hadis palsu itu bertujuan memutarbelitkan
kebenaran hadis Rasulullah dan golongan jahil mengenai hadis
dipercayai menerima fadilat itu sebagai galakan untuk melakukan solat tarawih.

Bagaimanapun, perkara itu semakin berkurangan sejak beberapa
tahun kebelakangan ini selepas adanya pendedahan dan menyebarkan
kesahihan hadis berkenaan kepada masyarakat. Akan tetapi,
golongan yang terus taksub menerima hadis maudu’,
malah bersungguh-sungguh melakukan solat sunat tarawih dengan
harapan memperoleh pahala seperti yang diwar-warkan dipercayai masih ada.

Tindakan terbabit jelas boleh mencemar kesucian Islam memandangkan
hadis adalah antara sumber hukum yang disepakati faquha untuk
menyelesaikan masalah selain pegangan hidup kedua umat Islam selepas al-Quran.
Malah, umat Islam yang beriktikad untuk menerima hadis maudu’ sebagai
pegangan atau galakan dalam beribadah pula dikhuatiri boleh menjurus
kepada kufur.Hadis maudu’ mengenai kelebihan solat sunat
tarawih ini dikatakan sebuah hadis yang agak panjang dan kononnya
diriwayatkan oleh Khalifah lah-Rasyidin keempat iaitu Ali bin Abi Talib

Mengikut hadis rekaan itu, dengan mengerjakan solat sunat tarawih
pada setiap malam pada bulan Ramadan, umat Islam akan memperoleh
pahala yang besar dan pahala itu adalah berlainan mengikut hari.

Antara pahala yang agak keterlaluan kononnya akan diperoleh individu yang mengerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat solat sunat tarawih mengikut hadis palsu itu adalah:
l Malam Pertama: Keluar dosa orang mukmin pada malam pertama
seperti mana dia baru dilahirkan dan mendapat keampunan Allah.
l Malam Keempat: Memperoleh pahala sebagaimana pahala orang
yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran.
l Malam Keenam: Memperoleh pahala 70 ribu malaikat yang bertawaf
di Baitul Makmur.
l Malam Ketujuh: Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa as
serta menolong baginda menentang Firaun dan Hamman.
l Malam Kelapan: Memperoleh pahala seperti Nabi Ibrahim as.
l Malam Kesembilan: Memperoleh tingkatan ibadah seperti Nabi Muhammad saw.
l Malam Ke-17: Memperoleh pahala sebanyak pahala nabi-nabi.
l Malam Ke-26: Allah mengurniakan kepada orang bertarawih pada malam ini pahala 40 tahun ibadah.
Malam Ke-27: Allah mengurniakan kepada orang bertarawih
pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqin seperti kilat menyambar.
l Malam Ke-29: Allah mengurniakan pahala 1,000 kali haji yang mabrur.

Hadis maudu’ sebenarnya tidak boleh digunakan untuk sebarang hujah
sebagai galakan ibadah kerana ia jelas memaparkan kenyataan yang palsu
dan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah yang dipelihara dengan dengan begitu baik.
Rasulullah sendiri sudah memberi amaran terhadap orang yang menggunakan nama
baginda untuk mengadakan pendustaan sepertimana sabda Baginda:
"Siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia
menyediakan tempatnya dalam neraka."Seharusnya kita sedar bahawa
jika berdusta dengan menggunakan nama orang biasa sudah dianggap sebagai haram dan fitnah,
inikan pula dengan menggunakan nama Rasulullah, penghulu bagi umat Islam
dan kekasih Allah.Dalam usaha meraih balasan Allah sepanjang bulan
ini seharusnya kita meneliti hadis sebenar yang menggambarkan
mengenai kelebihan yang diberikan Allah antaranya seperti sabda Rasulullah:

"Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggaman-Nya, bahawa bau
mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau-bauan minyak kasturi.
"Allah azzawajalla berfirman: Sesungguhnya ia meninggalkan syahwatnya,
makannya dan minumnya kerana saya. Puasa itu (dilakukan) kerana saya dan
Akulah yang akan memberi balasannya sendiri."Hadis yang lain bermaksud:

"Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan
mengharapkan ganjaran daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
"Cukuplah dengan hadis sahih dan janji Allah menerusi al-Quran mengenai
kelebihan ibadah Ramadan. Janganlah sampai umat Islam melakukan sesuatu
ibadah dengan harapan memperoleh pahala sedangkan dosa besar pula yang
diperoleh dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis palsu.

taken from bharian..kolum agama.. 9/10/2005
wallahualam'...


