Oleh |
RAHSIA HARI LAHIR & TABIAT WANITA MENURUT TAJUL MULUK |
si_comel
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 4727
Posting: 185
Dari: putrajaya
|
Posting pada: 19-09-05 07:32
Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dalam masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yang pernah terkenal suatu tika dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yang arif mengenainya. Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%. Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka. ISNIN Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya.Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya. SELASA Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara. RABU Suka berdendam.Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang-orang tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara. KHAMIS Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina. JUMAAT Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa. SABTU Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan. AHAD Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata-kata. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.
|
ifti_hanan
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 24.01.2005 Ahli No: 4866
Posting: 30
Dari: 'sintok' indah permai
|
Posting pada: 25-09-05 13:56
wah....boleh faham diri sendiri...
|
si_comel
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 4727
Posting: 185
Dari: putrajaya
|
Posting pada: 29-09-05 08:22
|
istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN:: Menyertai: 01.10.2003 Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor
|
Posting pada: 30-09-05 15:06
Ana hari ahad, tapi bukan semua yang kena.. kebetulan....  (hehehehe, gelak seorang..)
|
Jundullah_7981
WARGA RASMI Menyertai: 30.09.2005 Ahli No: 5757
Posting: 14
Dari: Perak
|
Posting pada: 05-10-05 11:26
Ana pula hari rabu...tapi..bukan semuanya benar..mungkin secra kebetulan... malu pun ada...  malu&gelak sorang2...
|
hurin
WARGA RASMI Menyertai: 26.07.2005 Ahli No: 5517
Posting: 4
|
Posting pada: 28-10-05 07:22
uikkksss...berbeza...berbeza..hehe
|
haifa
WARGA RASMI Menyertai: 02.11.2005 Ahli No: 5859
Posting: 3
Dari: east asia
|
Posting pada: 02-11-05 23:25
 ... heeheh
|
si_comel
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 4727
Posting: 185
Dari: putrajaya
|
Posting pada: 07-11-05 08:00
jangan percaya...kalau betul tu maknanya hanya kebetulan sahaja
|
AZURA_ANAKMAMI
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 01.05.2003 Ahli No: 842
Posting: 186
Dari: kuala kurau,Perak
|
Posting pada: 13-11-05 15:27
erk...ye ke....ni ..ada sikit saja yang kebetulan agaknya..hikhiks
|
anaksawah
WARGA RASMI Menyertai: 10.11.2005 Ahli No: 5878
Posting: 13
Dari: puncak perdana
|
Posting pada: 15-11-05 20:34
ankswh hari sabtu...tapi suka baby...tak kuat cemburu...hehe...tu cuma pendapat saja kan...ada yang betul dan ada yang tak...  ..wallahu a'lam
|
si_comel
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 4727
Posting: 185
Dari: putrajaya
|
Posting pada: 23-11-05 08:02
itu la pasal anaksawah...eh awak sama dengan saya la..hari sabtu..suka baby dan tak kuat cemburu sangat...
|
nurilham7
WARGA RASMI Menyertai: 20.11.2005 Ahli No: 5903
Posting: 16
Dari: seremban
|
Posting pada: 23-11-05 20:15
ana hari isnin........memang sama dan ada yang tak sama..huuhu
|
Nabilah
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 37
Posting: 241
Dari: PeYrOcK....;)
|
Posting pada: 30-11-05 23:11
ada la jugak yang betui.hehe
|
suterakasih85
{ SRIKANDI } Menyertai: 10.12.2004 Ahli No: 4684
Posting: 634
Dari: Ganu+Nilai
|
Posting pada: 06-12-05 22:27
 tak boleh jadi ini heehhehe
|
fayyzah
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 07.12.2005 Ahli No: 6029
Posting: 155
Dari: Johor-HomeSweet Home-Depan PC
|
Posting pada: 08-12-05 19:31
ish, ini bukan yang benar!
|
hasya03
WARGA RASMI Menyertai: 28.12.2005 Ahli No: 6138
Posting: 2
Dari: kemaman
|
Posting pada: 28-12-05 04:44
mungkin hal tersebut berlaku secara kebetulan...atau ketentuan dari ALLAH
|
naj_jieha
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 23.12.2005 Ahli No: 6124
Posting: 88
Dari: di hadapan komputer
|
Posting pada: 29-12-05 13:07
ish! betul ke, ni? macam tak percaya, saja....
|
syahadah_muslimah
WARGA RASMI Menyertai: 17.05.2005 Ahli No: 5318
Posting: 16
Dari: kuala kangsar
|
Posting pada: 01-01-06 18:05
ana lahir hari isnin
|
QistinaHumaira
WARGA RASMI Menyertai: 16.01.2006 Ahli No: 6215
Posting: 7
Dari: johor
|
Posting pada: 17-01-06 12:42
em...ada yang betul..ada yang tak..
|
alin1605
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 24.07.2003 Ahli No: 2072
Posting: 190
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 17-01-06 14:32
assalamualaikum wbt... alin pulak hari sabtu... ada yang betul dan ada yang tidak...
|