Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya...

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 18
Ahli: 0
Jumlah: 18




  Dari Galeri
Kenapa tu...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Forward Dari E-mel
Topik: Untuk Suami Tercinta.... Buat Isteri Tersayang...


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Forward Dari E-mel
    »» Untuk Suami Tercinta.... Buat Isteri Tersayang...

Please Mendaftar To Post


Oleh Untuk Suami Tercinta.... Buat Isteri Tersayang...

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-07-05 10:12


Sekadar renungan.........

1.
Jika kamu memancing ikan....setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang...setelah ia mula menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya....janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang! sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu
untuk menerimanya....akhirnya kamu tinggalkan dia sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik....


2. -MENCARI WANITA SEMPURNA-
Ini kisah perjumpaaan dua orang sehabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe. Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.

"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru ana tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.

Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita, ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama ana begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yang tak baik dan tidak bertanggung jawab.

Dan ketika ana di JB, ana bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir ana ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.

Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan
kelemahan pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya".

"Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?".

Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si
bujang itu menjawab, "Baru sekarang ana mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".

Kesimpulan : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ? ....
Nobody's perfect. Jadi jangan menyia-nyiakan apa yang sudah ada di hadapan kita ,belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang kita dapat, Kalau kita mahu mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain.


Syurga rumahtangga itu fitrah hati...
Naluri semulajadi yang pinta diisi...
Kerananya jejaka rela menjadi suami...
Kerananya perawan rela menjadi isteri...
Masing-masing dengan harapan...
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan...
Matlamat yang satu tapi jalannya berliku...Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza...
Lalu bermacamlah jalan ke sana...
Ada yang mengatakan...
Bahagia itu pada harta...
Diukir dari intan permata...( Gah , suamiku seorang jutawan)
tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa...
Ditempa oleh wajah rupawan...( Wah, isteriku seorang celeberity)
ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa...
dituai oleh pangkat dan jawatan...( Wah, suamiku seorang negarawan)
pelbagai jalan menimbulkan dilema...
mencari yang benar mempelai tersasar...
kalaulah bahagia itu pada harta...
kalaulah bahagia itu pada nama...
kalaulah bahagia itu pada rupa...
kalaulah bahagia itu pada kuasa...
Kenapa Charles dan Diana berpisah...
Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah...
Kenapa Onassis dan Jackie bertelagah...
Bahagia itu dari dalam hati...
Kesannya zahir rupanya maknawi...
Terpendam bagai permata dalam hati...
Terbenam bagai mutiara disalut nurani...
Bahagia itu pada HATI...
Bertakhta di kerajaan diri...
Bahagia itu pada JIWA...
Mahkota di singgahsana rasa...
Bahagia itu KESABARAN...
Bila susah tak gelisah...
Bila miskin tak pemarah...
Bila gagal tidak resah...
Hakikatnya bahagia itu ketenangan...
Bila hati mengingati tuhan...

Firman Allah:
Ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati suami isteri sama-sama mengerti maksud tersemi takdir ilahi, itulah zikir yang hakiki.
Binalah rumahtangga atas tapak iman...
Tuluskan niat, luruskan matlamat....
'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'....
'isteriku, kaulah permaisuri hati.....
'penyeri Islamku nanti...
muktamadlah akad sahlah nikah...
dengan nama Allah...
gerbang perkahwinanpun terserlah...
di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan...
Iman itu tujuan...
Syariat itu jalan....
Tempat merujuk segala permasalahan...
Tempat mencari semua penyelesaian
- isteriku, taatilah hukum Allah....
- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w.....
Binalah hidup di neraca maaruf....
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat...
Tapaknya ....iman...
Jalannya ....syariat...
Natijahnya.....akhlak...
Tiga penjamin segala kunci kebahagian rumahtangga dan terciptalah:
'setia dan penyayang suami'....
'cinta dan kasih isteri'...
lalu berbuahlah...
mahmudah demi mahmudah
yang melahirkan....."Soleh dan solehah".


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

n_nadia
WARGA RASMI
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 5464
Posting: 3
Dari: kuala terengganu, melaka, shah alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-07-05 16:30


syahdu nya .. begitu puitis gambaran yang diberikan .... saya berdoa semoga suatu hari berkat doa ibu bapa saya dapat menempuhi kehidupan rumahtangga yang bertunjangkan islam dan iman .... bahagia dunia akhirat .. amin..


Bookmark and Share




  Member Information For n_nadiaProfil   Hantar PM kepada n_nadia   Pergi ke n_nadia's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.048525 saat. Lajunya....