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

haifa
WARGA RASMI
Menyertai: 02.11.2005
Ahli No: 5859
Posting: 3
Dari: east asia

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-11-05 23:15


Assalamualaikum....
hmm apa-apa pun anggap ni sebagai pembakar semangat nak berterawih....hehe


Bookmark and Share




  Member Information For haifaProfil   Hantar PM kepada haifa   Quote dan BalasQuote

nafizatul
WARGA RASMI
Menyertai: 02.11.2005
Ahli No: 5860
Posting: 1

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-11-05 08:14


Hadith kelebihan solat terawikh ini adalah hadith palsu..tolong lah jangan sebarkan walaupun anda berniat baik untuk jadi pembakar semangat orang lain kerana konsep ini bertentangan dengan Islam.. Hadith palsu(maudhuk) tak boleh disebarkan walau pun niatnya baik..

Boleh baca artikel tentang hal ini di sini:
http://www.malaya.anakdagang.com/archives/2005/09/jangan_lari_tok.html


Bookmark and Share




  Member Information For nafizatulProfil   Hantar PM kepada nafizatul   Quote dan BalasQuote

hasanatul
WARGA RASMI
Menyertai: 17.12.2005
Ahli No: 6105
Posting: 3

blank   avatar


posticon Posting pada: 27-12-05 22:46


Betul hadith ni walaupun nampak membakar semangat tapi menyebarkan apa yang tidak diajar oleh rasulullah s.a.w adalah satu dosa besar. seolah-olah menyampaikan fitnah ke atas rasulullah..

Nauzubillahimin zalikk!


Bookmark and Share




  Member Information For hasanatulProfil   Hantar PM kepada hasanatul   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-12-05 15:50


!!! QUOTE !!!

Betul hadith ni walaupun nampak membakar semangat tapi menyebarkan apa yang tidak diajar oleh rasulullah s.a.w adalah satu dosa besar. seolah-olah menyampaikan fitnah ke atas rasulullah..

Nauzubillahimin zalikk!


na'am.. betul tu..

here ana titipkn sikit.. info yang ana dapat..

Taken from ...Pengantar ulum Hadis::
oleh Rosmawati Ali @ Mat Zin
Pustaka Salam Sdn.Bhd m/s 139-160

HADIS MAUDU’

::::::: HADIS yang DICIPTA SENDIRI tetapi ia telah berbohong dengan menisbahkannya kepada NABI sama ada dilakukan pendustaan itu dengan sengaja atau tersalah.

::::::: HADIS yang SENGAJA DIREKA-REKA ATAU DI ADA-ADAKAN.

FAKTOR-FAKTOR LAHIR HADIS PALSU
•PERTELINGKAHAN POLITIK- muncul golongan al Rafidah…
•GOLONGAN ZINDIQ – golongan yang membenci ajaran Islam
•KERANA TAKSUB kepada KABILAH, PUAK, BANGSA NEGERI, BAHASA, DLL.
•PENCIPTAAN KISAH ATAU RIWAYAT yang DIBUAT OLEH TUKANG CERITA.
•PERTELINGKAHAN MAZHAB DAN FAHAMAN.
•KEJAHILAN DAN TIDAK MENDALAM ILMU PENGETAHUAN TENTANG ISLAM
•TINDAKAN MENGAMPU untuk MENCARI NAMA DAN PANGKAT DI SISI RAJA DAN SESETENGAH GOLONGAN TERTENTU.




-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

NurQhazi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 23.07.2007
Ahli No: 7738
Posting: 90

Perak  


posticon Posting pada: 04-10-07 11:31


assalamualikum..

jazakallahhuhairankashiro semua..info paling berharga.. :-)


-----------------
"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang
bersinar-sinar, tetapi tidak melihat apa-apa"


Bookmark and Share




  Member Information For NurQhaziProfil   Hantar PM kepada NurQhazi   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-10-07 17:45


* Kalau dulu.. kecik-kecik memang suka tengok mlm ni.. apa fadhilatnye..
bila dah besaq sikit.. dapat tahu.. pasal hadith palsu.. dll..
apapun ibadat yang kita lakukan.. kita sama-sama betulkan ::: nawaitu::
lillahi taa'lah... insyaAllah..


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..
[ Telah diedit oleh: simpLe_sHida pada 05-10-07 17:45 ]


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.277934 saat. Lajunya....