Selama beberapa tahun ini, especially bila dah memasuki alam bekerja, antara topik favourite ialah "kahwin"
Daripada pemerhatian kepada rakan-rakan, saya dapati masalah ibu bapa cenderung mencari menantu senegeri bukan hanya timbul di kalangan warga kelantan. Tetapi juga negeri-negeri lain, seperti terengganu, pulau pinang, perak, johor dan pahang (maaf ya, rakan2 baik tidak ramai dari negeri lain).
Mulanya, saya menyangka kecenderungan itu disebabkan oleh ibu bapa yang langsung tidak pernah keluar dari negeri sendiri. tetapi ada juga ibu bapa yang berpendidikan tinggi turut mempunyai kecenderungan yang sama.
Antara sebab yang dapat saya perhatikan ialah:
1. kebimbangan terhadap keupayaan survival anak-anak. Mereka menganggap anak-anak akan ditimpa kesusahan sekiranya duduk berjauhan dari keluarga.
2. buruk sangka terhadap negeri lain. Contohnya orang dari negeri A tidak pandai mengemas.. orang dari negeri B bermulut celupar dan sebagainya
3. urusan perkahwinan sukar dilakukan sekiranya kedudukan terlalu jauh. (huhuhu..keluarga saya telah memberi amaran untuk tidak mencari orang jauh, sebaik sahaja mereka pulang dari menguruskan pertunangan abang dengan orang terengganu).Perbezaan adat setempat turut menyumbang kepada kecenderungan ini.
4. kebimbangan jika menantu tidak membenarkan anak pulang ke kampung dan menetap di negeri menantu. Ibaratnya menantu 'melarikan' anak dari mereka (ibu bapa)
5. beranggapan tiada orang negeri lain yang lebih cantik / kacak / comel / hidung mancung dan sebagainya dari orang negeri sendiri
..dan banyak lagi sebab yang kadang-kala bila disebut kedengarannya seperti tidak logik. Contoh: sebab jalan di negeri C bengkang-bengkok, maka tidak boleh ada menantu dari negeri C
Jadi, berusahalah untuk memenangi hati ibu-bapa dan bakal mertua masing-masing. Jika pujukan tidak menjadi, berdo'a lah banyak-banyak supaya dipermudahkan jodoh..
p/s:maaf ya, semua di atas adalah dari pengalaman kawan-kawan. Pengalaman sendiri masih tiada untuk dibandingkan. Ambil yang boleh diguna, buang yang tidak